Monday, November 30, 2009

UMNO-BN Sgor Tidor Part 2 - Kenapa Buat Kenyataan Paling BAGHAL..?

Bodoh macam Lembu…
Malas macam Keldai….
Diantara dua darjat si Lembu dengan si Keldai ini terdapat seekor lagi haiwan yang memiliki kedua-dua sifat yang disebutkan tadi. Haiwan ini dipanggil BAGHAL..!

Tatkala ada kumpulan Bloggers yang terlalu peka dan sayangkan nasib sedang dan bakal menimpa UMNO-BN Selangor, namun agak menyedihkan apabila muncul pula seorang anak muda yang memikul tanggungjawab sebagai ketua salah satu sayap kepada parti lambang keris ini untuk membuat kenyataan yang lebih lesu…!!
Akhbar Sinar Harian semalam telah mendapatkan respon daripada Ketua Pemuda UMNO Selangor, Suhaimi Mohd Ghazali keatas artikel dibeberapa blog yang menyatakan bahawa Yb BN di Selangor sedang tidur. Klik sini untuk membaca artikel dari Blog Medan Info Kita.

Artikel yang disiarkan di akhbar Sinar Harian bertajuk “Bukan Senang Mahu Rampas Selangor”.

Kenyataan yang nampak lesu, letih, lemah longlai ini TIDAK sepatutnya lahir dari seorang anak muda yang diharapkan mempunyai nada yang lantang, vokal, ofensif apatah lagi beliau sebagai Ketua kepada benteng parti melayu terunggul dinegara ini..!!

Seperti dijangkakan, setelah Bloggers menyiarkan artikel artikel yang kritis keatas UMNO-BN Selangor, sudah pasti respon yang akan diberikan bersifat “stereo-type”. Maka, Suhaimi pun turut sama “menjiwai watak” tersebut apabila menyatakan bahawa beliau “percaya” UMNO-BN Selangor sedang bergiat aktif dengan program di Bahagian dan kawasan masing masing dan tidak perlu dihebohkan… Inilah dia yang Bloggers maksudkan Program SYOK Sendiri…, yang hadir hanya ahli ahli UMNO untuk duduk diatas kerusi dalam dewan berhawa dingin, menjamu selera “bihun UMNO”, "karipap UMNO", ada yang juga yang berharap dapat “salam isi” daripada ketua cawangan mereka agar boleh cover duit minyak setelah hadir ke program tersebut…!

Kenapa Suhaimi tidak jawab tindakan mereka keatas beberapa Bola Tanggung yang disajikan oleh artikel artikel mengkritik UMNO-BN Selangor..?

Amat malang sekali nasib rakyat Selangor yang mahu melihat UMNO-BN kembali berkuasa apabila semua isu isu Bola Tanggung hanya dibiarkan begitu sahaja tanpa sebarang usaha daripada pemimpin UMNO-BN gunakan sebaik mungkin untuk mengkuburkan kerajaan Pakatan PKR-DAP-PAS..!

Secara logik akal, adalah sesuatu yang bodoh untuk mengatakan kepada musuh bahawa kita tidak akan dapat menewaskan mereka. Adat pendekar bertarung semestinya yakin dengan kemenangan dan melaungkan semangat untuk lawan membawa pulang kejayaan..!

Sekiranya ada pun sebarang kelemahan, kita seharusnya memikirkan dan mengaturkan strategi untuk mengatasinya. Janganlah kita menyatakan kepada musuh apatah lagi menyerah kalah sebelum masuk gelanggang pertarungan..!! Inikah semangat yang lahir daripada seorang Ketua Pemuda yang seharusnya menjaga benteng parti UMNO..??

Sepanjang tempoh sebelum Pakatan Pembangkang mencipta kemenangan, sewaktu berceramah, pemimpin mereka akan melaungkan slogan untuk MENANG dan TAWAN sesebuah negeri walaupun mereka sendiri tidak pasti samada kejayaan itu akan muncul atau pun tidak. Maka tiupan semboyan semangat itulah yang kini terus menerus membawa rakyat berbondong-bondong menyertai mereka…!

