UNTUK TEMPAHAN BUKU BUKU IKLAN DIBAWAH INI

UNTUK TEMPAHAN BUKU BUKU IKLAN DIBAWAH INI
HUBUNGI 012-2068342 ATAU EMAIL TEMPAHAN nurulmiriam@gmail.com

JOM KE FESTIVAL BELIA 2013

JOM KE FESTIVAL BELIA 2013
KLIK PADA BANNER DIATAS

Thursday, January 15, 2009

Akhirnya Surat 8 Sept Anwar Di Bongkar!!

Malam yang dinanti-nantikan telah berlangsung dengan penuh saspens malam tadi! Seperti yang dijanjikan, Ezam Mohd Nor kembali ke K Terengganu untuk membongkar surat “rayuan” Anwar Ibrahim kepada Mahathir bertarikh 8 September 1998……

Ceramah yang penuh kemeriahan ini berlangsung di Markas BN Kampung Kubang Parit, DUN Wakaf Mempelam kubu kuat PAS Terengganu. Amat menakjubkan sekali apabila kehadiran lebih kurang 3,000 orang dalam ruang halaman yang agak sempit dan diberitakan jalan masuk ke tempat ceramah terpaksa ditutup kerana penuh sesak dengan banyak kenderaan, ramai yang pulang hampa kerana tidak berjaya masuk ke tempat ceramah…

Program malam tadi telah mula dipanaskan oleh beberapa penceramah barisan bekas pimpinan Keadilan seperti Hamidzun Khairuddin, Lokman Adam, Gani Haroon, Zahid Mat Arip dan Hamdan Taha.

Akhirnya kemunculan Ezam telah mengubati penantian ribuan hadirin yang bersesak sesak di markas BN Kubang Parit. Ezam telah membacakan surat yang cuba dikirimkan oleh Anwar kepada Mahathir pada 8 September 1998 [teks penuh surat ada di dalam posting ini].

Disini jelaslah bahawa Ezam berjaya membuktikan betapa MUNAFIKnya manusia durjana bernama Anwar Ibrahim. “ Pada hari sebelumnya, Anwar telah caci maki Mahathir, mengajak rakyat yang menyokongnya untuk menentang Mahathir, tetapi dalam senyap, dibelakang penyokong-penyokongnya, terutamanya parti PAS, Anwar telah menulis surat merayu kepada Mahathir, mahu berdamai…” tegas Ezam.

Atas dasar prinsip, Ezam turut mencabar PAS membuat pendirian sekiranya mereka benar benar sebuah parti islam, apakah mereka mahu mengangkat Anwar sebagai pemimpin nombor satu walaupun terbukti sifat munafik Anwar sememangnya beliau adalah Pembohong Nombor Satu Negara….

HUSAM AKUI PARTI PAS MAHU KUDAKAN ANWAR..!!!

“One stone, Two Birds…” begitulah istilah yang digunakan untuk menggambarkan bagaimana dalam satu satu tindakan yang dibuat berjaya mendapat hasil yang berganda…..

Malam tadi Ezam turut membuat satu lagi pembongkaran eksklusif! Kini Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa pula terpaksa mendepani “cabaran” Ezam setelah satu pengakuan yang dibuat oleh Husam terhadap Anwar dibongkar oleh bekas Ketua Pemuda Keadilan itu.

Husam telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa Ezam menyertai UMNO kerana mahu “cari makan”. Kenyataan bodoh oleh Husam ini telah membuatkan Ezam membuka rahsia sebenar, dalam satu pertemuan sulit mereka sewaktu Ezam membuatkan keputusan mahu menyertai UMNO. Atas dasar persahabatan dalam arena politik, Ezam bertemu dengan Husam untuk menjelaskan bahawa beliau terpaksa tinggalkan Anwar kerana sebagai seorang muslim beliau akan berdosa sekiranya mengangkat Anwar sebagai pemimpin. Ada beberapa perkara yang terlalu sulit tetapi tidak disebutkan kerana Ezam tidak mahu membuka aib seseorang.

