Tuesday, November 17, 2009

Kurang Ajar Punya Rodziah 375K..!! Pokaemon..!

Shah Alam ; Ahli Dewan Undangan Negeri [ADUN] Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah disindir oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita, Kebajikan, Sains, Teknologi, Inovasi dan Kebajikan Selangor, Rodziah Ismail ketika sesi soal jawab di Sidang DUN hari ini.

Rodziah berkata soalan tambahan yang diajukan oleh Badrul TIDAK perlu dijawab kerana mendakwa Badrul tidak menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat Pelabuhan Klang selama 20 bulan.

Secara sinis Exco itu berkata, beliau agak terkejut apabila Badrul berminat untuk mengetahui perkembangan penyediaan Jaringan Infrastruktur Tanpa Wayar Hibrid [HyWN] di kawasan Pelabuhan Klang.


Klik sini untuk baca sepenuhnya – Tajuk : ADUN Bebas Selangor Disindir Exco, sumber Berita Harian Online.

RODZIAH BIADAP..! Ulasan Medan Info Kita

Lihatlah sendiri beginilah nilai hati budi wakil rakyat yang menganuti fahaman Anwarisme….! Sewaktu Badrul sedang ‘berperang’ dengan situasi beliau tidak diberikan perhatian dan telah dianak-tirikan oleh PKR dan kerajaan Khalid Lembu, sudah pasti ia menjejaskan sedikit tumpuan dan prestasinya dalam melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat.

Sila rujuk kepada kenyataan media Badrul Hisham tempoh hari. Ramai yang bersetuju bahawa beliau tidak dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik apabila berlakunya mainan politik yang kuat dalam PKR dimana ramai pimpinan di peringkat Bahagian/Cabang telah cuba untuk mengaut peruntukan dikawasannya, sebagai bukti seperti yang turut dinyatakan dalam kenyataan media ialah terdapat satu lagi Pusat Khidmat PKR sedangkan Badrul tidak dibantu..!

Betapa BAGHALNYA Rodziah petang tadi yang cuba menyindir Badrul…., Sebaik sahaja Yb Pelabuhan Klang itu mengumumkan menjadi wakil rakyat Bebas, beliau turut memberikan komitmen akan berkhidmat lebih baik tanpa tekanan dan campur tangan oleh mana mana parti politik. Oleh itu, keperihatinan ADUN Bebas untuk bertanyakan soalan kepada Rodziah, kenapa harus dipersoalkan..??

2 comments:

aliffnajmi said...

Klu kak ogy xnak jwb maksudnya kak ogy yg x buat kerja.
Ape ke bangang rodziah ni.
*untung jadi ADUN PKR ni.. x buat kerja pun leh dpt 375k.

Bingai @ Bangang said...

masa aku peksa dulu tak jawab soalan sebab tak tau jawapan. kalau tau jawapan mesti jawab punya. YB mangkuk tu bukan tau ape kot? kat shah alam pun ntah ape keje dia. pejabat dia kat seksyen 23 tu sekerat je bukak pintu. nak masuk pun sekerat je ati. Pejabat Datuk Nawawi sejak dulu selalu ada orang. blok sebelah je. hehehe