Monday, December 21, 2009

EXCLUSIVE..!! Ini Dia Wajah Wajah Ahli Parlimen "TER"Ponteng

Sepertimana yang Blog ini janjikan pada posting bertajuk “Eloklah Kalau PM Buat Kenduri Kesyukuran”, boleh KLIK sini untuk membaca lagi.

Maka untuk kesekian kalinya di sajikan disini wajah wajah wakil rakyat BN yang TERponteng pada hari pengundian meluluskan Bajet 2010 di Dewan Rakyat 14 Disember 2009.

Kemenangan hanya dengan perbezaan 3 undi mengekalkan kerajaan Najib-BN tetapi yang menjadi persoalan pokok disini ialah kehadiran Ahli Parlimen BN sangat sangat MENGECEWAKAN rakyat jelata…!

Sungguhpun kita sudah menarik nafas lega apabila usaha usaha dari wakil rakyat DAP, PKR & PAS gagal untuk mengambil alih kerajaan secara teknikal, tetapi kehadiran wakil BN hanya 48% mestilah dianggap GAGAL..!!!
Manakala kehadiran wakil rakyat Pakatan sebanyak 78% dilihat jauh lebih bertanggungjawab dimata rakyat 1 MALAYSIA.

Ramai juga pemerhati politik yang menyedari peristiwa ini telah memanjatkan rasa syukur kehadrat Alllah swt kerana negara kita TERSELAMAT daripada menerima bala menyaksikan Anwar Ibrahim mengambil alih kuasa Perdana Menteri dan melantik Lim Kit Siang sebagai Timbalan beliau…..

Berikut adalah wajah wajah Ahli Parlimen yang TERponteng dan hampir hampir menyebabkan tahta YAB PM Najib Tun Razak diserahkan kepada Anwar Ibrahim!
Senarai berikut terdiri daripada Menteri, Timbalan Menteri dan Ahli Parlimen yang tiada jawatan dalam kabinet kerajaan.

MENTERI
Tambun – Husni Hanadzlah, Tasik Gelugor – Nor M Yackop, Penampang – Bernard Dompok, Sembrong – Hishamuddin, Bagan Datok – Zahid Hamidi
Semporna – Shafie Apdal, Marudu – Maximus Ongkili, Betongi – Douglas Uggah, Pasir Gudang – Khaled Nordin, Jelebu - Dr Rais Yatim
Jeli – Mustapa Mohamed, Lumut – Kong Cho Ha, Kemaman – Shabery Cheek, Tampin – Shaziman Mansor
Tg Karang – Noh Omar, Segamat – S Subramaniam, Raub - Ng Yen Yen, Kimanis - Anifah Aman

TIMBALAN MENTERI
Baram - Jacob Dungau, Bt Pahat – Puad Zarkashi, Beaufort – Lajim Ukim, Cam Highland - Devamany
Jerlun - Mukhriz Mahathir, Kampar – Lee Chee Leong, Kluang - Hou Kok Chung, Larut – Hamzah Zainuddin
Muar - Razali Ibrahim, Papar – Rosnah Shirlin, Pontian – Ahmad Maslan, Sg Besar - Noriah Kasnon