Menurut cerita Ezam, beliau agak terkejut apabila Husam menjawab bahawa dia sendiri dengan pimpinan PAS tahu semua tingkah laku sumbang Anwar, tetapi mereka cuma mahu “kudakan” Anwar dalam politik untuk mencapai matlamat parti mereka….
“Saya cabar Husam untuk turun ke K Terengganu dan menafikan kenyataan saya ini..” kata Ezam malam tadi. Ternyata Ezam agak terkilan dengan sikap Husam yang terbukti membuat kenyataan tersebut semata mata mahu menjaga hati Anwar demi hubungan parti mereka dalam Pakatan Rakyat dan di waktu yang sama Husam sanggup membelakangkan nilai persahabatannya dengan Ezam sebelum ini.
TEKS PENUH SURAT ANWAR IBRAHIM KEPADA MAHATHIR

Surat Anwar bertulis tangan kepada Dr Mahathir.
YAB Dato Seri Dr Mahathir.
Assalamualikum Warahmatullah.

Perkembangan beberapa hari ini kebelakangan ini sungguh merimaskan. Berita-berita yang mengaibkan peribadi saya secara berterusan oleh media tempatan nampaknya tidak berkesudahan.

Saya dan Azizah harus tabah. Anak-anak saya mulanya agak sugul dan gundah. Hati mereka luka dan pelajaran mungkin terjejas. Alhamdulillah, mereka kian teguh berkat sokongan keluarga besar kami, rakan-rakan rapat-khususnya Azizah yang sentiasa disamping mereka.

Saya masih kebingungan, bertanyakan punca konspirasi untuk mengaib dan menjatuhkan saya. Harapan saya, ialah agar keadaan sedikit reda bagi membolehkan saya membela diri dan mengembalikan kepercayaan rakyat.

Seperkara lainnya, ialah perihal keselamatan keluarga saya. Ibu bapa saya mengulangi pertimbangan Dato Seri agar anak angkat mereka tidak harus ditahan. Memadailah, penderaan yang kami alami sebagai keluarga dengan menghadapi tuduhan yang amat berat.

Betapa getir dan cemas kedudukan kami, saya dan Azizah tidak pernah melupakan curahan kasih sayang, bimbingan dan peluang yang Dato Seri berikan.

Meskipun perhubungan diantara kita agak renggang, saya tidak mungkin melupakan jasa baik Datuk Seri.
Semoga Allah S.W.T memberikan taufik dan hidayah, memelihara kesejateraan kita bersama.
Salam saya dan Azizah kepada Dato Seri dan kak Hasmah.

Anwar Ibrahim.
8 September 1998

* anak angkat dalam surat ini merujuk kepada Sukma Darmawan Samitaat Madja

SURAT ASAL TULISAN TANGAN ANWAR



KENYATAAN MEDIA OLEH EZAM MALAM TADI


RAKAMAN SEKITAR CERAMAH MALAM TADI






39 comments:

Anonymous said...

masalah nya org yg di cabar..husam /anuar tak der birds...ekekekek

tingin plak nak tahu...apa yg saudara ezam katakan...menyimpan rasia yg boleh mengaibkan anuar...

gengjahat

pak hassan said...

akhirnya dah kuar surat yg dinanti-2kan itu. dari surat ni pun kita boleh faham yg DSAI & TDM masing2 tahu benda2 ni asalnya adalah politik. politik survival yg menghalalkan cara.
Kenapa surat ni tak dikeluarkan juga masa di Permatang Pauh dulu?

Anonymous said...

* Pak Hassan..

Risik2 saya ada mengatakan, kenapa surat tu tidak di dedahkan masa P044 permatang pauh, iaitu ;

1. Masa tu pengaruh anwar kuat (Temberang pasal 16 sept)

2. Ada pihak mahu anwar masuk parlemen.. sebab kerajaan boleh buka balik keburukan dia (tak mau dia bersuara dari luar)

Risik2 aje..

Pak Hussin

garamanis said...

Salam perjuangan

hua..hua..Anwar dan Husam memang takder 'birds'..kalu nak suruh 2 ekor tuh saman pun komfom tak berani..

