Saturday, December 19, 2009

Apakah Peranan Sebenar Bala..?

Inilah dia kiriman email daripada seorang followers Blog Medan Info Kita. Pengirim mohon agar disiarkan kerana pada hematnya kemunculan semula P Balakrishnan mempunyai motif jahat untuk mengaitkan isteri YAB PM kita Rosmah Mansor dalam kes pembunuhan Altantuya ….

Sekiranya kita hayati klip video terbaru pengakuan Bala, memang lebih banyak kemusykilan sepertimana yang boleh kita baca kupasan dari rakan Bloggers kita The Unspinners,
klik sini.
Malah memang agak pelik juga kerana setiap kali Bala mahu membuat pengakuan akan melibatkan salah seorang peguam yang memegang jawatan dalam PKR, kenapa..?

Berikut adalah kandungan email yang dikirimkan kepada Blog Medan Info Kita ;-


P. Balakrishnan suatu masa dahulu pernah menjadi Penyiasat Persendirian, kini beliau mengembara tanpa destinasi seperti seorang “Pelarian” tetapi akhirnya muncul semula membawa cerita baru secara sembunyi persis seorang penakut…

Kembali ke tanahair kita Malaysia dan jelaskan bagaimana sebenarnya beliau telah terlibat dalam pembunuhan Altantuya adalah jalan yang terbaik daripada terus menjadi pembohong sepanjang hayatnya.

Walaubagaimanapun umum sudah tahu bahawa terdapat dua kenyataan media yang berbedza dan akhirnya Bala “menghilangkan”diri dari negara ini. Beliau telah diupah untuk berbohong didalam Akuan Bersumpah tetapi selepas itu terpaksa membuat satu lagi Akuan Bersumpah menafikan apa saja kenyataan yang pernah dibuat sebelum ini. Jelaslah bahawa beliau telah sanggup untuk bertindak seperti “sold his soul to the devil”

Kenapakah Bala muncul lagi sekarang, dan kemunculannya pula hanya pada internet melalui website dan blog tertentu sahaja...?
Adakah apa saja wang habuan yang beliau telah ambil sebelum menghilangkan diri semakin surut dan pulang kesini untuk membakar semula sentimen, membuat “double-dealing” dan memeras ugut pihak yang sama pernah memberikan wang habuan kepadanya sebelum ini..?

Mengembara dan tinggal diluar negara memerlukan belanja yang besar, dan daripada karektor beliau yang diperhatikan, memeras ugut adalah jalan pintas dan satu satunya cara untuk memenuhi cara kehidupan beliau masa kini.

No comments: