MARI SAMA SAMA KITA MEDOAKAN YANG TERBAIK

MARI SAMA SAMA KITA MEDOAKAN YANG TERBAIK

Tuesday, September 30, 2008

Yb Kapar Gempak MB Selangor


Ini bukan kali pertama Ahli Parlimen Kapar, Yb S Manickavasagam melahirkan rasa tidak puas hati terhadap Tan Sri Khalid Ibrahim.

Beberapa minggu yang lalu apabila berlaku tragedi ribut di penempatan perumahan di Klang didalam parlimen Kapar, Khalid Ibrahim telah mengeluarkan kenyataan yang tidak cerdik bahawa pemimpin tidak perlu membuang masa melawat rakyat yang ditimpa kecelakaan. Kenyataan kurang bijak ini tidak disenangi oleh Ahli Parlimen Kapar dan beliau secara terbuka memohon agar Menteri Besar itu memohon maaf kepada pengundi pengundinya. Tindakan berani Yb Manickavasagam dikira tidak melanggar displin parti kerana pimpinan tertinggi PKR mahupun Anwar Ibrahim sendiri tidak mengambil sebarang tindakan keatasnya walaupun menyelar orang nombor satu dalam Selangor secara terbuka!


Semalam sekali Yb S Manickavasagam telah mencabar kepimpinan Khalid Ibrahim apabila beliau mengugut akan melatakkan jawatannya sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Selangor. Ini berikutan dengan insiden pihak MPAJ merobohkan kuil Sri Maha Kaliamman tempoh hari.

“Tindakan merobohkan kuil ini bertentangan dengan janji janji PKR Selangor sewaktu berkempen pilihanraya ke 12. Dalam semua ceramah saya telah memberikan jaminan bahawa kerajaan baru Pakatan Rakyat tidak akan merobohkan mana mana tempat ibadat bukan islam” kata Yb S Manickavasagam.

Ahli Parlimen Kapar ini mahu kerajaan Selangor mengambil tindakan tegas keatas pihak yang terlibat dengan kerja kerja merobohkan kuil tersebut.


Sementara itu Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin pula cuba memberikan penjelasan yang berbeza dengan Exco Kerajaan Tempatan Selangor, Dr Xavier Jeyakumar.

Menurut kata Zuraidah, tindakan merobohkan kuil itu “berpunca daripada salah faham” antara pihak MPAJ dengan pengurusan kuil. Salah faham itu melibatkan hal-hal pengubahsuaian bangunan, dokumentasi dan prosedur pengurusan.


Manakala Dr Xavier dalam kenyataanya berkata “arahan merobohkan kuil Sri Maha Kaliamman dibuat oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) di luar pengetahuan kerajaan Selangor”.

Haru biru pentadbiran kerajaan dibawah telunjuk Khalid Ibrahim!

Kelmarin, seluruh umat Islam dikejutkan dengan “pengakuan berani” pemimpin dan ahli PKR dari Perak bahawa mereka ada melakukan hubungan seks dengan wanita dari negara China tetapi menganggap perbuatan mereka itu sebagai “menerima sedekah”.

Hari ini di negeri Selangor, Khalid Ibrahim pula buat kali kedua ditentang secara terbuka oleh anak buahnya sendiri!

Semakin pudar cerita DONGENG Anwar Ibrahim yang berangan angan mahu menjadi PM setelah 16 September berlalu pergi, semakin kuat pula berkocak kisahnya dikalangan pemimpin PKR dan Pakatan Rakyat……

Monday, September 29, 2008

Teresa Kok Anak Emas Khalid Ibrahim...??

Sayangnya Khalid Ibrahim kepada Teresa Kok!

Dalam laporan Malaysiakini memetik kenyataan Menteri Besar Selangor yang mengatakan bahawa tuduhan tuduhan liar yang dilemparkan keatas Teresa Kok tidak berasas. Kenyataan tersebut dibuat sehubungan dengan cerita Ahli Parlimen Seputeh yang juga Exco Kanan Selangor itu mendapat mesej ugutan setelah rumah keluarganya dilemparkan dengan bom petrol baru baru ini.

Beruntung sungguh Teresa Kok kerana mendapat seorang Boss yang begitu kuat membela beliau.

Mungkin Khalid sangka begitu mudah mahu ketepikan api kemarahan rakyat Selangor terhadap Teresa Kok. Apakah Khalid sendiri tidak tahu menilai keikhlasan hati Ecxo paling kanan kerajaannya itu? Bukankah sudah terbukti tersiar di TV3 apabila Teresa sendiri yang memutar belitkan kenyataannya sewaktu berkata “ food served to me was similar to dog food” yang bermaksud makanan yang disajikan kepada beliau [sewaktu ditahan ISA] menyerupai makanan anjing….. Tetapi apabila isu menjadi panas, beliau mahu menyalahkan pihak media yang kununnya memutar belitkan kenyataannya.

Khalid Ibrahim janganlah sekali kali melupakan sejarah. Suatu ketika dahulu seluruh negara gempar dengan kisah penderaan ketuk ketampi wanita warga Cina dalam tahanan polis. Akhirnya terbukti bahawa wanita tersebut adalah berbangsa melayu dan rakyat negara ini. Tetapi yang mengaibkan kita semua apabila kerajaan Malaysia terpaksa menghantar wakil ke negara Cina untuk memohon maaf kepada rakyat mereka. Ini semua angkara Teresa Kok!

Khalid Ibrahim tidak seharusnya "bersungguh-sungguh" MENJILAT kaum bukan melayu semata mata mahu membalas budi mereka setelah undi dari mereka telah memenangkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

Banyak cerita yang kurang elok dari “dalam kain” PKR yang kita dengar mengenai Khalid Ibrahim dikatakan tidak peka dan peduli kebajikan pimpinan parti diperingkat akar umbi. Ramai yang bersungut ini terdiri daripada pimpinan berbangsa melayu……

Apakah Khalid ini seorang pemimpin yang pro bukan melayu…?

Wednesday, September 24, 2008

Relax Skejap! Baca Pantun Raya

Pantun Raya Penang
Nasik kandaQ kedai mamak
Anak mami juai pesemboQ
Lepaih raya jangan dok triaQ
Kalau ceti mai kot dapoQ

Pantun Raya Kedah
Pi AloQ StaQ terketaQ ketaQ
LapaQ perot makan pau
Macam mana tak terketaQ
Kena paksa bagi angpau

Pantun Raya Perlis
Padang besaQ kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah hutang


Pantun Raya Terengganu
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile [macam Penasihat parti ***]

Pantun Raya Kelantan
Make ikke cicoh budu
Jangei lupo tambah satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Pantun Raya Pahang
Sempadan Pahang ade kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin


Pantun Raya Johor
Cegitu Cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Same same bersuke riyer

Pantun Raya Melaka
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalau balek naik kerete
Jangan pandu kalau mengantok

Pantun Raya Negeri Sembilan
Masak lomak cili api
Campo dongan daun turi
Hari rayo kulumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri

Pantun Raya Perak
Gulei tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupei
Pandu hemat ingat kampong
Ase [asal] teman selamat sampei

Pantun Raya K Lumpur/Selangor
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tau
Angpau ada bagi wa dulu

Part 3; Anwar Lidah Bercabang

Blogmaster siarkan dibawah ini sekiranya image diatas sukar hendak dibaca

“Pas sepatutnya menukar nama yang lebih sesuai dengan sikap para pemimpin mereka yang suka memaki hamun. Sesetengah pemimpin PAS jelas tidak mencerminkan cara berpakaian dan tawaduk mereka”
[Anwar berkata pada Perhimpunan Bersama Rakyat di Kuala Kedah pada 21 Januari 1995]


“Kita melihat dengan jelas kepura-puraan dan peribadi sebenar pemimpin-pemimpin PAS janganlah yang sanggup menuduh, mencerca dan menghina para pemimpin negara atas nama Islam.”
“Para pemimpin PAS janganlah menjadikan diri mereka sebagai “pelawak sarkas” yang hanya menjadi bahan untuk orang lain mengaut keuntungan sedang mereka hanyut dalam tepukan. PAS kini telah bersedia diperalatkan oleh golongan pelampau yang bencikan Islam dan bangsa Melayu serta mahu segala keistimewaan orang Melayu dihapuskan
[Anwar Ibrahim berkata semasa merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Parit di Perak pada 22 Mac 1987]


“Islam yang cuba ditegakkan oleh pemimpin PAS dengan kata-kata semata mata itu hanyalah ‘Islam ayat Kerusi’ dan ‘Kerusi Parlimen’ sahaja kerana mereka dengan jelas menolak setiap kebenaran dan usaha meningkatkan syiar Islam di negara ini hanya kerana dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional”
[Anwar berkata semasa berucap di majlis Ceramah di Mesjid Lama Kg Seberang Marang, Trengganu pada 14 Mac 986]


Sekarang ini Anwar sudah sanggup menjilat tapak kaki pemimpin PAS untuk mencapai cita citanya mahu menjadi Perdana Menteri!

Sindrom penyakit mahu jadi menteri ini menular dikalangan beberapa kerat pemimpin PAS yang menyertai “Team Erdogan”. Ahli-ahli Team Erdogan ini memiliki sifat “Anwarisme” yang cukup menebal. Mereka ini lebih condong kepada Anwar dan sanggup “derhaka” kepada pemimpin ulama PAS yang sudah hilang syahwat dengan nyanyian serta tarian Anwar Ibrahim.

Blogmaster akan siarkan wajah ahli ahli Team Erdogan sedikit masa lagi, tungguuu…!!

Ezam Masih Sihat!


Ezam kelihatan duduk di meja VIP bersebelahan dengan Faizal Abdullah, Ketua Pemuda UMNO Kapar.


Walaupun ada juak juak murahan Anwar Ibrahim cuba mengedar sms palsu menyebarkan fitnah kononnya Ezam sedang terlantar sakit kuat setelah koma akibat terjatuh di bilik mandi sewaktu berkempen di Permatang Pauh namun kemunculan Ezam di majlis rasmi anjuran UMNO Kapar petang semalam membuktikan beliau masih sihat wal-afiat……
"Malah Ezam tidak pernah jatuh sakit sepertimana fitnah dari kuda tunggangan Anwar yang tersebar melalui sms" kata seorang pegawai Ezam semalam.

Petang semalam bertempat di Galeri Sementa, UMNO Bahagian Kapar yang diketuai oleh Yb Dato Hj Abd Rahman Palil telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa Pemimpin Bersama Rakyat. Tetamu Kehormat ialah Yb Senator Tan Sri Muhammad Muhd Taib, Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah.



Tan Sri Muhammad Taib sedang meyampaikan sumbangan bantuan kepada anak anak yatim sempena menyambut kehadiran bulan Syawal. Disebelah kanan beliau Yb Dato Abd Rahman Palil ADUN Sementa.

Tuesday, September 23, 2008

Part 2; Anwar Lidah Bercabang

ANWAR PERNAH CABAR PEMIMPIN PAS!

Kalau dibaca dari petikan ucapan Anwar Ibrahim sewaktu berceramah di Kampung Seberang Marang Trengganu pada 14 Mac 1986, beliau bukan sahaja mencabar pemimpin PAS malah menyatakan pemimpin PAS bermimpi disiang hari untuk memerintah negara ini…..

Sekarang ini beberapa kerat pemimpin PAS yang termaktub dalam “team Erdogan” tersangat taksub kepada Anwar dan sudah benar benar bermimpi disiang hari memasang impian fantasia mahu menjadi jemaah Menteri Kabinet Kerajaan Mat Jenin milik Anwar Ibrahim…..
Tunggu espisod seterusnya…

Monday, September 22, 2008

Part 1; Anwar Lidah Bercabang

Petikan kenyataan Anwar dalam sidang akhbar selepas berucap pada majlis makan tengahari meraikan para peserta Mesyuarat Agung Antarabangsa ke 27 Majlis Ekonomi Lembangan Pasifik [PBEC] di Kuala Lumpur pada 24 Mei 1994.


Blogmaster akan siarkan satu per satu petikan ucapan Anwar Ibrahim yang selama ini suka bercakap mengikut musim dan pasaran semasa.

Sewaktu dalam kerajaan memegang tampuk pimpinan negara, Anwar belasah secukupnya pembangkang dan tegas dalam tindakan kerajaan bertindak terhadap mana mana pihak yang mengganggu gugat keselamatan negara. Tetapi apabila Anwar berada diluar kerajaan dia mahu jadi HERO TAMIL! Mula berkokok nak hapuskan ISA!

Inilah pemimpin yang sangat sangat disayangi oleh kaum yang terkena sindrom TAKSUB! Memang tepat ungkapan kata kata Tun Mahathir bahawa “melayu mudah lupa”, sekarang kita lihat ramai orang melayu yang meyokong Anwar Ibrahim ini menghalalkan semua tindak tanduk Anwar sewaktu beliau memakai uniform kerajaan dan menyerang pihak pembangkang….


Selepas ini, Blogmaster akan siarkan pula kata kata cacian Anwar terhadap PAS sewaktu Anwar dalam kerajaan. Semoga ahli ahli PAS akan sedar dan kembali ke pangkal perjuangan mereka untuk menegakkan negara Islam. Kita saksikan sendiri sekarang ini bagaimana teruknya perpecahan dalam PAS yang ujud sekumpulan pasukan “Erdogan” yang dikuasai oleh Anwar dengan janji manis memberikan jawatan jawatan menteri dalam kerajaan Mat Jenin Anwar Ibrahim….. Kumpulan “Erdogan” ini sudah alpa dan khayal di fantasia kabinet Anwar, asas mahu menjadikan Malaysia sebagai negara Islam bukan lagi menjadi PRIORITI mereka!

Tunggu….!!!!

Ruangan KOMEN Dibuka Kembali...!!!

Setelah sekian lama ruangan memberikan komen tidak dibuka kerana Ahli Majlis Tertinggi Blog Info Corner mendapati kaedah membiarkan komen ditulis tanpa di tapis [censore] membuatkan ruangan komen ini dihujani beberapa pengirim yang menulis mengikut EMOSI keterlaluan…… Ada ketika bahasa yang digunakan mencerminkan rasa “kebencian” terhadap seseorang individu.

Memandangkan pentas politik negara kini semakin rancak rentak tarinya setelah beberapa kejadian sejak mutakhir ini, maka Blogmaster setelah diperkenankan oleh Ahli Majlis Tertinggi Blog Info Corner bersetuju untuk membuka ruangan komen kepada pengunjung blog ini….

TETAPI
Kami mohon agar gunakanlah bahasa yang berhemah, kita bersama sama mengupas secara rasional dan memberikan hujah yang baik untuk menyokong pandangan anda semua.Ahli Majlis Tertinggi Blog Info Corner yg sama sama kendalikan blog ini TIDAK akan menyiarkan mana mana komen yang BIADAP atau menyerang keperibadian mana mana individu.
Persilakanlah…….

Sunday, September 21, 2008

Seorang EXCO Sgor Kena Boikot Dalam Mesyuarat

EXCO PKR Selangor, Yb Xavier Jeyakumar merangkap ADUN Sri Andalas TIDAK mendapat sokongan padu dari PKR Bahagian Kota Raja apabila hampir separuh perwakilan memboikot dan KELUAR dewan sewaktu berlangsungnya Mesyuarat Agung Penubuhan PKR Bahagian Kota Raja.

Kesuluruhan perwakilan dan Ajk Jawatankusa Daerah Mengundi [JDM] dari DUN Sri Muda membantah tindakan Dr Xavier yang disyaki membawa masuk terlalu ramai “perwakilan hantu” kerana keahlian mereka ini sangat diragui.

Xavier “terpaksa” bertindak sedemikian kerana diramalkan akan dicabar oleh Yb Shuhaimi Shafie ADUN Sri Muda dalam pertandingan merebut jawatan Ketua Bahagian. Sebelum bermulanya pendaftaran mesyuarat yang telah diadakan di Dewan MBSA Kg Sungai Kandis Klang, Xavier telah membawa masuk penyokong penyokongya kaum India dengan sebuah bas. Ini telah melahirkan rasa curiga dikalangan perwakilan yang lain.

Walaupun kumpulan perwakilan yang menyokong Yb Shuhaimi membuat bantahan, namun wakil dari PKR Perhubungan Negeri Selangor tidak dapat berbuat apa apa kerana mengakui kelemahan sistem pentadbiran rekod keahlian parti itu yang tidak mampu untuk mengesahkan status ahli-ahli mereka. Menurut Setiausaha Perhubungan PKR Selangor, beliau terpaksa membenarkan mesyuarat itu diteruskan juga. Akhirnya, perwakilan yang menyokong Yb Shuhaimi telah bertindak keluar dewan dan memboikot mesyuarat tersebut.

Untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan yang akan mencemar nama baik PKR Kota Raja yang julung julung kalinya dibenarkan bermesyurat setelah mendapat kelulusan pendaftaran ROS, maka keputusan dicapai agar tidak ada pertandingan merebut jawatan Ketua Bahagian. Oleh itu jawatankuasa penaja [pro tem] kekal, sekaligus Yb Xavier meneruskan statusnya sebagai Ketua Bahagian manakala Yb Shuhaimi pula sebagai Timbalan Ketua Bahagian.

Sekiranya petang tadi Yb Xavier tewas, akan terciptalah sejarah seorang EXCO Kerajaan Negeri Selangor tidak diterima oleh akar umbi perwakilan parti itu sendiri. Namun begitu keputusan untuk mengekalkan Yb Xavier tanpa mendapat sokongan 100% malah berlaku protes dalam menyuarat pemilihan ini membuktikan beliau bukanlah pilihan sebenar…!


ADA ‘ORANG’ YB SHUHAMI BELOT…?
“Ramai pekerja pekerja parti yang dibawah sudah tidak berpuas hati dengan Yb Xavier semenjak beliau jadi EXCO” kata kata dari teman Blogmaster petang tadi. “Kami mahukan Yb Shuhaimi sebagai Ketua Bahagian yang baru…” tambahnya lagi.

Menurut cerita yang disampaikan, percaturan mencalonkan Yb Shuhaimi untuk menentang Yb Xavier dalam pertandingan jawatan Ketua Bahagian seharusnya menjadi ‘rahsia strategi sulit’ sewaktu berlangsungnya mesyuarat tersebut. Tetapi, percaturan ini telah dapat ‘dihidu’ oleh Yb Xavier.

Agak memeranjatkan apabila ada “orang kanan” Yb Shuhaimi telah berkempen agar perwakilan memilih Yb Xavier sebagai Ketua Bahagian. Malah “orang kanan” Yb Shuhaimi itu tersilap memilih salurannya apabila telah bertemu dengan seseorang dari kem Yb Shuhaimi dan berkata “ Pastikan Xavier kita pilih sebagai Ketua Bahagian. Kita jangan lepaskan peluang ini, tempat lain nak EXCO jadi Ketua Bahagian, kenapa kita mesti tolak..”.

Teman blogmaster lahirkan rasa kekecewaannya tehadap “orang kanan” Yb Shuhaimi itu kerana dianggap “kacang lupakan kulit”. Yb Shuhaimi banyak membantu dia dalam penglibatan politik, sehingga dia dapat jawatan Ahli Majlis walaupun baru setahun jagong aktif dengan PKR, tapi sekarang dia belot dan ingin ikut team Xavier” cerita teman Blogmaster merujuk kepada “orang kanan” Yb Shuhaimi yang telah berpaling tadah itu.

Malah tambahnya lagi “dulu sewaktu ura ura namanya tidak disenaraikan sebagai Ahli Majlis, “orang kanan” Yb Shuhaimi itu ada menghubungi 'orang Ezam' menyatakan keinginannya untuk ikut Ezam masuk semula UMNO dan mengkritik sikap Yb Yb Pakatan Rakyat terutamanya Xavier..”

Begitulah asam garam politik! Siku menyiku, sepak menyepak, bentis membentis adat permainan politik. Jelas terbukti apabila sesebuah parti sudah mula berkuasa, maka akan berebut-rebutlah untuk memegang jawatan politik….

Saturday, September 20, 2008

Zaid Is Really My Friend! kata Teresa

Ahli Parlimen Seputeh dan juga ADUN Kinrara, Yb Teresa Kok telah dibebaskan dari tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri [ISA] tengahari semalam.

Berakhirlah sudah tempoh tujuh hari tahanan keatas seorang ‘outspoken’ lady dari DAP yang suatu ketika dahulu pernah menggemparkan negara ini dengan pembongkaran cerita ‘ketuk ketampi’ yang didakwa dilakukan terhadap seorang wanita “kununnya” warga negara Cina, tetapi akhirnya terbukti wanita dalam klip video itu adalah warga Malaysia. Malang sekali cerita itu senyap begitu sahaja walaupun ianya telah mencemarkan imej negara dimana kerajaan kita terpaksa menghantar wakil bergegas ke negara Cina untuk memohon maaf.

Dalam sidang media yang diadakan semalam di pejabat DAP, tidak kelihatan pun mana mana wakil rakyat serta EXCO dari parti PAS Selangor sedangkan mereka adalah rakan sesama kerajaan campuran negeri itu.

Hanya Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim sahaja yang dilihat bersama pimpinan kanan DAP. Dalam ucapan beliau yang tersiar di Malaysikini tv, Khalid berkata “she has graduated” mengiktiraf penahanan Teresa Kok selama 7 hari itu sebagai lulus ujian….

Pada penghujung sidang media Teresa Kok petang semalam, beliau telah menyatakan rasa penghargaannya kepada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Zaid Ibrahim diatas sokongannya yang sanggup meletak jawatan tanda protes terhadap penahanan ISA.
Petikan artikel Malaysiakini http://www.malaysiakini.com/news/90082
She ended the conference by thanking everyone who had supported her, with a special note to former law minister Zaid Ibrahim, who quit after protesting the ISA arrests.
"Zaid is really my friend! Thanks Zaid and you are welcomed to join Pakatan Rakyat anytime," she quipped.
Perletakan jawatan oleh Senator Datuk Zaid Ibrahim baru baru ini telah mengundang dua versi membuat kesimpulan terhadap keputusan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu.

Dikalangan pimpinan serta penyokong Pakatan Rakyat menganggap Zaid Ibrahim sebagai ‘hero’ yang berani menyatakan protes terhadap tindakan kerajaan mengenakan ISA keatas seorang wakil rakyat, seorang penulis blog dan seorang wartawan akhbar harian. Kesanggupan Zaid melepaskan jawatan seorang Menteri itu dianggap sebagai satu keputusan yang besar [heroic action] dan sangat dihormati oleh pimpinan Pakatan Rakyat terutamanya parti DAP.

Dalam ucapan Teresa Kok yang dibebaskan semalam beliau mengatakan Zaid merupakan benar benar sahabatnya dan menawarkan Zaid untu menyertai Pakatan Rakyat.

Ada ura ura mengatakan Datuk Zaid Ibrahim akan menyertai PKR dalam tempoh seminggu ini. Sama samalah kita nantikan apakah benar khabar angin itu…..?


Sekarang mari kita menilai pandangan yang datangnya bukan dari penyokong Pakatan Rakyat.

Mengikut babak politik Datuk Zaid Ibrahim ini, beliau ‘memiliki’ status ‘bekas’ Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu kerana digantung tiga tahun diatas kesalahannya terlibat dengan politik wang.

Baru baru ini beliau GAGAL untuk merebut kembali jawatan Ketua Bahagian itu apabila tidak cukup pencalonan.
Beliau hanya mendapat 17 pencalonan, kurang tujuh daripada yang diperlukan.
Berikutan itu, jawatan ketua UMNO Bahagian Kota Baru dimenangi oleh Datuk Mohd Fatmi Che Salleh, setiausaha politik Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Mohd Fatmi memangku jawatan Ketua Bahagian itu apabila Zaid digantung keahlian UMNO selama tiga tahun kerana politik wang.
Bolehkah dibuat kesimpulan bahawa keputusan Zaid sebagai meletak jawatan dengan menggunakan alasan protes terhadap penahanan ISA adalah ‘right timing’ sebab inilah peluangnya untuk menutup cerita kegagalannya untuk diterima oleh grassroot UMNO walaupun membawa status Menteri? Dalam waktu yang sama adakah ianya akan membuka laluan untuk beliau diberikan “standing ovation” menyertai “kerajaan angan angan Anwar Ibrahim”…?

Wednesday, September 17, 2008

Sah! Penipu..., Pembohong..!!

Sah! Anwar Ibrahim Pembohong Nombor Satu Negara….!

16 September sudah berlalu pergi, al kisah kunuunnya akan beralih kerajaan negara kita yang dicintai, Malaysia. Seharusnya semalam seluruh rakyat Malaysia akan menyaksikan seorang Perdana Menteri baru, Dato Seri Anwar Ibrahim.

Tetapi, jelas terbukti ialah SANDIWARA POLITIK oleh BADUT Politik Negara yang memburu mimpinya untuk menjadi Orang Nombor Satu tidak kesampaian. Disebaliknya, beliau kini bergelar Pembohong Nombor Satu.


Kita amat bersimpati dengan “penyokong” serta “pengikut” Anwar yang terlalu TAKSUB sehingga sanggup menjadi kuda tunggangan Ketua Umum PKR itu. Blogmaster difahamkan ada kalangan angkatan muda yang ‘hilang mood’ semalam kerana terjebak dalam drama pembohongan Anwar ini, mereka seolah olah ‘malu alah’ kepada teman teman yang mahukan penjelasan kenapa Anwar masih belum mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri yang baru……

Semenjak dari dulu lagi Blogmaster sedikit pun atau sekelumit pun tidak mempercayai bahawa Anwar akan berjaya membawa 30 Ahli Parlimen menyertai kapalnya. Apa yang jelas disini ialah pihak media terlalu menjaja cerita ini setiap hari. Sudah tentulah ini yang diidamkan oleh Anwar untuk terus ‘menyelusup’ masuk memancing Ahli Parlimen BN. Sebaik baiknya setelah berakhirnya 16 September ini, pihak media janganlah lagi mengikut rentak tari dangdut Anwar Ibrahim. Hentikanlah liputan liputan terhadap apa yang mahu Anwar lakukan selepas ini.

“Media should not give him anymore coverage. 16 September is now over! The more media reports about Anwar, the more popular he will be....” pandangan seorang Datuk yang minum teh tarik dengan Blogmaster malam tadi.

Blogmaster amat bersetuju dengan pandangan itu sebab kalau kita lihat muka depan akhbar The Star hari ini menyiarkan wajah Anwar bersebelahan dengan Pak Lah, ini seolah olah masih mahu mempromosikan kempen Anwar untuk menjadi Perdana Menteri! Sudah terbukti bahawa Anwar tidaklah layak untuk menjadi PM, seharusnya apa sahaja kisah beliau kalau hendak dimuatkan dalam akhbar pun tidak perlulah diberi headline…..


Di utara tanah air malam tadi berlangsungnya majlis meraikan KEGAGALAN Anwar Ibrahim yang dihoskan oleh seorang bekas pimpinan kanan PKR di banglo mewahnya yang terletak di sebuah Kelab Golf terkemuka. Blogmaster dimaklumkan kehadiran seramai hampir 200 tetamu itu mengadakan upacara membakar mercun sebaik sahaja disahkan Anwar GAGAL mengambil alih kerajaan. Majlis itu turut dimeriahkan dengan kehadiran seorang Ahli Parlimen PKR negeri Kedah. “adakah bermakna Yb itu akan tinggalkan PKR..?” tanya Blogmaster kepada tuan rumah menerusi perbualan telefon sebentar tadi. “Sabar, kita sedang berunding….” jawab beliau.

Tuesday, September 16, 2008

Selamat Angkat Sumpah Tadi...?

*breaking news* Yb Anuar Ibrahem today the 16th Sept 2008, has sworn himself in as the new Prime Minister of M’sia in front of a “picture” of the King at his house in Segambut. The ceremony was witnessed by member of the DAP, PKR and PAS.

Demikianlah sms yang Blogmaster terima bukan sahaja dari seorang pengirim tetapi beberapa teman teman. Sekali gus bererti sms ini sedang beredar untuk “mentertawakan” badut politik negara yang sedang berangan angan mahu menjadi Perdana Menteri.

Malah Blogmaster turut menerima beberapa sms seperti diatas versi melayu berbunyi begini….. *berita terkini* Yb Anuar Ibrahem petang ini 16 Sept 2008 selamat mengangkat sumpah sbg Perdana Menteri M’sia yang baru di depan "gambar" Yg Di Pertuan Agong dlm rumahnya di Segambut. Majlis ini turut disaksikan oleh ahli ahli DAP, PKR dan PAS.


Sakit perut Blogmaster ketawa sakan bersama teman teman. Yang melucukan apabila ada seorang bekas Naib Presiden PKR reply sms dengan bertanya “are u joking? Don’t tell me Anwar has gone crazy!”. Begitulah soalan seorang bergelar Datin berasal dari negeri dibawah bayu yang dahulunya pernah sama sama berjuang menuntut pembebasan Anwar suatu ketika dulu….

Monday, September 15, 2008

Final Count Down 916


Nine One Six Akan Muncul Esok!

Apakah Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri? Tercapaikah cita cita beliau ataupun adakah ianya akan menjadi angan angan Mat Jenin?

Dianggarkan peratusan [%] yang TIDAK yakin akan berlakunya peralihan kerajaan sudah melebihi 80%, malah dikalangan pemimpin dan ahli ahli Pakatan Rakyat itu sendiri sudah hilang keyakinan……

Blogmaster ada mendapat undangan dari seorang bekas pimpinan PKR untuk menyertai satu majlis malam esok meraikan kegagalan Anwar Ibrahim melaksanakan Nine One Six.

“Kita bermula dengan berbuka puasa, solat maghrib berjemaah, kemudian jamuan makan. Sebaik sahaja Berita jam 8 malam mengesahkan Anwar telah GAGAL mencapai cita citanya menjadi PM, kita akan melancarkan pertunjukan bunga api dihalaman rumah saya…., selepas itu teruskan majlis dengan solat isya', sunat teraweh dan witir..” demikianlah jelas seorang bekas pimpinan PKR kepada Blogmaster pagi tadi.

Bekas pimpinan PKR itu akan mengadakan majlis tersebut di banglo mewahnya yang terletak di salah sebuah Kelab Golf eksklusif di utara tanah air. Menurut beliau, pihak media juga telah diundang ke majlis tersebut disamping ramai bekas bekas pimpinan dan ahli PKR, malah ada juga yang masih menjadi pimpinan PKR di utara tanah air sudah pun mengesahkan kehadiran mereka.

Mari kita tengok siapa yang KENA….

Friday, September 12, 2008

Part 5; 916 Count Down....


Dari Permatang Pauh ke Taiwan..., Putrajaya??

Main kejar kejar sementara hendak menunggu waktu berbuka puasa….., ataupun main sorok sorok? Apakah ianya menggambarkan keadaan zaman dahulu sewaktu Blogmaster masih ‘kanak kanak Ribena’.…?

Hari ini kita dikejutkan pula dengan berita bahawa Anwar Ibrahim telah menghantar delegasi empat orang wakil PKR “memburu” 51 Ahli Parlimen BN di negara Taiwan. Ahli Parlimen Batu yang juga merupakan Ketua Penerangan PKR, Tian Chua mengetuai rombongan ini ditemani oleh Ahli Parlimen Machang merangkap Pengarah Strategik PKR, Saifuddin Nasution Ismail, Ahli Parlimen Kuantan Hajjah Fuziah Salleh dan Ahli MPT PKR, Low Chee Cheong.

Tatkala umat islam sedang fokus menjalani ibadah puasa mengisi ruang waktu dengan memperbanyakkan ibadah seperti berzikir, bermunajat, bertadarus disamping melalui proses menahan lapar dan dahaga, saban hari kita disajikan dengan cerita Nine One Six [916] yang semakin boleh dijangka kesudahan penghujung “cerekarama” arahan Anwar Ibrahim……..

Langkah Backbenchers Club membawa 51 Ahli Parlimen BN pergi menjalani lawatan sambil belajar ke Taiwan benar benar dilihat sebagai satu “check-mate” diatas papan catur memerangkap Anwar Ibrahim.

Sehubungan dengan itu, beberapa gurkha gurkha Anwar Ibrahim segera berkokok melaungkan tarikh 16 September akan mengalami “sedikit kelewatan” tetapi tetap akan berlaku peralihan kerajaan baru. Langkah ini secara peribadi Blogmaster melihat ianya hanyalah sebagai immediate corrective action untuk “cover line” Anwar Ibrahim yang akan terbukti menemui kegagalannya menjadi Perdana Menteri.


Hari ini satu lagi tindakan untuk “cover line” Anwar Ibrahim sebab dengan tersiarnya cerita delegasi PKR ke Taiwan membuatkan rakyat akan terus terusan bercerita tentang Nine One Six [916].

Sekiranya benar sudah ada bilangan Ahli Parlimen yang cukup untuk sertai Pakatan Rakyat, Anwar Ibrahim tidak sepatutnya gelabah dan arahkan empat wakilnya pergi berburu ke Taiwan. Apa yang Anwar perlu buat hanyalah umumkan penangguhan tarikh dengan alasan ahli ahli baru Pakatan Rakyat sudah dibawa ke luar negara. Tetapi menjadi satu tugas berat Anwar pula untuk “memilih” tarikh yang “sesuai”, maksudnya haruslah ada “relevant” dengan penubuhan negara kita….., Blogmaster cadangkan 31 Ogos 2009!


Apakah keputusan menghantar wakil wakil Anwar ke Taiwan ini satu keputusan yang bijak? Tidakkah ianya merupakan satu “pembaziran” wang PKR? Memetik laporan The STAR hari ini, Ketua Delegasi PKR, Tian Chua berkata
“Kami akan tinggal di hotel yang sama dengan Kelab Penyokong Kerajaan BN. Mungkin kami akan dapat bersarapan bersama sama mereka dan pergi karaoke dengan mereka…”.

Malam tadi Blogmaster berjaya hubungi salah seorang teman yang masih lagi diberi kepercayaan oleh pimpinan PKR memegang jawatan penting dalam parti itu walaupun hatinya kini sudah semakin meluat melihat tingkah laku beberapa pimpinan yang terlalu “menjilat” Anwar Ibrahim.

Agak tersentak juga Blogmaster mendengar ceritanya dan boleh dikira ada logiknya apabila beliau berkata
“Aku sendiri pun tak yakin la bro! Such an important task like this how could Anwar didn’t assign his blue eyed boy and most trusted person, si Azmin Ali tu..?”

“Ini tugas besar tau! Mana boleh Anwar nak bagi kredit ini kepada Saifudin & Tian Chua? Nanti Azmin merajuk macam mana…?” tambah sahabat Blogmaster lagi.

“Bro, kau bukan tak tahu masalah rumah tangga PKR nie.., Saifudin & Tian mana ngam dengan Azmin. Ingat tak masa keluar berita Azmin maybe akan pangku jawatan Ketua Pembangkang, what was immediate response from Tian to press…??” sahabat Blogmaster terus bercerita.

“Saifudin pernah tinggalkan parti, masuk PAS kat Kedah. Baru last year masa Kongres kat Seremban dia buat come back, itu pun lepas agree dengan deal Anwar kasi dia satu portfolio yang tak ada kena mengena dengan Azmin…” kata kata sahabat Blogmaster yang masih mahu menceritakan kisah dari dalam PKR.

“Aku tunggu jer, kalau gagal nanti tahulah aku nak belasah they all left, right, center or even below the belt dalam meeting perhubungan negeri nanti…” sahabat Blogmaster mengakhiri ceritanya malam tadi.

Apa apa pun, kita tunggulah tarikh 16 September 2008

Thursday, September 11, 2008

Part 4; 916 Count Down....


Tuesday, September 9, 2008

Ezam Berjaya Jelaskan Dengan Baik...

Dalam talk show ‘HUJAH’ yang bersiaran di TV9 jam 11.30 malam tadi, Ezam Mohd Nor [Pengerusi Yayasan Generasi Baru Nusantara] telah berjaya luahkan apa yang tersirat terhadap seorang Politikus Murahan yang sanggup menggadaikan nilai kenegaraan [statemanship] dan seterusnya memburui cita cita peribadinya mahu menjadi Perdana Menteri. Sudah tentulah Politikus Murahan yang dimaksudkan itu adalah Anwar Ibrahim.

Turut sama diundang sebagai panelis bersama Ezam malam tadi adalah seorang Penganalisa Politik dari UUM, Prof Dr Mohamed Mustafa Ishak.

Jelas dalam membicarakan tajuk “Melayu Dalam Ketakutan”, kedua dua panelis bersetuju bahawa Dasar Ekonomi Baru mestilah dipelihara demi menjamin hak hak keistimewaan kaum melayu.
Cukup baik sekali kupasan oleh Ezam dan bagi yang terlepas peluang untuk menonton malam tadi, ataupun sekiranya sesiapa yang mahu menyaksikan sekali lagi talk show tersebut, boleh klik pada link ini;

Sunday, September 7, 2008

Ezam di TV9, Mesti Tonton!


Jangan lepaskan peluang anda!

Julung julung kalinya, Ezam Mohd Nor akan muncul dalam satu Talk Show dikaca telivisyen kita. Rancangan mingguan diberi judul ‘HUJAH”.

Pastikan jam 10.30 malam, hari Isnin 8 September, anda semua menonton TV9.

Ezam yang kini menjadi Pengarah Bersama Yayasan Generasi Baru Nusantara yang berpusat di Jakarta telah diundang sebagai salah seorang panelis dalam rancangan Talk Show terbitan TV9.


Pada episod yang lepas rancangan HUJAH TV9 telah menemubual calon BN dalam Pilihanraya kecil Permatang Pauh, Yb Datuk Arif Shah.

Talk Show HUJAH TV9 ini memiliki Prof Dr Agus Mohamad Yusoff sebagai moderator. Penganilisa politik dari UKM ini terkenal dengan kebolehan beliau yang suka memprovokasi menghangatkan lagi sesi dialog.

Tajuk perbincangan rancangan HUJAH TV9 ini akan membicarakan masa depan bangsa melayu.

Selamat Menonton….!

Friday, September 5, 2008

Nine One Six [916]

“Nine One Six – 916”, ceh waah, Blogmaster guna english title pulak untuk posting blog kali ini….

Selama dua hari Blogmaster telah menghadiri satu seminar berkaitan Ekonomi dan Prestasi Pasaran Saham Asia Tenggara yang bertempat di sebuah Institusi Latihan di Lembah Klang.

Sepanjang sessi ini, Blogmaster telah berpeluang untuk bersembang dengan beberapa pegawai pegawai ekonomi swasta dari kaum tionghua, kebanyakkannya dari bidang perbankan dan terlibat dengan dagangan saham antarabangsa.

Apa yang menariknya, kumpulan ini turut memberikan perhatian serius kepada senario politik negara. Tumpuan mereka sangat fokus kepada Nine One Six [916]. Pada tahun tahun sebelum ini apabila kita melewati bulan September, maka teringatlah kepada Nine One One peristiwa 11 September 2001 dimana gugurnya bangunan pencakar langit di Amerika Syarikat.

Kini, dalam negara kita, kelihatannya seperti rakyat menantikan suatu peristiwa “kununnya” bersejarah, iaitu penubuhan kerajaan baru yang akan diketuai oleh Ketua Pembangkang yang baru sahaja menduduki kerusi Parlimen Permatang Pauh, Dato Seri Anwar Ibrahim.


SANDIWARA ANWAR IBRAHIM?

Persoalan sewaktu dalam sembang sembang bersama mereka, adakah ianya akan benar benar berlaku peralihan kerajaan pusat pada 16 September nanti?

Kesemua mereka memberikan pandangan yang negatif dan tidak yakin kepada soalan ini. Agak sukar untuk mendapatkan seramai 31 Ahli Parlimen yang mesti membuat suatu keputusan BERANI secara terang terang berpaling tadah kepada kerajaan sedia ada. Malah akan menjadi suatu persoalan yang PENTING bagi kesemua 31 Ahli Parlimen ini untuk berdepan dengan pengundi pengundi yang telah memberikan amanah serta mandat mereka memenangkan Yb Yb tersebut atas tiket BN bukannya Pakatan Rakyat!!

Namun yang menjadikan perbualan begitu rancak adalah mempersoalkan betapa konfidennya Anwar Ibrahim membuat kenyataan demi kenyataan sehinggakan “berani” mahu mengistiharkan cuti umum dan “membentangkan” bajet 2009 sebagai Perdana Menteri yang baru…!!

Secara jujur Blogmaster bertanya kepada rakan rakan yang bersembang, selain daripada mereka tidak yakin dengan berlakunya peralihan kerajaan, kenapakah mereka tidak mahu ianya benar benar berlaku? Jawapannya ialah, mereka pasti sekiranya inilah cara Anwar mengambil alih kerajaan, maka akan berterusanlah keadaan “political unrest” dan ekonomi negara akan hancur!

Pada pandangan mereka, apabila Anwar berjaya membawa masuk Ahli Parlimen Lompat seramai 31 orang, sudah tentulah Yb Yb ini akan “dibalas” dengan jawatan penting seperti Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen dan sebagainya. Bagaimana pula nasib 81 Yb Pakatan Rakyat yang sedia ada? Ramai yang selama ini “setia dan tawaduk” kepada Anwar akan terlepas peluang dan kempunan jawatan penting…..!

Akan berlakulah tidak puas hati dan “kisah Ahli Parlimen lompat siri ke 2” akan terjadi membabitkan Yb Yb pergi sertai Barisan Nasional pula. Maka, gugurlah jawatan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, rakyat akan jadi pening dan keliru…..

Pelabur asing tak akan yakin dengan kestabilan politik negara kita!



Presiden PAS, Datuk Seri Hj Hadi Awang pernah membuat kenyataan sekiranya barisan Ahli Parlimen yang melompat masuk ke kandang Anwar ini tidak menguntungkan melayu dan islam, belum tentu PAS akan kekal bersama Pakatan Rakyat.

Dalam interbiu terbaru oleh Malaysikini.TV bersama salah seorang pimpinan kanan PAS, Mat Sabu secara terus terang tidak setuju dengan cara pengambilan kerajaan dengan membawa masuk Ahli Parlimen melompat menyertai Pakatan Rakyat. Beliau mengingatkan kepada sejarah dimana pernah terjadi dua Yb Semangat 46 “melompat” tinggalkan Angkatan Perpaduan Umah [APU] di Kelantan dan kembali kepada Barisan Nasional, ketika itu pimpinan PAS telah melemparkan berbagai kenyataan dan mengutuk keras tindakan kedua-dua Yb tersebut…. Jelaslah pada pandangan ikhlas Mat Sabu, sekiranya itulah perkara yang pernah mereka tentang, maka kenapa harus mereka pula laksanakan tindakan negatif ini sekarang…?

Mat Sabu juga secara terbuka menyatakan beliau lebih rela menunggu sehingga Pilihanraya ke 13 untuk mengambil alih sepenuhnya kerajaan pusat dimana beliau yakin Pakatan Rakyat mampu untuk menang.

Tambah beliau lagi, seharusnya Pakatan Rakyat buktikan prestasi mereka di lima kerajaan negeri yang baru untuk menjadi testimoni agar rakyat akan selepas ini memberikan mandat untuk kerajaan baru pada Pilihanrya umum yang akan datang.



16/09/08 ALIHKAN PERHATIAN ISU LIWAT?

Kalau diambil kira kenyataan ikhlas Mat Sabu sepertimana yang dinyatakan diatas tadi, bahawa beliau sanggup tunggu sehingga Pilihanraya umum ke 13 untuk ambil alih kerajaan pusat, maka terbukti bahawa Anwar Ibrahim “gelojoh” dan punyai sebab mahu tergesa gesa cuba menduduki kerusi Perdana Menteri. Apakah Anwar bertujuan mahu mengalihkan isu liwat beliau terhadap Saiful Bukhari Azlan?

Kesimpulannya Anwar memang cekap untuk alihkan isu liwat beliau. Jelas sekarang tidak ada sesiapa pun, mahupun media bercerita tentang tarikh perbicaraan kes liwat Anwar keatas Saiful Bukhari Azlan. Sebabnya, seluruh media, pegawai pegawai kerajaan, wakil rakyat BN dan pemimpin negara lebih tertumpu kepada “wayang” Anwar untuk ambil alih kerajaan pada 16 September.


ADA PEMIMPIN PKR TAKSUB PADA ANWAR

Sewaktu berkempen di Permatang Pauh, Blogmaster bersama sama teman teman lain berkesempatan untuk duduk semeja makan minum bersama dengan dua [2] Ahli Parlimen PKR dan beberapa ADUN PKR dalam beberapa pertemuan sulit yang berasingan. Hampir kesemua mereka sendiri tidak yakin dengan peralihan kerajaan 16 September, malah sepertimana yang dinyatakan diatas tadi, mereka turut memberikan gambaran akan tinggalkan PKR sekiranya barisan kabinet Anwar nanti tidak akan menguntungkan mereka yang selama ini setia kepada parti yang telah memperjuangkan pembebasan Anwar Ibrahim.

Namun begitu, masih ada juga Yb Yb PKR yang mahu Anwar menjadi PM tetapi tidak berani menafikan isu liwat terbaru boss mereka. Mereka secara jujur mengakui bahawa setidak tidaknya inilah “peluang” untuk mereka menjadi Yb, ruang mencipta rekod sejarah hidup mereka. Jelas terbukti disini lahirlah Sikap Tidak Apa, pentingkan diri sendiri mengejar Personal Glory.....

Dalam perbualan kami, ada salah seorang pemimpin PKR yang TAKSUB kepada Anwar sehinggakan membuat pengakuan bahawa “sekiranya Anwar itu peliwat sekalipun, dan aku nampak ianya berlaku depan mata aku, aku tetap nak Anwar jadi PM..” Na’uzubillah…..,! mengucap panjang kami semua terkedu!

Tuesday, September 2, 2008

Salam Ramadhan Al Mubarak

Salam Ramadhan Al Mubarak buat semua pengunjung pengunjung blog Medan Info Corner.

“Awalnya Rahmat, Tengahnya Magfirah Quran Dibaca Penuh Pasrah Untuk Mu Ku Berdoa Kepada Allah Mendapat Taqwa, Kembali Kepada Fitrah…”

Blogmaster pulang dari seberang pada petang pengumuman tarikh bermulanya puasa, maka sempatlah menunaikan solat sunat taraweh yang pertama bersama keluarga yang tercinta. Last minute instruction daripada boss yang mahukan blogmaster lakukan ‘short trip’ ke tanah seberang, urusan cukup “penting”……


KIRIMAN SMS RAMADHAN DARI YB PAKATAN RAKYAT

Sepertimana lazimnya dalam zaman siber serba moden ini, sistem pesanan ringkas [sms] mengambil alih sebagai kaedah utama dalam menyampaikan khabar berita dan ucapan salam.

Dalam sambutan Ramadhan, ianya akan menjadi aktif dan suatu norm bagi kita menerima kiriman sms dari rakan rakan, ahli keluarga dan bagi yang terlibat dalam politik, inilah masanya untuk kita menilaikan keikhlasan bersahabat walaupun berlainan wadah asas politik.

Tidak satupun sms blogmaster terima mengingatkan hari kemerdekaan negara kita, tetapi pada hari bersejarah itu, semenjak dari pagi sehingga selesai menunaikan solat sunat taraweh, banyak juga kiriman sms mengucapkan salam Ramadhan dan selamat menjalankan ibadah puasa.

Blogmaster juga seperti musim musim yang lepas, memang ada karangan ayat ayat mengucapkan salam Ramadhan ini untuk kiriman sms. Dalam musim ini tidaklah terkecuali. Kiriman dihantar kepada semua teman, sahabat handai dan taulan tanpa mengira wadah politik…….

TERNYATA dan terbukti, ramai sahabat sahabat dalam Pakatan Rakyat hanya mahu berkawan sekiranya wadah politik kita serupa dengan mereka.

Namun begitu masih ada yang mempunyai sikap keterbukaan dalam menilai erti persahabatan, siratulrahim dan meletak ketepi fahaman politik. Alhamdulillah, ramai juga pimpinan Pakatan Rakyat yang bersikap positif dan mengirimkan sms tanda ingatan.

Apa yang mengejutkan blogmaster ialah kiriman sms yang awal diterima daripada seorang YB Ahli Parlimen PKR, itulah tanda persabahatan kekal abadi. Sehingga ke waktu blog ini dikemaskini, kesimpulannya; 3 Yb Ahli Parlimen PKR, 2 Yb Ahli Parlimen PAS, 2 Yb DUN PKR, 1 EXCO Negeri, 3 Yb DUN PAS dan beberapa pimpinan parti diperingkat negeri yang berjawatan penting masih lagi mempunyai tanda ingatan sebagai sahabat…..