Tahniah bro...

QasehNuryz said...

Salam bro.Thanks atas pendedahan ini.
Kita di sini fhm apa rasionalnya Ezam dedah 'kisah surat' ni TAPI bagi pihak penyokong PR mereka memandang surat ni sekadar surat permemohonan maaf yg biasa.Malahan mengutuk tindakan Ezam menyebarkan surat ni.

Tugas kita utk menerangkan..sbb mereka ni susah nk difahamkan.Tgk yg tersurat tp TAK fhm yg tersirat.
Good Luck buat calon BN.

p/s : Baru lepas berdebat ngn org2 yg mnyokong anwar ttg surat ni.
letih dan meletihkan.
sbb mrk tak fhm bahasa.ngeh3x.

pak hassan said...

bukan takde bird, budak tadika hingusan setahun jagung buang masa je dilayan.

pak hasaan tengok takde apa-2 yg pelik pon dalam surat ni. Dalam surat ini cuma memperlihatkan DSAI meminta pertimbangan dari Tun supaya tidak terus mengaibkan dirinya.

Dalam masa yang sama, DSAI juga berterima kasih pada segala jasa yang telah diberikan oleh Tun selama ni.

Kumbang said...

Pengajaran besar pihak Pembangkang..

Jangan dicabar pendekar melayu, sekali dicabar buruk padahnya.

Ezam bagi Kumbang tahu banyak, tapi memikirkan persahabatan dan aib orang.

Beliau hanya dedahkan apa yang perlu.

Anonymous said...

anwar..sila jawab..jgn asyik jerit lawan tetap lawan.

>>th3_300

http://anwaribrahimdotcom.blogspot

Panglima Perang Cyber said...

Akhirnya kita tahun bahawa Anwar sebenarnya melutut kepada Mahathir 10 tahun lalu...

teruskan pendedahan...

Salam.

p/s : saya mohon copy surat dan teks asal di blog saya.

tq

syedmzazi said...

kah...kah...kah..padan muka anwar sial ini.....telor dia dah pecah sebiji.....bos...kasi pecah lagi sebiji...baru total dia bapok.

Medan Info Kita said...

Pang5,

silakan...., no problem.
Tksh atas sokongan

Anonymous said...

salam
saya rasa sebelum membuat kesimpulan, kita boleh membaca ulasan surat ini di blog ini...

http://g-82.blogspot.com/

Medan Info Kita said...

QasehNuryz,

tahniah n syabas! bukan senang nak dpt srikandi yg mahu berdebat utk terangkan kpd bebal bebal yg menjilat Anwar....

Medan Info Kita said...

pak hassan,

jgn la masuk dlm golongan bodoh tak boleh diajar, bangang tak boleh diikut...

solanya disini ialah PRINSIP..!
Anwar memekik mekik dalam ceramah caci hina Mahathir ajak rakayat lawaaannNNNNNNN Mahathir sebab zalim...[dlm waktu pemecatannya]

Tetapi dlm senyap2 mau KAW TIM dgn Mahathir, lihat la ayat memuja muja pada Tun M...

Jelas Anwar penipu!
Sifat Munafik!

Itu yg Ezam nak sampaikan, sifat si Anwar nie...

Pandai betul si Anwar nie berlakon, kesian pada penjilat penjilat Anwar, kesian pada PAS..

ZACKO said...

MIK....anwar dan husam sama je perangai dorg...manusia melayu PARIADOG..Anwar tonggeng Husam jilat dari belakang..depa 2 ekoq nie bole share pompuan yang sama...sebab Husam main yg depan..Anwar lak main yg belakang. Sedar lah org-org PASSSSSS...anda teraniaya oleh cerita dongeng Anwar Bin Ibrahim (walaupun dia org kpg aku)- Msg ini ditulis dari Kota Medan, Indonesia.

Sedingin Salju said...

Tulah, hampa nak bertekak dengan orang bodoh tu apa pasai? Depa mata celik, tapi buta hati. Eh, ada jugak si buta yang kuat sokong DSAI pembohong ni encik. mejoriti besaq o!

fikiranlicin said...

hahaha.... Agaknya sebab surat ni la nanti PAS kalah teruk sabtu ni ye tak... huhuhu Ezam? sian dia, kene kuda2 je...

