Sunday, November 22, 2009

UMNO-BN Sgor Tidur Lenaa.., Bendengkur Lagi..!

Jangan terkejut untuk kesekian kalinya penulisan blog Medan Info Kita kali ini berupa “Jumping Smash” ala-ala Alan Budikusuma terhadap UMNO Selangor.

Inilah pandangan penuh ikhlas dari kaca mata seseorang yang pernah bergelumang dengan perjuangan menentang kerajaan negeri selama hampir sedekad lamanya…

Perasaan kecewa dan hampa melihat tingkah laku ramai pemimpin pemimpin UMNO yang kini sudah menjadi pembangkang di Selangor tetapi sayang sekali, lagak mereka seolah –olah masih memerintah kerajaan negeri dan TIDAK ada langsung usaha usaha mahu merampas kembali negeri paling kaya dalam Malaysia ini dari tangan Pakatan yang didominasi oleh mata mata sepet…!

Blogmaster mengikuti secara dekat perkembangan dan progres politik negeri Selangor. Malah Blog ini bersama teman teman bloggers lain sudah naik mual hampir muntah mensajikan dan mendedahkan cerita cerita kepincangan cara pentadbiran kerajaan Pakatan dibawah telunjuk Ronnie Beer, Theresa Ketuk Ketampi, Ustaz Xavier, Eli Bogel Wong yang mendapat endorsement daripada Khalid LEMBU..!!!

Sehubungan dengan itu, tidak keterlaluan untuk dinyatakan disini bahawa hanya Datuk Seri Dr Khir Toyo yang “ada telor” persis waris anak melayu yang mendarjatkan lambang keris pada logo parti yang beliau anuti…

Membawa peranan sebagai Ketua Pembangkang yang kehilangan tahta Ketua Kerajaan Negeri, barang kali itulah bara semangat yang mengalir dalam darah anak kelahiran Sungai Panjang ini. Jesteru itu, Khir seorang sahaja yang berani bersuara lantang menegur, dan mengkritik kerajaan Khalid LEMBU.
Natijahnya, kini Khir Toyo “diusir” keluar dewan [DUN] oleh kuasa “ciptaan” kerajaan Khalid LEMBU yang menggunakan Maharaja Teng untuk melaksanakannya….

Apakah percikan yang kena pada Khir Toyo inilah yang membuatkan saki baki wakil rakyat Yb Yb UMNO-BN Selangor menjadi “terkedu” lalu membuatkan telor mereka semua termasuk kedalam karung masing masing sehinggakan menjadi bisu..?

Hakikat sebenarnya, semenjak Khalid LEMBU menjadi MB Selangor, banyak sungguh keputusan dan insiden insiden “menawarkan” bola tanggung untuk UMNO-BN “belasah” dan buktikan kepada pengundi pengundi seluruh negeri terkaya ini bahawa kerajaan Pakatan kategori “cakap tak serupa bikin”, “bikin tak serupa cakap”, “cakap cakap tapi tak bikin bikin..!”.

Berikut adalah diantara perkara perkara “sumbang” yang TERBARU telah “disumbangkan” oleh kerajaan Khalid LEMBU! TETAPI sayang seribu kali sayang, dimanakah Yb Yb UMNO-BN..?

Isu wakil rakyat bukan islam berucap dalam dewan solat di salah sebuah masjid yang sering kali di ziarah oleh DYMM Sultan Selangor - tidak ada satu pun suara dari wakil rakyat UMNO-BN membawa kepada tindakan tindakan drastik yang meninggalkan kesan - rakyat yang marah menunggu sekiranya ada Yb Yb UMNO-BN akan membimbing mereka memprotes sehingga ke tahap penyerahan Memo Bantahan kepada DYMM Sultan, namun usaha kumpulan kecil dari sebuah Bahagian UMNO berakhir di pejabat JAIS – kenyataan media pun tidak menggerunkan pihak Pakatan.., sekadar melepaskan batuk ditangga!

