Untuk membaca artikel penuh, sila lusuri blog tersebut di alamat http://gerakan-anti-pas.blogspot.com/2008/08/ketua-erdogan-kamarudin-jafar-terima.html
Friday, August 29, 2008
Al-kisah ERDOGAN
Untuk membaca artikel penuh, sila lusuri blog tersebut di alamat http://gerakan-anti-pas.blogspot.com/2008/08/ketua-erdogan-kamarudin-jafar-terima.html
Thursday, August 28, 2008
Anwar Sungguh Bernasib Baik
Pemenangnya ialah, Anwar Ibrahim. Iya, umum tahu. Berita yang telah diumumkan secara rasmi pada malam 26 ogos 2008.
Anwar berjaya mendapat 31,195 manakala calon BN Datuk Arif Shah hanya mendapat 15,524 dan calon AKIM iaitu Hanafi Hamad hilang wang pertaruhan setelah mendapat 92 undi sahaja.
Majoriti sedikit meningkat sebanyak 2,283 kepada 15,671 berbanding yang dicapai oleh Dr Wan Azizah pada bulan Mac yang lalu. Kalau dilihat pada laporan Malaysiakini, jelas terbukti kaum bukan melayu TERLALU menyokong Anwar Ibrahim [lihat carta]
Kesimpulannya, Anwar Ibrahim memang bernasib baik meraih keputusan sedemikian sebab sekiranya majoritinya merosot, sudah tentulah ianya suatu KEGAGALAN kerana beliau hanya berani untuk bersilat dalam gelanggangnya sendiri.
ASKAR UPAHAN ANWAR CUBA FITNAH EZAM
Terbukti bahawa kempen dan ceramah Ezam pada Pilihanraya Permatang Pauh memberikan kesan kepada pihak PKR. Sewaktu semakin hampir dengan hari mengundi, terdengar desas desus bahawa ada pihak akan cuba buat kacau ditempat Ezam berceramah. Mujurlah skuad keselamatan Ezam cekap dan berjaya menjalankan tugas dengan baik.
Apa yang menyedihkan ialah sikap juak juak murahan PKR yang terlalu taksub dengan Anwar Ibrahim telah menyebarkan fitnah pada hari pengundian. Difahamkan setelah mereka gagal mengesan Ezam dimana mana pusat mengundi, maka juak juak murahan dan kuda tunggangan Anwar ini menyebar berita palsu “ Ezam koma setelah jatuh dibilik mandi. Inilah akibatnya memfitnah Anwar Ibrahim…”. Sms beredar dan pihak Ezam turut terima sms tersebut ketika sedang berhenti rehat di R & R Tapah.
Inilah budaya juak juak murahan Anwar Ibrahim. Walhal Ezam dan Dato Nalla telah berangkat pulang ke Kuala Lumpur pada pagi hari mengundi setelah dinasihatkan berbuat demikian atas sebab sebab keselamatan.
Gambar dibawah ini dirakamkan sewaktu Ezam dan Dato Nalla yang sedang menuju ke kenderaan mereka dihadapan lobi hotel di Pulau Pinang untuk berangkat pulang…..[seorang pemimpin MCA, Datuk Donald Lim telah menyapa mereka berdua]
Monday, August 25, 2008
Permatang Pauh: Tinggal 1 hari lagi...
PEMIMPIN PKR KEDAH KELUAR PARTI
Friday, August 22, 2008
Ezam dan Dato Nalla Bantu BN Di Permatang Pauh
Memang hangat dan panas disana…….
EZAM DAN DATO NALLA DALAM SATU TEMU BUAL EKSKLUSIF BERSAMA AKHBAR WATAN DI PERMATANG PAUH
Sunday, August 17, 2008
Ezam Berkempen Di Permatang Pauh
Turut hadir bersama sama calon dalam sessi tersebut ialah Datuk Seri Khaled Nordin, Dato Salamon Selamat dan Shahul Hameed Pengarah UiTM Pulau Pinang dan juga bekas Ketua PKR Bahagian Permatang Pauh, Anuar Shaari
Buat pertama kalinya setelah sepuluh [10] tahun, Ezam Mohd Nor telah turun terlibat ke Pilihanraya kecil dengan bernaung dibawah lambang Barisan Nasional.
Dalam proses penamaan calon Pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh, Ezam kali ini akan membantu calon UMNO, Datuk Arif Shah Omar Shah menentang dua lagi calon, Dato Seri Anwar Ibrahim mewakili Parti Keadilan Rakyat dan seorang lagi calon dari Angkatan Keadilan Insan Malaysia [AKIM] Hanafi Hamat.
Ezam dijangka akan menjadi penceramah utama Barisan Nasional dalam kempen menentang boss lama beliau begitu juga dengan teman temannya yang masih dalam Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh PKR, DAP dan PAS.
Sewaktu proses penamaan calon, kehadiran Ezam telah menarik perhatian ramai wartawan yang mengambil peluang untuk menemuramah beliau.