AHLI PARLIMEN – BUKAN AHLI KABINET MENTERI
Alor Gajah - Fong Chan Onn, Bintulu - Tiong King Sing, Bukit Katil - Md Sirat, Bt Sapai - Edmund Chong, Batang Sadong - Nancy Shukri
Gelang Patah – Tan Ah Eng, Gua Musang – Razaleigh Hamzah, Hulu Rajang, Billy Abit, Igan – Abd Wahab, Jerantut – Tengku Azlan
K Batas – Abdullah Badawi, K Kangsar – Rafidah Aziz, Kalabakan – Ghapur Salleh, Kangar – Radzi Sh Ahmad, Keningau – Joseph Pairin
Kinabatangan – Bung Mokhtar, K Tinggi – Syed Hamid Albar, Kulai – Ong Ka Ting, Lanang - Tiong Thai King, Lawas – Henry Sum Agong
Libaran – Juslie Ajirol, mamboing – James Dawos, Mas Gading – Tiki anak Lafe, Mukah – Leo Michael Toyad, Pasir Salak – Tajuddin Ramli
Padang Besar – Azmi Khalid, Pengerang – Azalina Othman, Pulai –Nur Jazlan, Putatan – Makcus Mojigoh, Putrajaya – Tengku Adnan
Rembau – Khairy Jamaludin, Rompin – Jamaluddin Jarjis, Seria – Richard Riot, Setiawangsa – Zulhasnan, Sibuti – Ahmad Lai Bujang
Tebrau – Teng Boon Soon, Tg Batu – Idris Haron, Tg Malim – Ong Ka Chuan, Tg Manis - Norah Rahman, Tuaran – Mujilip Bumburing


Dimaklumkan juga bahawa seramai lima [5] Senator yang dilantik menjadi Menteri dan tujuh [7] lagi Senator yang turut dilantik sebagai Timbalan Menteri tidak layak untuk menyertai pengundian didalam Dewan Rakyat.


33 comments:

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

seharusnya blogger perlu bertanggungjwb di atas tulisan ini kerana penjawat spt menteri, timb menteri bertugas utk melaksanakan tugas kementerian dan bertemu rakyat. perkataan ponteng adalah keterlaluan dan jgn sampai tulisan ini digunakan semula untuk mengelirukan pengundi, masa itu terlewat utk kita memberi penjelasan. harap blogger menerima pandangan ini.

kapalkorek said...

Bismillah...
Ya! Allah kenapa sampai jadi cam ni, kapalkorek merasakan wakil rakyat BN yang telah diamanahkan perlu dan wajib menjawab kenapa dan bagaimana mereka tidak boleh berada di parlimen,Tetapi jika takdir menyatakan bahawa yang salah tetap salah, yanmg benar tetap benar! Insyaallah tiada apa yang akan berlaku kelak.Takbir (Demi Islam dan Melayu)Kawan-kawan sila layari kapalkorek-kapalkorek.blogspot.com (Thanks)

PUTRA MERDEKA said...

agak-agak apa tindakan DS Najib bro? ada berani???
salam

Medan Info Kita said...

Tun Faisal,

salam bro,
blogmaster sedia maklum memang la menteri2 & timb ada "exemption" sbb tugas2, sbg contoh shabery cheek waktu itu bersama kontijen sukan sea di Laos...

Its nothing wrong utk kita bagi full list absentees ini, dan biarlah masing2 bagi reason kpd public, nanti pengundi justify sendiri,
and if "kesemuanya" memang ada "tugas" sampai ke malam pd hari tu then ok la, everyone have to accept,
jgn pulak nanti ade menteri atau timb menteri "kantoi"..
according to tv3 news semalam, ada yg "tak dpt dikesan" waktu itu and pls remember, our most beloved PM kena bergegas tinggalkan function segera ke parlimen pada mlm tersebut..!

Bro,
all the abv dah pun blogmaster jelaskn at earlier posting tajuk "Eloklah Kalau PM Buat Kenduri Kesyukuran" pls read at paragraph ke 10, ok bro..

Our info bg tau di sebelah Pakatan, Yb2 yg absent mlm tu sbb terlibat dgn ibadah haji pun tetap bg penjelasan kpd boss2 mereka.

Honestly, blogmaster sendiri pun anxious to know, apakah benar saki baki menteri & timbalan menteri yg tak dtg tu betul2 "bertugas" malam tersebut sehinggakan tak boleh nak lari sekejap ke parlimen..?

Of course la our main target adalah Yb2 tak berjwtn dlm kabinet

Anyway bro, let our PM get all the reply from them..

Perkataan "TER"ponteng dah kira cukup berlapik la tuh, tak kan lah pemimpin kita nie mcm puteri lilin, tak boleh kena tegur pulak...?

Primus said...