Demang Lebar Daun said...

Katanya... Lawan Tetap Lawan... Rupa-rupanya... hiba pulak rasanya baca surat tu. Kesian.

Pejuang Bangsa said...

Bravo Ezam !!! PAS PASTI AKAN DIKUBURKAN DI KT SABTU INI ..HAHA

BERANI KERANA BENAR EZAM !!!

Waris Pahang said...

Salam.

p/s : saya mohon copy surat dan gambar, teks surat di blog saya.

Selamat Berjuang

pak hassan said...

Medan info ni emosi la. Pak Hasaan yang dah tua ni pon tak se emosi medan info.

Tidak timbul soal perinsip disini. Perinsip seseorang bole berubah mengikut keadaan lebih-2 lagi ahli politik.
Di mana juga PRINSIP Ezam sewaktu mempertahankan dan komitment beliau membenteras rasuah.
Beliau tiba-tiba terasa maruahnya dicabar,sedangkan semuanya tahu semenjak dia istihar keluar dari GERAK dan tersengih-sengih hulur borang memasuki UMNO kepada Pak Lah, ketika itu maruah beliau hilang sekelip mata. Pada pandangan rakyat ketika itu, Ezam telah `melondeh'kan seluarnya sendiri seperti dia pernah`menelanjangkan' Pak Lah di Kepala Batas dan Najib di Pekan.
Pak Hassan ibaratkan kan sudah meludah ,menjilat balik la pula.

Pak Hassan paham, duk dalam PR ada pangkat tp tak leh kaya, berbeza dlm UMNO ,tak de pangkat bole kaya raya.

Ibnu Ali said...

Gempak gila surat ezam, melebihi gempaknya "majalah gempak"!!

Haha, rakyat yang dapat tanah kat perak buta tuli kot hehehe.

Orang terengganu yang tak kene bayar cukai pintu buta perut kot hahaha.

Rakyat kat selangor dapat air free pun sama buta hati laa keh keh keh

Orang johor bagus!! Dapat hidayah, rumah kene roboh pun masih ngan UMNO hehehe

Medan Info Kita said...

Waris Pahang,

ok, no problem...
t ksh atas sokongan

lintahbertulang said...

Satu pendedahan eksklusif mengenai sikap Anwar yang sebenarnya. Ini membuktikan dalam politik, macam-macam boleh jadi. Jelas Anwar cuba mahu berbaik dengan Mahathir kerana beliau tahu betapa zalimnya Mahathir tu. Sekarang ni Anwar pasti sedang menyusun ayat untuk cover isu ni. Setakat ni Anwar hanya mampu balas "So what?" Beliau tidak pun menafikan...Gelabah la tu...

Medan Info Kita said...

pak hassan sedar pun dah tua, cuma satu yg pak hassan buat2 tak sedar ialah sifat "kurang cerdik"nya pak hassan.....

apa nak kita debatkan lagi sbb2 ezam masuk umno? dia dah jelaskan & teks kenyataan penuh dia ada dlm blog saya nie, pergi la tgk balik, baca + faham.... yg pentingnya bila dia sebut, walaupn dia masuk umno tapi dia TAK tarik balik satu pun laporan bpr..

tgk la sendiri tindakan ezam keatas husam musa bila husam cuba putar belitkn fakta asas ezam masuk umno.., husam kata ezam "cari makan" dlm umno.

sbg seorg muslim, ezam tak akan benarkan manusia spt anwar diangkat menjadi PM.. tapi ezam tak akan dedahkan sebab sebenar kerana tak mau buka aib seseorg..

pak hassan said...

org dah tua mmg tak sedar-2 pon, takde bezanya dgn khalifah tua puak yg medan info sokong juga kan.

keaiban yg ezam tunjukan umpama melondehkan suarnya sendiri. Dendam peribadi yg tak abis-2 terhadap DSAI juga memperlihatkan ketidakpuasan hati dikecewakan 'permintaannya' oleh DSAI.

