
Wednesday, April 30, 2008
MG Pandithan Meninggal Dunia

Tuesday, April 29, 2008
Ada Pemimpin Pakatan Rakyat Pernah Raba Punggung Wanita??
Pengunjung Blog Saya Yg Dihormati....
MB Perak Tunjuk Kuasa

Monday, April 28, 2008
Bila Anwar Ibrahim Nak Masuk Parlimen?
PLU yang kedua tersingkir dari Af6
Sunday, April 27, 2008
Persidangan Parlimen Yang Di Nanti Nantikan
Persidangan ini akan berlangsung sehingga 27 Mei, selama 16 hari. Persidangan kedua pula dijadualkan pada 23 Jun sehingga 15 Julai dan ketiga mulai 18 Ogos sehingga 11 Disember.
Persidangan kali ini amat dinanti nantikan oleh ramai orang terutamanya pemerhati politik. Antara beberapa perkara perkara yang menarik bagi sesi parlimen kali adalah beberapa fakta yang telah mencipta sejarah dalam negara ini. Diantaranya;
- Pertama kali Barisan Nasional sebagai komponen pemerintah gagal mendapat 2/3
- Ketua Pembangkang Wanita pertama, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ahli Parlimen Permatang Pauh, Presiden PKR.
- Ketiga tiga Presiden parti Pembangkang dapat bersama sama berada dalam Parlimen. Tahun 1999, hanya DAP tidak berjaya meletakkan Presidennya ke Parlimen.
- Ada tiga pasangan anak beranak berada dalam Parlimen dan kesemuanya dari pihak pembangkang.
- Ada satu pasangan ayah mertua dan menantu menjadi wakil rakyat.
- Dua Menteri Besar dalam Parlimen, iaitu dari Selangor dan Pulau Pinang.
- Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan BN kedua duanya bukan dari semenanjung tanah air.
- Lapan [8] bekas Menteri sebagai ahli parlimen biasa - Rafidah Aziz, Radzi Sheikh Ahmad, Azmi Khalid, Tengku Adnan, Jamaludin Jarjis, Abdullah M Zin, Ong Ka Ting dan Fong Chan Onn
- Barisan Nasional tanpa tiga [3] Presiden parti komponen - Gerakan, MIC dan PPP.
Apakah akan berulang peristiwa peristiwa menarik tahun 1999 sewaktu bahas dalam sidang nanti? Mampukah Kelab Penyokong Kerajaan dan menteri menteri kabinet menjawab serangan pihak Pakatan Rakyat? Sesi kali ini akan kembali bergema suara suara lantang daripada Mahfuz Omar, Nasharudin Mat Isa, Salahudin Ayub, Ibrahim Ali, Fong Poh Kuan, Lim Kit Siang, Karpal Singh. Mereka ini akan dibantu untuk meriahkan perdebatan oleh ramai pimpinan PKR seperti Saifuddin Nasution, Khalid Ibrahim, Tien Chua, Gobala Krishnan dan ramai lagi..
Medan Info; Agak agaknya bila Ezam nak masuk Parlimen. Beliaulah orang yang paling layak berada di parlimen. Kita tunggu dan lihat...
Manchester United terpaksa bersabar....
Michael Ballack menjadi hero Chelsea apabila dua gol jaringannya berjaya menundukkan Manchester United 2-1 di Stamford Bridge semalam. Keputusan ini telah mengikat Chelsea untuk berkongsi 81 mata dengan Manchester United.
Namun begitu, dengan baki tinggal 3 perlawanan lagi untuk menutup tirai musim ini, Manchester United tetap mengguli kedudukan teratas liga dengan jumlah perbezaan gol. Manchester United memiliki perbezaan 52 gol manakala Chelsea hanya 38 gol sahaja.
Medan Info; Bilakah agaknya skuad bolasepak negara kita boleh kembalikan zaman kegemilangan Mokhtar Dahari, Soh Chin Aun dan Santokh Singh...? Saban tahun semakin merosot sehinggakan ranking FIFA sekarang ini menyaksikan skuad negara kita lebih rendah rankingnya dari negara Palestin sebuah negara perang....
Biarkanlah Ezam Tinggalkan Anwar
"Dalam masa sama katanya Anwar turut menolak DEB, yang menjadi kebanggaan dan harapan orang Melayu selama ini. Bagi Ezam penolakan DEB oleh Anwar ini sangat buruk dan huduh. Buruk dan huduh sehingga beliau melarikan diri dari kemelut perjuangan PKR."
Saturday, April 26, 2008
mantan Menteri Beri Kenyataan Polis - kes cabul wanita
Seorang mantan Menteri yang bergelar Datuk Seri telah diambil keterangan oleh pihak polis pada jam 11 pagi tadi dalam kes mencabul seorang wanita di Havana Club, Hotel Le Meridien K Lumpur. Ketua Polis Kuala Lumpur, Muhammad Sabtu Osman memaklumkan bahawa penyiasatan akan tetap diteruskan walaupun mangsa telahpun menarik balik laporan polisnya baru baru ini. Menurut Shafee, sewaktu insiden tersebut, anak guamnya sedang dalam "bad mood". Wanita tersebut turut memberitahu bahawa beliau telah mengenali mantan Menteri itu sejak beberapa tahun yang lalu dan beliau yakin tindakan mantan Menteri itu bukanlah berniat tidak baik....
Karier Politik Ku Li Akan Berakhir Selepas Pemilihan UMNO..?