Memang hampeh YB-YB yg tidak hadir ni. Tidak bertanggungjawab dan tidak sedar diri BN dah tak kuat masih berlagak. Jangan jadi alasan bertemu rakyat utk tidak hadir. Ini tugas hakiki YB membincangkan hal ehwal rakyat.Minta YAB PM senaraikan YB-YB yg tidak hadir ini. Rakyat nak nilaikan KPI mereka-mereka ini.Menteri Penerangan (yg tidak turut hadir atau ponteng atau malas atau tidak bertanggungjawab)iklankan nama-nama YB-YB ini di RTM.

Medan Info Kita said...

Tun Faisal,

sorry bro, terlupa pulak..
anyway, thx so much 4 your pandangan.

salam

Syed Hazari said...

Datuk Mukriz waktu itu berada bersama Tun Mahathir dinner di rumah Marina. So dimaafkan kerana dia ANAK BAPAK.

Once A Fighter, said...

Syed Hazari,

Anda ada bukti?

Warisan Tamar @ KL said...

KJ pun tengah dinner sambil borak pasL PROJEK rumah baru bapak mentuanya..TUN LAH!...Kira kasi ampunlah...sebab anak bapak mertuaku!

KOMANDO BRIGED MOHON SETIA said...

salam

Kenapa harus takut pada posting ini? Salah ke kami bloggers dan juga rakyat biasa menegur pada benda yg tak betul? Lagi 3 undi Bn hampir tumbang adakah kita masih mahu hanya melihat? Teguran ini perlu keras dna wajar dijadikan teladan pada semua..
Kekeliruan itu wajar dijawab sendiri menteri dan timb menteri yang kononya sibuk sgt....

Jeffry said...

SLM BRO. INI SATU PERINGATAN KPD YB2 BN DI MASA AKAN DTG. BTUL CKP BRO KITA KNA FHM MSLH MEREKA. TP HARAP2 YB2 HENDAKLAH SENTIASA PEKA DLM KEJADIAN2 SEBEGINI. BUKAN APA..TAKUT KITA REBAH DULU SEBELUM 'PEPERANGAN SEBENAR BERMULA'

HARAP2 KERAJAAN ADA JLN PENYELESAIAN UTK MENANGANI KEJADIAN TERSEBUT AGAR TAK AKAN BERULANG LG

GOMO said...

Apa sekalipun pujian aku berikan buat bro medan info kita ni. Memang di nantikan mereka yang tidak hadir ke parlimen tempoh hari. buka untuk mengaibkan atau memburukkan mereka ni. Tapi nak tunjukkan pada rakyat ketelusan kita di dalam pihak pro kerajaan.

gambar dah publish, so mereka yang ada tu berikan je lah penjelasan kenapa tidak hadir ke parlimen.

yang ada alasan tugas, kita dah maklum. tapi kita tidak boleh pilih kasih dalam mengeluarkan gambar ni. so kita letak semua. sendiri jawap lah nanti...

AntiHipokrit said...

Aku setuju bro medan. Kita ni blogger, tegur salah tak tegur salah. And furthermore we are not paid blogger. Kita buat kerja demi agama bangsa dan negara.

Soalan aku, kenapa KEPALA BN iaitu DS NAJIB sendiri lebih UTAMAKAN Majlis RASIS Sekolah Menengah Persendirian Cina, siap promote Bahasa Mandarin?

Kenapa beliau sendiri tidak ingat atau buat lupa2 atau TIDAK MENGAPA dengan debat budget tersebut?

BAPAK BOREK ANAK RINTIK. Jgn jadikan JAWATAN PM SEBAGAI EXCUSE!!!. Sebab pertaruhannya adalah MARUAH KERAJAAN dan BN sebagai PARTI PEMERINTAH. Just my 2 cents.