Dengan pendedahan surat ini,pak hassan rasa ianya tak menjatuhkan pun kredibiliti Anwar. Silap-silap pihak yang neutral akan berasa simpati pada apa yang berlaku ke atas Anwar selama ni...

pak hassan ucapkan selamat maju jaya esok. Ramai bloggers-2 disini menjangkakan kemenangan kepada BN. Satu petanda baik buat BN untuk mencerminkan demokrasi di Malaysia.

GAP KEMBALI said...

mik

anwar sememangnya 'maha munafik'. dalam sejarah islam sudah terlalu banyak peristiwa munafik terjadi.

maka tidak terkejutlah kita kalau dalam quran bilangan surah al munafikun lebih banyak dalam bilangan surah al kafirun !

jangan cerita banyak. serang anwar habis habisan demi ISLAM AGAMA BANGSA DAN NEGARA !

pak hassan said...

Syabas pak hassan ucapkan kepada PAS kerana menang pada pilihan raya kecil KT. kepaada BN pak hassan juga ucapkan tahniah kerana berani bertanding mencuba nasib. Adat bertanding ada yg menang dan ada juga yg kalah.

Yang menang tu jgn la berlagak sombong dan angkuh, tunaikan janji-2 dan laksanakan manifesto yg di lafazkan.

Pak hassan telah menjangkakan kemenangan ini tp tidak mahu menaruh harapan yg tinggi kerana terlalu yakin dan riak biasenya akan membinasakan diri sendiri.

Secara neutralnya, pak hassan tgk PRK KT ni tak beri pentanda semua rakyat dh tolak BN..kalau semua tolak BN maknanya PAS menang majoriti besar...

30 ribu yg undi BN tu satu angka yg besar, bole kata 52% dan 48%. Tetapi tidak dpt disangkalkan bahawa BN juga ada advantage dibantu oleh semua agensi kerajaan dan media. Tidak ketinggalan juga kaedah mengugut kakitangan kerajaan dan undi pos..

BN telah dimalukan dgn 2 pilihanraya kecil sebelum ni, BN dilihat semakin mengecil dan semakin di tolak oleh rakyat. UMNO perlu lakukan satu reformasi (bukan reform mat ezam), apa yg orang melayu hendak ialah buangkan umnoputra, kekalkan melayu dan bumiputra sebagaimana selayaknya...

melayu banyak gagal sebab dasar2 umnoputra umno, duit yg sepatutnya diguna untuk meningkatkan melayu/bumiputra habis dirembat oleh umnoputra.

Ini cuma pendapat pak hassan yg dah tua dan tak sedar diri je, sesungguhnya pak hassan ingin melihat bangsa kita tidak terhakis maruahnya.

Setiap org berhak menyuarakan pandangan dan haknya. Ini lah di namakan sistem demokrasi, kuasa di tangan rakyat..!!!

Anonymous said...

Salam...
Apa yg saya lihat dlm surat tu adalah suatu teknik bahasa yg memang patut digunakan oleh DSAI, sebab bahasa yg digunakan dlm penulisan hendaklah berbeza dgn tutur kata. Tuturkata biasanya mengikut emosi spontan dan penulisan pula mengikut akal. Tulisan akan disimpan sebagai rujukan.
Ezam pula tak amanah kerana tak menyampaikan surat tu kpd Tun Mahadir, kalau Tun membacanya mungkin senario politik M'sia tak tak jadi begini. Ezam secara tak sengaja membuka aibnya sendiri.
Apa2 pun tahniah kpd PAS yg memenangi PRKP036 kali ni. Rakyat semakin cerdik. Kpd UMNO terimalah hakikat yg rakyat telah hilang kepercayaan terhadap pemimpin yg seringkali memperbodohkan rakyat seolah2 rakyat tak tahu apa fungsi kerajaan dan apa pula fungsi pembangkang.

Anonymous said...

well..nothing much that can b discussed with regards to ths letter. shame on you umno. you days are numbered.