Disebaliknya jikalau Pemuda UMNO Selangor hanya mampu menyerah kalah sebelum berjuang, jangan hendak diharapkan sokongan rakyat akan bertambah, malah yang tinggal masih menyokong pun tidak mustahil akan berpaling tadah..!!

Saksikan disini beberapa rakaman membuktikan UMNO-BN Selangor masih tidur atau dalam bahasa yang lebih sopan MEMBUTA..!!

Banner ucap Selamat Hari Raya Aidil Adha oleh wakil Pakatan Pembangkang yang bukan beragama Islam…, malang sekali tidak kelihatan langsung banner daripada UMNO dikawasan tersebut…!
Ini pula banner Ceramah Umum oleh Pakatan Pembangkang di Selangor yang mahu menjelaskan kepada rakyat kenapa UMNO-BN tidak akan merampas kembali Selangor.
Penerangan UMNO Selangor tak teringin buat kempen atau road show untuk rampas Selangor..??
Adakah sebarang kemungkinan Ketua Penerangan UMNO Selangor bersetuju dengan Ketua Pemuda UMNO Selangor bahawa “Bukan Senang Mahu Rampas Selangor"..??

14 comments:

salleh said...

Dia memang KP Selangor yang paling lembik sekali. Abang saya merupakan KP bahagian sering mengeluh tentang perangai Suhaimi mengendalikan mesyuarat negeri.Banyak yang tidak tegas dalam keputusan.Banyak keputusan mesyuarat dipengaruhi oleh Hj.Leman SUK Pemuda Negeri, bekas pegawai khas beliau di semasa jadi wakil rakyat.

Ini berpunca dari KJ kerana melantik rakan2nya sahaja sebagai KP Negeri.Asal sokong KJ semua jadi KP negeri. Juga bermasalah di Perak dan Johor. Hanya 5 Bahagian sahaja yg sokong KJ, 16 Bahagian lagi sokong mukriz dan khir toyo.

Barisan pegawai pemuda Negeri juga sangat lemah. Zainurin KP Klang sebagai naib KP Negeri gagal berfungsi gaduh dgn ketua bahagian, Bendahari Samad - gila projek peribadi, Azmir -K Penerangan, sering tidur dan tidak hadir dlm mesyuarat negeri,kerap balik awal.

Suhaimi adalah KP Negeri yang setiap bulan ke luar negeri. Tolong check dgn Imigresen. Sering gagal hadir mesyuarat pengurusan UMNO Negeri.

Semua kp bahagian tahu yang beliau adalah kp yang fail. Dato Noh tak boleh buat apa2, KJ lantik tanpa runding dengan beliau. Ibarat berperang dengan disokong panglima yang lembik.Pada hujung bulan 12 kp ini akan disogok ke Jakarta.Kalau nak corfirm tanya SUK Pemuda.

Semua orang tahu jika Suhaimi masih KP Selangor tak ada apa yang boleh dibuat

Mazlees Sarong said...

bro, gua setuju..!

bihun umno & karipap umno paling sedap dlm dunia!

pisau.net said...

malu oii..ketua pemuda negeri cakap macam tu, takde langsung semangat berjuang, ini lah jadinya kalau bukan anak jantan jadi kepala.
selepas ni ketua pemuda selangor elok pakai skirt 'pink' .

Umno selangor! teguran dah dibuat ,apa tunggu lagi, BANGUN LA! tak payah beretorik sangat

A.Rangkuti said...

Tengoklah pula siapa ketua pemuda UMNO.Mungkin pemuda selangor tersebut diantara 300 lebih yang menyokong memberi undi kepada KJ. Kalau KJ kata tidor, tidorlah mereka.

Musang Terbang said...

Terkejut pun ya, tak percaya pun ya, rasa pelik pun ada jugak, melopong dibuatnya sudah tentu!

Tak pernah dengar pun nama Ketua Pemuda Negeri Selangor yang ini. Wujud ke dia ini?

Seorang Ketua Pemuda UMNO terutamanya di Negeri yang dikuasai oleh Parti lain seharusnya bersedia menerajui, menentu, malah membentuk kepimpinan agar dikenali dan diterima semula oleh Rakyat. Kalau setakat mengikut arus dan takut untuk menegakkan perjuangan, baiklah beri jawatan tersebut kepada yang lebih berani, kreatif dan terampil serta tidak tidur berlebihan.

