Tuesday, November 17, 2009

Gambar2 Ini Penting Untuk Panduan Siapa..?

Apakah yang dapat dilihat daripada rakaman foto diatas ..???

Perbualan ala santai atau sembang sembang sebagai manusia biasa, hubungan sesama insan makhluk Allah swt, kita perlu ada “hablum Minna –nas” hubungan sesama insan dan “hablum Minnallah” hubungan dengan Allah swt, demikianlah fitrah kita sebagai manusia.

Lumrah senario politik negara kita banyak disajikan dengan tingkah laku “bodoh dan bangang” segelintir manusia yang berlagak pandai…

Sayang seribu kali sayang, situasi ini hanya berlaku diperingkat paling bawah, dalam erti kata lain, kehidupan seharian sebagai manusia biasa.

Sembang politik kedai kopi, sembang politik kampung, sembang politik dikalangan jiran tetangga, sembang politik dikalangan ahli keluarga, sembang politik sesama rakan sepejabat..

Memang ada manusia yang BANGANG, BAHALOL, TOLOL, BIOL, BODOH tetapi sombong seolah-olah pandai dan tahu banyak hal politik, cara bersembang mengalahkan gaya Yb ataupun mana mana ahli politik berjawatan tinggi padahal beliau tidak ada jawatan rasmi pun…, sesiapa yang tidak sehaluan dengannya dianggap musuh..! Jika bercakap pula sama seperti seorang tukang karut menjual ubat di pasar malam…!

Yang menyedihkan ialah sikap BODOH itu “disahkan” dengan kelakuan TAK mahu menegur, bersapa dengan mereka mereka yang tidak sehaluan dengan pilihan wadah politiknya…, sanggup buang hubungan persaudaraan sesama jiran tetangga, lupa langsung asal usul siratulrahim yang dipupuk semai berpuluh tahun lamanya, terus tidak mengenang budi dan jasa yang pernah diterima oleh mereka yang kini dianggapnya musuh…!

Ceteknya tahap intelek pemikiran politik tetapi mahu berlagak pandai..!

Semoga rakaman foto diatas dapatlah dijadikan panduan, iktibar dan pengajaran. Kita harus ketepikan perbezaan politik dan utamakan siratulrahim…

Dalam pentas politik, apa yang tak pernah Anwar katakan kepada Datuk Seri Najib..? Isu kapal selam, Isu Altantuya, dan bermacam macam lagi…, tapi bila bertentang mata, maka sikap positif Perdana Menteri kita yang duduk bersembang harus dicontohi….

5 comments:

pedu said...

Askm saudara,

Najib mencontohi akhlak Rasulullah,walaupun dibaling batu dan dicaci maki,Rasulullah tetap menziarahi musuhnya apabila musuhnya sakit.

Jeffry said...

SLM BRO..KDG2 BILA NAFSU DAH NAIK KEPALA, MANUSIA LUPA BAHWA MEREKA ADALAH MANUSIA

abang tuah said...

Bila aku menatap gambar mereka ini, mulanya agak terkejut juga. Namun setelah diamati aku berbangga sebenarnya dengan DS Najib, lambang pemimpin berjiwa besar. Anwar sebenarnya yang sedang gelabah...!

det said...

hee...heee... niyamah anwar.

pandaqwer said...

....pemimpin yang sudah terpilih semestinya kita hormati walaupun ideologi berbeza....
kalau nak jadi PRIME MINISTER... tunggu le PU13....
bukannya lama pun....tapi jangan gadaikan MELAYU