Thursday, November 19, 2009

Nizar Baca Ni..! Kupasan 2 Saham Azmin: Shamsida Jadi PROXY, Anwar Lorongkan Jalan..?

Setelah bekas Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim di Kementerian Kewangan yang dikenali sebagai Anuar Shaari membuat laporan polis pada 17hb November, beberapa lagi dokumen dokumen berkaitan dengan pembelian saham dan akaun akaun bank Azmin Ali – Shamsida terus disiarkan oleh sahabat Bloggers kita.
Kali ini sumber daripada blog Gerakan Anti PKR.

Medan Info Kita agak tertarik dengan salah satu transaksi dimana salinan Contract Note [Nota Kontrak] diatas nama Shamsida Taharin bertarikh 14 Jun 1993 yang dikeluarkan oleh salah satu broker saham Rashid Hussain Securities, sekarang ini dikenali sebagai Rhb Investment Bank.

Didalam kaedah jual beli saham, Nota Kontrak adalah dokumen bukti kukuh sesuatu transaksi yang dikaitkan, malah dalam kes perbicaraan Mahkamah sekiranya ada tuntutan daripada pihak broker saham keatas sebarang hutang-hutang tertunggak kesan dari kerugian kontra [Contra Losses], maka Nota Kontrak adalah dokumen paling penting, most crucial documents required as tender of evidence….!

Kita perhatikan dokumen diatas, jelas bahawa Shamsida melalui broker sahamnya telah “berani” membeli saham sebuah syarikat yang disenaraikan dipasaran terbuka [open market listed shares].

Dalam kancah dunia BSKL, ‘market players’ yang menyertai ‘open market games’ dalam pembelian dan penjualan saham semestinya kumpulan “Punters” dan satu lagi ialah kumpulan “Syndicated players”

Mengikut dokumen tersebut, saham syarikat yang dibeli oleh Shamsida adalah FEHB – sila tengok pada kolum “securities name”. Ketika itu FEHB adalah Far Eastern Holdings Berhad.

Seterusnya perhatikan pula pada Quantity pembelian saham tersebut, betapa beraninya Shamsida membeli sebanyak 100 lot [unit setiap 1,000]..? bermakna pembelian 100,000 unit

Jumlah yang dibelanjakan mencecah RM283,000 kerana pada hari pembelian harga saham syarikat tersebut ialah RM2.80 se unit. Persoalannya disini, apakah akan terjadi seandainya keesokkan hari atau beberapa hari selepas itu harga saham itu turun kepada RM2.50 se unit..? Sudah pasti Shamsida akan mengalami kerugian sekelip mata sebanyak RM30,000..!!
Tetapi kenapakah Shamsida “berani” untuk mempertaruhkan wang melebihi suku jutaan ringgit jika tidak pasti meraih keuntungannya..? Besar kemungkinan Shamsida sudah mendapat “jaminan” atau dalam bahasa open market dipanggil “tips off” bahawa harga seunit saham FEHB akan melebihi RM2.80 maka akan perolehi keuntungan pada transaksi tersebut…


Disingkap kembali sekitar tahun 1992 – 1993, BSKL sedang mengalami zaman kegemilangannya dimana indeks mencecah sehingga 1,400 mata. Ramai yang alpa dan lebih menumpukan kepada BSKL. Heboh diberitakan ramai yang ‘berpeluang’ untuk buat duit sebagai pendapatan alternatif jika terlibat bermain saham open market….., beberapa nama kaunter pasaran saham ketika itu menjadi bualan dan tumpuan seperti Renong, Idris Hydraulic, Johan Holdings, Trengganu Development, Ekran, MRCB, Mulpha, AP Land, TRI – Technology Resources dan lain lain lagi.

Pada waktu ini, senjata yang paling penting dikalangan pelabur dan market players adalah “tips off”, kaunter manakah yang akan “digodam” oleh Punters dan Syndicated Players……

Trend ketika itu, sekiranya ada mana mana individu yang membuat “unusual transactions” seperti membeli saham sesebuah syarikat yang disenaraikan [listed counter] dengan kuantiti yang banyak, seperti yang dilakukan oleh Shamsida, maka sudah pasti transaksi tersebut sudah mendapat “insider information”.

Dalam senario ini sudah pasti market players akan memberikan maklumat kepada mana mana individu pilihan mereka untuk mendapat peluang membuat duit… “great chances to make fast money..”

Apakah ketika itu kedudukan Azmin Ali sebagai orang paling kanan kepada Anwar yang sedang menjawat dua jawatan penting negara – Menteri Kewangan dan TPM tidak akan digunakan sebaik mungkin oleh kumpulan Punters, Syndicated Market Players, Open Market Investors…?

Adakah Azmin dan Anwar ketika itu tidak gentar jika disabitkan dengan kesalahan “insider trading” seperti yang termaktub dalam Securities Industrial Act perkara 188 [sekarang diubah kepada Capital Market Securities Act] dimana boleh dijatuhkan hukuman kerana terlibat memanupulasikan nilai dan harga saham sesebuah syarikat yang tersenarai. Sudah tentu jawapan mereka tidak gentar kerana Anwar Ibrahim sedang "berkuasa" pada waktu itu..!!

Kita bukan hanya boleh mempersoalkan dari mana datangnya wang sebanyak RM280,000 untuk Shamsida membeli saham…, tetapi harus dipersoalkan juga watak yang yang dimainkan oleh Shamsida terlibat dengan Open Market Shares membeli saham yang mengalami “turun naik” harganya setiap hari, malah pembelian yang melibatkan kuantiti yang banyak…!

Kita tunggu lagi dokumen dokumen seterusnya oleh sahabat sahabat Bloggers kita.

1 comment:

Jeffry said...

SLM BRO..MENARIK!..MINTAK IZIN NAK COPY PASTE BROO HUHU