Tuesday, December 22, 2009

Yb TERponteng : Ahmad Maslan Nak Salahkan Orang Lain…?

Panas…! Panaaasss….!!!

Blog Medan Info Kita menjadi santapan berita sejak semalam apabila menyiarkan secara Exclusive laporan penuh “Wajah Wajah Ahli Parlimen BN Yang TERponteng”.

Ada sahabat sahabat Bloggers yang menyiarkan secara penuh [full published] penjelasan melalui sms oleh seorang Timbalan Menteri yang berada didalam kelompok Yb Yb BN TERponteng. Blog Parpukari - klik sini dan juga blog Pisau.net, klik sini.

Ahmad Maslan sebenarnya berada di Ampang Puteri tetapi memberikan alasan beliau tidak menerima sms supaya hadir segera ke Parlimen untuk menyokong meluluskan Bajet 2010. Satu alasan yang bodoh bertaraf bangang..!!

Boleh baca komen Medan Info Kita di blog Parpukari, klik sini

Sebagai manusia biasa, kita cukup memahami akan masalah beliau apabila perlu menguruskan keadaan bondanya yang uzur setelah dikesan menghidapi sakit batu karang didalam pundi hempedu oleh doktor di Ampang Puteri ketika itu. Marilah kita bersama sama mendoakan agar bondanya cepat sembuh.

Tetapi pada penghujung sms Ahmad Maslan dilihat seakan akan mahu menyalahkan orang lain kerana dikatakan beliau tidak terima sebarang sms ataupun maklumat serta arahan untuk menyokong meluluskan Bajet 2010 di Dewan Rakyat……

Cerita beliau ini terlalu jauh kontra pula dengan laporan oleh Agendadaily.

Menurut kandungan jalan cerita Agendadaily, pada malam tersebut, Penyelaras Ahli Parlimen BN, Datuk Zainal Abidin Rahim telah cuba menalipon kesemua Yb Yb BN dan juga telah menghantar sms kepada mereka, sila klik sini.

Manakala sewaktu siaran Buletin Utama TV3 hari Ahad yang lepas menyebut ada ramai juga Ahli Parlimen BN telah gagal dihubungi ketika itu.

Pada malam bersejarah tersebut, YAB PM kita sendiri terpaksa bergegas meninggalkan suatu majlis. Begitu juga dengan TPM kita yang turut sama muncul di Dewan Rakyat.

Antara cerita yang menarik dalam laporan Agendadaily ialah kehadiran Datuk Johari Baharom yang ketika itu berada di Kuala Klawang sedang menuju ke Bandar Muadzam, namun setelah menerima sms, beliau segera berpatah balik ke Parlimen.

Seorang lagi Ahli Parlimen, Datuk Ir Zin yang baru tiba di Arrival Hall KLIA, sebaik sahaja menghidupkan handphone beliau turut sama terima sms dan memecut laju ke Parlimen tidak sempat pulang kerumahnya….

Adakah Ahmad Maslan berada diluar kawasan sehinggakan tidak dapat dihubungi..??? Ataupun waktu itu beliau off handphone kerana tidak mahu diganggu tetapi apabila menghidupkannya semula barulah terima sms dari Datuk Zainal, namun ketika itu sudah sedia maklum bahawa undi BN tetap menang….. Sepertimana biasa, sesiapa pun akan menyatakan tidak terima sms sebagai jalan mudah untuk menyelamatkan diri sendiri…!

Apakah seorang wakil rakyat bertaraf Timbalan Menteri perlu mendapat sms ataupun arahan barulah beliau akan berada di Parlimen menjalankan tugasnya.?

Sehubungan dengan kisah Ahmad Maslan ini, sekalung TAHNIAH diucapkan kepada seorang Timbalan Menteri iaitu Senator Datuk Maznah Mazlan kerana beliau tetap menghadirkan diri untuk membuat pengulungan perbahasan Bajet 2010 di Dewan Negara semalam walaupun menerima berita kematian ayahandanya pada jam 9.50 pagi.
“saya terpaksa hadir pada sidang hari ini bagi menjawab soalan sesi soal jawab dan menggulung perbahasan peringkat dasar Bajet 2010 bagi Kementerian Sumber Manusia”

“saya hadir sebab saya tahu jika bapa masih hidup, dia memang mahu saya sempurnakan tugas hari ini” katanya kepada wartawan dilobi Parlimen semalam.

Sebaik sahaja selesai menjawab soalan dan menyampaikan ucapan penggulungan kira kira jam 12.15 tengahari, beliau bergegas ke Pusat Perubatan Glenagles Ampang yang tidak jauh dari Ampang Puteri bagi mengiringi jenazah ayahandanya dibawa ke Cameron Highland untuk disemadikan.
Berita dipetik dari Utusan Online tajuk “ Maznah Tetap Hadir Sidang Walaupun Bapa Meninggal”, klik sini

Ucapan takziah kepada Datuk Maznah daripada Blog Medan Info Kita.