Isu silap mata “round tripping” hutang RM392 juta syarikat “bukan GLC” Selangor, Talam Corporation. Hanya Khir Toyo berjaya ulas dengan baik, untuk bacaan sila
klik sini.
Isu ini turut mendapat tentangan daripada Setiausaha Agung PKR, Dato Salahudin Hasim yang menggelar Khalid LEMBU sebagai “Corporate Crook” atau dalam bahasa kita sebut Penyangak Korporat..!
Sila
klik sini untuk bacaan, dan satu lagi artikel klik sini.
Malang sekali semua Yb Yb UMNO-BN Selangor jadi bisu, ataupun mungkin mereka semua “bebal” untuk faham dimanakah “loop-hole” dalam memahami transaksi silap mata [magical transaction] yang mengaburi mata rakyat - sebenarnya dalam kes pembelian hutang Talam Corporation ini kerajaan Khalid LEMBU menggunakan sebaik mungkin accounting entries untuk merealisasikan satu transaksi yang lain, RM392 bukannya diselesaikan, tetapi ada pihak yang mengaut untung daripada transaksi tersebut..!
Untuk makluman pembaca, ada seorang wartawan menalipon Blogamaster malam tadi mengadu bahawa ADUN Serdang wakil rakyat UMNO-BN enggan memberikan komen sedangkan pada hari yang sama, ada beberapa pensyarah IPTA dan IPTS telah memberikan berbakul bakul komen negatif yang disiarkan oleh sebuah akhbar harian..!

Isu saham jutaan ringgit Azmin Ali. Tidak ada seorang pun wakil rakyat Yb Yb UMNO-BN “berani” buat desakan agar ADUN Bukit Antarabangsa itu letak jawatan sehingga pihak berwajib selesai tugas penyiasatan terhadapnya..!
Apakah Yb Yb UMNO-BN ini tak ada telor untuk berbuat demikian..? Kenapa..? Pernah suatu masa dahulu seorang sahabat bertanyakan kepada seorang Yb UMNO Selangor kenapa mereka tidak lantang, vokal dan agresif seperti Yb Yb Pakatan..?, jawabnya “kalau aku bersuara, banyak cakap, nanti aku pulak kena “londeh”, kau tengok la apa dah jadi pada Khir Toyo…”.
Itulah dia respon “pondan” daripada salah seorang Yb yang sudah lebih dua kali menjadi wakil rakyat UMNO-BN di Selangor!

Isu Paling BESAR nilai “belasahannya” sebagai Bola Tanggung, tetapi UMNO-BN Selangor LANGSUNG mengambil sikap TIDAK KEPEDULIAN…!!
Perlantikan Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor. Mana pergi Yb Yb UMNO Selangor..? Kenapa DIAM membisu..? Tergamak kesemua Yb Yb UMNO-BN Selangor membiarkan Anwar bakal meliwat harta kekayaan negeri Selangor..?
Bukankah Anwar sedang mendepani perbicaraan kes liwat kali ke dua?
Jesteru itu beliau memang TAK Layak mengendalikan harta kekayaan negeri ini!

Lupakah mereka bahawa Anwar hampir hampir menggadai ekonomi negara kepada kuasa Amerika melalui IMF sewaktu beliau menjadi Menteri Kewangan tahun 1997 tatkala negara negara rantau Asia mengharungi krisis ekonomi kesan daripada manupulasi mainan wang asing oleh Soros yang bersahabat dengan beberapa pimpinan PKR..?
Rakyat Selangor yang sudah mula hilang keyakinan kepada kerajaan Pakatan menanti-nantikan apakah akan ada tindakan bantahan diatas lantikan ini, namun hampanya hati pengundi pengundi melihat Yb Yb UMNO-BN semakin enak tidurnya apatah lagi sekarang ini musim hujan, cuaca pun sejuk, hmmm…!
Dalam isu ini, mantan PM kita Tun Mahathir pun sudah membuka ruang untuk Yb Yb UMNO-BN sambut dengan tindakan sewajarnya, malang sekali mereka langsung tak terkejut daripada dibuai mimpi masing masing..!

Sudah pasti nanti dikalangan beberapa pimpinan UMNO-BN Selangor yang membaca artikel ini akan menjadi berang dan merah telinga…..

Respon mereka akan menceritakan bahawa diperingkat Bahagian dan cawangan masih ada program yang dilaksanakan. Tetapi mari kita sama sama ajukan soalan ini kepada mereka.., “ pernahkah UMNO buat program yang bukan menumpukan kepada kehadiran hanya ahli ahli UMNO sahaja?
Program yang menjemput rakyat serta pengundi seperti yang dikuasai oleh PAS dan PKR..?
Pernahkah UMNO anjurkan majlis penerangan berbentuk Ceramah Umum..?
Daripada 22 Bahagian UMNO di Selangor , hanya dua atau tiga sahaja yang “sedar diri” dan mahu cuba cuba menganjurkan ceramah umum mendekati rakyat… selebihnya hanya alpa dengan program “syok sendiri” tidak memberikan sedikit pun kesan dihati pengundi..

