Saturday, December 5, 2009

Syabas Pemuda UMNO Klang..!! KP UMNO Sgor Tidur Lagi..??

Tahniah dan SYABAS diucapkan kepada Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Klang dibawah kepimpinan ketuanya Sdra Zainuri Bin Dato Zakaria yang telah berani melakukan “perubahan” dan berjaya menganjurkan sebuah Ceramah Umum di Pandamaran Jaya malam kelmarin
Suhaimi Mohd Ghazali Ketua Pemuda UMNO Selangor yang dilabelkan KP TIDUR semakin mendapat desakan untuk melatakkan jawatan daripada rakan rakan Bloggers yang sayangkan UMNO Selangor. Sila baca artikel bertajuk KP Selangor Tolong Letak Jawatan http://kerisputera.blogspot.com/2009/12/kp-selangor-tolong-letak-jawatan.html


SYABAS PEMUDA UMNO KLANG!
Pada 3 Disember 2009, Pergerakan Pemuda UMNO telah menepati salah satu KPI yang ada dalam senarai Bloggers yang semakin lantang mengkritik UMNO Selangor apabila berjaya melaksanakan program mendekati rakyat di Selangor.

Sememangnya rakyat perlu disajikan dengan ceramah ceramah umum agar pelbagai maklumat mengenai segala salah laku cara pentadbiran pimpinan Pakatan dapat disampaikan.

Mutakhir ini rakan rakan Bloggers telah mula “spin” kisah UMNO Selangor yang tidur seolah-olah tak mahu merampas kembali kerajaan Selangor daripada DAP… Dengan berlangsungnya Ceramah Umum oleh Pemuda UMNO Klang, maka Blog Medan Info mengiktirafkan mereka TIDAK tergolong dalam Syndrome Tido yang sedang melanda hampir keseluruhan UMNO Selangor. Semoga akan ada lebih banyak lagi usaha usaha dan gerak kerja daripada UMNO Bahagian Klang..!
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Klang, Zainuri Dato Zakaria selaku penganjur memberikan kata kata aluan.
Dato Mazlynoor Abd Latif, Ketua UMNO Bahagian Klang menyampaikan amanat beliau kepada hadirin.

Yb Badrul Hisham, ADUN Pelabuhan Klang turut hadir sebagai tetamu memandangkan program tersebut dilangsungkan dalam kawasan beliau.
Yb Badrul diberikan ruang untuk menyampaikan ceramahnya dimana beliau menceritakan kenapa beliau hilang kepercayaan kepada kerajaan Pakatan di Selangor dan menyeru agar rakyat dapat kembali menyokong UMNO-BN.
Ustaz Kamal Saidin, Penasihat Agama Menteri Besar Terengganu memulakan bahang ceramah malam tersebut. Beliau berjaya mengupas dengan baik bagaimana PAS telah menggunakan agama untuk mencapai agenda politik mereka.
Inilah dia Dato Ishak Ismail Ketua UMNO Bahagian Seremban yang telah menggamatkan Dewan Merdeka PWTC sewaktu Persidangan Agung UMNO baru baru ini apabila menceritakan kisah “Bom Di Janda Baik”. Dato Ishak menggesa pimpinan UMNO Klang agar terus bekerja mendekati rakyat untuk merampas kembali Selangor.

7 comments:

pedu said...

askm,
Takde video ke bro?Upload You Tube la.Sy cadangkan semua video ceramah di upload kat youtube.

Selipar Jepun said...

Salam medan info..

UMNO sepatutnye bnyk mengadakan roadshow keseluruh negara untuk menerang kan dasar perjuanganya, knp anuar ibrahim perlu ditolak rakyat. kepada rakyat akar umbi. supaya rayat paham. teringat masa zaman dulu2 semasa kebangkitan umno..

tp aku lom lahir lg..pak aku yg cerita...hehehe

jiwakita said...

salam......

BN Selangor mula sedar dari tido!
jadilah pembangkang yg lebih baik
salah satunya perbanyakkan ceramah umum
disegenap tempat yg ada....ada kesungguhan
dan keberanian?

J. Jun said...

Dengan haq Ismul 'Adzam pohon tutupkanlah ya Allah segala jalan DAP keturunan Juj wa Ma'juj ini.

Demi keagungan Asma-u-lhusna pohon ya Robbana lumpuhkan DAP keturunan Juj wa Ma'juj ini.

Dengan Nama Tuhan bagi Muhammad dan sekelian Nabi Rasul a.s.w.s.; minggir engkau (noor-M-mu) hai DAP keturunan Juj wa Ma'juj.

Bis-mil-lah ... gelap seluruh sudut mu hai DAP keturunan Juj wa Ma'juj.

Bis-mil-lah ... tersumbat seluruh rongga mu hai DAP keturunan Juj wa Ma'juj.

Bis-mil-lah ... dipohonkan bantuan bagi kaum yang (mengaku) kelemahan.

KP said...

Tahniah UMNO Klang..UMNO Selangor,mulakanlah sesuatu...

Adnan said...

Alhamdullillah...

Tahniah... Bro, buat lagi sila war-warkan didalam blog. kalo leh semua yang pro or geng2 kita.. tidak kira dimana dan bila ceramahnya. insyallah jika kami tahu, kami akan pergi.

big said...

Selangor perlukan KP aggresif bukan KP malas yg tau nak ke Jakarta saja.