MARI SAMA SAMA KITA MEDOAKAN YANG TERBAIK

MARI SAMA SAMA KITA MEDOAKAN YANG TERBAIK

Saturday, January 24, 2009

Khalid Mula Menghitung Hari...?

Apakah nasib yang akan menanti seorang MB yang paling GAGAP dalam sejarah tanahair kita ini…??

Khalid GAGAP cuba memberikan alasan bahawa transaksi lembu-lembu hanya sebagai sedekah, malangnya terserlah kebodohan serta kebangangngan si GAGAP kelahiran Selangor ini apabila pihak yang membongkar kes ada bukti resit resit pembayaran…, sedekah tak guna resit!

Untuk menyedapkan lagi masakan dalam kes ini, persoalan yang pasti tiada jawapan dari si GAGAP ialah, kenapa dana dari kerajaan negeri Selangor walaupun melalui anak anak syarikat mereka telah dibelanjakan untuk sebuah parlimen dibawah Wilayah Persekutan iaitu Bandar Tun Razak? Masih boleh diterima akal waras seandainya wang kerajaan negeri Selangor ini dibelanjakan kepada parlimen parlimen negeri Selangor walaupun terletak dalam kawasan Wilayah seperti Ampang, Pandan dan Gombak!

Terbukti Khalid GAGAP menyalah gunakan wang kerajaan negeri Selangor untuk parlimen beliau sendiri yang berada di wilayah berlainan dari negeri pentadbirannya..

Manakala “Lembu Lembu Muda” yang berada dalam PKR Selangor pula mahu bersuara melalui Ketua Penerangan mereka yang terbukti memiliki otak lembu bahawa, “kunuunnya” terdapat Konspirasi ingin menjatuhkan MB yang paling GAGAP ini…. Ha! Memang peliklah sikap golongan kurang cerdik seperti mereka, bila terkena batang hidung sendiri mulalah hendak menuding jari kepada orang lain, langsung tak mahu mengakui kelemahan sendiri!

Mereka harus sedari bahawa Khalid GAGAP ini manusia biasa dan bukan sempurna.., jom kita tinjau semula kelakuan si MB yang sedang menghitung hari…..

BAGI SI GAGAP INI, TIDAK PENTING UNTUK JAGA PERASAAN ORANG MELAYU…

SEHARUSNYA BILA MASUK WAKTU SENJA, SIGAGAP MESTILAH BERSAMA SAMA RAKAN RAKAN PARTI PAS UNTUK BERJEMAAH MAGHRIB….

SERONOKNYA SIGAGAP MENJADI HERO KEPADA GOLONGAN BUKAN MELAYU

SIGAGAP PUN PUNYAI NAFSU UNTUK MENJADI NAKAL….

Thursday, January 22, 2009

UMNO-BN Mesti Reform..!!

Kedudukannya sekarang…,, Pakatan Rakyat sedang mendahului BN dengan 2 - 0

Dengan nada seperti seorang pengulas sukan, demikianlah keadaannya sekarang ini apabila dua pilihanraya kecil dimenangi oleh calon calon Pakatan Rakyat, satu di Permatang Pauh dan minggu lepas di Kuala Terengganu. Kemenangan berturut turut…

Natijahnya terlihat berlaku sewaktu pengumuman keputusan Pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu yang berakhir pada 17 Januari 2009, dimana secara rasminya kerusi parlimen ini bertukar tangan kepada calon yang mewakili parti PAS.

Sewaktu Presiden PAS, Tuan Guru Hj Hadi membuat kenyataan, beliau secara rendah diri mengucapkan rasa terima kasih kepada SPR, manakala Datuk Seri Najib pula menerima kekalahan UMNO/BN sebagai keputusan mutlak tanpa mahu menyalahkan mana mana pihak.

Dalam kancah politik negara kita yang sentiasa hangat ini, sudah pasti reaksi dari pelbagai pihak terutamanya yang kalah akan mula kendengaran satu per satu….

Tun Mahathir mengajak rakyat bersetuju dengannya bahawa keputusan pengundi pengundi Kuala Terengganu ini secara terang-terangan menolak kepimpinan BN yang diketuai oleh Abdullah Badawi, di waktu yang sama Tun Mahathir tidak mahu beban kekalahan ini diletak di bahu Najib.

Pak Lah pula tidak kelihatan sewaktu pengumuman keputusan dibuat sebab sudah berangkat ke luar negara, maka Najib terpaksa mendepani situasi ini meneguk telan kekalahan kedua berturut turut BN pada pilihanraya kecil selepas Permatang Pauh….

Khairy pula memberikan kenyataan bahawa tidak perlu menuding jari kepada sesiapa tatkala satu lagi kerusi parlimen BN akan berpindah tempat dalam sidang Dewan Rakyat akan datang.

Tan Sri Muhyidin Yasin muncul dengan satu tag line baru iaitu UMNO/BN perlu ada WOW faktor [mengingatkan Blogmaster kepada watak Husin Lempoyang apabila berdagang menjual abdi dalam kisah 3 Abdul]. Padahal sewaktu Muhyidin berceramah bersama MB Terengganu dalam kempen di KT tempoh hari pun hanya dihadiri oleh 100 orang sahaja, WOWnya pun tak ada!

“Market Talk” jelas memihak kepada senario rakyat tidak sama sekali menganggap keputusan kekalahan BN sebagai sesuatu yang diluar dugaan! Seolah-olah seperti sudah menjangka BN akan kecundang walaupun cuba untuk mempertaruhkan seorang calon bergelar Senator dan Timbalan Ketua Menteri.


Apakah kekalahan BN ini akan mendekatkan lagi perjalanan Anwar Ibrahim ke Putrajaya?? Adakah kemenangan Pakatan Rakyat ini akan berterusan dan tidak akan dapat dibendung lagi dimana akhirnya nanti menyaksikan sebuah empayar kerajaan puluhan tahun Barisan Nasional akan bergelar pembangkang….??
Sepanjang tempoh sepuluh hari Blogmaster bersama teman teman berkampung di Kuala Terengganu, ada beberapa faktor yang dilihat agak penting untuk diberikan perhatian serius kearah “improvisation” agar dapat mengembalikan era kegemilangan UMNO-BN supaya bertahta dihati rakyat yang mempunyai kuasa mengundi di mana mana pilihanraya.

PERANG SARAF BN GAGAL
Sehari dua menjelang pilihanraya di K Terengganu, beberapa jalan yang menyusuri Bilik Gerakan Pakatan Rakyat, terutamanya PKR menjadi sesak. Setelah menghampiri kawasan tersebut, rupa rupanya kelihatan beberapa soldadu muda berdiri ditepi jalan dan mengedar pelbagai risalah yang menyampaikan informasi tentang kepincangan pentadbiran kerajaan BN. Jelas bahawa nawaitu Pakatan Rakyat mahu “out-reach the voters and deliver our messages” dikira berkesan. Dalam sesuatu perperangan, informasi maklumat merupakan senjata paling tajam…… Malangnya, disudut pendekatan ini, UMNO-BN dikira GAGAL!

BN seharusnya boleh juga menggunakan pendekatan untuk “out-reach the voters and deliver our messages” dengan menaikkan beberapa poster besar atau mini billboard bergambar menceritakan kepincangan persefahaman dikalangan pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya DAP-PAS, begitu juga situsasi dibeberapa negeri pemerintahan mereka seperti di Perak, Selangor dan Pulau Pinang. Pengundi seharusnya dicelikkan mata mereka kepada masalah dalaman sebenar yang berlaku dalam kain Pakatan Rakyat seperti pemimpin PAS di Perak dan Selangor menjadi kuda tunggangan kepada DAP dan PKR…. Mesejnya disini ialah, walaupun diberikan mandat untuk memerintah beberapa negeri, kolisi Pakatan Rakyat itu sendiri gagal untuk sepakat, mana mungkin mereka mampu mentadbir negara ini dengan baik sekiranya pengundi mahu memberikan mereka peluang..??


MODAL KEMPEN BN SUDAH “OUT-DATED”
Begitu juga dalam sesi ceramah serta penerangan. Setiap ceramah Pakatan Rakyat akan menarik hadirin yang berbondong-bondong, berpusu-pusu untuk menjadi tetamu mereka. Seolah olah ada konsert Mawi atau pun Siti Nurhaliza…. Disini nanti para hadirin terutamanya para pengundi akan disematkan dalam benak fikiran mereka satu per satu kepincangan, kegagalan kerajaan UMNO-BN.

Manakala dalam tempoh kempen di K Terengganu, boleh ditafsirkan bahawa kesemua ceramah dan penerangan BN gagal!

Muhyidin Yasin dan MB Terengganu berceramah hanya didepan 100 orang yang kesemuanya jentera UMNO-BN, undi yang sudah pasti mereka perolehi, sememangnya tiada WOW faktor untuk menarik pengundi biasa terutamanya yang bukan ahli UMNO-BN dan pengundi atas pagar….

