MARI SAMA SAMA KITA MEDOAKAN YANG TERBAIK

MARI SAMA SAMA KITA MEDOAKAN YANG TERBAIK

Saturday, August 8, 2009

GEMPAR! Ada VCD Anwar Bakal Diedarkan..!!

Hanya menunggu waktu dan ketika yang tepat, waiting for the right time..

Kali ini info diterima dari utara tanahair. Ada rakaman VCD bakal diedarkan tidak lama lagi. VCD ini akan membuktikan betapa bercabangnya lidah makhluk yang bernama Anwar Ibrahim..!!

Rakaman VCD pendek, memakan masa lima minit dua puluh saat [5;20;00]. Ianya berlaku jam 4.35 petang bertempat di Yayasan Aman, Penanti, Bukit Mertajam pada 8 Januari 2008, sewaktu berlangsungnya Mesyuarat Pembahagian Kerusi Barisan Alternatif [waktu itu belum menang besar, Pembangkang belum lagi menggunakan nama Pakatan Rakyat].

Ketika ini dikatakan waktu yang amat sesuai untuk diedarkan VCD tersebut kerana semakin banyak insiden demi insiden yang menunjukkan hubungan dalaman Pakatan Pembangkang sudah semakin rapuh..! Dalam rakaman VCD ini, Anwar Ibrahim telah menghentam, mengutuk pemimpin dan konsep parti PAS dan DAP didepan pemimpin PKR. Begitu emosinya Anwar melabelkan DAP dan PAS sebagai TAMAK,,! BODOH…! SOMBONG…! Tindakan Anwar ini amat memeranjatkan ramai pemimpin PKR ketika itu kerana sebaik sahaja pemimpin DAP dan PAS hadir, Anwar terus berubah nada dan kata katanya semakin lemah lembut, terserlah “mainan wayang” serta lakonan Penasihat PKR itu…

“ Tempat pekan [bahasa utara maksudnya bandar] pun PAS sakan nak kacau..? tempat cantek semua depa nak ambek, tempat bodoh bagi kat kita..? depa saja yang cerdik..! dah dua kali kita bodoh, tak kan nak bodoh lagi kot..? “ [maksudnya dah 2 pilihanraya 1999 & 2004 PAS pilih kawasan yang elok] begitulah kata kata Anwar dalam loghat utara..

“ yang hangpa semua dok takut dengan PAS & DAP pasai apa..? Haa..! yang hangpa dok buat kerja serupa mintak sedekah pasai apa..?? Pi bincang laa..” tinggi suara Anwar ketika memarahi pemimpin PKR .

“ Rakyat tengok kita yang sebenaQnya kuat, bukan depa..!! Isu nasional semua kita, bukannya depa..!! “ tekan Anwar lagi.

“ Penang pun dah kalut kita nak kena bincang, DAP Sarawak pun dok kata depa kuat..” demikianlah diantara kata kata Anwar menempelak rakan rakannya dari DAP dan PAS sambil mengajar pemimpin PKR tidak menghormati mereka.
Terdapat beberapa lagi kata kata dan "body gesture & facial expression Anwar" dalam VCD tersebut membuktikan beliau tidak pernah jujur mahu bekerjasama dengan DAP & PAS, hanya sekadar mahu memperkudakan mereka untuk mencapai cita cita politikya sahaja..

Menurut pemilik VCD ini, kelakuan dan tingkah laku Anwar terus bertukar sebaik sahaja pemimpin pemimpin PAS muncul untuk mesyuarat tersebut. Memang bercabang sungguh lidah si Anwar ni, pandainya dia bermuka-muka!

Selepas VCD ini diedarkan nanti kepada pemimpin pemimpin PAS dan DAP khususnya dinegeri negeri yang mereka berkongsi kuasa seperti Selangor dan Kedah, diharapkan akan timbul kesedaran siapakah Anwar Ibrahim sebenarnya….

Semoga rakyat akan lihat sendiri, siapa yang menjadi kuda, dan siapa pula yang menunggangnya..!

19 comments:

Anonymous said...

tak sabar rasanya nak tgk vcd ni..

