Monday, November 2, 2009

“Beri Peluang, Saya Akan Buktikan..” kata Yb Badrul

ADUN Pelabuhan Klang yang baru baru ini mengumumkan keluar PKR dan menjadi wakil rakyat BEBAS menyokong BN akan teruskan tanggungjawab berkhidmat kepada pengundi-pengundi dikawasannya.

Badrul Hisham yang masih berada dinegara jiran akan pulang sebelum sidang dewan yang bermula tak lama lagi.

“.. insya allah, saya akan laksanakan tanggungjawab saya. Moga moga dengan status bebas saya dah tak ada tekanan dari sesiapa lagi, nak buat kerja sebagai wakil rakyat..” jelasnya pagi tadi melalui perbualan telefon.

Badrul yang selama ini diramalkan akan mengosongkan kerusi DUN Pelabuhan Klang terbukti membuat keputusan disebaliknya yang memeranjatkan pimpinan PKR! Malah beliau lebih berani dari beberapa wakil rakyat PKR sebelum ini yang “tunduk” kepada mainan politik Anwar Ibrahim seperti Arumugam dari Bukit Selambau dan Fairuz dari Penanti.

“… keputusan Yb Badrul ini dapat selamatkan wang rakyat daripada dibazirkan, jikalau tidak sudah tentulah berjuta ringgit dibelanjakan di Selangor untuk Pilihanraya kecil..” komen Rafizan Rahim, Pegawai Khas Badrul Hisham.

Blogmaster juga terima sms daripada sahabat karib yang juga merupakan salah seorang pimpinan PKR Selangor berbunyi begini.. “ Alhamdulilah syukur bro! Eloklah takde p’raya kat P Klg, kesian aku tengok ada dua tiga kawan2 dah tak sedar diri berangan nak jadi Yb..”

4 comments:

Jeffry said...

SLM BRO..BAGUS GAK KLU XDE PRK. JIMAT SKET DUIT KERAJAAN. KLU DIORANG X NAK HULUR LG PERUNTUKAN BIARKAN SAJE. MUNGKIN BN BLH BANTU DGN LEBIH BAIK LG DR SEBELUMNYA. BUKTIKAN KAT DIORANG WLUPUN YB BAD DH BEBAS TAPI SEMANGAT NAK MEMBELA NASIB PENGUNDI PLBHN KLANG TETAP TINGGI MALAH LEBIH BAIK LAGI

Che Leh Jangok said...

Jelas rupanya selama ini dia dihalang dari buat kerja. Pah tu kata dia tak buat kerja lak. Kerja khianat sebab cita cita politik. Saja nak buat sebok dan kecoh.

KHAIRUL NAZRI said...

Salam,

1. Info dari rakan yang tinggal berhampiran dengan kawasan YB Badrul, terdapat beberapa orang ahli PAS dan DAP berkeliaran di kawasan kediaman YB Badrul beberapa hari yang lalu atas sebab-sebab yang tidak diketaui.

2. Ini berkemungkinan untuk memberi kan lagi tekanan kepada YB Badrul seperti mana sebelum ini.

3. Desas-desus mengatakan akan ada lagi YB-YB dari PAS akan keluar menjadi Bebas seperti mana YB Badrul untuk menyokong BN dan seterusnya menumbangkan kerajaan PR.

Benar atau tidak. Tengoklah nanti..

x-pkr said...

macam pernah ku lihat back ground ini, tapi dimana ya..?????

anyway bravo badrulll....