Rakyat Malaysia yang bukan tergolong didalam mahzab Anwarisme, tidak pernah sekelumit pun percaya dengan manusia durjana ini, malah sudah lama tersenyum sinis apabila Perak kembali ke tangan UMNO-BN. Bahkan, dalam akal fikiran yang waras dengan tepat sekali mengatakan Anwar Ibrahim adalah punca kepada semua kekalutan dan kemelut politik, sehingga tumbang dan tersungkurnya ke bumi kerajaan boneka DAP di Perak… Malang sekali, hanya Pengerusi DAP, Karpal Singh sahaja dikalangan pemimpin Pakatan Rakyat sedar akan perkara ini!
Disini, marilah kita kupas kronologi langkah-langkah sumbang Anwar yang menyebabkan kerajaan DAP di Perak tumbang.
Sebaik sahaja selesai upacara sidang akhbar Datuk Nasaruddin, sumber info dari seorang pimpinan tertinggi PKR Selangor membisik kepada Blogmaster bahawa, Anwar terdesak mahu laksanakan acara “Lompat Parti” kerana ingin membalas dendam kepada kumpulan Anti Erdogan dalam PAS! Pilihanraya kecil K Terengganu membuktikan Tok Guru Hj Hadi bersama Nasaruddin Mat Isa telah berjaya mematahkan impian Kamaruddin Jaafar [kadam Anwar No 1 dalam PAS], daripada menambah bilangan Ahli Erdogan untuk menyertai parlimen apabila Dr Syed Azman, calon pilihan Anwar tidak terpilih. Lebih memedihkan mata dan hati Anwar apabila calon pilihan kumpulan Anti Erdogan iaitu Abd Wahid Endut telah berjaya menewaskan calon BN…. Blogmaster teringat sewaktu kempen pilihanraya kecil di K Terengganu, tersebar juga cerita bahawa Ahli2 Erdogan PAS kelihatan tidak bersungguh-sungguh berkempen membantu Wahid Endut.
Anwar tetap mahu melayari impiannya menubuhkan kerajaan pusat melalui cara “back door”, hanya orang-orang yang tertentu sahaja tahu kenapa Anwar tersangat menggemari “pintu belakang”. Pembohongan Anwar dalam kisah dongeng 16 September telah menghakiskan kepercayaan ramai pimpinan Pakatan Rakyat terhadapnya.
Maka, ADUN Bota mahu dijadikan umpan! Secara logiknya, penyertaan Datuk Nasaruddin ketika itu tidak akan membawa apa-apa kesan kepada kerajaan DAP di Perak. Tetapi, acara ini sangat-sangat diperlukan oleh Anwar untuk membuka mata ramai pihak terutamanya pimpinan Pakatan Rakyat yang sudah mula meragui kehebatannya…. Dengan terjadinya peristiwa sulung ini, Anwar sudah tentu mahu memberikan signal kepada mana mana wakil rakyat UMNO/BN untuk terjun kedalam kapal beliau. Difahamkan bahawa “target market” ataupun kumpulan sasaran Anwar adalah Ketua-ketua Bahagian UMNO yang tewas dalam Mesyuarat Agung bahagian dan masih bergelar Yb! Malah, dalam episod awal kisah lompat parti di Perak, Nizar juga dilihat tergoda dan fikirannya telah berjaya diliwat oleh Anwar apabila bekas MB Perak ini turut membuat kenyataan angkuh bahawa ada lagi beberapa Yb UMNO di Perak akan sertai Pakatan Rakyat…..
Malangnya tindakan Anwar ini telah memakan dirinya sendiri. Dua Yb dari PKR yang selama ini menahan sabar melihat sendiri bagaimana Nizar dicucuk hidung oleh gandingan Ngeh + Nga dalam mentadbir kerajaan DAP di Perak telah bertekad mahu menyelamatkan bangsa melayu dan agama islam di negeri mereka sendiri. Agak manis sekali apabila seorang lagi Yb dari DAP turut sama mahu keluar setelah hilang kepercayaan kepada pakatan yang rapuh ini. Yb bukan melayu ini dikatakan sudah lama makan hati terhadap kerakusan Ngeh + Nga yang menjadikan pentadbiran kerajaan negeri Perak ini seolah-olah mak bapak mereka yang punya! Akhirnya ketiga-tiga mereka yang meletakkan kepentingan keharmonian serta kestabilan politik sebagai tanggungjawab asas memberikan sokongan untuk BN kembali menubuhkan kerajaan negeri Perak.
