Monday, October 12, 2009

PRK N31 – PAS Kalah Tetapi PKR Yang Meroyan..!

Kisah ini berlaku semalam ketika hampir kepada waktu pengumuman keputusan PRK DUN Bagan Pinang……

Ada serombongan sahabat sahabat UMNO seramai tiga orang didalam sebuah kereta singgah di stesen petrol Petronas Port Dickson untuk mengisi minyak sebelum berangkat pulang ke Lembah Klang.

Sebaik sahaja tiba di Petronas salah seorang daripada mereka ini pula terserempak dengan rakan sepejabatnya yang dikenal pasti seorang “penjilat Tegar” PKR yang turut berada di Port Dickson untuk menyokong calon PAS dalam kempen PRK Bagan Pinang.

Mereka pun bersalaman dan bertanya khabar, dimana sahabat ini tadi telah “bergurau dan mengusik” rakannya si penjilat tegar PKR dengan kata kata “…Tahniahlah.., PAS menang lagi, besar pulak majoritinya kali ni....”

Tanpa disangka-sangka, rakan sepejabatnya itu hilang pertimbangan dan terlalu emosi cuba menyerang sahabat ini, mujurlah sempat dileraikan oleh sahabat sahabat yang lain… Tetapi si penjilat tegar PKR itu mahu terus menyerang dan mencabar sahabat tadi untuk “bertumbuk” dengan kata kata “.… Kau nak cari gaduh ker..? Marilah aku tunggu…”

Demikianlah didikan dan tunjuk ajar yang dapat diwarisi oleh penjilat penjilat fahaman Anwarisme, mereka hanya akan menerima hakikat sekiranya sesuatu keputusan itu memihak kepada mereka sahaja...!

Sahabat tadi menceritakan bahawa beliau amat terkejut dan kecewa dengan reaksi rakan sepejabatnya itu kerana sungguhpun berbeza idealisme politik tetapi sepanjang waktu dipejabat beliaulah yang banyak membantu rakannya itu….

Tahniah diucapkan kepada pengundi pengundi DUN Bangan Pinang yang telah secara beramai ramai kembali menyakini UMNO-BN, semoga disinilah bermulanya titik tolak kebangkitan sokongan kepada kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak!

SYABAS RAKAN RAKAN BLOGGERS PRK N31
Timbalan PM merangkap Timbalan Pengerusi BN bagi PRK N31 DUN Bagan Pinang, Tan Sri Muhyiddin Yassin ditemani oleh Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan mendapat taklimat oleh rakan rakan Bloggers yang beroperasi di Command Centre DUN Bagan Pinang.

3 comments:

hornspeaker said...

dua tiga hari ni jgn cuba nak tegur2 org PKR dan PAS. bagi salam pun jgn...gurantee ajak gaduh. aku dgr anak bini dia orang pun tak berani bercakap kuat kat rumah. takut dpt tapak tangan dan tapak kasut.

Sandhurst said...

hahaha....

jiwakita said...

salam...

Nasib kamu lah...jangan sampai gaduh dgn rakan atau dgn bini sudahlah...

Nasib aku takat nie baik-baik sahaja
walau ada rakan sekerja dr parti PKR nie..
walau berbeza idealogi selalu berdebat
pasal isu politik.Hubungan tetap akrab dan
friendly..salam tetap salam walau PR kalah....

Kawan saya ni pergi gak kat Bgn Pinang,
siap pecah cermin mata lagi..nasib bukan
pecah kepala..

Info terbaru dari dia...dikaw. sendiri
nak perbanyakkan cawangan PKR yg diketuai oleh orang melayu...nak elakkan
PKR dikawasannya didominasi oleh
dari kaum india...mereka dah besar kepala..

Dari fikiran saya...dalam PKR pun ada
puak-puak atau sentimen perkauman jugak.....