Rampas Selangor PRU 13

Rampas Selangor PRU 13

2 JUTA BELIA AKAN BERSATU...!!

2 JUTA BELIA AKAN BERSATU...!!
Jom Kita Sama Sama Meriahkan Hari Belia Negara 2012

KLIK Pada Imej Ocean 13

Mai Singgah Sat...

LIPUTAN BERITA TERKINI & INFORMATIF...!!!

SUARA GENERASI BARU

SUARA GENERASI BARU
KLIK PADA IMEJ

Thursday, July 16, 2009

65..? 6 + 5 = 11 Nombor Bertuah Najib...

Siapakah sebenarnya pemenang Pilihanraya kecil Manek Urai?
Hanya dengan majoriti 65 undi sahaja calon PAS, Fauzi Abdullah diistiharkan sebagai pemenang. Kemenangan yang dibawakan oleh seorang peraih ikan ala nyawa-nyawa ikan…..

65 undi sahaja berbanding dengan 1,352 yang pernah direkodkan pada tahun lepas membayangkan kemorosotan yang ketara apatah lagi kerusi Manek Urai ini merupakan kubu kuat parti islam tunggangan Anwar dan Lim Kit Siang..!!

Penurunan angka majoriti ini sekaligus membawa erti “kemenangan” UMNO-BN sempena menyambut 100 hari kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, syabas dan tahniah!

Seperti diduga, beberapa pemimpin PAS yang telah “diliwat” pemikiran oleh fahaman Anwarisme dan menjadi ahli kumpulan Erdogan sudah pasti akan menuding jari kearah lawan dan bukannya mahu mengakui kelemahan mereka.

Lihatlah betapa angkuhnya Hatta Ramli, Ahli Parlimen Kuala Kerai membuat kenyataan apabila ditemuramah oleh TV3, “…pengundi Manek Urai masih menolak sogokan yang cuba diberikan”, mungkin salah seorang “Barua Murahan” Anwar ini merujuk kepada janji Muhyidin Yasin untuk pembinaan sebuah jambatan disana sekiranya UMNO-BN yang menang.

Mengikut cerita daripada rakan rakan Blogger yang turun padang sepanjang tempoh kempen, “approach” yang digunakan oleh UMNO-BN kali ini lebih efektif kerana menyahut slogan Datuk Seri Najib “rakyat didahulukan” dimana banyak program mendekati pengundi dilaksanakan.

Barangkali sudah ada kesedaran dikalangan ramai pengundi melayu beragama islam bahawa sudah agak keterlaluan cara cara PAS merelakan parti mereka ditunggang oleh DAP di Perak dan PKR di Selangor. Krisis kepimpinan pembangkang terhadap “Kerajaan Perpaduan” laungan Tuan Guru Hadi sewaktu Muktamar PAS juga membahagikan penyokong serta pengikut-pengikut parti ini kepada dua kumpulan.

Ataupun mungkin sajian ceramah pembangkang yang mengamalkan “genre” mengutuk pemimpin BN sudah jelek dan memualkan tekak pengundi di Manek Urai…? Kegagalan PAS untuk menjelaskan kenapa tiada pembangunan di Manek Urai membawa padah dan berlakulah peralihan sokongan pengundi untuk menyokong calon UMNO-BN..? Ini dapat dilihat daripada peralihan undi di saluran pengundi muda.

Akhirnya kesan daripada keputusan kemenangan tipis 65 undi ini juga membawa erti Anwar Ibrahim boleh menghitung hari hari pupusnya dipersada politik. Malah Anwar juga diberitakan “marah dan malu” dengan prestasi buruk PAS dimana semalam sewaktu di Mahkamah Tinggi KL, Anwar telah menyebut “padan muka PAS” kepada seorang wartawan, sila klik disini.

Tahniah jentera UMNO-BN yang bertungkus lumus dan mencuba sedaya upaya di Manek Urai, kemenangan semakin hampir…, insya allah sekiranya diteruskan kerja yang gigih dan kekalkan Istiqamah dalam perjuangan ini.

PAS berikan kemenangan untuk Presiden mereka.
Tetapi, UMNO pula berikan kemenangan moral kepada Datuk Seri Najib dengan cukup simbolik, iaitu angka 65 apabila dicampur menjadi angka 11 [6 + 5 = 11], nombor bertuah PM kita…!

Semoga ianya menjadi tanda tuah yang bakal menyusul dikemudian hari, apakah kemenangan pertama UMNO nanti akan berlaku di negeri Selangor dimana Najib sebagai Pengerusi Perhubungannya…?

Apakah benar benar akan berlaku Pilihanraya kecil di Selangor….?

5 comments:

Anonymous said...

geng,
turun majority di MU tapi kita tetap tewas! bila nak menang prk ni?... saya pun dah lupa berapa skrg rekod prk selepas pru13 aritu!.... menang pun nun di dalam hutan sarawak... batang ai.... sighhhh
-pak ako-

PawanaMelati said...

6+5 = 11 kalau kamu ambil magnum 6511 mana lah tahu kot boloh menang .Tapi yang nyata " 1 MALAYSIA " dah tahu PAS yang menang , UMNO yang kalah. Kalau nak rampas Selangor pula ,fikir-fikirlah dulu apa yang perlu di tawarkan projek pembangunan kepada rakyat Selangor .

Anonymous said...

bro,

tiada apa yang buleh kita banggakan dengan kekalahan tipis ini. rakyat kelantan mmg smart dlm politik. they have done it before. they voted for us in peng pasir and they've got new projects at thr area. but bila PRU mai depa pi pangkah bule jugek. sama happen here, they wanted to test us to provide the with new bridge and agropolitan city etc..bla..2x, some of them voted for us because of that. they knew that there will be no change in state level..status quo as TG Nik still thr MB should they kalah pun. of course kerajaan perpaduan pun ada sikit kesan...but not so significant sgt. Memanglah ini kita buleh kata moral boost for us..but ..but... kita masih sama..

Sekian kupasan ikhlas ku,
Abang Din
Pesara Tentera
Kem Desa Pahlawan

Anonymous said...

geng ANON 16 July,

Rekod dalam PRK tak boleh penentu atau tanda aras. Cuba kita tgk rekod BN dalam PRK sebelum PRU12. Semua tempat BN menang termasuk di Ijok tapi bila tiba PRU12, abis semua hancur. Yang penting kita terus berusaha. Tolak PR dulu kini dan selamanya. Mereka dah goyang dan hampir tombang.

langhafur said...

Ahaks...camane UBN nak menang, caya kat nombor...