Anwar kata Najib Tunduk Pada Amerika
Friday, April 25, 2008
Nadia atau Stacy bakal Juara Af6...?

Badrul Hisham bercakap benar...??
Thursday, April 24, 2008
Happy Birthday Ezam
Wednesday, April 23, 2008
Alamak! wanita dakwa dicabul, tarik balik laporan polis..

WOW! Rais Yatim dah mula bersuara...
I'll be PM in three years, says Anwar.... Boleh..??
"I don't think we have established a definite clear time-frame when I will take over (as prime minister) but it certainly wouldn't reach three years ... much earlier than that," the former deputy premier told AFP.
Drama Astro Ria "Jangan Main Belakang" sindir siapa..??

Kah Choon keluar Gerakan
http://www.malaysiakini.com/news/81809Siapakah dia gerangan bekas menteri itu..???

Al fatihah buat Rustam Sani

Reformasi BPR : Perjuangan Ezam tidak sia sia
Reformasi BPR: "Perjuangan saya tidak sia sia" Ezam
Gerakan Rakyat Anti Korupsi (Gerak) menyokong sepenuhnya langkah kerajaan menstruktur semula Badan Pencegah Rasuah (BPR) bagi menjadikannya satu suruhanjaya bebas yang dikenali sebagai Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia.
Pengerusinya, Mohamad Ezam Mohd. Nor berkata, tindakan tersebut dilihat sebagai satu komitmen kerajaan untuk memerangi rasuah secara bersungguh-sungguh di negara ini.
Menurutnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah memulakan sesuatu yang amat berani.
"Secara peribadi gerakan memerangi rasuah merupakan sesuatu yang amat bermakna dalam perjuangan saya. Sejak menerajui Angkatan Muda Keadilan (PKR) dan kemudian mengasaskan Gerak inilah asas perjuangan saya.
"Asas perjuangan ini jugalah telah menyebabkan saya ditahan di penjara di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA). Hari ini saya merasakan perjuangan saya tidak sia-sia," katanya.
Beliau mengulas pengumuman Perdana Menteri bahawa Badan Pencegah Rasuah (BPR) akan distruktur semula bagi menjadikannya satu suruhanjaya bebas yang dikenali sebagai Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia.
Penstrukturan semula itu merupakan satu daripada empat inisiatif kerajaan untuk memerangi gejala rasuah di negara ini.
Mohamad Ezam berkata, langkah paling signifikan untuk membebaskan negara ini daripada rasuah ialah memastikan BPR menjadi sebuah badan bebas dan hanya bertanggungjawab kepada Parlimen.
Sementara itu, beliau mengajak semua rakyat memberi sokongan dan kerjasama yang sewajarnya dalam usaha merealisasikan rancangan tersebut.
Katanya, Gerak mengajak seluruh lapisan masyarakat melihat secara positif terhadap keputusan ini.
"Rakyat diminta memberi sokongan dan kerjasama yang wajar kepada Perdana Menteri untuk melaksanakan cita-cita murni tetapi penuh cabaran