Monday, November 16, 2009

Anwar Terkejut Bila Tahu Badrul Sebenarnya Boleh Bekerja

Blogmaster terima panggilan telefon daripada salah seorang sahabat yang ada bersama sama beberapa wartawan yang mengelilingi Anwar Ibrahim sewaktu sesi bersoal jawab setelah selesai Konvensyen PKR Selangor semalam…..

Difahamkan bahawa Anwar telah menyatakan beliau “kaget” setelah mendapati ‘mantan’ wakil rakyat yang baru baru ini isytihar keluar dari partinya PKR, Badrul Hisham sebenarnya “bukanlah” seorang yang negatif seperti yang digambarkan sebelum ini.

“ Anwar dah terima feedeback, selepas jadi Yb Bebas…, Badrul nampak lebih agresif bekerja dikawasannya “ kata sahabat Blogger.

Masih “mempercayai” bahawa Yb Badrul tidak menjawab surat tunjuk sebab yang diberikan oleh MB Selangor, Anwar menyatakan bahawa dimasa akan datang, pihak PKR akan lebih tegas keatas mana mana wakil rakyat mereka yang bermasalah.

Sementara itu, sepanjang minggu lepas, kehadiran Yb Badrul ke sidang DUN Selangor juga penuh, beliau hadir setiap hari dari Isnin ke Jumaat walaupun ada usaha dari beberapa “Pendekar-pendekar Tempang” anak anak muda PKR yang cuba membuat protes terhadap ADUN Pelabuhan Klang itu.

“ Yb Badrul akan terus hadir ke sidang DUN lagi minggu ini.."
"... Situasi ok bro, first day ajer beberapa Yb Pakatan nampak tak friendly, tapi selepas tu sampailah Jumaat lepas.., everything dah back to normal…., ada juga Yb Yb Pakatan yang berbisik pada Badrul menyatakan mereka tak kisah dengan keputusannya, ada juga Yb Pakatan yang bersembang dengan Yb Bebas tau…” jelas salah seorang orang kanan Badrul kepada Blogmaster sebentar tadi.

“Pejabat baru kami tengah renovation akan siap tak lama lagi, insya allah nanti pengundi pengundi Pelabuhan Klang akan dapat rasakan kelainan dan khidmat lebih baik dari Yb Badrul, tungguu…” katanya mengakhiri perbualan telefon kami.

1 comment:

Jeffry said...

SLM BRO..INI YG DI KATAKAN YB BERJIWA RAKYAT. WLUPUN BEBAS TP MASIH MENJLNKAN AMANAH DAN TANGGUNGJWB TERHADAP RAKYAT "FIRST KLASS". ANUWAR TU KUAT MAIN BONTOT JEK. SKRG BARU NAK CELIK MATE KERRR? PIRAHHHHHH MABOK!!..HARKKK PTUIHHH!!