Lihat gambar banner dibawah ini…


Walaupun sudah menjadi kerajaan dinegeri Selangor, namun PAS masih adakan Ceramah Umum untuk dekati rakyat secara terus [live] dan perjelaskan isu isu panas…
Malah mereka masih mahu mengadakan ceramah bukan dalam dewan orang ramai!

UMNO-BN Selangor buat apa..? Tidur lagi…? Bila nak bangun..? Janganlah sampai tak bangun langsung, khuatir nanti kita terpaksa bacakan TALKIN sebelum dikuburkan..!

Inilah wajah wajah Yb BN Selangor, yang “mentekedarah” gaji buta.., mulut penuh dengan emas sampai tak boleh nak buka, tidurnya lena sangaaat sampai berdengkur..!!





Hanya ada dua Yb bukan UMNO, selebihnya pula wakil daripada parti melayu yang ada lambang keris, malang sekali mereka hanya berani pakai lambangnya sahaja tetapi menjadi penakut dan terkedu berdepan dengan 35 wakil rakyat Pakatan…!

Dilihat dari susunan foto foto wakil rakyat UMNO-BN Selangor, hanya wajah Datuk Seri Dr Khir Toyo sahaja yang “tidak disenaraikan” sebagai Yb tidur lena dan mulut penuh emas sehinggakan menjadi bisu….

Soalan CEPUMAS : Dibawah ini adalah nama nama wakil rakyat tersebut, seterusnya para pembaca khususnya rakyat Selangor, cuba padankan nama mereka dengan wajah foto foto yang disiarkan diatas…., pastikan anda mendapat jawapan yang tepat dan betul kesemua 19 mereka!

Warno Dogol [Sabak], Isa Abu Kassim [Batang Kali], Amiruddin Sutero [Jeram], Ismail Sani [Dusun Tua], Raja Ideris [Sg Air Tawar], Subahan Kamal [Templer], Muhammad Bushro [Paya Jaras], Marsum Paing [Dengkil], Shamsudin Lias [Sg Burong], Mohamed Idris [Hulu Bernam], Karim Mansor [Tg Sepat], Abd Shukor [Kuang], Satim Diman [Sri Serdang], Sulaiman Razak [Permatang], Abd Rahman Palil [Sementa], Hasiman Sidom [Morib], Johan Aziz [Semenyih], Wong Koon Mun [K Kubu Bharu], Yap Ee Wah [Sg Pelek].

Kita sayangkan UMNO-BN dan mahu mereka kembali mengambil tahta kerajaan negeri Selangor Darul Ehsan ini, itulah sebabnya artikel kali ini berupa Jumping Smashing sebagai Wake Up Call…!

Jika keadaan tidak berubah, besar kemungkinan Blog ini akan buat penilaian [assessment] prestasi Yb Yb UMNO-BN satu persatu dimasa akan datang , insya allah.
Semoga ada para pegawai pegawai pejabat PM yang “terbaca” penulisan ini dan segeralah laksanakan KPI keatas Yb Yb UMNO-BN Selangor….

11 comments:

pisau.net said...

Memang ada cakap cakap mengatakan mereka ini tidak tahu buat kerja sebagai pembangkang.
Apa yang saya dpt ceritakan serba sedikit,berlaku pertemuan 5 adun umno berjumpa seorang peguam terkemuka,yang menghairankan,mereka yang berlima ini bertanyakan peguam ini,"kami nak buat apa ?datuk" soalan itu memberi gambaran seolah olah ,mereka ini tidak tahu mcm mana nak jadi pembankang yang efektif. Peguam itu kata pada aku,takkan aku seorang lawyer nak ajar yb2 ni,baik aku jadi adun kalau mcm tu..

Satu lagi pendapat aku,mungkin mereka tidak berani sebab sama sama terpalit takut cerita under karpet didedahkanm

Nasihat aku,jgn berbicara soal perjuangan jika tidak berani dilambung ombak. Pru13 umno harus tukar mereka2 yang benar2 tidak boleh buat kerja,jangan hanya dipilih atas dasar lobi siapa lagi kuat.

azlan said...

bro,

dia orang tak biasa jadi pembangkang. Pembodek tu mungkinlah, cuba tenung satu-satu, misalnya karim, warno,amir, mail sani, shukur, subahan dan bushro. Sepatutnya, mereka nilah yg jadi panglima khir toyo. Mereka ni masing-masing sezaman dgn khir semasa jadi ketua pemuda bahagian. Entahlah, agaknya mereka tu dah biasa jadi tikur jatuh ke beras kot?

