MARI SAMA SAMA KITA MEDOAKAN YANG TERBAIK

MARI SAMA SAMA KITA MEDOAKAN YANG TERBAIK

Wednesday, July 30, 2008

Tauke Restoran Ini Apa Macam..??

Jangan terkejut jika anda terserempak dengan sebuah kedai makan bernama RESTORAN ANWAR EZAM!

Terletak di kawasan lembah klang, restoran ini dibuka setiap hari dan menyediakan juadah dari pagi sehingga ke lewat malam.

Melihat dari nama yang dipamerkan jelas bahawa pemilik restoran ini meminati dua tokoh politik negara kita. Apakah pendirian pemilik restoran ini sekarang setelah seluruh rakyat sedang meyaksikan pertembungan Protégé dan Mentor dalam kemelut politik negara?

Siapakah akan menjadi pilihan pemilik restoran ini? Adakah Anwar? Ataupun Ezam? Atau mungkin pemilik restoran ini akan menukar nama restorannya mengikut pilihan tokoh mana yang beliau mahu sokong….?
Teman teman blogmaster akan usahakan untuk menemu bual pemilik restoran ini.

Tuesday, July 29, 2008

Kenapa Anwar TAK Jawab..????

Pihak blogmaster menerima laporan bahawa Dato Seri Anwar Ibrahim telah mengelak daripada menjawab soalan salah seorang wartawan berhubung kesediaan Ezam Mohd Nor mahu menentang beliau sekiranya diadakan Pilihanraya kecil dalam jangka waktu terdekat.

Insiden ini berlaku hari ini sewaktu Anwar membuat sidang akhbarnya di ibu pejabat pusat PKR yang terletak di Tropicana Petaling Jaya.

Berita yang kami terima juga memaklumkan bahawa Anwar bukan sahaja mengelak untuk menjawab soalan dari wartawan malah Anwar telah memarahi wartawan tersebut dengan menuduhnya sebagai agen UMNO dan telah dibayar untuk bertanyakan soalan mengenai pertembungan Anwar – Ezam!


Dua hari lalu, Anwar sewaktu berceramah di Kulim beliau telah mengistiharkan bahawa kesediaanya untuk bertanding dalam pilihanraya kecil parlimen Kulim – Bandar Bharu sekiranya petisyen yang difailkan keatas Yb Zulkifli Nordin diterima oleh pihak mahkamah. Sehubungan dengan itu juga, Zulkifli Nordin turut menyatakan kesediannya untuk mengosongkan kerusi parlimen Kulim – Bandar Bharu walaupun kes itu nanti tetap memihak kepadanya.

Manakala pagi semalam di E-Astin Hotel Petaling Jaya, Ezam Mohd Nor telah menyatakan kesediannya untuk bertarung dan menentang Anwar Ibrahim dalam pilihanraya kecil sekiranya beliau diminta berbuat demikian oleh pimpinan UMNO.

Monday, July 28, 2008

Pelancaran Yayasan Generasi Baru NUSANTARA


Tunggak Yayasan Generasi Baru NUSANTARA. Dari kiri; Sapto Waluyo [Pengerusi], Ezam Mohd Nor [Pengerusi Bersama], Dr Yon Mahmudi [Board of Advisor] dan Drs. Imam Nur Azis [Director I]


Pelancaran Yayasan Generasi Baru NUSANTARA telah selamat dilancarkan pagi tadi di Meranti Conference Room, E-Astin Hotel Seksyen 16 Petaling Jaya.

Sidang akhbar pagi tadi telah berjalan dengan lancar dimana, Ezam Mohd Nor mengumumkan pelancaran di Indonesia pula akan diadakan di Jakarta pada 5 Ogos nanti.

Tujuan penubuhan Yayasan ini bertujuan melahirkan “Masyarakat Serumpun” yang maju, terbuka, demokratis dan sejahtera. Ianya akan memuatkan kaji selidik dalam bidang ekonomi, politik dan budaya di kawasan Asia Tenggara merangkumi pengisian program diskusi, seminar dan international conference. Diantara pendekatan yang akan dilaksanakan adalah cross-nation forum yang akan melibatkan pemimpin pemimpin islam muda dari nusantara.

Lanjutan sebarang maklumat berhubung dengan tujuan, visi, program, karekteristik penubuhan Yayasan ini boleh dibaca melalui websitenya
http://www.generasibaru.org


Kelihatan ketiga tiga wakil Yayasan dari Indonesia; Sapto Waluyo, Dr Yon Mahmudi dan Drs. Imam Nur Azis sedang menjawab beberapa soalan dari pihak media.
Urusetia Sidang Media turut merakamkan gambar kenang kenangan bersama wakil pimpinan dari Indonesia.


MEDIA TETAP MAHU TANYAKAN SOALAN2 POLITIK
Biarpun majlis pagi tadi adalah pelancaran sebuah Yayasan yang tidak ada kena mengena dengan Politik, namun kelihatan pihak TV9 tetap mahu menemu ramah Ezam dalam isu politik semasa.
Turut sama mengajukan soalan soalan panas politik dalam kes Anwar Ibrahim, wartawan wartawan daripada RTM dan 8TV.
Seorang “foreign journalist” juga tidak mahu melepaskan peluang untuk bertanyakan soalan soalan cepumas kepada Ezam
Ezam rancak bersembang bersama wartawan Agendaily dan disebelah kanan sekali [bertudung] merupakan “orang kuat” akhbar Sinar Harian.

Sidang Akhbar KHAS Ezam Pagi Ini..!!

Gempar…?

Jemputan rasmi sudah dikeluarkan kepada pihak media. Sms dikalangan ramai teman teman politik sudah mula berteka-teki. Dikhabarkan bahawa suatu Sidang Media KHAS oleh Mohamad Ezam Mohd Nor akan diadakan pagi ini.

