Monday, December 7, 2009

BTN : Kenapa Ikut Rentak Tarian Pembangkang..? Ikutlah cakap Tun M

Barisan jemaah menteri dalam team Najib masih lagi terkapai kapai seperti dikuasai oleh AURA seorang bekas pemimpin mereka yang bakal dibicarakan sekali lagi dalam kes liwat, siapa lagi kalau bukan namanya Anwar Ibrahim..!!

Pakatan Pembangkang menggunakan remote control dengan menekan butang “Exco Selangor” bagi memulakan agenda mereka mahu “Godam” brain-child atau pun suatu produk BN yang sudah bertahun tahun lamanya diguna pakai.

Latihan Biro Tata Negara [BTN] kini cuba dirobek oleh Anwar Ibrahim yang menggunakan kerajaan negeri Pakatan untuk melaksanakan impian mereka. Bermula dari kerajaan pimpinan DAP Selangor dan disambut baik oleh kerajaan DAP Pulau Pinang.

Sebenarnya agenda yang bersarang dalam benak fikiran Anwar sememangnya mahu “divert” semua isu daripada memberikan tumpuan kepada kes liwat beliau. Bukankah Anwar Ibrahim, Khalid Ibrahim dan Hassan Ali diantara tokoh tokoh yang pernah terlibat dengan kursus BTN sebelum mereka menyertai jemaah Lim Kit Siang dan Tok Guru Haji Hadi…?

Secara sifir yang mudah boleh dirumuskan bahawa kursus SPIES yang kini diperkenalkan di negeri Selangor lebih bertujuan untuk membuka ruang kepada pemimpin Pakatan menyerapkan pula fahaman serta ideologi politik mereka. Disamping itu juga inilah peluang untuk pimpinan Pakatan menyajikan “side income” kepada kroni kroni yang terlibat dalam kursus SPIES anjuran mereka…..

Agak memeranjatkan juga melihat beberapa pemimpin kerajaan yang MELATAH sehinggakan Dato Nazri Aziz membuat kenyataan mahu mengubahkan modul modul latihan BTN agar dapat menepati citarasa pencapaian Gagasan SATU Malaysia.

Disini terserlah bahawa Anwar, Lim Kit Siang, Hassan Ali telah berjaya mengajak pemimpin BN-UMNO menari mengikut rentak mereka, maklum sajalah sekarang musim Sehati Berdansa….

Seharusnya BN-UMNO tak perlu layan karenah Pakatan Pembangkang ini. Ada satu soalan yang cukup mudah boleh kita ajukan kepada Dr Halimah serta kesemua pemimpin Pakatan Pembangkang.... “Kenapakah mereka tidak pernah halang anak anak mereka untuk ke sekolah kerajaan..? Semua sekolah dalam negara ini dikendalikan oleh Kementerian dibawah kerajaan UMNO-BN..! Demikianlah cadang seorang sahabat Blogmaster yang berpendapat bahawa Tun Mahathir masih diperlukan untuk “melayan karenah” politik pembangkang ini sehinggalah Anwar Ibrahim nanti dinyahkan daripada persada politik tanahair…

5 comments:

Mohd said...

DS Najib silap le utk melantik si Nazri ni sbg menteri. Bukankah dia ni orang kuat Pak Lah flip flop yg ada kaitan dgn T 4? Sekarang tengok, dia suruh BN menari ikut rentak PR.
Kerajaan persekutuan senang aje nak ambil tindakan. Jangan bagi pinjaman PTPTN kpd pelajar2 yg tidak mengikuti kursus BTN. Sebab rugi saja duit kerajaan beri bantuan kpd pelajar yg tidak akan mengenang budi! Jika pelajr ini mahu bantuan mintalah saja kpd kerajaan negeri.

Once A Fighter, said...

Nazri Aziz ni memang bongok! Patutnya DS Najib hantar Nazri ni masuk sekolah balik. Memalukan kerajaan, mengabihkan bogheh!

Demang Lebar Daun said...

Sebelum Lim Kiat Siang pergi kursus BTN, elok le Nazri dikursuskan dulu. Dia pernah tengok ke modul terbaru BTN?

orangkampung said...

Saya minta menteri yang macam ni di keluarkan dari barisan kabinet DS Najib....Nampak macam buat-buat macho tapi sebenarnya haprak jugak. Flip flop macam bekas ketuanya yang terdahulu.

Gunakan sepenuhnya kepakaran DR M untuk menidakkan segala tuntutan pembangkang. Negara ini adalah negara demokrasi terpimpin...Benda yang boleh menyebabkan berlaku ketidak stabilan sepatutnya boleh ditangai oleh pemimpin kini dan bukan ikut suka pembangkang.

Ikutlah seperti singapura...kalau kata hitam maka hitamlah...kalau kata putih maka putihlah...kuasa ada ditangan anda dan bukan pada pembangkang..

Adakah anda risau cina India tak menyokong anda..atau takut dengan pembangkang...

Belum terlewat untuk anda menangani pembangkang di negara ini...wallahualam

azlan said...

Bro

Kalau rajin, cuba cari pamphlet "Selangor hub Pendidikan". Ada gambar, Dr Halimah masa muda-muda. Macam brochure produk kecantikan/kesihatan wa cakap lu....