Pejuang Bangsa said...

Harap vcd ini diedarkan di PRK Prmtg Pasir nanti ...

dalam mediau maya tak kira di you tube ,blog ,facebook ..kita sebarkan !!

DozzVader said...

cayalah bro! sila update bila tayangan perdana nak mula.. aku nak tolong sebarkan..

salam.

Jeffry said...

SALAM BRO..GEREKKK SEHH..WA PUN X SBR LG NI..NAK KAMBOR SI JUBORINK NI SAMPAI BERASAP KEHKEHKEHKEH!!!

Anonymous said...

Sekarang ini politik bukan gelanggang perjuangan menegakkan keyakinan
Ia telah dijadikan gelanggang
tempat mencari makan
Rakyat telah dialatkan atau diperjudikan
Ia sudah terlalu kotor bagaikan tempat pelacuran
Kerana tempat cari makan
ia telah jadi politik wang
Siapa yang berjaya di dalam politik seolah-olah mendapat satu kawasan ladang yang penuh dengan tanaman
Di ladang itu dia boleh mendapat kekayaan
Atau siapa yang berjaya di dalam politik seolah-olah mendapat factory besar tempat mengeluarkan barang
Di situ dia menjadi jutawan tanpa perniagaan
Berebut-rebutlah mereka bergelanggang
di dalam politik melalui parti politik
Apa sudah jadi
bukan bertarung dengan parti lawan bertarung sesama sendiri
Bertarung sesama sendiri di dalam sebuah parti untuk menguasai parti
Kerana di situ ada kekayaan tanpa perniagaan dan boleh jadi jutawan
Tikam kawan sendiri, khianat-mengkhianati jatuh-menjatuhkan
di sesetengah negara berbunuh-bunuhan
Daripada gelanggang politik yang kotor itulah lahir para pemimpin
menjaga negara dan rakyat dan agama
Maka lahirlah
penyangak-penyangak negara dan bangsa yang bertauliah
Lahirlah lanun-lanun terhormat pencuri-pencuri berlesen
mengaut wang rakyat dan negara Rakyat mengharap setiap musim
agar nasib mereka dibela oleh pemimpin mereka
Yang senang hanya segelintir
yang susah dan menderita itulah yang ramai
Tunggu lagi setiap musim pilihan raya
Agar lahir pemimpin-pemimpin pembela rakyat dan cintakan negara
Hasilnya sama juga
Begitulah rakyat di kebanyakan negara menunggu pembela
dari musim ke musim pilihan raya
Jawapannya samaj uga
apa yang berlaku sebelumnya berlaku perkara yang sama
Begitulah nasib rakyat di negara demokrasi
Hanya mengharap dan mengharap harapan tidak kunjung tiba
Begitulah terjadi di setiap pilihan raya nasib rakyat tetap tidak terbela

(sajak dipetik dari Syeikh Ashaari Muhammad)

kembara putih said...

Siapa yang akan berlakon jadi Anwar tu? Jangan Najib sudah la

PEJUANG CYBER said...

ya.. mmg power la bro... kita sebarkan vcd tu besar-besar, kita bongkarkan !!!

@
Walaupun Khalid adalah menteri besar Selangor tetapi beliau sama juga seperti Nizar , Boneka yang telah di tarik hidungnya. Mana janji -janji PAS sebelum memerentah. Jika kita menang hari ini , sebelum matahari terbit kita akan tutup kilang arak. Sekarang ini bukan kilang arak saja yang ada di Selangor. Selangor kini bagi tempat sarang maksiat. Di Pucung kini bagaikan Syurga dunia, Pucung sudah menjadi Thailand Malaysia. Bukan arak saja, Pelacuran kian membiak.

Anonymous said...

jgn burakkk aje lebih brader...

qierana said...

kenapa perlu letakkan gambar separuh bogel itu...?
Hmmm...

CUPING MERAH said...

SALAM SEMUA...
CEPAT LAA BAGI KUAR VCD TUU ..GUA TK SABAR NAK NUNGGU NII..
GUA PON VCD BAIKK PUNYA UNTUK PPP..

