Rampas Selangor PRU 13

Rampas Selangor PRU 13

2 JUTA BELIA AKAN BERSATU...!!

2 JUTA BELIA AKAN BERSATU...!!
Jom Kita Sama Sama Meriahkan Hari Belia Negara 2012

KLIK Pada Imej Ocean 13

Mai Singgah Sat...

LIPUTAN BERITA TERKINI & INFORMATIF...!!!

SUARA GENERASI BARU

SUARA GENERASI BARU
KLIK PADA IMEJ

Saturday, July 11, 2009

Khir Toyo Seorang Saja Ada Banglo Mewah…?

Minggu lepas sekali lagi mantan MB Selangor, Datuk Seri Dr Khir Toyo mewarnai berita utama laman web alam siber yang didominasi oleh pembangkang apabila ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim membongkar cerita banglo mewah Khir Toyo di Shah Alam.

Gegak gempita juga rakyat Selangor seolah olah kaget dan terpegun menatap gambar gambar harta singgahsana milik ADUN Sungai Panjang yang tersiar itu. Sudah tentulah komen pun bersahut-sahutan…, tak kurang juga komen negatif dari orang UMNO sendiri!

Reaksi Khir Toyo hanya cuba meyakinkan rakyat bahawa nilai banglo mewahnya itu bukanlah RM24 juta tetapi tidak lebih dari angka RM5 juta. Barangkali Khir Toyo lupa bahawa dia menjadi “target of the limelight” sebagai bekas Ketua Kerajaan Negeri Selangor, maka segala apa yang berjaya dibongkar sudah pasti akan cenderung kearah mengkuburkan beliau… Ternyata bahawa impian dan perancangan Khir mahu membina sebuah mahligai hasil dari “titik peluhnya” tidak pernah mengambil kira ataupun menjangkakan bahawa kerajaan negeri Selangor boleh tumbang ketangan pembangkang pada Pilihanraya ke 12 yang lalu, jika beliau mampu membaca kejadian Tsunami 8 Mac, besar kemungkinan banglo ini tak akan didirikan…

Sebenarnya bukanlah sesuatu yang “ganjil dan pelik” untuk seorang manusia biasa mahu membina rumah kediamannya sendiri mengikut “kemampuan” masing-masing. Diri kita sendiri pun setelah bekerja atau berniaga, lazimnya akan menabung untuk membina mahligai buat keluarga tersayang. Begitu juga mereka yang berjaya dalam karier tersendiri, ada peningkatan dari segi pendapatan dan hasil perniagaan, sudah pasti akan membawa taraf kehidupan kearah jauh lebih baik, sebagai contoh dari tinggal dirumah teres satu tingkat akan berpindah ke rumah dua tingkat, seterusnya kerumah bekembar ataupun banglo sekiranya rezeki melimpah luah. Natijahnya, telah menjadi lumrah mata memandang sekeliling kita akan taraf kehidupan sahabat handai, saudara mara dan ahli ahli keluarga diukur daripada kemampuan pemilikan aset masing masing.

MILIK SIAPAKAH BANGLO MEWAH YANG DISIARKAN DIATAS TADI..?
Kenapakah kemampuan untuk hidup mewah hanya dilihat pada ahli ahli politik BN sahaja?
Apakah dikalangan pemimpin Pembangkang tidak ada yang mampu membina Mahligai Mewah..?
Tidak adakah diantara pemimpin pemimpin Pembangkang yang pernah mengecapi pemilikan wang ringgit ataupun aset bernilai jutaan ringgit..???

Gambar banglo Mahligai Mewah yang disiarkan ini juga memiliki nilai [value] jutaan ringgit! Terletak dilereng bukit di Prime Area Kuala Lumpur. Hiasan binaannya pula membawa ciri ciri resort ‘ala-kampung di dalam bandar’ bersama lanskap yang cantik dan turut lengkap dengan kolam renang dan ada surau untuk majlis rasmi.

Siapa tuan punya Banglo Mewah yang dibina dalam kawasan elit Kuala Lumpur ini..?

Walaupun pemilik bango mahligai mewah ini merupakan salah seorang pemimpin utama pembangkang, namun beliau juga manusia biasa, yang mahukan ahli keluarganya hidup dalam susasana aman, damai dan penuh ceria mengecapi NIKMAT “ hasil usaha gigihnya”. Begitulah juga dengan naluri Khir Toyo yang mahukan ahli keluarganya mendapat yang terbaik darinya sebagai ketua famili.

Khir Toyo seharusnya lebih bijak membuat keputusan agar tidak diheret ke kancah kontrovesi oleh pembangkang yang sentiasa memerhati tindak tanduk serta susun atur langkahnya. Janganlah nanti ianya bakal menjadi beban liabiliti buat UMNO-BN bertarung di gelanggang Pilihanraya ke 13….

17 comments:

darul ehsan today (det) said...

kemewahan yang datangnya dari Dasar Ekonomi Baru DEB.

arifomar said...

pullyRUMAH USTA NASARUDDIN PAS KOT. TIM PRESIDEN PAS YANG INI TAK SILAP SAYA

sangkakala said...

Khir tidak perlu bimbang kalau dia membeli rumah itu dengan duit dari titik peluhnya sendiri.

Anonymous said...

