Wednesday, December 9, 2009

Selamat Datang Ke Dunia Bloggers Yb Badrul

Syabas dan tahniah kepada satu satunya wakil rakyat BEBAS di Selangor yang terus membuktikan bahawa beliau serius untuk menggalas tugas dan sekarang sudah mula menceburi ke dunia bloggers.

Semoga Yb Badrul akan dapat bercerita diari beliau sebagai wakil rakyat dan amatlah molek juga jika beliau dapat berkongsi dengan kita perjalanan sidang dewan dalam DUN Selangor yang didominasi oleh “suara” wakil rakyat bukan melayu….
Kepada rakan rakan bloggers diharap dapatlah menyokong Yb yang pernah menggegarkan politik negara pada 29 Oktober lalu ketika membuat pengumuman keluar PKR kerana sudah hilang kepercayaan kepada Anwar Ibrahim dan kuncu kuncunya.

Alamat blog Yb Badrul ADUN Bebas sila layari
http://adunbebasn46.blogspot.com

Harapan dari Blogmaster Medan Info Kita secara peribadi semoga blog Yb Badrul nanti janganlah terlalu berkonsepkan “skima” yang hanya menyiarkan gambar gambar program. Semoga Yb dapat memberikan ulasan dan kupasan secara kritis kepada sebarang kenyataan dan keputusan kontrovesi kerajaan Pakatan yang telah beliau tinggalkan.

4 comments:

KP said...

Salam,satu perkembangan yang menarik.KP juga berharap YB Badrul dapat membuat sesuatu yang menarik dan penuh dengan kejutan.

p/s: KP minta izin copy n3 ni

Medan Info Kita said...

KP,

tksh atas sokongan...

Jeffry said...

SLMT DTG YB!..SEMOGA PERJUANGAN YB AKAN TERUS DI BERKATI ALLAH S.W.T...INSYALLAH..TERUSKAN DGN INFO2 YB.

nalapambu said...

walaubagaimana pun PAS tetap mendapat sokongan PADU dari kaum cina dan india.

apalah ada lagi harapan untuk UMNO, MCA sudah nazak
MIC sudah punah
PPP sudah musnah
Gerakan sudah mati.

PRU13 pasti UMNO akan menerima padah.walaubagaimana pun PAS tetap mendapat sokongan PADU dari kaum cina dan india.

apalah ada lagi harapan untuk UMNO, MCA sudah nazak
MIC sudah punah
PPP sudah musnah
Gerakan sudah mati.

PRU13 pasti UMNO akan menerima padah.