Thursday, August 28, 2008

Anwar Sungguh Bernasib Baik


Selesai sudah kisah Pilihanraya Permatang Pauh…….

Pemenangnya ialah, Anwar Ibrahim. Iya, umum tahu. Berita yang telah diumumkan secara rasmi pada malam 26 ogos 2008.

Anwar berjaya mendapat 31,195 manakala calon BN Datuk Arif Shah hanya mendapat 15,524 dan calon AKIM iaitu Hanafi Hamad hilang wang pertaruhan setelah mendapat 92 undi sahaja.

Majoriti sedikit meningkat sebanyak 2,283 kepada 15,671 berbanding yang dicapai oleh Dr Wan Azizah pada bulan Mac yang lalu. Kalau dilihat pada laporan Malaysiakini, jelas terbukti kaum bukan melayu TERLALU menyokong Anwar Ibrahim [lihat carta]

Kesimpulannya, Anwar Ibrahim memang bernasib baik meraih keputusan sedemikian sebab sekiranya majoritinya merosot, sudah tentulah ianya suatu KEGAGALAN kerana beliau hanya berani untuk bersilat dalam gelanggangnya sendiri.



ASKAR UPAHAN ANWAR CUBA FITNAH EZAM

Terbukti bahawa kempen dan ceramah Ezam pada Pilihanraya Permatang Pauh memberikan kesan kepada pihak PKR. Sewaktu semakin hampir dengan hari mengundi, terdengar desas desus bahawa ada pihak akan cuba buat kacau ditempat Ezam berceramah. Mujurlah skuad keselamatan Ezam cekap dan berjaya menjalankan tugas dengan baik.

Apa yang menyedihkan ialah sikap juak juak murahan PKR yang terlalu taksub dengan Anwar Ibrahim telah menyebarkan fitnah pada hari pengundian. Difahamkan setelah mereka gagal mengesan Ezam dimana mana pusat mengundi, maka juak juak murahan dan kuda tunggangan Anwar ini menyebar berita palsu “ Ezam koma setelah jatuh dibilik mandi. Inilah akibatnya memfitnah Anwar Ibrahim…”. Sms beredar dan pihak Ezam turut terima sms tersebut ketika sedang berhenti rehat di R & R Tapah.

Inilah budaya juak juak murahan Anwar Ibrahim. Walhal Ezam dan Dato Nalla telah berangkat pulang ke Kuala Lumpur pada pagi hari mengundi setelah dinasihatkan berbuat demikian atas sebab sebab keselamatan.

Gambar dibawah ini dirakamkan sewaktu Ezam dan Dato Nalla yang sedang menuju ke kenderaan mereka dihadapan lobi hotel di Pulau Pinang untuk berangkat pulang…..[seorang pemimpin MCA, Datuk Donald Lim telah menyapa mereka berdua]

No comments: