Mutakhir ini dada dada akhbar dan skrin mana mana website rancak menceritakan kisah gelanggang politik negara.
Kehangatan topik bermula sebaik sahaja Perdana Menteri Dato Seri Abdullah Badawi mengumumkan secara rasmi bahawa beliau tidak akan bertanding jawatan Presiden UMNO pada pemilihan bulan Mac tahun depan. Sekaligus membawa erti beliau akan turun tahta dari kerusi Perdana Menteri atau erti kata lain mengosongkan jawatan Perdana Menteri Malaysia lebih awal dari Plan Peralihan Kuasa 2010.
Semalam Datuk Seri Najib mengumumkan akan bertanding jawatan Presiden dan mengikut ramalan semua yang memerhati politik, hampir pasti Najib akan menang mudah. Apatah lagi pagi tadi Tan Sri Muhyidin Yasin mengumumkan akan bertanding jawatan nombor 2 UMNO, Timbalan Presiden untuk tambah merancakkan lagi perebutan bersama Tan Sri Muhammad Taib dan Datuk Seri Wira Ali Rustam.
Pemergian Pak Lah memang sudah diramalkan oleh pelbagai pihak.
Dalam penulisan kali ini Blogmaster tidak mahu mengulas kemeriahan pertandingan merebut jawatan tertinggi dalam UMNO, masih terlalu awal.
Blogmaster juga enggan mahu mengupas kesimpulan pengunduran Pak Lah yang dikira tempoh Perdana Menteri paling singkat dalam sejarah negara kita.
Pada posting atau penulisan disini, Blogmaster mahu menyingkap kembali sejarah sekadar memberikan ‘peringatan’ kepada seorang manusia rakyat Malaysia, berbangsa melayu, beragama islam yang telah “diselamatkan” oleh Pak Lah dan harus berterima kasih dan bukannya mengkhianati jasa jasa Pak Lah……..
Manusia yang dimaksudkan adalah Anwar Bin Ibrahim!
ANWAR & WAN AZIZAH LUPA JASA JASA PAK LAH!
Sewaktu Anwar merengkok dalam penjara Sg Buloh, beliau mengadu hidupnya sengsara. Sakit tulang belakang yang dialami “kununnya” semakin serius dan beliau sudah tidak dapat menanggung kesakitannya serta “kesengsaraannya” lagi.
Pada waktu ini Dr Wan Azizah telah memohon jasa baik Ezam untuk mencari jalan terbaik supaya Anwar mendapat rawatan pakar dan ditempatkan dihospital bukannya dalam penjara. Ezam sedar sebagai Ketua Pemuda Keadilan dan beliau ketika itu menjadi benteng kepada Anwar dan Wan Azizah sememangnya menjadi tangunggjawab anak muda ini mengusahakan sesuatu demi menyelamatkan nyawa Bossnya secepat mungkin.
Pelbagai usaha dicuba sebaik mungkin oleh Ezam dan tidak ada jalan lain selain daripada berhubung dengan beberapa pimpinan kanan UMNO sepert Datuk Aziz Shamsuddin, Tan Sri Muhammad Taib, Datuk Seri Khir Toyo. Kesemua pertemuan sulit ini mendapat “lampu hijau” dari Anwar dan Wan Azizah, dan Ezam turut ditemani oleh beberapa pimpinan Keadilan yang lain ketika itu, manakala “rundingan asas” atau basic negotiation adalah keizinan untuk Anwar mendapat rawatan diluar penjara. Namun kesemua pertemuan dan perbincangan itu menemui kegagalan.
Seterusnya Ezam cuba untuk mengaturkan pertemuan Wan Azizah dengan Pak Lah setelah mendapat maklumat dari teman teman Ezam dalam kerajaan dan UMNO memberitahu, untuk memudahkan pertemuan dengan Pak Lah, perlulah melalui menantunya, Khairy Jamaluddin.
Akhirnya Ezam berjaya bertemu secara sulit dengan Khairy dan menceritakan keadaan kritikal Anwar yang sedang kesakitan dan amat memerlukan rawatan segera. Memang benar, tidak sampai pun dua hari, Khairy telah membantu Ezam untuk mengaturkan pertemuan eksklusif empat mata antara Wan Azizah dan Pak Lah, pertemuan diadakan disebuah negara jiran.
PERTEMUAN EMPAT MATA WAN AZIZAH & PAK LAH
Dalam pertemuan khas ini Wan Azizah terpaksa menggunakan kesempatan dan peluangnya sebaik mungkin setelah dapat bertentang empat mata dengan Perdana Menteri.
Ada TIGA perkara yang cuba dituntut oleh Wan Azizah;
Pertama; Mohon jasa baik Pak Lah izinkan Anwar mendapat rawatan segera di hospital kerana tahap kesihatan Anwar sudah kritikal dan menanggung sakit yang teramat sangat.
Kedua; Seterusnya mengizinkan Anwar melakukan pembedahan sakit tulang belakangnya menerusi rawatan pakar diluar negara diatas pilihan Anwar sendiri.
Ketiga; Meminta agar Pak Lah tidak mencampuri soal kehakiman dalam perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim yang akan mengeluarkan keputusan keatas rayuannya dalam sidang mahkamah tidak lama lagi.
Berikut respon Pak Lah;
Pertama; Pak Lah amat memahami keadaan Wan Azizah kerana ketika itu allahyarhamah Datin Seri Endon juga sedang uzur berperang dengan sakit kanser. Pak Lah bersimpati dan bersetuju untuk mengizinkan Anwar mendapat rawatan segera. Dalam tempoh singkat, Anwar telah dibawa keluar dari penjara dan ditempatkan di hospital kerajaan. [sekiranya kita masih ingat, Anwar keluar tinggalkan penjara buat selama lamanya sebab dia mula berulang alik dari hospital ke mahkamah sehinggalah beliau dibebaskan]
Kedua; Pak Lah tidak dapat memberikan apa apa komitmen kerana Anwar masih dalam perbicaraan mahkamah dan sedang menjalani hukuman penjara. Agak sukar memberikan “keistimewaan” kepadanya dimana ianya akan membabitkan keizinan pihak Peguam Negara dan beberapa pihak lain lebih lebih lagi untuk memberikan kelonggaran kepada seseorang yang berstatus banduan pergi keluar negara ketika masih menjalani hukuman penjara.
Ketiga; Pak Lah amat tegas ketika memberikan respon terhadap permintaan yang ketiga kepada Wan Azizah. Menurut Pak Lah beliau seorang yang berpegang teguh kepada ajaran Islam dan tidak akan sesekali menganiya mana mana muslimin dan berlaku zalim! Tidak sekelumit pun dalam fikiran Pak Lah mahu mencampuri soal kehakiman mana mana kes dalam negara ini.
Secara kebetulan pula, Pak Lah ada membuat kenyataan dimuka depan akhbar beberapa hari menjelang keputusan rayuan kes liwat Anwar Ibrahim bahawa beliau tidak pernah campur dan mempengaruhi keputusan hakim yang akan bersidang membuat keputusan!
Akhirnya pada 2 September 2004, Mahkamah Rayuan Putrajaya telah riuh rendah bergema dengan sorakan dan dibanjiri dengan linangan airmata kegembiraan penyokong penyokong Anwar apabila dua daripada tiga Hakim yang bersidang memutuskan Anwar tidak bersalah dan beliau dibebaskan…..
KHAIRY BANTU PULANGKAN PASPOT ANWAR
Semenjak kepulangan Anwar ke Bukit Damansara, rumah kediamannya seperti berpesta apabila senentiasa dipenuhi dengan tetamu dan kunjungan orang ramai, rakyat amat mendekati Anwar….
Diantara kehadiran yang mendapat perhatian adalah kemunculan Khairy Jamaluddin yang datang setelah diatur secara sulit dengan menaiki kenderaan Ezam menyelinap masuk ke banglo Anwar. Kehadiran Khairy adalah untuk menyerahkan semula paspot antarabangsa Anwar agar dapat segera Anwar berangkat ke Jerman menjalani pembedahan sakit tulang belakangnya.
Keesokkannya Anwar dibawa ke pejabat Imigresen Pusat Bandar Damansara untuk menyiapkan paspotnya yang terbaru dan dua hari selepas itu Anwar terbang ke Jerman untuk melakukan pembedahan sakit tulang belakangnya……
APA ANWAR & WAN AZIZAH KATA PADA PAK LAH
Anwar tuduh Pak Lah menjadi kepala konspirator dalam kes liwat keduanya keatas Saiful Bukhari Azlan.