ADA MENTERI & TIMBALAN MENTERI RESPON
Bukan sahaja posting ini telah dicedok oleh blog pro Pakatan tetapi ianya telah menjadi rujukan beberapa media tanahair. Beberapa akhbar hari ini turut menyiarkan pula respon daripada beberapa pimpinan kanan kerajaan keatas pendedahan identiti mereka yang tidak hadir ke Dewan Rakyat pada malam pengundian meluluskan Bajet 2010.
Timbalan Menteri dari Papar Sabah yang juga merupakan Ketua Puteri UMNO memberikan alasan beliau sedang sarat mengandung maka tidak dapat hadir ke Dewan Rakyat.

Sementara itu Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Shafie Apdal pula mahu diadakan penyusunan semula pengurusan di Parlimen kerana beliau sendiri tidak tahu akan diadakan pengundian pada malam tersebut.

Seorang lagi wakil rakyat BN dari Tampin, Datuk Shaziman Mansor memaklumkan beliau ketika itu sedang berada di India kerana urusan rasmi kementeriannya sebagai Menteri Kerja Raya.

Kesemua respon yang dinyatakan diatas boleh dibaca menerusi Berita Harian Online, klik sini

11 comments:

Dr.Sid said...

masa ni semua nak mengelak..mengaku sahaja lah dh buat kesilapan jangan bagi alasan. ini yg susah nak maju melayu ni.

salam perjuangan,
WBHim

C L J said...

Kalaulah hamba yang jadi Perdana Menteri hamba akan kata begini:

"Cukuplah tu. Pendedahan telah dibuat. Semua yang rasa mereka ada alasan sudah buat respon. Bodoh atau sebaliknya. Semuanya sudah direkodkan. Rekod itu pun sudah disemak dan disahkan.

Maka cukuplah setakat ini. Kita kentikanlah cerita itu buat sementara. Kita sudah dapat pengajaran. Kita tengoklah seterusnya selepas ini samaada pengalaman itu diambil sebagai pengajaran atau tidak.

Mengambil pengajaran atau tidak itu tidaklah perlu dicakap. Biarlah tindak tanduk masing masing selepas ini membuktikan hal itu. Kita lihatlah perubahan komitmen masing masing yang akan tergambar dalam tindak tanduk masing masing selepas ini.

Kemudian kalau ada akibatnya para penyokong mereka kenalah faham. Jangan melulu nak merajuk pula. Sekian terima kasih.

Itulah yang akan hamba katakan kepada semua kalau hamba Perdana Menteri. Kalau ayat begitu benar benar datang dari seorang Perdana Menteri tentulah semua kita akan mula membaca maksud tersurat dan tersiratnya.

Malahan tulalah kita akan mula membaca baris demi baris termasuk celah celah antara baris baris itu barangkali.

Wallahhuaalam bissawab.

Lawyer Garang said...

this ahmd maslan dont try to bull shit la..!!!!
he was at ampang puteri, dont tell us kat ampang takde coverage line, what telco is he using...??
maxis..? digi..? celcom?

i agree kalau kata he must be off his hp laa..!! lepas tu bg taw tak receive sms.

my great respect & tabik spring to datuk maznah.
btw, ucp takziah diatas kematian father dia, al fatihah

GAP KEMBALI said...

aku sokong artikel baru ini..aku sedang mengumpul alasan kesemua yb superstar yang terponteng tu.

najib pun lari balik ke parlimen, yb lain buat apa ?

ahmad maslan...hmmmmmmmmm.kelakar betul aku baca sms dia yang disiarkan dalam blog parpu..lawak sungguh..sms kong kali kong !

dia ingat sekarang ni zaman ar badol ke ! boleh bg alasan bodoh. tak datang mengaku jelah, gentleman sikit !soi lek yang memantat tu pun mengaku dia dalam gambar video panas !

lawyer garang, ahmad maslan tak pakai line celcom,digi dan maxis..nak tahu dia pakai line apa ?

XL JEMPOL line indon ! patutlah tak dapat..

Aku,Pasbuih Dan Siamang said...

PENDAPAT GMC LETAK JAWATAN BERIADAH LAH BERSAMA KELUAGA !!! MUDAH SAJA.

ANDAINYA TUMBANG DAN TERTIARAPNYA BN MELALUI AGENDA ANWAR TERSEBUT BERBALOIKAH ALASAN"dajal" TERSEBUT PADA SELURUH BANGSA!!