Anak Melayu said...

salam perjuangan bpn...

tahniah atas post yang menarik ini...

biar rakyat sedar....

MeeT uNcLe sHaH said...

Salam Semua.

Ini kita harus tanyakan kepada mereka yang punya "hidden agenda" (Ahli UMNO).

Apa yang saya perhatikan, berbondong-bondong ahli UMNO "berkampung" di KT namun hasilnya masih sama seperti di Permatang Pauh. Apakah ini tanda yang perjuangan UMNO kian "malap" atau hanya tinggal tunggu "dibacakan talkin" (seperti buku tulisan Pak Habib)????

Tidak, semestinya tidak!!! Adat bertanding, kalah menang adalah tradisi. Selesaikan masalah, bukan menuding jari. Sampai bila kita harus "melagukan" Bangau Oh Bangau yang tiada kesudahan.

Natijahnya, adalah kepada kami sebagai pewaris anda semua!!!! Apa pula yang harus kami jawab kepada generasi seterusnya??? Masih perlukah Bangau Oh Bangau ini berdondang hingga ke hari kiamat????

Kalah bukan bererti tewas, menang bukan bererti juara!!! Tidak kira siapa pun yang menang di Parlimen KT, "kerakusan" mereka yang punya "agenda tersembunyi" itu yang harus kita persoalkan!!!

Maafkan saya jika ulasan ini terlalu panjang atau berbelit-belit. Sesungguhnya, diri ini masih naif kepada isu-isu yang "dipolitikkan".

Medan Info Kita said...

Meet Uncle Shah,

saya setuju, nantikan ulasan Medan Info dlm next posting.

Anonymous said...

kesiannnnn.....

banyakkan bersabaq ya......

cuba lagi....!





(banyak lagi kena di bongkar)

Anonymous said...

harga kotak dan kertas dah murah skrg ni

Anonymous said...

ada tak kotak dan surat-2 lama yg bole di recycle?

~PakKaramu~ said...

Salam ziarahteakect

blues untuk rakyat said...

ada surat lagi tak...

untuk bawak ke pilihanraya kecik kat sabah pulak.... dengan pilihanraya serawak pulak...

jangan bongkar surat dan kotak banyak sangat..... takut nanti habis.... simpan sikit

kan langsung takde modal untuk PRU 13 pulak....

nanti kalah lagi.... da 2-0 da ni....

rakyat da benci dengan dengan UMNO sekarang ni....

kalu kita kempen takpa surat2 dan kotak2.... lagi la rakyat benci...




'MAJU LAH KOTAK UNTUK SESUMPAH'

dan

'TANPA SURAT SIAPA LAH SESUMPAH'

Anonymous said...

Ezam undang bala

ENTAH apa silapnya pihak tertentu dalam Umno, terlalu mempercayai bekas Ketua Angkatan Muda KeADILan, Ezam Mohd Nor dan balaci-balacinya, sehingga dibawa berkempen di Kuala Terengganu.

Ezam ternyata membawa padah kepada Umno. Padah kerana penyertaan beliau dalam kempen BN, langsung tidak membantu. Tiada apa-apa kesan dan hanya merugikan masa dan wang Umno sahaja.

Ezam memang tiada modal. Kerjanya hanya membelasah bekas bosnya mantan TPM, Dato' Dato' Seri Anwar Ibrahim. Tujuan Umno menggunakan khidmat Ezam dalam pilihan raya kecil, semata-mata untuk menyerang peribadi Anwar. Tiada sebab lain.

Malah, kali ini beliau melebarkan serangannya kepada Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa. Tujuannya untuk melagakan Anwar dengan PAS, melagakan KeADILan dan PAS.

Maka berceramahlah beliau sehingga 'hendak keluar anak tekak'.

Ezam bak 'ayam jantan yang mengepak-ngepak' apabila apabila media cetak dan elektronik yang menjadi barua BN, memaparkan 'kehebatannya' beserta balacinya mengecam dan memaki hamun Anwar.

