Saturday, October 31, 2009

Yb Badrul Akan Saman MB Selangor..?

Akhirnya….. ADUN Pelabuhan Klang, Yb Badrul Hisham Abdullah telah membuat pengumuman dalam satu Sidang Media semalam bahawa beliau dengan rasminya keluar dari PKR dan menjadi wakil rakyat BEBAS..!

Upacara yang berlangsung disalah sebuah Hotel di ibukota Kuala Lumpur telah diadakan dalam cara yang cukup ringkas.

Berita ini menjadi satu "percikan" kemuka Khalid Ibrahim kerana beberapa jam sebelum itu beliau membuat kesilapan mahu mendesak pimpinan PKR agar memberikan tekanan kepada Badrul untuk meletak jawatan dengan memberikan alasan ADUN Pelabuhan Klang itu gagal menjawab surat tunjuk sebab. Tetapi pada Sidang Media tersebut Yb Badrul membuktikan bahawa MB Selangor berbohong kerana beliau sudah pun memberikan surat penjelasan yang ada bukti penerimaan chop rasmi pejabat Menteri Besar bertarikh 2 September 2009.

Sila baca kenyataan penuh sidang media Yb Badrul, klik sini.

Terkini, difahamkan Badrul Hisham sedang berbincang secara serius dengan beberapa panel peguam untuk melakukan SAMAN MALU terhadap Khalid Ibrahim kerana membuat kenyataan yang menjatuhkan maruahnya sekeluarga dengan menyarankan agar Yb Pelabuhan Klang mendapat rawatan PSIKATRI kesan daripada kemalangan jalanraya.

Badrul ketika dihubungi sebentar tadi memaklumkan akan membuat keputusan setelah pulang dari luar negara...

3 comments:

jiwakita said...

salam....

SAMAN!JANGAN TAK SAMAN...SAMAN DAH JADI BUDAYA BAGI ORANG YG TERNIAYA,PERTAHAN DAN MEMBERSIH DIRI...

AWASLAH KPD ORANG YG TIDAK MENJAGA LIDAH,MULUT DAN SUARA....

1PERSOALAN! KEBALKAH KITA?

TokeyGaram said...

Sahabat,

lama menghilang tahu2 keluar tv tuko profession SETPOL lak..

hahahaha...gud job bro..!

banyak cerita nak kena bongkar nie...mampos ler PKR lepaih nie

Jeffry said...

SAMAN JEK SI GAGAP TU. BIAR DIA TEGAGAP2 TEKINCIT DLM SUAR!! KEHKEHKEH