KORANG KLAU TK MEMFITNAH ORANG MEMANG TK SAH...

Anonymous said...

salam,

kembara putih: siapa yang akan berlakon jadi anwar pulak tu? jangan najib sudah lah.

untuk pengetahuan saudara, dalam dunia ni tak ada seorang pun yang boleh mengatasi tahap kecemerlangan lakonan anwar. Dia yang layak mendapat oscar sebenarnya. so jangan risau, tak ada siapa yang akan berlakon menjadi anwar. Itu memang anwar. And the award goes to...-noor

Anonymous said...

Susah2 bagi je kat RTM, TV3, Astro. Tak pun buat wayang pacak percuma masa kempen Permatang Pasir. Tak perlu ceramah. Biar orang ramai tengok. Tayang biar berulang2.

Anonymous said...

Yes, inilah saat yang ditunggu-tunggu.harap2 vcd ini dpt membuka mata rakyat siapa sebenarnya anwar ibrahim.aku dh muak tengok muka2 kaum aku yg jadi bangsat pengkhianat rakyat.tambahan pula yang mempunyai taraf pendidikan yang tinggi. memang betul kata orang2 tua: "belajar tinggi2, bodoh bertingkat2".
harap saudara dapat upload video ini ke semua video websites seperti youtube supaya lebih luas siarannya.Insya-Allah kebenaran akan menang akhirnya.yang penting kita kena berusaha tegakkan kebenaran.walaupun BN bukanlah parti yang sempurna, tapi aku lebih rela setia bersama UMNO daripada menjadi Pengkhianat Rakyat(PR).
saya ucapkan tahniah atas usaha saudara.marilah kita berjuang bersama-sama.

Lawyer Garang said...

bang...,

can i have a copy pls...

Anonymous said...

yang kte kesiankan adalah bagi mereka yg telah dibutakan hati oleh Allah...mata mereka dibutakan untuk melihat kebenaran...telinga mereka pekak untuk mendengar kebenaran..mulut mereka bisu untuk berkata2 tentang kebenaran...KULLIHAQQOL WALLAWKANNAMURRON!!....

kasihani la mereka..ya allaH

Anonymous said...

Dari PRK Permatang Pauh lagi aku dengar VCD Anwar nak keluar, tapi sampai sekarang tak kuar-kuar lagi. Apa citer beb. Gambar Hishamuddin terang-terang pegang arak, hangpa semua tak kisah. Tak pa Melayu semua boleh macam hangpa semua. Satu lagi gambar TGHH tu, janganlah buat macam tu, kalu mat sabu aku tak marah, TGHH pernah jadi Imam solat, pernah mengajar, kalau compare dengan PM kita tu, boleh ker dia imamkan solat?

Anak Perak said...

mane?? dah berkarat nunggu ni..

sudirumusibarat said...

Teman ingatkan VCD tu selepas PRU12.
tapi hangpa sendiri kata rakaman 8 Januari 2008(kiranya betul VCD tu)

Kalau ye pun masa ini masih lagi peringkat masing-masing nak angkat parti. masing-masing nak letak calon . Mungkin semasa mesyuarat dalaman masih curiga- mencurigai.Maklum kesuntukan masa nak tentukan calon.
Selepas rundingan demi rundingan kata putus telah dicapai sebagaimana penampilan calon-calon semasa PRU12.

Kalau nak sebut taka-kata Anwar semasa dalam BN lagi banyak.Lebih keras.Apa tidak dikata kepada Pas. Tapi kita berlapang dada(apabila telah bersama).

"Buang yang keruh ambil yang jernih"

Oleh itu yang lepas itu tak perlu diperbesarkan.Jangan jadi politik batu api dan politik kayu api.

“Semoga isu yang sengaja disimbah minyak ini tidak membakar” seperti terbakarnya kereta bila berlaku kemalangan(sejak RON 95 diperkenalkan).

pacat said...

PAS akan berkata :" Itu pandangan peribadi Anwar jeee!"!!!

DAP kata " Anwar dah taubattt!!"

Pemimpin PKR lak kata .. " Tu lakonan je tuuu!!"

Hahahahhaha....