Nasaruddin yang seketika terlena dengan lengguk tarian Kopi Dangdut Anwar mujurlah tersedar dari lamunan dan bertaubat meninggalkan manusia durjana perosak bangsa….
Anwar masih belum mahu disalahkan oleh penjilat-penjilatnya..!!
BN juga yang dikatakan jahat!!
Bila Anwar berjaya bawa Nasaruddin melompat, tindakan ini penjilat-penjilatnya tafsirkan sebagai demokrasi…, tak perlu pilihanraya kecil
Tapi apabila wakil rakyat Pakatan mahu meninggalkan Anwar, tiba-tiba pula muncul surat perletakan jawatan sebagai ADUN, penjilat-penjilat Anwar mula melabelkan mereka sebagai Pembelot, terpacul seorang “pembaca akuan bersumpah” kunuuunnya pemimpin BN mahu “membeli” wakil rakyat dari Pakatan Rakyat…!
Kenyataan daripada Anwar bahawa wakil PAS tetap MB Perak telah menghasilkan kedegilan Nizar sanggup DERHAKA dengan titah tuanku baginda Sultan yang telah yakin dengan penubuhan kerajaan baru Perak oleh UMNO-BN.
Apakah penjilat-penjliat Anwar lupa bahawa segala apa yang berlaku di Perak pada 6 Februari adalah sama seperti yang dijanjikan oleh Anwar dalam Pembohongan 16 September….?? Bermakna, apa yang terjadi di Perak seharusnya berlaku di Putrajaya pada 17 September….
Penjilat-penjilat Anwar janganlah lupa bahawa apa yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib merupakan acara yang dijanjikan oleh Anwar dalam kisah 16 September.
- Najib terima kunjungan wakil rakyat wakil rakyat daripada Pakatan yang hilang kepercayaan dan mahu menyokong BN.
- Seterusnya Najib umumkan dalam sidang media bahawa, bilangan wakil rakyat yang menyertai serta menyokong BN lebih ramai dari Pakatan, layak untuk tubuh kerajaan negeri Perak.
- Keesokkannya Najib mengadap kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan untuk memaklumkan perkara tersebut bagi mendapat perkenan baginda Sultan.
- Sultan Perak titah kesemua wakil rakyat yang menyokong BN datang mengadap.
- Apabila Sultan Perak berpuas hati maka baginda menyerahkan pemerintahan negerinya kepada kerajaan yang baru.
Begitulah juga skrip yang pernah didongengkan oleh Anwar sewaktu berbohong mengenai 16 September suatu ketika dahulu, bukankah Anwar pernah berkata;-
- Apabila cukup bilangan 31 wakil rakyat parlimen menyatakan sokongan kepada Pakatan Rakyat, Anwar akan mengadakan sidang media.
- Dalam sidang media itu nanti Anwar akan memaklumkan bahawa beliau akan mohon mengadap Yang Dipertuan Agong untuk mempersembahkan senarai wakil rakyat bersama Pakatan yang dikira layak menubuh kerajaan yang baru.
- Setelah diperkenankan oleh Yang Dipertuan Agong, maka Anwar akan bersiap sedia mengangkat sumpah dalam Istana Negara sebagai Perdana Menteri yang ke 6.
Bezanya disini ialah, Anwar hanya berbohong dan gagal melaksanakan mimpinya itu. Berbanding dengan Datuk Seri Najib pula, beliau berjaya melaksanakan acara ini setelah menerima tiga wakil rakyat yang hilang kepercayaan kepada Pakatan Rakyat.