Lawyer Garang said...

bravo la bro medan info, cayalah..!!

gud job, well done on yr homework.
byk jugak ler muka2 yb yg kita tak kenal langsung, tak femez + pemalas kaki ponteng lagi..!!!

i think bro tun faisal tersentap bcoz his ex-boss hishamudin pun dlm list yg ponteng kot..?

det said...

jangan cuba tegakan benang yang basah, benang yang basah takan boleh tegak, seorang mp tak kira la dia menteri, timb menteri atau mp biasa dia patut tahu sidang mana yang dia patut hadir full day, half day atau sidang mana dia nak ponteng, dalam kes ni, menteri, timb menteri dan mp bn patut di salahkan, terang-terang depa salah, come on la, parlimen bukanya bersidang 365 hari, parlimen bersidang setahun 3 kali je, di sebapkan semua mp bn ni dah naik lemak, tu pasal anwar setting utk tergolekkan kerajaan dengan cara macam tu.

contoh menteri kdn patut datang la pasal hari tu orang tengah bahaskan bajet untuk kementerian dia, apa salahnya dia skip program pada hari tu, lain kali kalau kau nak ponteng tu kau punya pasal la.

ingatlah ini amanah yang rakyat bagi kat korang, jadi jangan pusing cerita yg korang tak hadir tu kononnya korang ada program bersama rakyat, alasan tu dah tak boleh pakai lagi, sedangkan pm sendiri pun boleh bergegas datang kenapa yang lain tak boleh datang dan memang selalunya kehadiran mp bn memang tak pernah cukup pun.

Pejuang Bangsa said...

Perkara yg lepas harus dijadikan pengajaran oleh semua MP BN ..

Istilah ponteng sy rasa tidak berapa sesuai , kebanyakan menteri dan timbalan menteri mempunyai tugas .

anak toyol said...

Tkn mangkuk2 ni tk tau atau tk diberitahu akn peri mustahaknya kehadhiran mrk utk tujuan mengundi?
Aku panggil diaorg ni mangkuk sbb sama standard mcm aku..mangkuk jugak.
Klu aku jadi MP aku tkn jadi mangkuk mcm diaorg...mcm aku..
mangkuk betul!aku sdri dh confused..

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

sebab itu saya tegur, jgn pula kita ghairah menegur, mahukan org lain menerima teguran, tp ironinya kita pula yg tak nak terima teguran.. :)

tak salah nak menegur, tp jgn sampai ia disalah gunakan oleh pembangkang; kita semua berjuang di alam siber, saya rasa kita berpengalaman cukup utk lihat apa yg diguna semula utk kita, terutama oleh pemimpin2 atas dan bekas pemimpin yg lupa bahawa ada gurkha yg bermati2an berjuang di bawah ini menentang pembangkang hampir sepanjang masa dlm 24 jam yg ada.

jgn pula kita menjadi seperti mereka.. :)

orangkampung said...

Bagi aku baik BN atau Pakatan kena bagi penjelasan. Tidak terkecuali. BN nampak bayak sebab banyak menteri dan timbalan menteri yang mungkin terpaksa berkhimat untuk rakyat pada masa tersebut.....yang tak punya alasan konkrit baik pakatan atau BN mereka-mereka ni haris dikena tindakan tatatertib....terserah kepada Pakatan atau BN nak kenakan tindakan terhadap mereka ini. salam

ustazSAID said...

Salam, eloknya posting ni ditarik balik kerana memalukan....haha, spt kata Tun Faisal, Exco kita. Begini ja mentaliti kita, langsung x boleh menegur pemimpin 'kesayangan' kita yg pegi ntah ke mana masa tu. Kesian dpt exco mcm ni...
2 org x payah carik la @ bg alasan, 1Malaysia dah tau...Bung dgn bini baru, mana nak larat ke Parlimen. Jamaluddin pula kat NY ( patutkah MP jadi Duta?)

anaklangkawi said...

pada saya kita tak perlu nak back-up pak menteri @ timbalan menteri.. kalau betul depa tak ponteng maka tak perlu takut.. bagi asalan masing2.. paper akhbar sedia mendekati mereka utk beri penjelasan masing2..

pada cek.. semua dikira ponteng kecuali ada alasan yg nyata.. takat ni Noh Omar ada explain & Maslan ada explain

jiwakita said...

salam....

