Wednesday, December 2, 2009

Timbalan Ketua PKR Cabang Pandan DIGUGURKAN Dari Tugas Pengurus Red Giant

Timbalan Ketua PKR Cabang Pandan, Zakaria Ab Rahim yang menggalas tugas dikerusi panas pasukan glamour Red-Giant Selangor musim 2009 diberitakan tidak mendapat “restu” Selangor F.A untuk musim akan datang.

Selangor F.A membuat keputusan untuk memberikan kepercayaan dan tanggungjawab besar itu kepada K Devan yang akan “double-up duties” sebagai Manager cum Coach pasukan Merah Kuning ini.

Nasib Zakaria pula agak malang kerana “diturunkan pangkat” sebagai Marketing Officer kepada Selangor F.A.

Menurut berita yang baru diterima, ketika ini, Zakaria yang tidak puas hati dan kecewa dengan keputusan tersebut sedang cuba untuk “mengadap” Presiden Selangor F.A. Tan Sri Khalid Ibrahim bagi mendapatkan penjelasan atas alasan apakah tugas sebagai Pengurus itu tidak diberikan kepadanya lagi...

Zakaria Ab Rahim dilihat “tersangat kurang fofular” dalam sejarah bolasepak negeri Selangor berbanding dengan beberapa nama yang pernah menjadi “boss” ataupun Pengurus Merah Kuning seperti Datuk Harun Idris, Mazlan Harun, Dr Nordin Selat, Datuk Aini Taib, Datuk Mokhtar Ahmad dan beberapa tokoh sebelum ini.
Ada juga pihak dikalangan pimpinan PKR sendiri yang terkejut dan mentertawakan pemilihannya sebagai Boss Merah Kuning…

“Zack kalau jadi emcee ceramah umum tu boleh la, tapi jadi pengurus pasukan bola prestij macam Red Giant nie, entah lah bro…, apa kelayakan dia..?” kata-kata dari seorang sahabat yang memegang jawatan tinggi dalam PKR Selangor sewaktu berita perlantikan Zakaria sebagai Pengurus pasukan bolasepak Selangor diumumkan penghujung tahun 2008.

Pada musim 2009, pasukan Merah Kuning yang sememangnya sinonim dengan rekod cemerlang menjuarai Piala Malaysia sebanyak 32 kali telah berjaya merangkul tiga [3] piala dalam simpanan mereka - Piala Sumbangsih, Piala F.A dan Piala Liga. Manakala dihujung musim pula, pasukan Red Giant seolah-olah merudum dan agak malang apabila terkandas di pusingan separuh akhir Piala Malaysia tewas ditangan skuad Penyu Terengganu.

Adakah Khalid Ibrahim mahu membersihkan skuad Merah Kuning daripada penglibatan mana mana pemimpin politik PKR sepertimana yang beliau pernah janjikan..?

3 comments:

hanizam said...

aik, Mr zack ni orang PKR ke??aku ingatkan neutral...jadi pemilihannya sebagai pengurus RED GIANT dulu bukanlah sebab CV dia yang berapi-rapi, tapi atas kepentingan politik rupanya...Aku tertipu rupanya...dalam FAS sendiri ada politik songsang mainan PKR...

Mazlees Sarong said...

zek..,

lain kali jgan la sombong bila dah dpt jwtn galmer tuh..!!!
kwn2 mintak season pass ko tk nak kasi, kwn2 mintak teket free ko tk nak kasi, kwn2 mintak sticker parking keter pun ko tk nak kasi..!

jgan la slalu menongkat langit..!

dulu masa zaman pemuda keadilan ko bukan main baik dgn kami zek..

aku ingat lagi gelaran pemuda bagi "zek haler" sbb mamat nie suka ke hulu hilir bawak loud haler masa kempen..

aku raser sgor fa tau kot zek nie kencing dia ader sijil bola dari manchester..!!!

yg sebenarnya zek haler nie pegi manchester sbb ikut bini dia buat masters jer,
kat manchester zek haler kerja kilang kotak buat packing barang..!!!
petang2 zek haler pegi main bola kat apartment dia duduk dgn budak2 kat situ..
bukanlah zek pernah main bola kat manchester..!!

det said...

padan muko...