Semua huru hara, hingar bingar dan kekecohan yang berlaku ini jelaslah berpunca daripada seorang manusia durjana bernama Anwar Ibrahim!
Perkara ini telah secara terang dan jelas disebut oleh Pengerusi DAP yang mengatakan Anwar adalah dalang membuat kacau dalam negara ini.
Karpal terus mendesak Anwar supaya BERTAUBAT! Nik Aziz sendiri pun tak berani nak suruh Anwar bertaubat…..
Ekoran daripada tumbangnya kerajaan DAP di Perak, Karpal berkeras mahu Anwar tidak lagi menjadi Ketua Pakatan Rakyat dan mahu tempat itu diisi oleh pemimpin yang lain.
Apakah tindakan DERHAKA Karpal mahu menyaman Sultan Perak merupakan gambaran bahawa bahang kemarahannya terhadap Anwar menyerupai lahar gunung berapi, bererti Karpal sanggup hilang sokongan rakyat melayu setelah partinya kehilangan sebuah kerajaan negeri akibat percaturan politik yang salah oleh Anwar Ibrahim?
Kini Anwar tak ubah seperti Sundal Politik yang membawa bala serta sial kepada Pakatan yang semakin rebah…
Anwar, now you have to drink your own medicine!!!!!
18 comments:
congrats bro!!
article yg berani, cayalaah..! thats what i like abt these bpn bloggers, u guyz really great...
bang,
mintak izin nak paste article nie at my blog...
lawyer garang,
ok go ahead...
Tuan MIK,
Terima kasih di atas cerpen terbaik tahun 2008/09. Bari kita saksikan bagaimana kesudahan nasib YB BABI ini.
Wassalam.
aku nk bertaubat...
tlg la bawak aku kembali ke jln yg benar....
aku nk taubat tak nak ikut pakatan
aku tak jadi kaya pun ikut pakatan
sundal bolong mmg macam tu....depan nampak cantik...tapi belakang berlobang2....
hahahahahah
apa2 pun..penyokong kapir harbi DAP..pas dgn pkr..udah2 lah tu yeop...jgn lawan takdir...kang kena TULAH SULTAN KANGGG...terus kontot kaki..eekek
nizar kdg2 kesian aku tgk dia....time dia jadi MB dulu...tak banyak cakap...tapi bile dah tak jadi...aku tgk...tak sempat2 nak bercakap..hahaha...GILA TALAK KER APA..?
GJ
Nizar masa jd MB puppet mmg tak boleh memandai2 bercakap sbb semua ucapan mesti apa yg diluluskan oleh Negh-Nga,sebab tuh mulut mcm terkunci aje...
" lu jgn cakap pandai, lu PAS ada belapa kelusi?Gua DAP ada belapa kelusi? Lu cakap apa yg gua suh cakap saja..."
salam bro...tak sabar aku nak tengok kejatuhan pakatan sundal tersungkur kat selangor pula....kasi hentam lebih sikit....
yob, media mike idok tunjuk time nizar jadi mb. media mike ni hampeh.la ni baru nizar kluor tv. teman idok suke bebeno bile kome cakap dan lagakan pimpinan pas.i dont think the article is so much so relevent to msian current political scenario. what msia want now is to kick umno out of this hell.
maaf yop teman idok mau berahsia tapi idok pandei nak daftar blog2 ni.tu pasal jadik anonymous je.
teman ni orang peghak hulu.sayangilah pas yop.
Itulah dia janji tuhan encik.
bravo Datuk Medan Info ..
memang cerita ini kalau buat buku memang kehabisan la ..
skrip anwar dan najib sama shj tp bezanya najib berjaya dan anwar gagal ..
skrg anwar cuba putar belit ckp BN main kotor terutama Najib dan najib yang mula dahulu..
ulang balik ayat Anwar :
wamakaruwamakarallah..
Meraka merancang Allah Merancang dan Allah jualah yang sebaik baik perancang..
syabas Blogmaster MI...
Moga terus lagi mendedahkan siapa dia.
Tunggu saya call dan hajat mahu jumpa nanti di Shah Alam..