Apa yg telah terjadi..ini suatu pelajaran
dan pengajaran...

tapi yg terlepas pandang oleh kita ialah
kerakusan pembangkang untuk berkuasa
dengan cuba menggagalkan bajet..bukan
sekadar bajet- inikan wang rakyat untuk rakyat!

hakikatnya-pembangkang menolak bajet negara!

anak toyol said...

Betul tu Tun Faisal..tp kdg2 sakit hati dibuatnya.Kita dibawah ni bermati matian fight utk parti.Tp diaorg yg kita lantik ni selenge je..

dagey@bungkill said...

ada alasan ke boikot?
hahaha..........

a book said...

sebenarnya komitmen rapuh YB2 BN hadir ketika sidang dewan sudah lama almaklum dikalangan wakil rakyat dan kakitangan parlimen..cuma peristiwa baru2 ni sahaja telah membuka mata rakyat disebabkan tersiar di media arus perdana..
Tepuk dada tanya selera siapa yang lebih komitmen..

lann said...

saya amat bersetuju dengan para blogger mendedahkan ketidakhadiran ahli parlimen yang sepatutnya menjalankan tugas yang diamanahkan oleh rakyat. seharusnya tindakan disiplin perlu diambil bagi mereka yang tidak hadir kerana telah menyebabkan persepsi negatif masyarakat terhadap ahli parlimen BN semakin meningkat dengan pengundian yang hampir menjatuhkan kerajaan memerintah. hal ini demikian kerana pendedahan ini dapat membantu rakyat menilai kesungguhan dan kesetiaan ahli parlimen BN menjalankan tanggungjawab.

KING LAH said...

Sebenar ponteng patut di gunakan kepada YB yng tidak hadir semasa sidang dewan rakyat dan sebagainya,suka ke tak suka YB semua dah sedia maklum masa untuk rakyat,yang jadi menteri pula lag banyak kerja rakyak kena jaga negara kena jaga tapi kan YbB semua sudah maklum tugasan tersebut jangan jadikan semua itu alasan,bagaimana jika strategi yg anuar itu berjaya,apa mau cerita lagi,nak sibuk jaga rakyat apa benda nya kuasa dah tak ada,lain laksanakan tugas anda seperti yg di amanahkan dengan lebih mulia,dengar cerita ada kalangan YB sampai tidur lewat malam dok jaga rakyak betulk ke?10 jam sehari x cukup ke nak jaga rakyak,rasanya rakyak pun dah tidor kot sebab esok nak sawah,yng toreh getah jam 5 dah kena bangun.Harap YB semua berubah la jangan nayak nak sibuk tak tentu pasal kesian dekat PM kita dengan gagasan 1Malaysia.Hayati dan amati lah dengan teliti moga pilihanraya akan datang rakyat yang YB jaga pilih YB lagi..

Mazlees Sarong said...

Husni
“mlm tu tengah raikn tetamu pelabur uar negara”

NorYakob
“itu malam sya kena sop kambng sama capati tngok bola dekat pelita, apasal tak sms saya?”

Bernd Dmpok
“very tired la, dari pagi byk miting wo, nxt morning sya mau fly, misti tido awal la.”

Hisamudin
“pm dah dimaklum sya kena miting bincang mcmane nak bagi “amaran” pd pembngkng yg suka buat demo..”

Zahid Hamidi
“nanti saya akan buat pc”

Shafie Apdal
“kita akan improf pentadbrn palimen supaya cara bg arahn akan lebih sistematik lah”

Maxismus Ongkili
“ i aready infom tansri muyidin la..”

Douglas Uggah
“sya punya gbr pun ada keluar ka?”

Khaled Nordin
“eh, pm tawu la sya ada urusan kementerian...”

Dr Rais Yatim
“sepatutnya… hmmm…, kita kena lebih peka, kita misti lebih sensitiff pd tangggjwb kita..”

Mustapa Mohd
“sya ada official duty, pegi tanya b'benchers kenape mereka tak hadir..”

