Tuesday, November 10, 2009

Ketua AMK Sgor Kecewa Tak Ada PRK DUN P Klang


Kesian sungguh disaksikan tingkah laku orang gila…. Dunia serba maju kini terdapat pelbagai bagai jenis gila…!!

Gila Judi, Gila Betina, Gila Ekor, Gila Memancing, Gila Chatting, Gila Bersiber.., dan semalam pula ada satu adegan “Gila Nak Jadi Yb”. Haa haaa, tak percaya..?

Apakah tindakan Ketua AMK Selangor, Khairul Anuar Zainuddin atau lebih dikenali dengan nama timang timangannya, Jonah telah mengetuai satu program yang dikira GAGAL sama sekali..!

Bukan sahaja Jonah gagal untuk mencapai matlamatnya mahu mendesak Yb Badrul Hisham untuk meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat, malah seperti dilaporkan oleh media, Speaker DUN Selangor Yb Teng Chang Khim juga mengecam perbuatan Jonah yang disifatkan “biadap dan tidak sopan” kerana cuba membabitkan pejabat Speaker dalam hal tersebut….

Apa disebalik tujuan dan niat Jonah telah dikupas dengan baik oleh seorang sahabat Blogger kita, sila klik sini untuk baca artikelnya.

“ … Jonah memang berharap sangat biarlah ada Pilihanraya Kecil Port Klang, dia nak jadi calon, sebab dia claim sebagai Ketua AMK negeri dia mestilah ‘ada tempat’…” ujar seorang sahabat.
Tambahnya lagi, “tapi ramai kawan dalam AMK tak bagi support, tengoklah berapa kerat saja Ketua AMK Bahagian yang datang…? Ramai Ketua ketua AMK dah malas nak layan Jonah punya personal agenda la bro..”



Jonah berbisik kepada Setiausaha Politik MB, dimana akhirnya Jonah tidak mahu membenarkan Nik Nazmi menerima memorandum bagi pihak Yb Badrul…

Sekiranya kita amat amati daripada petikan video klip rakaman demonstrasi tersebut oleh Malaysiakini, memang jelas TIDAK ramai langsung sambutan dari anak anak muda seharusnya menjadi tunggak sokongan kekuatan seorang Ketua AMK peringkat negeri. Kehadiran hanya sekitar 30 orang yang ramai sudah berumur…, terbukti bahawa Jonah hanya menggunakan program ini bagi mencapai cita cita peribadinya.

Sebagai seorang Ketua AMK negeri, Jonah seharusnya ditemani oleh 22 Ketua AMK setiap Bahagian dan jika dicampur dengan Ajk pula bilangannya mestilah mencecah lebih 30 orang, manakala sekiranya setiap Ketua AMK Bahagian hadir bersama Ajk masing masing, sepatutnya jumlah mereka yang berdemo semalam ialah lebih 100 orang “muda”.

Malang sekali, daripada rakaman yang disaksikan, terbukti hanya 3 atau 4 sahaja Ketua AMK Bahagian yang datang menyokong Ketua AMK Negeri Selangor.

2 comments:

azlan said...

Bro,

Jonah tu pengundi N.46 ke? Gua pengundi kat situ pun tak sebok desak Badrul letak jawatan. Dia tu pilihan rakyat, biarlah dia menghabiskan sisa-sisa perjuangannya. Bak kata pepatah moden, "alang-alang jadi wakil rakyat, biar sampai merasa pencen wakil rakyat",

latino heat said...

lu pun satu azlan.rakyat pilih dia dulu sbab dia ad d jln yg bnr.skrng dia terpesong.x kn ko nk sokong jgk orng yg x btul.ad otak fikir la