Salam
Tahniah. Perekodan yang baik. Jemput ke blog waadat untuk kempen menafikan penggunaan istilah Pakatan Rakyat.
Pang5,
tksh + semoga berjumpa nanti
umno/bn adalah kerajaan dajal yg suka memnfitnah org.
stupid blog!!!!!!!!
anwar ibrahim is still the best leader in our country
Salam..IC
Para pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu mengecam Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana bersikap lepas tangan dalam insiden kekacauan politik di Perak.
Mereka mahukan Anwar memohon maaf kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan seluruh rakyat Malaysia kerana beliau adalah dalang sebenar yang mencetuskan penentangan terhadap institusi raja secara terbuka.
Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Hilmi Ismail berkata, kekalutan politik di Perak sebenarnya berpunca daripada projek 16 September yang dilancarkan oleh Anwar untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) melalui kaedah lompat parti.
Katanya, apabila keadaan berlaku sebaliknya di Perak, Anwar dilihat gagal memberikan nasihat kepada pemimpin kerajaan pakatan pembangkang negeri itu supaya berundur secara terhormat.
“Sewaktu kekalutan berlaku, kelibat Anwar kelihatan di beberapa majlis bersama pemimpin pakatan pembangkang Perak, kenapa dia tidak memberikan nasihat yang sewajarnya supaya mereka berundur secara terhormat.
“Kegagalan itu menyebabkan Anwar dilihat umpama dalang sebenar kepada kekecohan yang berlaku sehingga mendorong sekumpulan penyokongnya merusuh di Kuala Kangsar,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Hilmi berkata, kejadian rusuhan di Kuala Kangsar juga mirip dengan tindak tanduk Anwar yang sememangnya sinonim dengan demonstrasi jalanan pada tahun 70-an sehinggalah era reformasi 1998.
“Anwar perlu bertanggungjawab dan tidak terkecuali untuk memohon maaf dengan apa yang berlaku,” tegasnya.
Beliau mengulas kekecohan politik di Perak yang terus berlarutan berikutan perubahan kerajaan negeri ekoran tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pakatan pembangkang keluar parti manakala seorang lagi menyertai semula UMNO.
Bagaimanapun, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin enggan melepaskan jawatan Menteri Besar walaupun telah dititahkan oleh Sultan Perak untuk berbuat demikian.
Pakatan pembangkang akan turut mengambil tindakan undang-undang terhadap Menteri Besar baru, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir manakala Pengerusi DAP, Karpal Singh bercadang menyaman Sultan Perak.
Keadaan itu telah mencetuskan suasana tidak tenteram berikutan bantahan orang ramai di seluruh negara terhadap sikap para pemimpin pakatan pembangkang yang dianggap menderhaka kepada Sultan Perak.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali pula berkata, dakwaan bahawa Anwar adalah dalang kekecohan di Perak telah disahkan oleh Karpal baru-baru ini.
Katanya, Karpal juga meminta Anwar supaya bertaubat kerana telah mempromosikan politik lompat parti untuk mencapai cita-cita politik. “Sebenarnya Anwar mahu ‘cuci tangan’, sebab itu dia elak untuk bersetuju dengan Karpal dalam kes menyaman Sultan Azlan Shah.
“Selama ini saya banyak tidak bersetuju dengan Karpal, namun kali ini saya terpaksa bersetuju dengan beliau bahawa Anwar adalah punca segala-galanya,” katanya. Dalam pada itu, Ibrahim menjelaskan pandangan beliau terhadap Anwar bukannya didorong oleh sentimen emosi sebaliknya ia berasaskan penilaian akademik.
Katanya, sebagai Ketua Pembangkang, Anwar tidak boleh lepas tangan dalam isu berkaitan kestabilan negara. “Itu tanggungjawab dia sebagai ketua pakatan pembangkang, saya harap rakyat juga membuat penilaian yang jujur secara akademik mengenai tindak tanduk Anwar itu,” katanya.