Maklumat seperti berikut;-

Tarikh : 28 Julai 2008 [Isnin]

Waktu : 10 pagi

Tempat : E-Astin Hotel, Seksyen 16 Petaling Jaya

Friday, July 25, 2008

Semua Warga Selangor Dijemput HADIR

Datanglah beramai ramai…!

Luangkan masa anda untuk mendengar penjelasan Ezam Mohd Nor. Tentu banyak perkara yang boleh dilunaskan daripada benak fikiran warga Selangor berhubung kemelut politik semasa tanahair.

Yang pastinya, sudah tentu ramai yang mahu dengar pendedahan eksklusif siapakah sebenarnya Anwar Ibrahim!!

Kepada pemimpin Pakatan Rakyat, contohi sikap Ketua PKR Bahagian Jerai, Sdr Kalai Vanan yang telah hadir mendengar ceramah Ezam di Sungai Siput tempoh hari. Beliau bukan sahaja berani tampil ke pentas untuk bertemu Ezam selepas ceramah, malah dikhabarkan beliau telah mengirim sms kepada Ezam mengucapkan tahniah dan mahu Ezam untuk “teruskan perjuangan”…..

Wednesday, July 23, 2008

Perak berGEGAR Lagi Dengan Ceramah Ezam

“Jika Anwar mahu menyalahkan DEB sebagai punca kepada segala permasalahan rasuah kerana ada pengagihan kontrak yang tidak seimbang, maka beliaulah yang sebenarnya telah menjadi PUNCA kepada kepincangan tersebut!”

“Sewaktu Anwar menjadi Menteri Kewangan, beliau telah memperkenalkan sistem melahirkan Kontraktor Bumiputera Wibawa. Anwar telah mengarahkan Kementerian Kewangan memberikan setiap syarikat syarikat yang terpilih ini kontrak bernilai paling minima RM1 bilion, tanpa sebarang tender [direct nego]”

Itulah antara petikan ucapan Ezam dalam ceramahnya di Perak malam tadi.
22 Julai – Selasa;- bertempat di perkarangan gelanggang bolakeranjang pekan Kerai, Sungai Siput, UMNO Bahagian Sg Siput telah menganjurkan Ceramah Khas Ezam Mohd Nor.

Tempat ceramah terletak betul betul dihadapan Balai Polis pekan Kerai.

“Gegaran sudah mulai dirasai di Perak ini, ceramah UMNO semakin mirip ceramah PAS sewaktu mereka jadi pembangkang disini. Tengoklah hadirin yang datang malam ni.., dulu tak pernah ramai macam ni” ujar seorang Ajk Bahagian UMNO Sg Siput.

Ceramah Ezam semakin mendapat sambutan. Ruang tempat duduk penuh sehingga limpahan ratusan hadirin terpaksa berdiri dibahu jalan dan ada kalanya memperlahankan kenderaan yang lalu lalang disitu.

Ezam telah berjaya menanamkan keyakinan hampir seribu hadirin malam tadi atas semua penjelasannya mengenai keadaan politik semasa. Terutamanya dalam isu kemelut politik Pakatan Rakyat yang semakin longlai, dan juga pendedahan eksklusif perihal Anwar Ibrahim.

Ketua UMNO Bahagian Sungai Siput, Yb Dato Hj Ahamad Bin Pakeh Adam yang juga merupakan ADUN kawasan Lintang telah memberikan ucapan alu-aluan beliau sebagai pembuka tirai.

“Kenapa Anwar nak perbesarkan kisah beliau dibogelkan..?? Sedangkan apabila beliau membogelkan orang lain kita tak pernah ambil kisah pun…” persoalan yang diajukan oleh Hamdan Taha yang turut sama berceramah malam tadi.


Berikut adalah rakaman ceramah anjuran UMNO Bahagian Sg Siput;



Ezam menerima cenderahati daripada Timbalan Ketua Bahagian UMNO Sg Siput, Dato Sazlan Mohd Samin





Ezam bersama rombongannya disajikan makan malam yang dihoskan oleh Yb Dato Ahamad Pakeh Adam bersama keluarganya dan Ajk Bahagian UMNO Sg Siput.


Ketua PKR Bahagian Jerai Hadir Ceramah Ezam Malam Tadi…!


Kalai Vanan bertanyakan khabar kepada Ezam selepas ceramah malam tadi. Beliau merupakan Ketua PKR Bahagian Jerai yang pernah menjadi calon PKR bertanding kerusi DUN Gurun dalam Pilihanraya 2008 dan 2004.

Dalam foto ini juga turut kelihatan Toh Dewa Mahkota – Orang Besar Negeri Perak, Dato Hj Meor Idris berbaju biru menjadi tetamu khas UMNO Bahagian Sg Siput.

Monday, July 21, 2008

Komen TERBAIK Pilihan Blogmaster



Dalam posting blog ini tempoh hari diatas tajuk “DNA: Kenapa Anwar Takut..???”, blogmaster telah mengundang komen/respon/feedback dari pengunjung pengunjung blog ini.

Blogmaster amat tertarik dengan komen yang datang dari pengirim yang mahu dikenali sebagai ZEMI”. Komen beliau boleh dibaca sekiranya anda klik pada ruangan comment posting tajuk tersebut.

Namun, blogmaster pastekan disini sebagai bahan bacaan untuk kita kongsikan bersama. Kepada sdra/i ZEMI, terima kasih kerana menukilkan tulisan serta pandangan yang baik dan bernas tanpa memihak kepada sesiapa pun.


Silakan membacanya…….
BISMILAHHIRAHMANIRAHIM
SELAWAT DAN SALAM KEATAS JUNJUNGAN BESAR NABI MUHD SAW.ASSALAMUALAIKUM MASYAALLAH ! TUDUHAN KPD ANWAR TERUK.BACA DAN RENUNGKANLAH.
Tuduhan yg dihadapi oleh anwar sekarang amat berbeza dgn situasi 1998.pd masa itu anwar mungkin boleh berkata konspirasi kerana beliau masih tpm,sekarang bukan tpm.pd 98 semua tertuduh kes liwat ditahan polis terlebih dahulu dan membuat pengakuan diliwat semasa dlm tahanan polis,keculi azizan yg membuat pengakuan awal di hadapan bekas imam besar masjid negara,yg mana sekarang bekas imam itu ahli parlimen baling ,kedah.

Sekarang pulak si saiful ini buat pengakuan bukan di bawah tahanan polis.betul saiful ada berjumpa dgn najib (tpm),tetapi najib pun tak berani bagi komen apa2 kerana takut dituduh berkonspirasi atau perangkap drp anwar,najib hanya berkata kpd saiful buat apa yg perlu.habis setakat itu pertemuan dgn najib.keesokan hari saya difahamkan saiful ke hkl kerana hendak buat pemeriksaan susah utk membuang air besar dan setelah pemeriksaan doktor megarahkan saiful membuat laporan polis di pondok polis hkl.bukannya saiful pergi buat laporan polis secara “grand” dgn diiringi wartawan dan dan politician,kemudian hebahkan di media masa secara meluas.

Media masa mula melaporkan perkara ini pun setelah dihebahkan oleh anwar di hotel quality shah alam yg polis akan menangkap beliau kerana ada konpirasi politik terbaru.dan keberanian yg ada pada saiful ini agak luar biasa,tanpa akuan bersumpah,dgn diiringi keluarga ke hkl utk pemeriksaan.dan jarak antara tempoh diliwat dgn tempoh laporan sgt dekat.diliwat 26.jun,laporan polis 28.jun.

Sebenarnya pada 27 jun,anwar sudah mula gelisah apabila saiful hilang.beliau menelefon ke sana sini bertanya tentang saiful dan mengarahkan org2 yg rapat dgn beliau mencari saiful.kenapa beliau gelabah jika pembantu kpd pembantu peribadi beliau yg hilang ? pd tahun 98,kita semua boleh lihat pd masa itu majority org melayu bersama anwar.tetapi sekarang berapa kerat sgt org melayu bersama anwar.ini boleh diukur dgn perhimpunan di ipk kl dan di rumah anwar.

Persoalannya jika saiful pembantu kpd pembantu anwar,kenapa anwar agak rapat dgn saiful dan dibawanya saiful beberapa kali ke luar Negara dan ke sabah.jika anwar betul2 ada akal beliau tidak pilih budak saiful ni sbg pembantu,saiful ni budak mentah lagi,tiada pengalaman politik,kenapa beliau tidak pilih di kalangan pemuda2 pkr atau mpt pkr sbg pembantu,sedangkan mereka ini lbh pengalaman.

Sepertimana yg kita semua sedia maklum yg saiful ini bersedia utk bersumpah,tapi kenapa anwar tak sanggup bersumpah.MASYAALLAH ! wahai sahabatku sekelian sedarkah anda semua tuduhan yg dihadapi oleh anwar sekarang AMAT BERAT,DICELA,DIHINA,DIAIBKAN bukan saja seluruh Negara malah boleh dikatakan seluruh dunia.dan ini boleh mencacatkan pandangan masyarakat dan dunia islam terhadap anwar yg sering dipandang dan dilabel sbg pemimpin berimej islam.Pesoalan juga timbul difikiran saya,kenapa kedua dua peguam yg mewakili anwar dlm kes ini India.kenapa tiada peguam melayu islam sepertimana dlm kes pertama dulu,yg mana beliau diwakili oelh 9 peguam terdiri drp pelbagai agama dan bangsa termasuk islam.

Perbicaraan di mahkamah masih lagi lambat,imej anwar harus dpulihkan segera.tida cara lain utk membersihkan nama beliau melainkan dgn cara BERSUMPAH ATAU BERMUHABALAH.andaikata perbicaraan di mahkamah nanti pun memutuskan anwar bersalah,tetapi jika anwar sudah bersumpah ianya dapat mengembalikan keyakinan org2 islam utk bersama beliau,dan org2 ini tetap yakin anwar tak bersalah dan pada masa kita dpt bayangkan berapa ramainya penyokong anwar pada masa itu.dan pada masa itu barulah kita boleh bercakap perkara ini semua konspirasi.

Anwar tak perlu guna helah ada ulamak kata tak perlu bersumpah,anwar juga harus ambil kira ada ulamak yg suruh bersumpah termasuk tok guru nik aziz.perbezaan pendapat ulamak ini perkara biasa,seperti mana sabda nabi perbezaan pendapat antara ulama diakhir zaman ini adalah rahmat buat umatku (kpd mereka yg arif,kalau saya salah tentang sabda ini tlg perbetulkan saya).

Tentang qazaf dan apa yg saya faham,qazaf ini digunapakai terhadap tuduhan berzina,maknanya org yg melakukan seks atau liwat atas dasar suka sama suka dan apabila ditangkap mereka tak mengaku,maka hendaklah kita kemukakan empat saksi.sebab itu pencegah maksiat jika hendak buat serbuan mereka mesti ada 4 org atau lebih.bg org yg membuat pengakuan dia diliwat atau dirogol jika kita gagal kemukakan 4 saksi maka penyelesaiannya ialah BERMUHABALAH.Anda semua harus pandai bezakan antara zina dan rogol.zina suka sama suka,rogol paksaan.mana ada dlm dunia ni perogol atau peliwat yg nak rogol atau liwat mangsanya di depan 4 org.mestilah ianya dilakukan ditempat sunyi,kalau dah ada 4 org saksi maka si perogol atau peliwat ini dah tentu MAKAN PENENDANG 4 org ini tanpa sempat merogol atau meliwat.