Kong Cho Ha
“ haiyaaa., saya sula sms kasi tawuu sama boss, ong ti kiat maa..”

Shabery Chk
“ sya bw kejayaan dari Laos, jgnla buat buat tak nampk..”

Shaziman
“ its okey. pm pun tawu sya pegi setel deal kat India, samy velu pun tawu aper..”

Noh Omar
“ saa oversea mlm tu..”

S Subramaniam
“ tpm pun tawu la sya ada urusn rasmi, suda sms kasi tau sama pm..”

Ng YenYen
“ sya kena pegi makan dinner la itu mlm he hee heee..”

Anifah Aman
“tugas rasmi diluar negara..”

Mazlees Sarong said...

Jacob Dungau
“saya ingat itu mlm sms sehati berdansa…, sudah silap tngok la..”

Puad Zarkashi
“sya tunggu, punya tunggu, punya tungguu dah brapa mlm takde undi pun, tak sangka la pulak mlm tu ada undi, kalau tak sya misti ade punyer.., saya hangin dgn anwar tu”

Lajim Ukim
“ henfon sya bateri flett, charger tak bawak..”

Devamany
“ sya ada bincang itu mlm itu kes susu lembu kasi buang dekat itu pahang laa.., mau pigi palimen jauh la lagi suda mlm la takut kena samun skrng orang jahat banyak tau…”

Mukriz
“official duty la!”

Lee C Leong
“apa undi..? mca pun belum undi lagi maaaa..”

Hou K Chung
“itu sms panggil mali palimen sya ingat esk pagi maaa..”

Hamzah Zainudin
“oh.. masa tu henfon i silent mode la sbb i biaser silent henfon masa semayang maghrib..”

Razali Ibrahim
“ ade tugas penting dgn pemuda..”

Rosnah Shrlin
“blogger nie pun satu laaaa, sya nie pregnen, tengah sarat lagi tau, jgn la kata ponteng, menyampah la kat bloggers nie…”

Ahmad Maslan
“eh kan sya dah sms kat bloggers bagi tawu kisah benar sya…, isshh tak dpt ker? nnti sya fwd ok..”

Mazlees Sarong said...

Fong C Onn
“ haiyaaaaa dulu sya sula jadi menteli, sikalang mau lelax laa, panggi itu menteli sama timbalan pegi palimen laaa.., liam liam luduk sana sampai habis tak mau cabut la”

Tiong K Sing
“don’t disturb me ok..!!!”

Md Sirat
“ suka sgt sms las las minit la, ni yg sya tak gemau nie..”

Edmund
“kalau lawan undi kita boleh kalah ka..?”

Nancy Shukri
“ I ade kelas poco poco la yang…”

Tan Ah Eng
“sya dah infom tansri muyidin, check sama dia maaa..”

Razaliegh Hamzah
“kena jawab ker…? he he heeee…”

Billy Abit
“don’t wori la, undi kita menang punya, semenanjung punya wakil ade ramai..”

Abd Wahab
“ eh, menteri dgn timbalan ramai tak de ker..? isshhh isssh iishhh..””

Tengku Azlan
“i’ll explain to Najib..”

Abdullah Badawi
“ islam hadari ada lagi ka…? itu apa nieeee…., apaaaaa.., nie.., si khairy tak pi ka..? issh budak nie…, dia pi mana???”

Rafidah Aziz
“ masa sya jd menteri dulu, benda benda macam nie tak jadi tau..!! aper nak jadi menteri zaman sekarang nie??? herhh…”

Ghapur Saleh
“nanti sya bahas di parlimen…”

Radzi Sheikh Amat
“la nie nak mai tngok kat kami pasai apa..?? dari peghelis bukannya ada menteri ka timbalan ka…”

Bung Mokhtar
“sya tak cukup hemsemm untuk zizie tapi sya cukup tenaga, ha haaa haaaa..”