CUKUPKAH ??? DENGAN ALASAN-ALASAN PUTAQ BELIT TERSEBUT!!! RAKYAT TIDAK SEBANGANG KALIAN !! BEZANYA ANDA DAN RAKYAT KEDUDUKKANNYA SAJA....FIKIRAN DAN AKAL BELUM TENTU ANDA MELEBIHI MEREKA...MUNGKIN SEGELINTIR ANDA LEBIH RENDAH AKAL DARI RAKYAT BIASA!!!

APA PUN ALASAN DAJAL MEREKA...INILAH MENUNJUKKAN MINDA PEMIMPIN MELAYU YANG ADA...BIJAK MEMUTAQ BELIT KATA!!

Blog Adun Bebas N46 said...

jnganlah kita berbalah sesama sendiri
kita sesama kita adalah bn

biarlah bijaksana yab pm kita yg selesaikan masalah ini
jadikn peristiwa ni sbg iktibar
mesti lebih b'hati2

ingat! ds najib sedang berdpn dgn anwar & anwr bukan dlm penjara tapi berada luar penjara
anwr licik byk pengalamn dlm parlimen

yb bn semua mesti hati2

matrengganu said...

Geli saya bila baca alasan2 yang di berikan. Satu dua orang antara mereka mesti ada kat rumah 'girl friend" sedang memadu kasih.........

Mazlees Sarong said...

Husni
“mlm tu tengah raikn tetamu pelabur uar negara”

NorYakob
“itu malam sya kena sop kambng sama capati tngok bola dekat pelita, apasal tak sms saya?”

Bernd Dmpok
“very tired la, dari pagi byk miting wo, nxt morning sya mau fly, misti tido awal la.”

Hisamudin
“pm dah dimaklum sya kena miting bincang mcmane nak bagi “amaran” pd pembngkng yg suka buat demo..”

Zahid Hamidi
“nanti saya akan buat pc”

Shafie Apdal
“kita akan improf pentadbrn palimen supaya cara bg arahn akan lebih sistematik lah”

Maxismus Ongkili
“ i aready infom tansri muyidin la..”

Douglas Uggah
“sya punya gbr pun ada keluar ka?”

Khaled Nordin
“eh, pm tawu la sya ada urusan kementerian...”

Dr Rais Yatim
“sepatutnya… hmmm…, kita kena lebih peka, kita misti lebih sensitiff pd tangggjwb kita..”

Mustapa Mohd
“sya ada official duty, pegi tanya b'benchers kenape mereka tak hadir..”

Kong Cho Ha
“ haiyaaa., saya sula sms kasi tawuu sama boss, ong ti kiat maa..”

Shabery Chk
“ sya bw kejayaan dari Laos, jgnla buat buat tak nampk..”

Shaziman
“ its okey. pm pun tawu sya pegi setel deal kat India, samy velu pun tawu aper..”

Noh Omar
“ saa oversea mlm tu..”

S Subramaniam
“ tpm pun tawu la sya ada urusn rasmi, suda sms kasi tau sama pm..”

Ng YenYen
“ sya kena pegi makan dinner la itu mlm he hee heee..”

Anifah Aman
“tugas rasmi diluar negara..”

Mazlees Sarong said...

Jacob Dungau
“saya ingat itu mlm sms sehati berdansa…, sudah silap tngok la..”

Puad Zarkashi
“sya tunggu, punya tunggu, punya tungguu dah brapa mlm takde undi pun, tak sangka la pulak mlm tu ada undi, kalau tak sya misti ade punyer.., saya hangin dgn anwar tu”

Lajim Ukim
“ henfon sya bateri flett, charger tak bawak..”

Devamany
“ sya ada bincang itu mlm itu kes susu lembu kasi buang dekat itu pahang laa.., mau pigi palimen jauh la lagi suda mlm la takut kena samun skrng orang jahat banyak tau…”

Mukriz
“official duty la!”

Lee C Leong
“apa undi..? mca pun belum undi lagi maaaa..”

Hou K Chung
“itu sms panggil mali palimen sya ingat esk pagi maaa..”

Hamzah Zainudin
“oh.. masa tu henfon i silent mode la sbb i biaser silent henfon masa semayang maghrib..”

Razali Ibrahim
“ ade tugas penting dgn pemuda..”

Rosnah Shrlin
“blogger nie pun satu laaaa, sya nie pregnen, tengah sarat lagi tau, jgn la kata ponteng, menyampah la kat bloggers nie…”

Ahmad Maslan
“eh kan sya dah sms kat bloggers bagi tawu kisah benar sya…, isshh tak dpt ker? nnti sya fwd ok..”

Mazlees Sarong said...