Sbg contoh seorang wanita cantik cun melecun sedang berjalan di kawasan sunyi,tiba2 dtg seorang lelaki tarik beliau masuk ke dalam kereta dan dibawa ke dlm hutan lalu merogolnya.wanita itu tidak melawan semasa dirogol kerana takut dibunuh dan bibakar mayatnya,maka wanita itu pun terpaksalah buat berpura pura suka pada perogol ini.selepas selesai episode rogol merogol ini,wanita ini pun pulang dgn selamat dan beritahu keluarga beliau yg dia dirogol,kemudian wanita ini di bawa ke pejabat agama utk buat laporan,dan pada masa itu pegawai agama itu akan bertanya begini.kamu ada 4 saksi tak melihat kamu dirogol ? wanita itu jawab tiada.kalau tiada kamu boleh balik,kerana gagal kemukakan 4 saksi.ADAKAH INI KEADILAN YG DIKEHENDAKI DLM ISLAM ? DI MANA KEADILAN ? CUBA BAYANGKAN JIKA PERKARA INI BERLAKU KPD ADIK BERADIK ATAU SAUDARA MARA KITA.

Wahai sahabatku,islam dan sains teknologi ini ada kena mengena,kalau takde kena mengena maka sampai hari ini pun kita masih naik unta atau kapal laut ke mekah,jika tiada kena mengena susah kita hendak menentukan arah kiblat,tarikh puasa dan hari raya.jika tiada kena mengena maka tak sampailah org islam di angkasa lepas.sebab itu ada satu ayat yg diperkatakan oleh yusof qardhawi (ulamak sanjungan anwar) iaitu QARENAH.dan QARENAH ini ,pendapat drp yusof qardhawi ini yg mengatakan kaedah yg boleh diterima pakai oleh semua pihak dlm islam sekarang adalah perkara yg berkaitan dgn sains dan teknologi termasuklah cctv ,DNA dan apa2 lagi yg ada kaitan yg boleh dijdikan bukti dari sudut sains dan teknologi,selain drp 4 saksi tadi.

Oleh yg demikian jika anwar ibrahim atau saudara mara beliau atau kenalan2 beliau yg terbaca tulisan ini,nasihatlah kpd beliau jika beliau tak bersalah cepat cepatlah bersihkan nama beliau dgn cara BERMUHABALAH,tak payah lagi teruskan pelbagai kerenah seperti sekarang kerana ianya amat lambat utk pulihkan imej beliau.kasihanilah bapak beliau (pak berahim) yg sedang uzur sekarang dan juga kasihanilah anak isteri beliau.apakah dia sanggup melihat bapa beliau memejamkan mata di dunia ini dgn pelbagai tuduhan yg mengaibkan anwar,sperti mana ibu anwar dulu memejamkan mata beliau sewaktu anwar di penjara..ingat wahai sahabatku,tuduhan terhadap anwar ini amat aib sekali,maka beliau perlu berusaha membersihkan nama beliau secepat mungkin.anwar juga harus memikirkan maruah anak isteri beliau,mereka juga malu hendak berdepan dgn masyarakat selagi anwar tak bersihkan nama beliau.saya juga dimaklumkan yg anak lelaki anwar sekarang ini mohd ikhsan juga hidup dlm tekanan,hingga berkrisis teruk dgn anwar.budak remaja ini seperti tiada arah tuju sekarang,sudah mula merokok di kawasan kolej (help institute) damansara,hingga merunsingkan pengetua kolej.sebab itu jika kita melihat setiap kali kemuculan anwar dimana2 beliau hanya ditemani oleh anak2 perempuan,anak lelaki tunggal beliau tidak ikut sama.wallahualam.

Sekiranya anwar bersalah,maka saya rasa lebih baik beliau selesai kes ini dgn saiful diluar mahkamah,serta mohon maaf kpd seluruh rakyat Malaysia,jgn terlibat dgn politik lagi dan bawa keluarga berpindah ke luar Negara.jika anwar sanggup lakukan semua ini rakyat Malaysia akan kenang anwar sbg pemimpin yg jujur dan berani mengaku kesalahan.pd pendapat peribadi saya,tak ingin melihat anwar dipenjara,kerana beliau sbg bekas pemimpin sedikit sebanyak ada juga jasa kpd Negara,tak sanggup melihat seorang yg dah berusia 60 tahun ada anak isteri,cucu dan menantu berada di penjara.kerana pada waktu usia sebegini sepatutnya waktu utk beliau hidup bersenang lenang bersama keluarga,bukannya di penjara.ingat wahai dsai masih belum terlambat utk kita menyesali kesalahan yg pernah kita lakukan.allah itu maha pengampun,maha penyayang kpd umatnya.sedangkan nabi boleh memaafkan umatnya ,apatah lagi kami rakyat Malaysia yg sentiasa mudah melupakan kesilapan2 pemimpin2.jika anwar berada diluar Negara sekalipun,tidak semestinya beliau tidak boleh memberi pendapat2 yg bernas yg boleh dikongsi bersama utk Negara ini.saya tidak nafikan ada juga pendapat2 anwar ini yg baik dan boleh dipakai.saya juga sanjung pendapat2 anwar semasa debat harga minyak tempohari,sekurang kurangnya ianya dpt membuka mata kerajaan melihat masaalah rakyat. Saya pun tak suka juga harga minyak mahal.
Oleh yg demikian saya harap anwar dapat fikir semasak masaknya,keputusan yg harus dibuat.jgn buang masa dgn pelbagai kerenah seperti sekarang,kerana jika ianya tidak diselesaikan dgn segera maka lebih banyak persepsi yg akan timbul dan lebih banyak pekung didada yg akan terbongkar.walahualam,hanya allah swt dan anwar sendiri yg tahu segala galanya.

Sekian sahaja setakat ini,yg baik dtg drp allah,yg buruk dtg drp saya.

wasalam
ZEMI

Sunday, July 20, 2008

Ezam Tetamu KHAS UMNO Tanjung Malim


Yb Dato Mohd Khusairi Hj Mohd Talib Ketua Bahagian UMNO Tanjung Malim merangkap ADUN Slim telah merasmikan Mesyuarat Agung Serentak Bahagian, Pemuda, Wanita & Puteri UMNO Tanjung Malim.