MACAM RUMAH KAT BUKIT DAMANSARA AJER NIE..
NI UMAH KHALID BRAHIM KAN..??

CHAIRMAN KAGA said...

MUHAHAHHAH MAHADEY CAKAP LAIN KAO CAKAP LAIN...
NI MACAM PUTAR BELIT JE HIHIHIHI

x-pkr said...

hahaha....macam pernah ku lihat banglo itu, tapi di mana ya? Bukit Damansara barangkali...

macam pernah ku kenal pemiliknya, tapi siapa ya? kayaknya anak pak brahim juga......

anak pak brahim yang ini badannya lebih besar, rambutnya berserabai, pakai songkok selalu senget...

ada kena mengena dengan siri kartun kegemaran megawati sukarnoputri.....

Anonymous said...

iye! btol kata x-pkr, nie gbar umah kalid ibrahim laaa, kompom!

dulu aku penah gi bukak pose kat banglo kalid ibrahim nie, solat traweh dlm surau, ust badrul amen jdik imam, mlm tu kalid lantik ezam jdik timbalan dier di slangor..

banglo nie mcam resort, swiming pool pun kat tengah2 banglo, memang kalid ibrahim ni kaya la

x-ketua amk pkr

PawanaMelati said...

Yang beza Kir Toyo dgn org lain ialah dia tu asalnya hanya doktor gigi ,lepas tu jadi pemimpin cuma 8 tahun. Kalau setakat beli banglo biasa orang tak heran tapi ni taraf villa mewah. Layak ke kalau tak ada sumber-sumber lain. Sendiri mau ingat lah....

PawanaMelati said...

Tak kan baru 8 tahun jadi MB yang asalnya doktor gigi dah mampu beli kediaman bertaraf villa mewah kot ? Sendiri mau ingat laa....

PawanaMelati said...

Banglo Khir Toyo tu jadi isu pasal dia asalnya doktor gigi je

Anonymous said...

dr gigi klinik sendiri ingat tak leh kaya ko.kurang bergaul gamaknya

ajim lol said...

no body perfect

bmwf1 said...

Macam rumah tempat MELIWAT JE
atau Berhala baru Dewa liwat

hanizam said...

tu memang banglo si Khalid Beer...dulu masa dia masih dalam GUTHRIE, member aku ada ajak pergi rumah terbuka si Khalid Beer ni, memang besar giler rumah dia...masa bina tu, siap ambik tukang kayu dari terengganu (kalu tak silap aku le..)tiang utamanya lak, datangnya dari Indonesia..kayu cengal tu..(kalau tak silap le..)

la memang Khalid Beer tengah panas, kalau dah kuar sebelum ni dalam Blog, bank akan saman pasal hutang dia, dah pun kuar dalam berita baru ni...banyak gak dia hutang ye...larat ke dia nak bayar???

Shah Qamary said...

rm66.67juta?? hmm.. biarla khalid tu menghabiskan sisa2 waktunya di istana besar tu buat hari-hari tersisa. sebelum dia kena gadai rumah tu buat bayar hutang dgn bank, pastu sebelum dia hilang kuasa sebagai mb. kna guling dgn member sendiri..

cerita pasal umah dr khir toyo, aku dpt figure ni dr satu sumber:

Dakwaan:
i.DSKT mengeluarkan belanja RM 24 juta untuk tanah dan banglo di Seksyen 7, Shah Alam
ii.DSKT membuat penilaian semberono untuk hartanah tersebut
iii.DSKT beli tanah berharga hampir RM 4 juta dengan bayaran tunai.

Fakta:
i.DSKT membeli tanah dan Banglo terbengkalai.
ii.DSKT melakukan sedikit ubahsuai bagi menyelesaikan banglo terbengkalai tersebut.
iii. Penilaian dibuat oleh ejen hartanah bertauliah, Rahim & Co

Angka:
i. RM 3.5 juta - jumlah harga tanah dan banglo terbengkalai yang DSKT beli atas nilaian Rahim & Co.
ii. RM 3 juta pinjaman HSBC
ii. RM 600 ribu - kos pembaikan dan ubahsuai bagi menyiapkan banglo yang terbengkalai tersebut.
iii. RM 24 juta - jumlah nilaian ejen tidak bertauliah dari YB Sekinchan.

hasil pengiraan aku terhadap angka2 berkenaan, nilai umah dr khir hanyalah rm4.1juta. drpd nilai tu, dr khir pinjam bank rm3juta. selebihnya dibayar cash.

mana datang anggaran yb skinchan tu?? jauh sgt bezanya..

Anak Perak said...

tu umah YAB TS Khalid Ibrahim la...
dia kan dulu ceo beberaper glc...mesti ler beruang..ehehhehe

cuma yg tak sedap kalo baru 1 2 penggal jadi wakil rakyat dah besor umahnyer... kan kan...

pikior le sendiri..

nara said...

dah org ckp umah khir toyo tu umah khir toyo la..yg g ckp umah khalid knp.payah paham bahasa melayu ke ape pengomen2 kt sini.tu baru sebuah je,umah khir toyo byk lg kt selangor.
dah khir toyo mengaku umah dia ni hrga 3 juta lbh,knp nk ckp umah khalid plak.khir toyo x ckp plak umah tu umah khalid.kome ni mmg x rajin membaca.