det said...

gasak bro jangan tak gasak, depa ni tido berdengkor, bangang punya umno selangor, point dah ada depan mata pun tak mau nak tibai lagi.

tu noh omar tu elok letak jawatan je la dari jadi timbalan pengerusi perhubungan negeri, kau nak pegang sampai berapa banyak jawatan? menteri kau nak, timb pengerusi negeri kau nak? ketua bahagian pun kau nak, ahli parlimen pun kau juga, ada masa ke kau nak buat kerja? jangan tamak lah noh oii...

to:datuk najib, timb pengerusi perhubungan negeri, setiausaha, ketua penerangan, ketua pemuda patut kena tukar la... dia orang tu semua tidoo...

bro tolong publish...

Medan Info Kita said...

bro pisau.net,

betul tu..! ramai yb2 yg dah 2 - 3 penggal jadi wakil rkyt TAK BERANI bukak mulot sbb, nanti akan bergugurlah semua yang dimakannya keluar balek...

dlm kes azmin, dah gerenti mereka takut kalau mereka desak azmin letak jwtn, esok lusa nanti PKR dedah pulak saham2 mereka, dokumen2 hartanah mereka, akaun bank mereka, tu la pasal telor masuk kedalam karung masing2..!

ada satu yb "baru" pernah kata kat member kita "yb2 otai diam tak kan la aku nak lebih2.."

Medan Info Kita said...

bro azlan,

tahniah la at least u kenal jugak wajah2 & nama2 yb yb umno tu.

sama jugak ler my resp spt bro pisau.net tadi, mereka2 nie confirm la TAK BERANI bukak mulot sbb TAKUT akan tersiar gbr2 banglo2, kereta2.., lepas tu nanti nak kena turun naik pej SPRM pulak dah..

maka jln terbaik;
ada mata buat2 buta..
ada telinga buat2 pekak...
ada mulot buat2 bisu...

Medan Info Kita said...

ok bro det,

gua siarkan komen lu k..!

Cucu Tok Selampit said...

Cucu Tok Selampit bersamamu Bro MIK di dalam isu ini. Tahniah.

ruang bicara faisal said...

adun2 bn selangor semuanya dah monopaus.

mereka meonopaus cepat sebab lemak byk sgt dlm badan

Lawyer Garang said...

bravo..!!!
really respect your write-up bro, ada class..!!!
i give u 5 bintang la!!

yes indeed very2 much agreed, these umno yb in sgor in deep shit!

now u all jes luk at mca, ini semua akan menyusahkn lg our effort to get back sgor from dap govt...!

mic much rejected bcoz tok sami velu still there

mca really "suey" tak abis2 bergadoh

and to add icing into the cake, umno sgor tido
i also agree kalau ade pun prog umno, semua prog federal govt, stail lama.. bagi duit tekun, sampaikan bantuan..., yg dtg only umno members...,
wat abt rakyat..??????
pengundi bukan ahli umno..????

this article is d best way to WHACK umno leaders,
wake up la woiii..!!!

hanizam said...

woi, YB BN & UMNO...korang tidur lagiker??? bangunlah, PRU 13 tak lama lagi...kalau nak dapat balik selangor, kerja keraslah skit...

aku tengok muka-muka YB ni ada antaranya jenis suka pada kroni je...silap-silap jenis makan rasuah pun ada...langsung takda aura sebagai pembangkang...suka mengampu...kalau menang muka-muka nilah akan kata kami kuat...UMNO @ BN kuat....

kuat korang kata??? kuat tidor, kuat kencing adelah....memang patut PR menang, dulu BN perintah, korang lupa diri...lupa kerja...lupa segala janji pada pengundi...sombong, bongkak...

ni mamat timbalan pengerusi badan perhubungan, jangan dok tulis dala blok, dia saje yang buat kerja...semua dia yang bagus...kalau rasa nak jadi menteri lagi, elok-eloklah buat kerja tu...jangan jaga kawasan sendiri je...kena tengok-tengok kawasan lain...kalau YB lain malas, tibai je...

BRO, ko bagi jumping smash sikit kat laman Blog mamat ni...kasi dia bangun skit...kalau tak silap hatimalaya@blogspot.com.. ni hati ayam adelah...

bangun..bangun...jangan makan elaun buta je YB Oiii....jalan sampai satu masa, kena baling dengan telur busuk lak ye....mau seharian tak hilang bau...seumur hidup akan terpahat YB kena baling telur busuk...

dagey@bungkill said...

yg ni je yg ak sokong ko