Bertempat di Dewan Tan Sri Ghazali Jawi Slim River, Ezam Mohd Nor telah menjadi Tetamu Khas dan diberikan penghormatan untuk menyampaikan ucaptama beliau petang semalam, Sabtu 19 Julai 2008.

Jelas bahawa penjelasan Ezam telah disambut baik oleh keseluruhan ahli ahli serta pimpinan UMNO peringkat cawangan dalam bahagian Tanjung Malim. Dianggarkan kehadiran sekitar 1,000 orang yang bukan sahaja memenuhi Dewan Tan Sri Ghazali tetapi memaksa ajk bahagian memesan tempahan kerusi untuk membolehkan hadirin di luar dewan duduk.

Jadual Ezam semakin padat menerima banyak undangan untuk memberikan penjelasannya lebih lebih lagi dimusim Mesyuarat Agung UMNO yang sedang berlangsung seluruh negara.

PELANCARAN BADAN SERANTAU PEMBANGUNAN UMAT ISLAM

Walaupun baru tiba dari kota Bangkok, Ezam tetap mampu meluangkan masa memenuhi undangan dari UMNO Tanjung Malim. Beliau amat menghargai nilai persahabatannya dengan Yb Dato Khusairi kerana Yb Dato tetap berkunjung bertemu dengannya walaupun ketika beliau dalam PKR suatu ketika dahulu.

Dalam ucaptama Ezam turut menjelaskan beliau baru pulang setelah selesai bermesyuarat dengan beberapa pimpinan islam dari negara Thailand. Beliau yang baru baru ini telah dipilih sebagai Pengerusi Badan Serantau Pembangunan Umat Islam yang menggabungkan wakil wakil pemimpin muda Islam dari negara ASEAN berpusat di Jakarta. Majlis pelancaran akan diadakan pada 28 Julai ini di salah sebuah hotel di ibu negara.


Berikut adalah rakaman Perasmian Mesyuarat Agung UMNO Bahagian Tanjung Malim





Friday, July 18, 2008

DNA: Kenapa Anwar Takut..???

Berani kerana benar. Takut kerana salah.


Itulah peribahasa turun temurun yang setiap diantara kita pelajari sejak zaman persekolahan lagi.

Dalam isu Anwar Ibrahim bagaimana pula? Kenapakah Anwar takut untuk memberikan sample DNA beliau? Menurut laporan berita jelas dan nyata Anwar mengatakan beliau tidak yakin dengan institusi kepolisian negara ini kerana yang menuduh beliau, Saiful Bukhari masih dalam perlindungan polis dan Anwar khuatir jika ada “manupulasi” terhadap sample DNAnya.

Apakah alasan itu kukuh?

berikut petikan Press Statement Anwar ;-

I have reasonable grounds for having no confidence in the system. In the course of the trial of the false allegations of sodomy in 1998, DNA evidence was fabricated and used against me.
My accuser is still under police protection and as such, any fabrication is possible if they take my DNA. My decision to refuse a DNA test is taken through advice of my lawyers and DNA experts, both local and overseas.


Menjawab kenyataan ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar telah menyatakan sekiranya mereka menggunakan sample DNA 1998, sudah tentu nanti pihak pembangkang akan “mempersoalkan” kesasihannya sebab ia adalah sample yang lama.., itulah sebabnya mereka mahukan sample DNA Anwar yang terbaru supaya tidak timbul sebarang syak wasangka dalam proses siasatan polis.

Manakala Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar pula menyatakan bahawa besar kemungkinan pihak polis akan mendapat khidmat pakar DNA dari luar negara atas pilihan Anwar sendiri sekiranya beliau [Anwar] mengesyaki ada konspirasi dalam kes ini. Itu adalah antara pilihannya demi menunjukkan betapa telus dan professional kes ini akan dikendalikan [ The Star 18 July page 3]

Tetapi kenapakah Anwar masih enggan memberikan sample DNA beliau?

Wednesday, July 16, 2008

Debat: Anwar Ibrahim GAGAL....?

Tidaklah sehebat manapun hujah hujah Anwar Ibrahim untuk meyakinkan rakyat sekiranya beliau menjadi Perdana Menteri dan memerintah kerajaan, esoknya minyak akan turun harga.


Mukadimah Anwar menyebut penurunan awal sebanyak RM0.50 sahaja yang akan menelan belanja RM5 bilion telah berjaya ditempelak oleh Datuk Ahmad Shabery Cheek yang meningatkan Anwar bahawa “janji manis” Pakatan Rakyat untuk turunkan harga petrol seharusnya berpaksikan kepada harga sebelum pilihanraya iaitu RM1.92 seliter…!!! Malah ada dikalangan pemimpin Pakatan Rakyat sewaktu berkempen berani mengatakan akan turunkan harga petrol kepada RM1.62 seliter.


Apa yang disebut oleh Shabery Cheek ini benar dan kita harus menyemak semula manifesto Pakatan Rakyat. Anwar ternyata tidak gentleman dan telah berdolak dalih kerana mahu mengambil mudah mengotakan janji janji manisnya kepada rakyat sekiranya mahu menurunkan harga petrol dari kadar RM2.70 seliter.

Kalau diambil kira janji janji manis Anwar dan juga manifesto Pakatan Rakyat, seharusnya ruang yang telah disediakan kepada Anwar untuk berdebat malam tadi, rakyat harus diberi penjelasan bagaimana Anwar boleh melaksanakan penurunan harga sebanyak RM1.08 supaya kita semua akan menikmati belian petrol pada kadar RM1.62.

Sehubungan dengan itu Anwar mestilah mengemukakan hujah hujahnya untuk meyakinkan rakyat dari mana beliau boleh dapatkan RM10.8 bilion bukannya RM5 bilion..!