Berikut adalah rakaman beberapa peristiwa sewaktu Ezam hadir ketika proses penamaan calon;
Datuk Seri Najib Tun Razak mengetuai BN ke tempat proses penamaan calon Pilihanraya Parlimen Permatang Pauh
Ketua Puteri UMNO, Yb Datuk Noraini Ahmad meyambut ketibaan Ezam...
Ezam sedang mendengar sesuatu dari Tan Muhamad Taib sambil diperhatikan oleh Mahaguru Omardin
Dr Khir Toyo, Shafie Apdal dan Muhyidin Yasin....
Menteri Kerja Raya, Datuk Zin sedang membisik sesuatu kepada Najib, turut kelihatan di meja sebelah ialah Tan Sri Rahim Thamby Chik, Pengerusi GABEM
Datuk Seri Shahrizat sedang menceritakan sesuatu kepada Ezam, disebelah beliau ialah Datin Paduka Sheripah Norliah....
Apa agaknya yang sedang dibincangkan oleh Ezam dan Khairy sambil didengar oleh Rozabil Ketua Pemuda UMNO Perlis...
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib sedang bersiap sedia untuk sesi sidang media
Calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah sedang ditemubual oleh media..
Wednesday, August 13, 2008
Ezam & Dato Nalla dalam sessi tertutup UMNO Permatang Pauh
Sesi dialog secara tertutup ini telah berlangsung di Sunway Carnival Convention Centre Seberang Jaya. Pertemuan turut dihadiri oleh kepimpinan UMNO Pulau Pinang. Manakala rombongan Ezam telah diiringi oleh Sdr Anuar Shaari bekas Ketua PKR Bahagian Permatang Pauh dan Dato Nallakarupan, bekas sahabat karib 30 tahun Anwar Ibrahim.
Atas permintaan pihak penganjur, butiran sessi dialog dan beberapa pendedahan exclusive dan SULIT yang dibuat tidak dibenarkan untuk dijadikan sebagai bahan bacaan laporan di blog ini…..
Ketibaan Ezam disambut oleh Datuk Abdul Rashid. Turut kelihatan bekas EXCO dari kerajaan Selangor, Datuk Abdul Fatah Iskandar
Datuk Aziz Sheikh Fadzil, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kulim Bandar Bharu [tiga dari kanan] turut hadir
Ezam Pilihan Mahaguru Omardin
Ezam telah dijemput untuk bertandang ke pejabat Seni Silat Lincah yang bertempat di ibukota Kuala Lumpur.
Sessi dialog Ezam bersama Mahaguru Omardin dan beberapa panglima panglima Seni Silat Lincah itu telah memberikan ruang untuk Ezam menjelaskan sebab sebab kenapa beliau membuat keputusan meninggalkan Anwar Ibrahim.
“Hari ini saya dah dengar sendiri dari Ezam, dan jelaslah bahawa Ezam seorang yang jujur dan ikhlas dalam perjuangannya. Saya juga yakin dengan keputusannya….” kata Mahaguru Omardin.
“sebelum ini saya hanya mendengar beberapa sedutan ucapan Ezam [dalam isu Ezam tinggalkan Anwar], ini membuatkan saya ingin tahu dari mulut beliau sendiri” tambah Mahaguru yang sudah berpuluh tahun membimbing pertubuhan pertahankan diri yang terkenal di Malaysia itu.
Menurut Omardin, beliau mengakui sifat sifat kepimpinan dan semangat juang yang ada dalam diri Ezam sewaktu Ezam memperjuangkan kebebasan Anwar Ibrahim selama sepuluh tahun.
Setelah mendengar sendiri penjelasan terperinci Ezam yang menceritakan sepenuhnya asas asas kenapa Ezam hilang kepercayaan terhadap Anwar Ibrahim, maka Mahaguru Omardin secara ikhlas menerima dengan hati yang terbuka.
Beliau secara eksklusif telah mengumumkan bahawa bagi pihak Pengasas Pertubuhan Seni Silat Lincah, Ezam Mohd Nor adalah merupakan calon yang paling layak untuk bertempur dan menentang Anwar Ibrahim dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh 26 Ogos 2008. Lebih lebih lagi Omardin berpendapat Ezam tidak mempunyai sebarang kepentingan kerana beliau tidak memegang sebarang jawatan dalam UMNO. Malah Mahaguru itu yakin bahawa pertarungan antara Ezam dengan Anwar adalah tugas besar Ezam untuk membuktikan perjuangan moral membuktikan antara kebenaran dan kepalsuan.
Sekiranya Ezam tidak dipilih sebagai calon untuk menentang Anwar Ibrahim di Permatang Pauh, Mahaguru Omardin TETAP akan memberikan komitmen untuk mengerahkan semua ahli ahli beliau diseluruh negara membantu Ezam dan UMNO. “ saya yakin dengan kempimpinan Ezam untuk membimbing jentera untuk bertembung dengan Anwar di gelanggangnya sendiri….” ujar Omardin diakhir pertemuan tersebut.
Berikut adalah beberapa rakaman pertemuan petang semalam;-