Wan Azizah sebagai Ketua Pembangkang cuba membawa Usul Undi Tidak Percaya terhadap Perdana Menteri dalam sidang parlimen baru baru ini tetapi gagal. Bagaimana Wan Azizah boleh tidak mempercayai seorang insan yang telah menyumbang kepada pembebasan suaminya sewaktu mereka amat memerlukan pertimbangan Pak Lah ketika itu…?
Anwar Ibrahim kini sebagai Ketua Pembangkang yang baru akan sekali lagi cuba membawa Usul Undi Tidak Percaya terhadap Pak Lah dalam sidang parlimen yang bermula pada 13 Oktober 2008 nanti.
Inilah rupa manusia yang tidak pernah mengenal untung dan budi pekerti! Sewaktu dalam kesakitan Anwar dan isterinya melutut Pak Lah.
Kita dapat bezakan disini keperibadian diantara Pak Lah dan Anwar Ibrahim.
Pak Lah jelas tidak sesekali membawa watak zalim dan mahu menyerang mana mana individu termasuklah Anwar Ibrahim yang ketika itu lemah dan merengkok dalam penjara.
Berbeza dengan Anwar yang kini sihat wal afiat. Wataknya semakin buas, mengganas, menggila mahu merampas kerusi Perdana Menteri dengan formula “pintu belakang”.
Apa perlu Anwar mengkucar kacirkan keadaan negara yang sekarang ini sedang menghadapi masalah ekonomi secara global. Kenapa perlu tergesa gesa mahu mengambil alih tampuk pimpinan kerajaan yang telah mendapat mandat daripada rakyat yang melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pengundi?
Kisah Dongeng 16 September dan 31 Ahli Parlimen BN mahu lompat berakhir dengan sindiran serta cemuhan kepada Anwar yang akhirnya membolehkan beliau memperolehi kemaluan yang amat besar…..
Bukankah rakan rakan dalam pimpinan Pakatan Rakyat itu sendiri tidak senang dengan formula “pintu belakang” yang menjadi "kegemaran" Anwar. Sebagai contoh veteran politik daripada PAS, Hj Mat Sabu sendiri telah menyatakan bahawa adalah lebih baik Pakatan Rakyat tumpu perhatian sepenuhnya melaksanakan manifesto di lima negeri pemerintahan mereka dan menunjukkan prestasi cemerlang untuk meraihkan kemenangan lebih besar dan seterusnya mengambil alih kerajaan pusat pada Pilihanraya ke 13 nanti.
Tindakan ‘rakus’ Anwar ini ternyata lebih banyak memecah belahkan ramai pimpinan dalam saf mereka terutama dari PAS yang terbahagi kepada golongan Ulama’ yang sudah pudar keyakinan terhadap Anwar dan satu lagi kumpulan Erdogan golongan pimpinan professional yang bercita cita mahu dilantik sebagai Menteri secepat mungkin, mereka begitu jitu menjadi kuda tunggangan Anwar dan semakin buta melihat sandiwara bakal PM mereka itu.
Wahai Anwar Ibrahim,
Sebaiknya sdra tumpukan tugas sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh buat masa sekarang. Musim raya ini kita masih lihat skuad Angkatan Muda PKR Pulau Pinang dengan bangganya mengekalkan program bulan Ramadhan mereka, “Jejak Fakir” bermakna masih ada rakyat Pulau Pinang yang fakir dalam kerajaan baru Pakatan Rakyat. Janganlah hanya pandai menuding jari kepada kununnya kegagalan BN yang sudah berlalu. Anwar sebagai calon PM lebih baik hapuskan status fakir di Pulau Pinang, pastikan Ramadhan akan datang tidak ada lagi program “Jejak Fakir” dalam negeri pemerintahan sendiri…..
Seterusnya Anwar perlu menasihatkan Khalid Ibrahim menunaikan janji janji Manifesto di negeri Selangor, kerajaan PKR pertama dalam sejarah. Khalid juga harus segera tangani masalah dalaman parti di Selangor. Jangan nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran, hampeh…!
Kita nantikan aksi Anwar seterusnya…..