
Walaupun tak berkesempatan menonton secara live Konsert Akhir Af6 minggu lepas, namun begitu saya berpeluang menyaksikan siaran ulangan tengah malam Ahad kelmarin. Memang menepati ramalan ramai penggemar siaran Astro ini, anak muda dari Kota Kinabalu Sabah yang baru berusia 18 tahun ini, Stracie Angie Anam atau lebih dikenali dengan nama STACY dinobatkan sebagai juara AF musim ke 6 mengikuti jejak langkah juara musim lepas, Milah yg telah berjaya membuka tirai penguasaan pelajar wanita.
Stacy, yg membawa tag line " alamak! terlebih sudah..." semenjak dari awal musim telah mempamerkan konsistensi dalam setiap persembahannya. Komentar dari pengkritik pada setiap konsert juga tidak pernah negatif terhadap gadis genit keturunan Kadazan ini. Setiap minggu Stacy berjaya melaksanakan tugasannya dengan berkesan dan membawa pelbagai genre lagu seperti; No One, Rela, Pelesit Kota, Cinta Khayalan, Makhluk Tuhan Paling Seksi, Dont Speak, Hati 1957, Gembira Hidup Ini, Beat It dan di konsert final membawa lagu sensasi Rossa "Atas Nama Cinta".
Tahniah Stacy! Semoga sukses dalam industri ini.....
Seorang lagi anak muda berusia 18 tahun yg berasal dari K Lumpur, Nadia Haswani hanya berjaya ditempat kelima pada Konsert Akhir Af6. Pada ramalan saya, juara musim ini samada akan jadi milik Stacy atau Nadia sebab kedua duanya cukup berbakat. Paling best performance Nadia sewaktu Konsert di Istana Budaya, beliau hebat dan Datin Seri Tiara sebut bahawa Nadia merupakan X Factor yg kita cari selama ini.....
Namun rezeki tidak menyebelahi Nadia pada malam final. Its ok Nadia, you can be better than the rest sebab you are very talented. Sama seperti Stacy, semoga sukses.....
Tak sangka! Bila dah menonton Konsert Akhir Af6, barulah saya tahu bahawa Nadia ini anak kepada kepada my former office mate sewaktu saya bekerja dengan salah satu institusi kewangan di Ampang KL tahun 1992-94. Apabila AC Mizal mengusik Nadia mintak diberikan resepi Popiah kepakarannya ibunya, barulah saya teringatkan Puan Jamayah Sulong! Kami panggil ibunya Maya..... Selepas Maya resign dari kerja bank beliau menceburi business makanan. Specialise dalam kueh Popiah... Lama dah we all lost contact. Lepas tu bila kamera fokus pada Maya, barulah saya manged to recall, ialah, dah lain sikit wajahnya bertudung dan berisi pulak sekarang...., jgn marah ya Maya... Hope we will meet again one day. I believe you must be proud with what Nadia have done.
Terus saya pergi selongkar album album gambar lama dan terjumpalah gambar dengan office colleague sekali dengan Maya. Ada juga dalam koleksi gambar Nadia sewaktu beliau berusia 4 tahun berposing dengan anak anak saya sewaktu our company trip ke Langkawi..... Ok Nadia, REDAH AJE!