Mungkin ramai akan berang dengan penulisan ini dan menyokong Anwar yang telah menyebutkan rancangannya untuk penurunan berperingkat peringkat. Pada hemat saya, asas untuk Anwar berhujah mestilah berpaksikan kepada RM1.92 iaitu harga seliter sebelum Pilihanraya ke 12. Walaupun Anwar huraikan dari mana datangnya RM5 bilion seperti;
- diperolehi melalui RM2 Billion hasil review semula perjanjian TNB dengan IPP
- ketirisan, kebocoran subsidi diesel RM700 juta
- RM170 juta dari projek pemberian khas kroni pembesar UMNO, Teras Kimia
- RM1 Bilion dari RM6 Bilion dari sumbangan dividen khas Petronas 2008

Jika Anwar mahu tunjuk hero tamilnya dengan membawa penurunan hanya RM0.50 sen sahaja dan sekadar mampu sehingga ke takuk RM2.20, apakah Anwar juga akur dengan masalah global krisis minyak dunia..??? Kalau ya, ini bermakna jika Pakatan Rakyat menerajui kerajaan, maka harga petrol tetap akan naik dari RM1.92 kepada RM2.20, bukannya turun sepertimana manifesto Penipu Rakyat [PR]! Bermakna, rakyat akan tertipu dengan memberikan mandat untuk Anwar jadi Perdana Menteri sebab harga petrol tetap naik.

Sekiranya kita perhalusi, Debat malam tadi telah memberikan Very Good Political Mileage kepada Anwar Ibrahim. Rata rata feedback berpendapat ianya suatu kesilapan yang besar kerana memberikan ruang ini kepada “pakar pidato” seperti Anwar. Apatah lagi beliau cukup handal melakonkan watak kesian untuk meraih simpati seperti berkata Ahmad Shabery menyerang peribadi dan beliau tidak mahu membalas, dan diakhir penggulungan beliau telah menyebut akan bertanding pilihanraya kecil dalam jangka waktu yang terdekat. Hebat cara Anwar untuk “memerangkap” pemikiran rakyat yang sudah tentu nanti akan menyalahkan kerajaan sekiranya Anwar tetap didakwa dalam kes liwat keatas Saiful Bukhari……


Sekalung tahniah dan penghormatan diberikan kepada Datuk Ahmad Shabery Cheek yang berani untuk naik pentas berdebat dan berdepan dengan Anwar Ibrahim. Walaupun ramai yang mengatakan Anwar jauh lebih hebat cara pidato dan dan penghujahannya namun kalau kita ukur pada prestasi malam tadi ternyata Anwar masih gagal kerana ramai menjangkakan Anwar akan “tewaskan” Ahmad Shabery dengan mudah tetapi ternyata tidak! Ahmad Shabery berjaya membalas hujah dan ini harus dipuji.


“Sepatutnya Anwar boleh kunci Shabery tapi tak sangka pulak Anwar tak perform lah. Malah nampaknya Anwar agak nervous pada awal debat…” kata seorang teman blogamster yang turut berada dalam dewan malam tadi.

“Anwar ni hebat kat pentas ceramah pembangkang saja, tapi bila bagi neutral ground secara live nampak tak menjadi lah…, below expectation, entah kenapa malam ni yang paling lemah cara Anwar berhujah pernah saya saksikan” tambah teman blogmaster itu. Teman blogmaster ini merupakan bekas pimpinan peringkat nasional PKR suatu ketika dahulu, kini masih bersama parti itu tetapi tidak aktif kerana mahu tumpukan kepada perniagaannya diluar negara.


Datuk Ahmad Shabery Cheek mengakhiri ucapannya dengan satu sindiran sinis yang pedih buat Anwar bila mengatakan kerajaan Pak Lah amat demokrasi mahu memberikan ruang kepada pembangkang untuk berdebat secara live dimana ini tidak pernah terjadi sewaktu Anwar Ibrahim pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri suatu ketika dahulu.

Kami mempelawa sdra/i yang mengunjung blog ini untuk memberikan pandangan bernas anda. Kita terima apa sahaja pandangan samada memihak kepada Datuk Ahmad Shabery ataupun Anwar Ibrahim

TETAPI

Mohon agar gunalah bahasa yang bersopan dan berhemah. Kita bersama mengupas secara rasional dan memberikan hujah yang baik. Pihak blogmaster tidak akan menyiarkan mana mana komen yang BIADAP atau menyerang mana mana individu. Terima kasih

Tuesday, July 15, 2008

Guru Hadi Kritik Anwar..?

Pemuda PAS menyifatkan pandangan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam wawancara minggu lepas sebagai isyarat kritikan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dua lagi parti dalam Pakatan Rakyat "agar tidak menimbulkan masalah" kepada PAS.

Kita bersetuju dengan kenyataan presiden PAS dan ia juga sebagai satu isyarat kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga PKR dan DAP agar tidak sekadar meraih populariti bukan Islam yang akhirnya akan merugikan orang Islam itu sendiri.
"Jangan buat sesuatu yang yang menimbulkan masalah kepada PAS (sebagai parti Pakatan Rakyat) dari luar dan dalam," kata satu sumber yang dekat dengan Dewan Pemuda.
Kata sumber, insiden-insiden yang boleh meresahkan PAS termasuklah keengganan wakil rakyat DAP memakai songkok dalam persidangan Dewan Undangan negeri Johor dan perbincangan berhubung soal kebebasan dan hak istimewa orang Melayu dan Dasar Ekonomi Baru.
"Jangan tumpu sangat (pada isu-isu itu), nanti orang Melayu marah," kata sumber.
Menurutnya, beliau tidak mahu hubungan PAS dan Pakatan Rakyat menjadi renggang. Sumber itu menambah, berharap agar Pakatan Rakyat sama-sama menghormati antara satu dengan lain berhubung dasar masing-masing.
"Dalam soal Melayu dan Islam, kita (PAS) tidak kompromi. Kita bela habis-habisan," jelasnya lagi.
Sehubungan itu, beliau bimbang dengan perkembangan dalam parti PAS sendiri kerana mulai wujud suara-suara memprotes bentuk kerjasama dalam Pakatan, misalnya isu konsert Mas Idayu dan Ella dan kontroversi kumpulan punck rock Carburetor Dung di stadium Kelana Jaya, minggu lalu.
"Ahli-ahli PAS melihat PAS tidak tegas dalam soal Melayu Islam. Kalau PAS tak tegas, orang lain tambah lagi," kata sumber tersebut.
anda bolehlah teruskan membaca sepenuhnya artikel ini yang telah blogmaster petik dari http://www.malaysiakini.com/news/86095

Monday, July 14, 2008

Pentas Pidato AMK GAGAL! Hampeh...



