Rampas Selangor PRU 13

Rampas Selangor PRU 13

2 JUTA BELIA AKAN BERSATU...!!

2 JUTA BELIA AKAN BERSATU...!!
Jom Kita Sama Sama Meriahkan Hari Belia Negara 2012

KLIK Pada Imej Ocean 13

Mai Singgah Sat...

LIPUTAN BERITA TERKINI & INFORMATIF...!!!

SUARA GENERASI BARU

SUARA GENERASI BARU
KLIK PADA IMEJ

Friday, July 3, 2009

Selamat Menunaikan Umrah Bro Hamdan...

Insya Allah jam 11.20 pagi ini Sdra Hamdan Taha bersama anak-anak dan isteri akan berangkat ke kota suci Mekah menunaikan ibadah Umrah selama 12 hari.

Malam kelmarin beliau telah mengadakan satu majlis doa selamat dikediamannya di Sunway dimana beberapa bloggers tegar Anti-Anwar dan Anti Pembangkang turut bersama meraikan majlis tersebut. Diantara yang dapat meluangkan masa bersama dengan Blogmaster adalah Ruang Bicara Faisal [RBF], Darul Ehsan Today [DET], Gerakan Anti PKR [GAP], dan Parpukari.

Jamuan yang dihidangkan untuk santapan memang agak “special” dimana buat pertama kalinya dikalangan teman-teman dapat merasai “sup ayam hutan” yang enak dan disudahi dengan desert durian bersama pulut, santan dan gula digaul mengikut cara pemakanan tradisi kampung yang banyak diamalkan di Perak.

Hamdan adalah bekas Timbalan Ketua Pemuda Keadilan dan pernah juga menjadi Pengerusi Perhubungan Keadilan Perak tetapi telah kembali kepada UMNO pada tahun 2000. Beliau kini memikul tugas sebagai Pegawai KHAS kepada MB Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. Sebelum kembali bertugas di Perak, Hamdan aktif berceramah bersama Ezam ke merata undangan UMNO dan menjadi tunggak kepada kempen beberapa Pilihanraya Kecil sebelum ini seperti di Permatang Pauh, K Terengganu dan Bukit Gantang. Dengan berangkatnya beliau menunaikan Umrah, bermakna tidak akan ada kelibat Hamdan untuk kempen berceramah di Pilihanraya Kecil Manek Urai.

Sebagai memenuhi trend yang diwarnai dalam pentas politik, Hamdan juga merupakan seorang blogger yang menulis dan mengupas pandangannya tentang situasi politik tanahair, boleh layari blog beliau, klik disini.

Malam tadi Blogmaster dan teman-teman bloggers dapat bersua muka sekali lagi dengan Hamdan yang turut hadir disatu lagi majlis doa selamat bertempat di USJ 11 kediaman Bendahari Pemuda UMNO Kelana Jaya, Sdra Khairol Ramli dimana Khairol akan bersama-sama mengiringi Hamdan berangkat ke kota suci Mekah pagi ini.

Sebelum bersurai malam tadi Hamdan berpesan kepada teman teman bloggers semua untuk terus berjuang menentang fahaman dan dakyah Pembangkang di alam siber. Beliau mengakui bahawa peranan blog amat berkesan kepada perubahan lanskap politik tanahair.

Teman teman bloggers mohon Hamdan untuk membawa doa mereka ke tanah suci agar zaman kegemilangan pemerintahan melayu sebagai tunjang akan kekal dan kembali semula ke negeri negeri yang telah dijajah oleh DAP dan PKR. Doa juga dikirim untuk dilafazkan didepan Kaabah agar perbicaraan kes liwat Anwar keatas Saiful akan berjalan dengan baik dan semoga kebenaran akan datang dan kebathilan akan lenyap..

“Doakan yang baik baik buat semua rakyat kita Bang Hamdan… Bagi pihak kawan2, saya mohon maaf kalau ada salah dan silap ataupun tersalah anggap, maklumlah dunia penulisan politik nie” kata Blogger RBF.

Semoga Sdra Hamdan dan Khairol bersama keluarga selamat pergi dan pulang membawa semangat Mekah al Mukamarah untuk kita sama sama lebih beristiqamah dalam perjuangan.

6 comments:

ruang bicara faisal said...

dalam dunia politik ni ada pelbagai jenis ragam manusia. walaupun rambut sama hitam tapi hati lain2. ada yg pergi sini cucuk org kata org tu tak bagus,kemudian dia jumpa org ni pula dia kata org tu tak bagus. semuanya utk kepentingan peribadi dia. akhirnya org yg dicucuk bermasam muka dgn org yg dituduh. mereka bergembira berdua.

blogmaster,sebab itu saya selalu beringat dgn kawan2 yg disekeliling saya. depan kita mereka ok. kemudian belakang kita mereka guna nama anonymous dan hentam atau herdik kita dlm ruangan komen.

org yang betul2 kita boleh percaya adalah ibu bapa,isteri dan anak2 kita shj.

selamat menunaikan umrah kpd saudara hamdan. maafkan saya jika ada salah dan silap atau tersalah sangka. maklumlah dlm dunia politik ini pelbagai jenis manusia ada.

ruang bicara faisal said...

saya dah serik jadi kambing hitam dlm dunia politik. teringat peristiwa tahun 2000 di rumah pak engku. akhirnya sri muda dan sri andalas cemolot sekarang

TAIPINGMALI (TM) said...

Selamat pergi dan selamat kembali. Doakan akan kejayaan perjuangan kita.

Azhari said...

Alhamdulillah. Semoga diberkati ALLAH perjalanan pergi & balik Sdr Hamdan ker Makatul Mukarramah Dan Madinah Al Munawarah.

Saya mengucapkan syukur ke hadrat ALLAH SWT dengan limpah kurniaNya jugalah yang membawa detik hati Sdr Hamdan untuk ke Tempat Suci Orang Islam. Sdr, tekatkan hati dan bersemangat waja serta berbuatlah ibdat sebanyak mungkin dan memohonlah kepada ALLAH SWT, agar perjuangan KITA ini terus diberikan kemenangan dan HidayahNya. Walau apa pun halangan serta cercaan yang mendatang, namun tekat dan semangat juang ini tidak akan sesekali luntur dan layu. Teruskan berjuang, KAMI senantiasa derdiri teguh untuk membantu dan menyokong mereka-mereka yang mahukan ukhwah dikalangan Umat Islam di Malaysia ini menjadi kukuh dan bersatu, kekalkan hubungan baik kekeluargaan ini dan TOLAK sama- sekali fahaman sempit yang menganggap diri mereka sahaja betul dan Islam mereka sahaja yang lenih baik serta diterima Allah Swt. Pesan KAMI, teruskan perjuangan ini tanpa ada batas-batas kekecewaan. Mara tetap mara dan terus berjuang!.
Amin.

Ikhlas dari Azhari Hj Abu, Tim. YDP, Kesatuan Anak-Anak Muda Islam Perak. (KAMI)

Cucu Tok Selampit said...

Tuan Info Corner,

Tak ajak kome ker?

Jeffry said...

SLM BRO..ALHAMDULLILAH BRO HAMDAN DPT MENUNAIKAN UMRAH. WLU PUN WA JAUH DI SELATAN TP DOA KESEJAHTERAAN PD BELIAU TAK KN DILUPAKAN. PERJUANGAN BELIAU KITA TERUSKAN BERSAMA..LWN TETAP LWN!