Apa dah jadi..?
Sampai sekarang tak selesai lagi…
[kalau bait bait lirik lagu “Apa Dah Jadi” Tan Sri SM Salim baris akhirnya, “sampai sekarang tak kahwin lagi…”]
Teringat juga adegan cerita Tan Sri P Ramlee, “Nujum Pak Belalang”, sewaktu S Shamsuddin & Aziz Satar membahagi-bahagikan harta rompakan, dialog lucu yang senang diingat, “satu untuk engkau, satu untuk aku, …….. eh bedallah untuk engkau, eh bedallah untuk aku…”
Ha! Pelik ya, mukadimah posting kali ini? Lihat pada tajuk dengan foto hiasan, agak sukar untuk dikaitkan dengan mukadimah diatas?
Sahabat Blogmaster, seorang Ahli Majlis yang memang dah panas hati dengan Pakatan Rakyat ini menceritakan insiden pertikaman lidah yang sudah hampir kepada terjadinya tumbuk menumbuk diantara seorang Ahli Parlimen dengan seorang ADUN baru baru ini dihadapan pejabat Majlis Perbandaran Klang. Mujurlah keadaan ini dapat segera dileraikan oleh beberapa Ahli Majlis berada disitu.
Menurut ceritanya, pertikaman lidah sudah berlaku sejak dari dalam bilik mesyuarat lagi. ADUN tersebut dikatakan melabelkan Ahli Parlimen yang hadir itu sebagai Pembangkang dan dengan angkuhnya mengatakan Ahli Parlimen tiada hak mencampuri urusan pentadbiran kerajaan negeri Selangor.
Sebenarnya yang memanggil mesyuarat tersebut adalah Ahli Parlimen tersebut, tetapi disaat saat akhir telah dipengerusikan oleh ADUN yang dikatakan terlalu bersungguh sungguh mahu meluluskan perpindahan Terminal Bas dari bandar Klang ke Meru, tambahnya lagi.
Ahli Majlis sahabat Blogmaster yang menyampaikan info ini juga beritahu cerita penuh insiden ini boleh dibaca pada sebuah blog yang dikemaskini oleh seorang Ahli Parlimen PKR, sila layari http://www.mpkapar.com/manikavasagam/posts/fued-between-mps-and-selangor-speaker/
Kita pernah dengar kisah seorang YB DAP kena penampar dengan seorang YB UMNO gara gara perbezaan pendapat sewaktu persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor beberapa tahun yang lalu.
Pelik lah! Sekarang ini mereka sesama sendiri pun hendak bertumbuk…., bagaimana mahu mentadbir kerajaan dengan baik kalau diantara mereka sendiri tidak boleh sepakat?
Macam berok dapat bunga….