Kununnya diwar-warkan, digembar-gemburkan Shamsul Iskandar dan Khairul Anuar [Jonah] nak jawab “tohmahan” Ezam dan Khir Toyo.

Maka tersebutlah kisah, diadakan Pentas Pidato Pemuda AMK di Dewan MBSA Seksyen 19 Shah Alam.


Niat dihati penganjur nak menyaingi ceramah Ezam yang berlangsung ditempat yang sama dua malam sebelum itu, dimana pada malam itu kehadiran ribuan yang datang memenuhi dewan dan dilaporkan sehingga ramai terpaksa berdiri diluar dewan. Tahniah Lokman Adam dan UMNO Shah Alam kerana berjaya dan sukses, malah kehadiran ramai wartawan media juga telah disudahi dengan penyiaran petikan ucapan Ezam yang tersiar di TV3 dan juga beberapa akhbar akhbar.

Bagaimana pula sambutan Pentas Pidato AMK malam tadi?

“ sedihlah bang, gagal, hampeh…, memalukan! Tak sampai pun 300 yang datang…” begitu kata kata salah seorang pimpinan AMK yang menghubungi blogmaster awal pagi tadi.

“ ramai yang datang nak dengar apa jawapan Shamsul dengan Jonah keatas cerita Ezam dan Khir Toyo, tapi tak berani pun Shamsul dengan Jonah nak ulas.., sikit pun tak sentuh” sambung penyampai info tadi.

“malah yang jadi pelik, kedua dua mereka ni dok bantai kutuk Najib tak habis habis..” tambahnya lagi.

Kami juga dimaklumkan bahawa cara penganjuran majlis ini telah mengundang protes dikalangan beberapa pimpinan PKR Shah Alam. Yang nyata, beberapa pimpinan PKR Shah Alam tidak bersetuju dengan idea Jonah menggunakan nama AMK Shah Alam sebagai penganjur tetapi tentangan ini tidak direstui oleh pemangku Ketua PKR Bahagian Shah Alam.

“pening la bang…, dalam PKR Shah Alam dah bercelaru, tak sekata bersetuju, ada yang protes dan boikot. Itulah sebab kita pun tak heranlah kalau PAS sendiri pun tak nak support program malam tadi…” penyampai info itu terus bercerita.


“ yang pentingnya Jonah dah mintak maaf kat saya dan akui memang dia tak sepatutnya guna nama AMK Shah Alam tapi dia masih nak lepaskan diri dia, dia tuding jari pada Ketua Penarangannya pulak…” penyampai info itu mengakhiri ceritanya.

Saturday, July 12, 2008

Ezam Terus Cabar Anwar...!!!

“saya tak akan layan pendekar pendekar tempang PKR yang saya anggap seperti Cicak Mengkarung!

“mereka mereka ini konon mau cabar saya bersumpah bahawa saya tak terlibat dengan konspirasi ke 2 kes liwat Anwar…”

“ saya suruh semua Cicak Mengkarung ini balek dan sampaikan kepada Anwar & Wan Azizah supaya kedua-dua mereka berani sebut dari mulut mereka sendiri bahawa saya terlibat dengan konspirasi yang mereka dakwa..”

“jika keluar dari mulut Anwar atau Wan Azizah mengatakan saya terlibat dalam konspirasi ke 2 kes liwat Anwar, dalam tempoh 24 jam, saya akan bersumpah dengan nama allah dengan kaedah yang dituntut dalam Islam untuk membersihkan nama saya dan lawan Anwar habis habisan..

“saya dah rujuk kepada beberapa Ulama Muktabar dan saya dibolehkan untuk mendedahkan apa saja yang saya tahu walaupun perit dan mengaibkan mereka sekiranya diri saya cuba diaibkan dan maruah saya tercabar…”

Demikianlah petikan bait bait ucapan ceramah Ezam yang cukup panas malam tadi….

Program Ceramah Perdana Ezam & Dr Khir Toyo anjuran UMNO Bahagian Shah Alam yang berlangsung di Dewan MBSA Seksyen 19 malam tadi telah berjaya meyakinkan ribuan hadirin bahawa Ezam membuat keputusan cukup tepat untuk meninggalkan Anwar Ibrahim dan PKR.

Dewan penuh sesak sehingga ramai hadirin terpaksa berdiri diluar dewan. Kemunculan sulung Ezam ditempat tinggalnya sendiri Shah Alam telah disambut oleh Ketua Bahagian UMNO, Datuk Salamon Selamat dan Timbalannya, Dato Ahmad Nawawi M Zin. Turut berada di atas pentas, Ketua Pemuda UMNO Selangor, Yb Shukor Idrus.

Seperti yang dijangkakan dan dinanti-nantikan ramai hadirin, Ezam telah mendedahkan mengenai Anwar Ibrahim yang terlalu self centered dan hanya punyai cita cita mahu menjadi Perdana Menteri walaupun terpaksa menggadai maruah bangsa dan agamanya sendiri.


Jelas terpampang diwajah kesemua hadirin mereka cukup terpegun dengan pidato hebat Ezam dan yakin sepenuhnya dengan setiap penjelasan Ezam dari mula sehingga akhir ceramahnya. Sewaktu Ezam mengakhiri ucapannya, seluruh dewan bangun memberikan “standing ovation” dan tepukan gemuruh.

Ketua Pembangkang Selangor, Yb Dato Seri Dr Khir Toyo turut berceramah mengupas kelemahan kerajaan Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Tan Sri Dato Abdul Khalid Ibrahim. Dr Khir terpaksa meninggalkan dewan sebaik sahaja selesai ucapannya kerana mahu berangkat ke Kedah.