Namun rakan-rakan dalam KeADILan tidak terkejut.Mereka hanya ketawa apabila mendengar ceramah Ezam. Bagi mereka Ezam hanya pecacai dan soldadu upahan yang mahu mengaut seberapa banyak 'ghanimah' daripada Umno.

"Dalam KeADILan dulu, dia maki hamun Umno, BN, Abdullah, Najib lagi teruk. Berbakul-bakul dia maki, siap bersumpah 'haram' masuk Umno lagi. Sekarang apa dia cakap?" Soal seorang MP KeADILan yang bukan berbangsa Melayu.

"Kita pergi juga dengar ceramah dia (Ezam), malam kelmarin," kata seorang AJK AMK Terengganu yang ditemui.

"Tapi ceramah dia tidak lebih dari kelentong penjual ubat tenaga batin di jalanan," katanya lagi.

Memang pun. Ceramah Ezam bukannya ada sambutan. Tidak memberi kesan langsung. Malah seorang Ketua Putera Umno sebuah negeri berkata kepada seorang pemberita akhbar harian, "Kami meluat tengok Ezam, apa kena mengena Anwar dengan Kuala Terengganu? Permatang Pauh pun tak jalan (serangan peribadi).

"Lagi banyak dia maki Anwar, pengundi Umno pun lari dari kita (BN)," rungutnya.

Betul juga kata beliau. Di Permatang Pauh, khidmat soldadu upahan ini turut digunakan seluas-luasnya. Malah 'media tiga suku' hampir hari-hari memaparkan laporan ceramah, yang akhirnya menghasilkan hampas sahaja.

Di Kuala Terengganu sekali lagi khidmat beliau digunakan. Orang-orang Umno tahu bahawa Ezam masuk Umno melalui Khairy. Dan bagi mereka Khairy yang membawa Ezam untuk berkempen membantu rakan Khairy, Dato' Wan Farid Wan Salleh.

Tetapi ada kalangan suku sakat Ezam mendakwa, tindakan Ezam membelasah Anwar dibuat kerana mendapat 'blessing' daripada TPM, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak.

Jika dakwaan mereka betul, ianya hanya bertujuan untuk menajamkan permusuhan peribadi Najib-Anwar. Jika dakwaan itu tidak betul, Ezam hanya dipergunakan oleh kumpulan Abdullah, untuk melaga-lagakan Najib dengan Anwar.

Kerjanya tidak lain, selain untuk mencerca, menghentam dan melaga-lagakan orang. Apa nilainya seorang yang 'cari makan' dengan hidup dengan cara sebegini?

Saya tidak juga bertujuan untuk menyemakkan ruang yang terhad ini untuk membincangkan soal Ezam semata-mata. Tetapi sekadar memberitahu rakan-rakan dalam Umno bahawa, mengupah Ezam hanya sekadar 'mengabehkan boreh' (menghabiskan beras) dalam guni Umno sahaja.

Ezam sudah tidak relevan. Beliau seumpama 'anjing yang menggigit tuannya'.

Ezam bukan sahaja menikam Anwar dan rakan-rakan dalam KeADILan, malah beliau memperdaya pemimpin PAS mempercayainya. Beberapa tahun selepas melepaskan jawatan Ketua Angkatan Muda, Ezam terus berceramah di pentas PAS dan sering berjumpa dengan pemimpin PAS, termasuk di peringkat AJK Harian.

Pemimpin PAS diperdaya kononnya PAS adalah parti yang akan disertainya selepas KeADILan, bukan Umno. Beliau menjaja keburukan Anwar dan KeADILan kepada pemimpin PAS.

Malah ketika pemimpin PAS, bertanya mengapa beliau masuk Umno, selepas menyumpah seranah parti itu, ada juak-juaknya membayangkan, bahawa kemasukan Ezam dalam Umno, adalah untuk memperbetulkan parti itu dari dalam.

Katanya, Ezam hanya menjadi agen Anwar dalam Umno, untuk menyusun orang-orang Anwar dalam Umno, guna bersatu dengan Pakatan Rakyat dikemudian hari. Entah betul entah tidak. Apapun, sekadar pesanan kepada semua, berhentilah daripada mempercayai Ezam._