Fong C Onn
“ haiyaaaaa dulu sya sula jadi menteli, sikalang mau lelax laa, panggi itu menteli sama timbalan pegi palimen laaa.., liam liam luduk sana sampai habis tak mau cabut la”

Tiong K Sing
“don’t disturb me ok..!!!”

Md Sirat
“ suka sgt sms las las minit la, ni yg sya tak gemau nie..”

Edmund
“kalau lawan undi kita boleh kalah ka..?”

Nancy Shukri
“ I ade kelas poco poco la yang…”

Tan Ah Eng
“sya dah infom tansri muyidin, check sama dia maaa..”

Razaliegh Hamzah
“kena jawab ker…? he he heeee…”

Billy Abit
“don’t wori la, undi kita menang punya, semenanjung punya wakil ade ramai..”

Abd Wahab
“ eh, menteri dgn timbalan ramai tak de ker..? isshhh isssh iishhh..””

Tengku Azlan
“i’ll explain to Najib..”

Abdullah Badawi
“ islam hadari ada lagi ka…? itu apa nieeee…., apaaaaa.., nie.., si khairy tak pi ka..? issh budak nie…, dia pi mana???”

Rafidah Aziz
“ masa sya jd menteri dulu, benda benda macam nie tak jadi tau..!! aper nak jadi menteri zaman sekarang nie??? herhh…”

Ghapur Saleh
“nanti sya bahas di parlimen…”

Radzi Sheikh Amat
“la nie nak mai tngok kat kami pasai apa..?? dari peghelis bukannya ada menteri ka timbalan ka…”

Bung Mokhtar
“sya tak cukup hemsemm untuk zizie tapi sya cukup tenaga, ha haaa haaaa..”

Syed Hamid
“ kita kenalah profesionel dlm hal nie, kita mestilah b'sikap tegas, kita akn pastikn keamaman negara kita, biarlah pihak keselamatan jlnkan tugas mereka.., ehh apa aku melalut nie, laaa… aku bukannya menteri lagi laa…”

Ong Ka Ting
“ ini najib haa, u misti mau kasi warning sama itu ponteng punya menteli maaa., suluh meleka semua have disiplin maaa..”

Tiong Tai Khing
“sya sudah betting sama sya punya bini, bn gelenti menang undi punya wo..”

Henry Agong
“undi sudah menang bukan…?? apa lagi mau bising..?? pegi bikin kerja laa..!!! “

Jusli
“apa..?? anwar jadi pm baru..??? “

James Dawos
“saya misti mau najib jadi pm, siapa mau anwar..?”

Tiki Lafe
“kalau undi kita kalah govenmen kena tukar ka..? “

Michale Toyad
“saya berdoa dari jauh mohon bn menang undi..”

Tajuddin Ramli
“hey ingat senang ker kita nak izinkan anwar jadi pm..?? “

Azmi Khalid
“my wife si mala sakit perut mlm tu laa…”

Azalina Othman
“apa menteri dgn timbalan semua nie..? mana they all…?? “

Nur Jazlan
“dulu saya nak bertanding tak kasi….”

Makus Mojigoh
“anwar ada kata kalau dia pm nanti ada tpm from sabah tau..”

Tengku Adnan
“i don’t think so anwar boleh jadi pm…”

Khairy
“salam setia kawan…”

Jamaludin Jarjis
“helo bro, waz up bro…, when u coming to america…?”

Richard Riot
“nasib baik itu mlm m"sia kalahkan laos tau..”

Ahmad Bujang
“tim bola sea games kita bagus la ada harapn jadi kuat bola negara kita nie..”

Zulhasnan
“ishh.., saya nie bukannya menteri”

Teng Bun Son
“itu undi tak bole ka kilim pakai sms selupa macam kita undi itu raja lawak..? “

Idris Haron
“mana menteri dgn timbalan semua..???? “

Ong Ka Chuan
“ niammaaahhhh…., haya nasib baik itu anwar tala jadi pm wo.. soli la, lain kali kita main gof dekat palimen punya dekat laa…”

Norah Rahman
“alamak gambar saya pun ada?? Orang kenal ke saya nie?? saya bukannya zizie ezzete..”

Mujelip Bumbring
“lain kali kita kasi penuh itu palimen la…, sori la datuk seri..”

det said...

alasan lagi-lagi bagi alasan, tak boleh ke kalau tak bagi alasan, mengaku je la "ye memang aku tak datang, pasal aku malas, aku dah boring nak masuk parlimen, aku dah menyampah dengan bn, aku tunggu masa je nak joint pkr" atau pun " ye memang aku nak sabo bn, nak bagi bn terlungkup, senang aku nak joint pkr"

bagi la alasan yang logik sikit, jangan la bagi alasan bodoh, alasan macam budak tak mau pi sekolah.