Rampas Selangor PRU 13

Rampas Selangor PRU 13

2 JUTA BELIA AKAN BERSATU...!!

2 JUTA BELIA AKAN BERSATU...!!
Jom Kita Sama Sama Meriahkan Hari Belia Negara 2012

KLIK Pada Imej Ocean 13

Mai Singgah Sat...

LIPUTAN BERITA TERKINI & INFORMATIF...!!!

SUARA GENERASI BARU

SUARA GENERASI BARU
KLIK PADA IMEJ

Wednesday, July 29, 2009

Ada Ketua AMK PKR Negeri Bakal Sertai UMNO?

Gambar Ini Hanyalah Sebagai Hiasan Sahaja, Tidak Ada Kena Mengena Dengan Sesiapa Samada Yang Masih Hidup Ataupun Yang Telah Meninggal Dunia…..


Apakah kemelut dalaman politik Pembangkang bakal melihatkan beberapa berita menarik menghiasi persada media dalam tempoh terdekat ini….?

Malam tadi disampaikan kepengetahuan rakan rakan Blogmaster bahawa seorang Ketua AMK PKR yang mengetuai sebuah negeri telah mula “rimas dan panas” dengan kepimpinan boss boss mereka dalam parti yang dianutinya itu.

Kehadiran terlalu ramai VVIP bekas dan sisa sisa buangan pemimpin BN menyertai PKR mutakhir ini dilihat sebagai suatu proses “window dressing in leadership” bakal dilakukan oleh Anwar Ibrahim sedikit masa lagi. Sepertimana yang dilaporkan pada posting blog ini semalam, PKR bakal dibarisi oleh beberapa wajah wajah baru yang memiliki gelaran terhormat seperti Tan Sri, Dato Seri, Datuk, Datin Paduka, Datin dan sebagainya….. Inilah sebenarnya “selera” Anwar yang berada dialam “khalayan” seolah olah beliau seorang PM, diapit oleh barisan kepimpinan yang “elit”, suatu gambaran untuk “membeli keyakinan rakyat” menjelang PRU ke 13.

Natijah daripada “Game Plan” ini bakal mengundang rasa tersisih ramai pendekar pendekar tempang yang masih menjilat fahamanan Anwarisme. Kumpulan ini sudah pastinya akan kecewa menyaksikan segala pengorbanan mereka hanya sia-sia sahaja…..

Siapakah Ketua AMK negeri yang dimaksudkan..?
Apakah beliau akan membawa gerombolan anak anak muda bersamanya untuk meninggalkan fahaman Anwarisme..?
Benarkah beliau sedang cuba beruding dengan beberapa individu bekas pemimpin PKR yang telah meninggalkan parti yang ditunggang oleh Anwar Ibrahim ….?

9 comments:

antipkrsarawak said...

benar kah? mun macam ya, baguslah. kamek orang kat sarawak nang suka mun perkara ya menjadi kenyataan. bila maok datang ke sarawak?

Medan Info Kita said...

antipkrsarawak...,

auk..! nanti kamek madah bila kamek nak ke srawk...

Sang Saka Bangsa said...

bukankah pakatan mereka dianggap sempurna??tak macam BN katanya...tp kenapa ada antara mereka bertelagah??kenapa plak bertelagah di kala mereka sudah menang beberapa negeri masa PRU12??

bukankah ini maknanya mereka adalah lebih teruk??PR tidak kukuh terutamanya parti PKR..mereka bakal menuju kehancuran...harap-harap ia betul berlaku..

ikrarpemuda.blogspot.com

Anak Lenggong said...

Itu lah bahananya bila sesuatu pakatan dilakukan didalam satu hari sahaja dan secara lisan..masing-masing punya identiti tersendiri..mereka cuma maukan kuasa sahaja.

Rakyat sekarang boleh membuka mata dan menilai apa kah sebenarnya motif keujudan Pakatan Riot ni..setelah mereka berkuasa dah lebih setahun di negeri yang mereka perintah:

1. Apakan janji-janji mereka ditunaikan.
2. Apakah kelebihan kerajaan pakatan Rakyat.
3. Bagaimanakah cara pemerintahan nya..

So..tepuk dada tanya selera..dan jangan lah kita relakan diri kita diperbodoh-bodohkan oleh golongan yang berkepentingan diri..

Anonymous said...

tinggal kan aje la parti bakul sampah tu ...

awak org muda2 jgn rosakkan pemikiran muda dgn pemikiran org2 buangan.

khairul Nizam

BOCAH KAMPONG said...

PKR-Parti Kecewa Rakyat,Parti untuk orang kecewa tak dapat projek atau kedudukan/pangkat.

Anonymous said...

BocahKampong,
Kue kie gendeng ko apo? ... (bahasa jawa to make sure Bocah Kampong.... or maybe Ezam himself faham!!! FYI Bocah = Budak hehe)

Fikir la sikit.... Zaid tu bukan ke Menteri? gaji banyak tapi tak sanggup bersekongkol dengan orang2 seperti awak & lihat negara hancur! So apanye maksud untuk orang2 x dapat project?? itu quote sesuai untuk orang yang keluar PKR and join UMNO!!

Anonymous said...

bagi la klue sikit bro negeri mana ... kita pun nak join sama nih .... mana la tahu itu negeri ku???

Anonymous said...

Salam bro

Negeri mana nih broo?? bagi tahu laa brooooooooo .. nak join nih brooooo