Syed Hamid
“ kita kenalah profesionel dlm hal nie, kita mestilah b'sikap tegas, kita akn pastikn keamaman negara kita, biarlah pihak keselamatan jlnkan tugas mereka.., ehh apa aku melalut nie, laaa… aku bukannya menteri lagi laa…”

Ong Ka Ting
“ ini najib haa, u misti mau kasi warning sama itu ponteng punya menteli maaa., suluh meleka semua have disiplin maaa..”

Tiong Tai Khing
“sya sudah betting sama sya punya bini, bn gelenti menang undi punya wo..”

Henry Agong
“undi sudah menang bukan…?? apa lagi mau bising..?? pegi bikin kerja laa..!!! “

Jusli
“apa..?? anwar jadi pm baru..??? “

James Dawos
“saya misti mau najib jadi pm, siapa mau anwar..?”

Tiki Lafe
“kalau undi kita kalah govenmen kena tukar ka..? “

Michale Toyad
“saya berdoa dari jauh mohon bn menang undi..”

Tajuddin Ramli
“hey ingat senang ker kita nak izinkan anwar jadi pm..?? “

Azmi Khalid
“my wife si mala sakit perut mlm tu laa…”

Azalina Othman
“apa menteri dgn timbalan semua nie..? mana they all…?? “

Nur Jazlan
“dulu saya nak bertanding tak kasi….”

Makus Mojigoh
“anwar ada kata kalau dia pm nanti ada tpm from sabah tau..”

Tengku Adnan
“i don’t think so anwar boleh jadi pm…”

Khairy
“salam setia kawan…”

Jamaludin Jarjis
“helo bro, waz up bro…, when u coming to america…?”

Richard Riot
“nasib baik itu mlm m"sia kalahkan laos tau..”

Ahmad Bujang
“tim bola sea games kita bagus la ada harapn jadi kuat bola negara kita nie..”

Zulhasnan
“ishh.., saya nie bukannya menteri”

Teng Bun Son
“itu undi tak bole ka kilim pakai sms selupa macam kita undi itu raja lawak..? “

Idris Haron
“mana menteri dgn timbalan semua..???? “

Ong Ka Chuan
“ niammaaahhhh…., haya nasib baik itu anwar tala jadi pm wo.. soli la, lain kali kita main gof dekat palimen punya dekat laa…”

Norah Rahman
“alamak gambar saya pun ada?? Orang kenal ke saya nie?? saya bukannya zizie ezzete..”

Mujelip Bumbring
“lain kali kita kasi penuh itu palimen la…, sori la datuk seri..”

Panglima Perang Cyber said...

salam bro..

terima kasih atas paparan senarai MP BN yang tidak hadir.

saya harap MP Pembangkang tak hadir turut disiar.

Juga harap bro sebagai blogger dapat korek alasan2 mereka tidak hadir dan senaraikan di next posting bro.

saya rasa kita tidak boleh membela ketidakhadiran mereka secara membutatuli.

tetapi kita boleh meminta agar PM dapat menyemak alasan yang dikemukanan

barulah dapat dilihat ketegasan PM kita dalam menjaga disiplin kehadiran ahli parlimen.

jangan sampai rakyat fikir yang negatif dan jangan biarkan persepsi negatif ditanam ke dalam kepala rakyat.


satu lagi, bro boleh ulas kenapa pembangkang beria-ia hendak menolak usul bajet yang dikhaskan untuk kebajikan rakyat.

kata nak bela rakyat, tetapi nampak gaya sudah terbalik pula mereka ini dengan menolak usul meluluskan bajet kepada rakyat untuk tahun 2010.

harap kita dapat fikirkan dan fahamkan rakyat.

salam perjuangan.

apex72 said...

nak sangat tawan selangor semula ke? bro tunggu ler saya jadi PM ke 7.. nanti saya bagi!!! bro ni mimpi kot??? bangunlah...

Anonymous said...

kalu hishamudin, menteri kdn tu amat jarang hadir sidang parlimen. asyik2 abu seman yusof je yg menjawab soalan. sibuk sangatkah menteri kdn?