Monday, November 9, 2009

Tindakan BANGANG Ketua AMK Selangor...!

Bodoh macam lembu, begitulah perumpamaan zaman berzaman sejak kita mempelajari bahasa melayu…..

Tindakan paling BANGANG oleh sekumpulan anak anak muda yang kuunuunnya mahu menjadi benteng kepada pimpinan Khalid LEMBU ternyata memakan diri sendiri.

Pagi tadi bertempat di perkarangan Dewan Undangan Negeri Selangor, AMK Selangor membuat bantahan keatas tindakan ADUN Pelabuhan Klang yang baru baru ini mengumumkan keluar parti PKR dan menjadi wakil rakyat BEBAS menyokong BN.

Mereka bertindak mahu menyerahkan Memorandum Bantahan kepada Yb Badrul melalui pejabat Speaker DUN Selangor. Sms yang mula beredar sejak petang semalam mengajak ramai ahli ahli AMK seluruh Selangor memberikan tekanan agar ADUN Pelabuhan Klang itu meletakkan jawatannya sebagai wakil rakyat agar dapat diadakan satu pilihanraya kecil yang pertama di negeri pemerintahan Khalid LEMBU.

Malang sekali tindakan bangang ini sah mendapat tentangan Speaker DUN Selangor sendiri, Yb Teng Chang Khim yang turut menegur “ ….ini satu tindakan tidak sopan.., mereka boleh serah memo tapi jangan anggap pejabat speaker pejabat pos… pejabat speaker harus dielakkan daripada terlibat di dalam gerakan politik sedemikian,” katanya ”.

"Saya minta AMK ambil kembali (memo) itu daripada pejabat saya. Saya tidak akan serahkan kepada Badrul,” tegasnya lagi.

Sila
klik sini untuk baca laporan.

Menggunakan bahasa yang lebih sopan, perkataan bangang boleh disama tarafkan dengan “kurang bijak” memanglah bersesuaian dengan apa yang berlaku…., sepatutnya Ketua AMK Selangor pastikan apa sahaja tindakan yang beliau laksanakan mendapat “endorsement” daripada Yb Yb yang “sama waktu dengannya..”

“.....memang nampaklah mereka yang anjurkan bantahan ini terdiri daripada golongan yang “kecewa” kerana kempunan nak jadi Yb…., maklumlah dah sah tak ada pilihanraya kecil di Pelabuhan Klang..” sahut seorang rakan karib Yb Badrul.

2 comments:

Fazli Salleh said...

maaf..

blog yang sarat dengan kata makian dan kesat.

Jeffry said...

AIKK FAZLI?..PERKATAAN BANGANG TU KESAT SGT KE KLU NK DI BANDINGKAN DGN KOMEN2 DI BLOGGER PENCACAI PAKATAN? HEHEH..KLU MARAH PUNN JGN LA CAMTU..TAU LA PAKATAN TGH KELAM KELIBUT SKRG NI KEHKEHKEH