Sementara itu, Presiden Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida), Jamaludin Yusof berkata, Anwar perlu mengambil iktibar bahawa tindakan beliau telah menyebabkan hubungan antara orang Melayu dan kaum lain menjadi tegang. Katanya, Anwar perlu menyedari bahawa politik songsang yang menjadi amalan beliau tidak membawa sebarang erti sebaliknya akan memusnahkan karier politiknya satu masa kelak.
“Apa yang berlaku di Perak adalah ketentuan Allah, kita harap beliau menerimanya dengan lapang dada bahawa apa yang kita rancang tidak semestinya menjadi kenyataan.
“Anwar tidak akan rugi apa-apa jika beliau memberi nasihat kepada orang Melayu dalam pakatan pembangkang supaya bermuhasabah dengan apa yang berlaku demi meredakan keadaan sekarang,” katanya.
Salam MIK...
Mana pergi Anwar Ibrahim, semuanya tersekat, Road to PutraJaya tersekat di Tol Semanggol, bila sampai Tol Semanggul dari Ceruk Tok Kun barulah rakyat sedar bahawa mamat ini sebenarnya penipu, memang penipu Mamat ini, dia kalau menipu, mukanya selamba saja. Sama juga bila dia tidak mengaku apa yang dibuatnya. Muka selamba saja. Tuhan maha kaya tidak akan mengizinkan orang macam Anwar menzalimi bangsa kita dan mengadai maruah bangsa.
Apa tidaknya? Semua yang sedang berlaku ini akan memberikan keuntungan yang amat besar kepada Anwar jika Pilihan Raya diadakan kerana ramai diantara kita semua boleh menjadi alpa dan akhirnya tidak akan memberikan tumpuan langsung kepada perbicaraan kes liwat Saiful Bukhari Azlan.
Anwar memulakan rentak tarian "tonggeng dan jilat" dengan membawa masuk Datuk Nasaruddin ADUN Bota dua minggu lepas. Kemudian timbul pula cerita beberapa Yb UMNO di Perak sedang berdepan dengan "tawar menawar" untuk ikut sama "melompat" meninggalkan parti yang paling lama memperjuangkan bangsa melayu ini dan menyertai kumpulan penari bersama Anwar Ibrahim.
Apabila kecoh tentang kehilangan dua Yb Perak bertaraf Exco iaitu Jamaluddin Mohd Radzi ADUN Behrang dan Mohd Osman Jailu ADUN Changkat Jering. Dalam drama ini kita disajikan dengan satu adegan dimana bekas MB Perak mahu buat laporan polis atas kehilangan mereka tetapi kenyataannya menjadi pelik sebab pada hari yang sama Speaker Dewan Undangan Negeri Perak pula menyatakan beliau terima surat perletakan jawatan sebagai ADUN.
Ini membuatkan kedua-dua Yb itu tampil melalui wakil masing masing untuk menyatakan mereka tidak pernah meletak jawatan sebagai ADUN dan mencabar kesahihan surat-surat tersebut. Menurut kedua-dua Yb itu lagi, surat tersebut tidak bertarikh dan mereka telah dipaksa tandatangan sebaik sahaja Pakatan Rakyat mahu memulakan pemerintahan dan pentadbiran negeri Perak setelah menang PRU ke 12 tahun lepas. Rahsia dibelakang telah terbongkar.
Sekiranya SPR memutuskan bahawa kedua-dua surat perletakan jawatan itu sah dan membuat keputusan untuk mengadakan pilihanraya kecil di Behrang dan Changkat Jering, maka sudah pasti ia akan menjadi "siaran ulangan" kepada pilihanraya kecil Permatang Pauh. Inilah "golden opportunity" untuk Anwar mendapat sokongan rakyat supaya melihat perbicaraan kes liwatnya keatas Saiful sebagai agenda BN mahu menjatuhkannya.
Barisan anjing suruhan Anwar yang memikul tugas sebagai peguambelanya nanti akan meminta agar mahkamah menangguhkankan perbicaraan kerana yang dituduh, iaitu Ketua Umum PKR ini ada tanggungjawab besar untuk berkempen di dua daerah yang berlainan dalam kempen pilihanraya kecil DUN Behrang dan Changkat Jering.
