“Saya mahu KDEB [Kumpulan Darul Ehsan Berhad] jelaskan kepada saya, apakah salah seorang daripada ahli keluarga Anwar Ibrahim telah dilantik sebagai Penasihat kepada syarikat tersebut…?”
“Jelas terbukti bagaimana pimpinan PKR tidak pernah mempercayai rakan Pakatan Rakyat apabila Azmin Ali pada hari ini di Parlimen telah menuduh Dato Dr Hassan Ali yang memberikan maklumat kepada saya setelah pendedahan dibuat keatas kepincangan pentadbiran PKR Selangor…”

“Presiden UMNO adalah satu satunya pemimpin yang jujur dan berani mahu melakukan reform setelah beliau memberikan kuasa kepada BPR untuk menangani isu isu rasuah..”
Malam tadi bertempat di Dataran Kampung Malaysia Raya Sungei Besi telah berlangsung Ceramah Umum Ezam Mohd Nor anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bandar Tun Razak. Ini merupakan ceramah beliau yang sulung di Lembah Klang. Simboliknya program malam tadi telah diadakan di kawasan parlimen MB Selangor yang kini dirundung pelbagai kontrovesi.
Majlis yang dihadiri ratusan ahli ahli UMNO Bahagian Bandar Tun Razak turut menyaksikan kehadiran wartawan yang ramai dimana kelihatan krew NTV7, TV3, RTM melakukan rakaman mereka. Ada dikalangan teman berbisik, kehadiran mereka untuk mendengar pendedahan baru oleh Ezam terhadap kerajaan negeri Selangor yang kini semakin bermasalah

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tun Razak, Rizalman Dato’ Mokhtar telah membuka tirai dengan kata kata aluannya. Beliau mahu bangsa melayu tindak tunduk dengan kebiadaban beberapa wakil rakyat bukan melayu yang tidak mahu lagi menghormati isu melayu
Seterusnya Pemangku Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Rahim Baba memberikan ucapan ringkasnya dengan merakamkan rasa terima kasih beliau kepada Ezam yang sudi menerima undangan dan menjadikan kemunculannya malam tadi sebagai yang pertama di lembah Klang.

Sebelum Ezam memulakan ceramahnya, satu upacara ‘Simbolik’ telah disempurnakan oleh Ketua Pergerakan Pemuda Bahagian Bandar Tun Razak, Rizalman menyarungkan Vest UMNO kepada Ezam. Vest yang lengkap sedia dengan nama EZAM……[Datuk Rahim Baba disebelah kanan sekali]
Ezam memulakan ceramahnya dengan membawa nostalgia sewaktu zaman persekolahannya dimana beliau menceritakan pernah menuntut di Salak South sewaktu ayahnya berkerja di lombong Sungei Besi Mines. Maka dengan itu tajuk ceramah “Sirih Pulang Ke Gagang” amat tepat sekali….
Malam tadi Ezam telah berjaya memukau ratusan hadirin dengan pidatonya yang hebat. Beliau telah menjelaskan secara terperinci sebab kenapa beliau tinggalkan perjuangan PKR dan kembali menyertai UMNO. Ezam turut menceritakan kenapa beliau hilang keprcayaan kepada Anwar Ibrahim.
Seperti yang dijangkakan malam tadi Ezam telah membawa satu lagi isu baru berkaitan pentadbiran PKR Selangor yang semakin bermasalah. Beliau mempersoalkan tentang perlantikan salah seorang ahli keluarga Anwar Ibrahim sebagai Penasihat kepada syarikat gergasi GLC Selangor iaitu Kumpulan Darul Ehsan Berhad [KDEB].
Ezam akan meneruskan siri Road Show dimana destinasi seterusnya adalah menuju ke Larut, Perak pada 27 Jun, Jumaat ini.
Berikut adalah beberapa rakaman aksi aksi program malam tadi;

Kelihatan kehadiran wartawan yang ramai membuat liputan keatas ceramah Ezam malam tadi
Entah apalah yang lucu sangat sehinggakan Zahid Mat Arip tak dapat menahan gelak ketawanya...

Datuk Rahim Baba telah menyampaikan cenderahati sebagai tanda terima kasih kepada Ezam
Ezam menjawab soalan dalam sesi Sidang Media bersama wartawan selepas ceramahnya malam tadi