Seorang Ketua Pemuda seharusnya dikenali ramai dikawasannya. Bagi yg ini tentulah di Selangor. Dari itu, dia perlu menlaksanakan pelbagai aktiviti berpolitik dan kemasyarakatan serta idea - ideanya sampai ke bawah.

Dengan ini barulah integritinya akan diperkatakan. Jika tidak, sila beri jawatan tersebut kepada orang lain yang lebih berani dan berkesanggupan.

Ini zaman untuk bejuang dan bukannya zaman semua mudan dan boleh diatur. Sila ubah cara berfikir, jika tidak perubahan yang diinginkan oleh rakyat tidak akan muncul dan akan lebihlah lama masanya Parti lain memerintah Selangor.

Kalau tidak sanggup, saya seru agar tukarkan kepada yang lain! Ramai lagi yang mampu!

SangGuna said...

semalam kat melaka daerah pantai kundur ada ceramah pas, tak ramai yg datang cuma aku heran knp org umno tak nak buat ceramah mcm diorang ni.
padahal keadaan skrg ada byk fakta yg boleh diterangkan kepada rakyat tentang penyelewengan dan pembohongan PR.
tapi yb2 umno tak nak ambil kesempatan, jgn2 kat melaka pun diorang tido jugak.

langhafur said...

Salam Bro
Jangan salahkan Ketua Pemuda tu 100%. Kalau mau rakyat patah balik kat UMNO, Lu orang bikin 1 perkara je dulu: bersihkan nama Khir Toyo dgn cara pro( femes sangat diani dengan tuduhan rasuah). Kemudian diikuti yang lain2. Bila rakyat rasa UMNO ni bersih, wa gerenti yang ramai atas pagar dan benci UMNO akan kembali pada UMNO. Ada bran..?

Hashim said...

http://www.easy-share.com/1908575648/Pendedahan 1.flv

GEmpar beb

Once A Fighter, said...

langhafur, Anwar pun sangat popular dengan tuduhan rasuah, salah guna kuasa dan salah laku seks. Tapi kenapa masih ramai yang ikut dia?

DS Khir Toyo dah pun disiasat SPRM. Kenapa nak tunggu nama DS Khir Toyo bersih baru nak sokong UMNO? UMNO tu bapak DS Khir Toyo punyakah? UMNO itu parti yang telah membantu orang Melayu selama lebih 50 tahun. Bila hal bantuan & sokongan, semua berebut cari orang UMNO, berebut ke pejabat UMNO. Kenapa bila nak sokong kena tunggu nama DS Khir Toyo bersih?

jiwakita said...

salam.....

Pemimpin UBN Selangor nie dok tunggu jer..
mereka hanya mengharap media arus perdana
memainkan peranan bagi pihaknya yg dianggap lebih luas dan berkesan...

hasilnya nanti diraih sahaja tanpa
bersusah payah!...

lihat sahaja keliling kita...pemimpin
UBN selangor TIDOR...penyokong taksub
PR dah mula sedar contohnya kebodohan
pemimpin mereka>>

Diharap tersedar dari TIDOR..mula
berkerja kuat tarik sokongan untuk
mengundi pula keatas BN...

Kalau tidak sia-sia sahaja peluang keemasan dan undi berharga yg
diperlukan itu...

Anak Perelih said...

saya sokong penuh kenyataan :
UMNO selangor "Bodoh macam Lembu…"
UMNO Selangor "Malas macam Keldai…."
UMNO Selangor "Haiwan ini dipanggil BAGHAL..!"

malah semua pemimpin UMNO adalah Baghal, lembu dan kaldai!!!

dagey@bungkill said...

mampus lh umno
ak memang suke kalo parti mcm umno ni mampus
lg bgs

hlekir said...

Kat tempat aku, ketua pemuda UMNO merangkap AJK bahagian merangkap kontraktor..kalau bawa kete gerenti tak berenti kat traffic light. Macam ni ke nak bela rakyat ??

printouch said...

nak order bihun ngan karipap umno leh tak?