Sekiranya perbicaraan tetap dijalankan sekali pun, maka sebarang bukti yang dikemukakan oleh pendakwaraya, atau mana mana saksi yang dibawa datang akan dilihat sebagai "konspirasi" mahu menjatuhkan Anwar dan dikatakan sebagai usaha mahu memburuk-burukan calon-calon yang mewakili parti Anwar ini.
Keadaan ini merbahaya dan boleh "back fired" peluang BN untuk menang kerana rakyat akan bersimpati kepada Anwar dan akan terus mengecam serta membenci Saiful yang sedang menuntut keadilan keatas dirinya. Golongan manusia yang taksub menyokong Anwar akan melaung-laungkan bahawa BN menggunakan modal yang sudah lapuk iaitu "character assassination" keatas Anwar, maka nanti dimata mereka BN tetap buruk dan Anwar adalah hero, kempen ini boleh mendorong pengundi-pengundi atas pagar semakin membenci BN.
Anwar memang licik mencatur politik kotornya! Beliau sudah melihat sendiri formula ini berjaya di Permatang Pauh. Apabila lahir isu liwat Saiful ini sekitar bulan Jun tahun lepas, tak semena-mena Anwar menyatakan bahawa beliau sudah bersedia mahu masuk parlimen menggantikan isterinya Wan Azizah. Nah! Disini rakyat diperdaya untuk melihat kes liwat Saiful ini sebagai konspirasi BN mahu menghalang cita-cita Anwar.
Setelah menang pilihanraya kecil Permatang Pauh, Anwar terpaksa mencipta satu Pembohongan Yang Terbesar dalam sejarah politik tanahair apabila menggembar gemburkan kisah 16 September. Penipuan ini berjaya membawa rakyat tidak langsung memandang kes liwat Saiful!
Kini, muncul bulan Februari dimana kes liwat Saiful dijangka akan dibicarakan. Anwar menjadi ketar lutut, maka beliau tidak ada pilihan melainkan untuk "spin" satu isu besar, dan kekalutan politik negeri Perak ini sudah cukup membuatkan Anwar tersenyum lebar. Jerat sudah mengena! Idea untuk tandatangan surat perletakan jawatan tanpa tarikh adalah hasil dari buah fikiran Anwar sendiri.
Tetapi seandainya, kini SPR tidak menerima surat perletakan jawatan Yb Jamaluddin dan Yb Osman Jailu, dan keputusan kedua-dua wakil rakyat itu meninggalkan PKR diterima pakai, maka Anwar terpaksa "put on hold his celeberation" dan mendepani kes liwat Saiful.
Kadang-kadang kita juga rasa hairan, mengapa manusia macam Anwar ini lahir di Malaysia, kenapa dia tak lahir di Afghanistan atau Ghaza mahupun Iraq, tentu dia dah di bedil oleh tentera Amerika mahu pun oleh Rejim Zionist. Rakyat di paksa berpolitik sepanjang masa kerana beliau sebenarnya tidak ada kerja lain dan mengidamkan kerusi PM. Sedangkan kita bergelut dengan krisi ekonomi, Anwar memaksa kita bergelut dengan politik.
Salam...
Saya suka tulisan saudara ni. Memang tepat. Apa yang saudara nyatakan tentang Anwar sama dengan apa yang saya fikir dan dengar dari informer-informer.
Kelicikan beliau menabur cerita yang manis-manis yang palsu memang hebat. Ramai yang termakan dengan dakyah beliau. Ramai juga yang dah nampak hidung belang Anwar tapi mereka masih nak menyokong PR kerana mereka masih tidak percaya Anwar begitu.
Apa yang saya harap dan doakan agar semua rakyat yang telah tertipu dengan Anwar akan segera sedar dan bangun semula daripada kesilapan yang lepas, yang mana sebelum ini mereka menyokong PR. Kembalilah ke pangkal jalan...
Post a Comment