Aksi aksi Ezam yang berjaya menggegarkan Dewan MBSA Seksyen 19 malam tadi;



Ezam menerima cenderahati daripada Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Salamon Selamat dan Timbalannya Dato Ahmad Nawawi M Zin.

Thursday, July 10, 2008

Ceramah Ezam & Khir Toyo Malam Esok

Ezam Mohd Nor akan bergandingan dengan bekas MB Selangor, Yb Dato Seri Dr Khir Toyo diatas pentas ceramah malam esok. Sudah tentulah rakyat Selangor berpeluang mendengar secara langsung pendedahan kepincangan kerajaan pincang Pakatan Rakyat Selangor

Malam esok, Ezam akan ke Shah Alam untuk memberikan penjelasannya.

CERAMAH UMUM EZAM & KHIR TOYO
“ PAKATAN RAKYAT SELANGOR BAKAL TERSUNGKUR”
Jumaat 11 Julai 2008 Jam 8.30 malam
Perkarangan Dewan MBSA
Seksyen 19 Shah Alam

“semua dijemput hadir”

Difahamkan, Ezam yang rancak menjelajah ke beberapa negeri dalam siri road show, kini sedang dalam perjalanan ke Kota Bharu untuk memenuhi jemputan berceramah di Ketereh pada malam ini.

“Walaupun Ezam baru tiba dari Jakarta, namun beliau bersemangat untuk meneruskan perjalanan ke Kelantan menunaikan tanggungjawab memberikan penjelasan isu semasa kemelut politik negara yang semakin berbahang sekarang ini…” kata Sd Johari, Pengurus Program Road Show Ezam yang turut sama menemani Ezam ke negeri Cik Siti Wan Kembang pagi tadi.

Wednesday, July 9, 2008

Tuesday, July 8, 2008

Ezam Ketuai Badan Serantau Pembaharuan Umat ISLAM

Ezam bakal diumumkan secara rasmi sebagai Pengerusi Sekreteriat BADAN SERANTAU UNTUK PEMBAHARUAN & PEMBANGUNAN UMAT ISLAM MALAYSIA & JAKARTA

Laporan Eksklusif ini dipetik dari lama web http://www.klpos.com/

Mohamad Ezam Mohd Nor akan mengetuai BADAN SERANTAU UNTUK PEMBAHARUAN & PEMBANGUNAN UMAT ISLAM MALAYSIA & JAKARTA yang akan diumumkan secara rasmi minggu hadapan.

Sumber memberitahu KLpos.com, Ezam kini berada di Jakarta dalam rangka kerja persiapan akhir penubuhan sekteriat tersebut.

KLpos.com, difahamkan antara anggota badan tersebut adalah ulama, intelektual, ahli politik dan aktivis muda di Malaysia dan Indonesia.

Ezam yang baru-baru ini menyertai UMNO, di percayai akan menjadi pengerusi sekteriat tersebut.

Sementara itu, KLpos.com turut difahamkan, Ezam Mohd Nor akan memilih kaedah Islam untuk menjelaskan segala fitnah yang dilemparkan kepada beliau sejak-sejak akhir-akhir ini.

Sumber memberitahu, Ezam melihat gejala fitnah semakin berleluasa di kalangan umat Islam di Malaysia dan jalan terbaik untuk melawannya ialah dengan kaedah Islam.

"Ezam akan pulang dari Jakarta hujung minggu ini dan difahamkan beliau akan mengadakan pertemuan dengan beberapa ulama untuk meminta nasihat dan panduan dari mereka," kata sumber tersebut.

Yang pasti, kata sumber tersebut, Ezam akan mempertahankan diri dan maruahnya daripada fitnah jahat yang banyak disebarkan akhir-akhir ini.

Sunday, July 6, 2008

Ezam Semakin Rancak Berceramah Bersama UMNO

Ezam Mohd Nor semakin rancak meneruskan siri jelajah roadshow berceramah menjelaskan kepada rakyat kenapa beliau meninggalkan PKR dan hilang kepercayaan terhadap Anwar Ibrahim.

Seperti dijadualkan, bertempat di perkarangan Pejabat KEMAS Sri Manjong, ceramah Ezam berjaya mengumpulkan ribuan hadirin. Juga dikenal pasti ramai ahli ahli PAS dan PKR hadir untuk melepaskan rindu mereka kepada ceramah Ezam, tetapi malu untuk memasuki tapak ceramah sebaliknya hanya bersembunyi dikawasan gelap diluar perkarangan.

Ezam berpidato dengan cukup baik sekali dan mendapat tepukan gemuruh setiap kali berjaya menghuraikan penjelasannya tentang isu liwat Anwar, kepincangan pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dan Perak, kekalutan yang berlaku dalam PKR, dan sebab sebab kenapa beliau tinggalkan PKR.


Diakhir ceramahnya Ezam telah berjaya membakar semangat ribuan hadirin untuk mengembalikan perjuangan asas bangsa dan tidak gentar dengan momokan Anwar Ibrahim.

Selepas selesai ceramah, Ezam telah meluangkan sedikit masa untuk berdialog dengan Ajk UMNO Bahagian Lumut. Ketua UMNO Bahagian Lumut, Yb Dato Dr Zambry Abdul Kadir yang juga ADUN Pangkor telah mempengerusikan sesi dialog bersama Ezam.

Berikut adalah antara rakaman ceramah Ezam di Sri Manjong malam tadi;

Yb Dato Dr Zambry Abdul Kadir ADUN Pangkor, Ezam dan Yb Zahir ADUN Kamunting bersama pimpinan UMNO Bahagian Lumut sedang mendengar ceramah Hamdan Taha.

Aksi aksi ceramah Ezam yang semakin berapi membakar semangat ahli ahli UMNO, pengundi pengundi dan hadirin yang memenuhi tapak perkarangan Pejabat KEMAS malam tadi.