MARI SAMA SAMA KITA MEDOAKAN YANG TERBAIK

MARI SAMA SAMA KITA MEDOAKAN YANG TERBAIK

Sunday, June 1, 2008

Bismillah......



Dalam peristiwa bersejarah petang 28 Mei 2008 jam 4.30 petang bertempat di pejabat Perdana Menteri Tingkat 2 Bangunan Parlimen, ada sesuatu yang menarik telah berlaku ketika Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Badawi hendak berjabat tangan dengan bekas Pengerusi GERAK, Mohamad Ezam Mohd Nor yang diumumkan menyertai semula parti UMNO. Sewaktu ramai jurufoto mewakili pelbagai media sedang rancak mahu merakamkan gambar penyerahan borang keahlian UMNO, hanya mereka yg berdiri rapat dibelakang Ezam dan Pak Lah dapat menyaksikan sesuatu yg menarik…..!


Apakah insiden itu?

Tatkala Pak Lah menerima borang keahlian Ezam dan menghulurkan tangannya untuk bersalaman, Ezam telah menyebut kalimah “Bismillah….”

Pak Lah merenung tepat ke muka Ezam dan turut melafazkan “Bismillaah..” dan kami yang berdiri dekat, betul betul dibelakang mereka berdua menyambut dengan lafaz “dengan nama allah..” dan ada teman lain yg melafazkan “kerana allah…”

Semoga kembalinya Ezam bersama UMNO akan dapat mengembalikan kegemilangan parti unggul melayu itu. Sehingga ke hari ini, respon terhadap kemasukan semula Ezam mendapat pelbagai reaksi daripada ramai pihak.

Pimpinan atasan UMNO kebanyakkannya menyambut baik kehadiran Ezam tetapi ada beberapa kerat sahaja yg kurang senang dan melontarkan pelbagai persoalan.


Pimpinan atasan PKR pula tak berani memberikan kritikan kerana masih menghormati ketokohan dan kepimpinan Ezam.


Ada segelintir wakil PKR cuba memperlekehkan kredibiliti Ezam kerana menurut mereka beliau tidak lagi relevan kepada PKR setelah sudah lebih setahun tidak aktif dalam parti yg dipimpin oleh Ketua Pembangkang itu.

Biar apa pun spekulasi dan andaian yg cuba dibuat oleh mana mana pihak sekalipun, kita sama sama doakan agar Ezam akan dapat melaksanakan tanggungjawab beliau dengan baik. Rekod cemerlang Ezam sewaktu bersama pembangkang, beliau pernah membuktikan kejayaannya dengan pengunduran Tun Mahathir, penggabungan Parti Rakyat Msia dan Parti Keadilan Nasional, pembebasan Anwar Ibrahim serta mendapat rawatan luar negara dan penubuhan Angkatan Muda PKR yg menerima ahli wanita muda.

Ezam is a Result Oriented Person!

3 comments:

Anonymous said...

Ezam pernah kata 'tunjukkan saya orang yang masuk Umno itu ikhlas'
Wan Nordin Wan Yaacob
Mon | Jun 02, 08 | 1:57:17 pm MYT

Sekitar era reformasi pada tahun 1998-2000, Ezam Mohd Noor ketika itu seorang penceramah yang amat dikenali dengan kelantangannya menghentam kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Umno.

Ezam juga antara tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Rahsia Rasmi (OSA) yang dizalimi kerajaan Umno/BN ketika itu kerana kelantangannya mendedahkan penyelewengan yang berlaku dalam kerajaan.

Dalam satu ceramahnya di Ibu Negara ketika itu (tahun 1998), Ezam antara lain pernah berkata bahawa "kepala otak dia, tunjukkan saya mana satu pemimpin yang menyertai Umno kerana ikhlas".

Ezam juga pernah berkata, sekuat mana tekanan, sekuat mana tawaran ke atasnya diberikan, beliau tidak akan berganjak dari perjuangan kerana ia adalah janji beliau kepada diri beliau.

Beliau juga dengan bersemangat menyatakan bahawa "lawan tetap lawan" dan rela dipenjarakan sekali lagi demi memperjuangkan hak rakyat.

Beliau juga pernah memperlekeh kepimpinan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi berikutan laporan rasuah setebal 632 muka surat yang diserah kepada Presiden Umno itu tidak disiasat dengan baik.

Ezam juga pernah berkata bahawa beliau tidak akan menyerahkan dokumen setebal 632 muka surat tanpa sebarang bukti, tetapi selepas menyerahkannya dengan bukti, orang yang dituduh terlepas begitu sahaja.

Tetapi kini Ezam kembali kepada Umno dengan tidak menyatakan syarat malah mengakui ikhlas membantu Presiden Umno untuk memperjuangkan Umno.

Ezam juga sebaliknya menyatakan bahawa ingin membantu Perdana Menteri yang juga Presiden Umno meneruskan dasar-dasar kerajaan yang dilihat berada pada landasan yang betul untuk 'reform'.

Walaupun rakyat, dan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad menyedari dan mengakui kepimpinan Abdullah terlalu lemah selain berlaku banyak penyelewengan, Ezam tetapi kembali ke pangkuan parti yang dipimpin Perdana Menteri kepada 'Kerajaan Tiga Beranak'.

Sejauh mana Ezam ikhlas, hanya Allah sahaja yang mengetahuinya, tepuklah dada tanya iman.

Anonymous said...

Bismillah...

Saya Paklah dengan ini mengumumkan bahawasanya harga petrol yang baru ialah RM2.70 kerana saya ada ayam jantan baru yang akan berkokok untuk saya iatu Ezam. Ezam ni kerjanya ialah hanya berkokok dan akan pusing satu Malaya untuk menerangkan kepada rakyat kenapa harga bahan bakar ini terpaksa dinaikkan...Terima kasih Ezam kerana sudi membantu saya merealisasikan agenda saya...Saya berterima kasih pada Ezam kerana sudi berkokok bagi pihak saya...

Sekalai lagi saya lafazkan

Bismillah...

Anonymous said...

hanya 2 perkara pak hassan bole sifatkan Ezam ini sbg :

1. Sudah terluka, merana pula
2. Gunting dalam lipatan

pak hassan (peridine)