Kehadiran PM sendiri malam berikutnya di Wisma Darul Iman hanya dihadiri oleh 200 orang sahaja dan pihak penganjur terpaksa menyimpan semula banyak kerusi kerusi dalam dewan agar tidak kelihatan lebih banyak kerusi daripada hadirin….. Ucapannya lesu dan tidak sedikitpun ada menaikkan syahwat perjuangan menentang pihak lawan. Seperti lazimnya, hadirin hanyalah jentera BN yang undi mereka sudah pasti dapat diperolehi…..

Ceramah oleh seorang Menteri [di Jabatan Perdana Menteri] yang berlangsung di Markas BN Gelugor Raja, langsung tidak berjaya mengaut perhatian pengundi undi menolak calon PAS! Isi kandungan ceramah yang lebih menceritakan tentang perang di Gaza menyebabkan hadirin semakin gelisah menantikan bilakah waktunya untuk menjamu selera juadah yang sedia menanti dibawah khemah…..

Turut mengecewakan apabila pada malam malam akhir tempoh kempen, ceramah oleh seorang Menteri yang juga ‘calon Timbalan Presiden UMNO’, seorang bekas MB, yang diadakan di Bukit Kecil, telah menjadi bahan ketawa Blogmaster bersama teman teman…… Apa tidaknya? Kita mengharapkan sebuah ceramah yang akan membuka minda pengundi agar memahami kemelut dalam Pakatan Rakyat yang semakin meruncing seperti terbukti dibeberapa negeri jahahan mereka, dimana mesejnya nanti agar pengundi tolak calon PAS. Malang sekali, dalam ceramahnya beliau seolah-olah bercakap dengan penduduk kawasan termiskin tahun 70an apabila berkata “ tuan tuan harus berbangga sebab kita sudah ada court badminton, letrik, khemah, kerusi yang enak tuan tuan sedang duduk sekarang ini….” . Begitulah hampehnya ucapan daripada seorang pemimpin tertinggi UMNO yang menawarkan diri untuk menjadi orang nombor 2 dalam parti perjuangan melayu ini..

Yang paling nyata ialah, konsep ceramah serta penerangan oleh UMNO-BN wajib ditukar! Hentikan bercakap hanya didepan jentera sendiri dengan arahan agar setiap Ajk serta ahli ahli cawangan wajib hadir. Tumpukan pula kepada siaraya dan fokus untuk menjemput seluruh penduduk dan pengundi tanpa mengira parti untuk datang menjadi tetamu mereka. Acara jamuan makan tidak seharusnya lagi menjadi perkara pokok dalam majlis sebegini…. Manakala penceramah pula mestilah mampu menyuntik kesedaran serta membuka minda hadirin untuk memahami kenapa kita mesti tolak Pakatan Rakyat dan terus menyokong UMNO-BN.

Sepanjang kesempatan yang ada, hanya beberapa pemimpin UMNO serta penceramah yang dilihat berjaya menepati “basic requirement” yang disebut diatas, diantaranya ialah Datuk Seri Azalina Othman Said, Khairy Jamaluddin, Prof Dr Ramlah Adam, Ustaz Datuk Zainal Sakom.

Dalam babak ini, Blogmaster tidak perlu untuk mengulas ceramah ceramah umum yang dianjurkan oleh Ezam bersama bekas bekas pimpinan Pemuda Keadilan sepanjang mereka berkempen sebab terbukti keupayaan program mereka berjaya menandingi ceramah Pakatan Rakyat...

TIDAK BERANI DEDAHKAN KEPINCANGAN PAKATAN RAKYAT
Sehubungan dengan huraian diatas tadi, seperkara yang paling ketara tidak dimiliki oleh pemimpin UMNO-BN ialah “keengganan” mahu menceritakan dengan terperinci kepincangan serta kegagalan kerajaan Pakatan Rakyat yang sedang terserlah di Selangor, Perak dan Pulau Pinang!

Apakah ini disengajakan? Dalam erti kata lain, adakah pemimpin UMNO ini “kurang berani” sebab khuatir pihak Pakatan Rakyat akan “membongkar” kisah mereka pula…? Atau pun sememangnya “skill” ini tidak dimiliki oleh pemimpin UMNO-BN…

Contoh yang paling mudah; memang terlalu sukar untuk mengatakan semua pemimpin UMNO-BN ini bersih, suci, dan tiada masalah moral. Malah ada beberapa kes salah laku pemimpin pemimpin ini diketahui umum samada dibicarakan oleh pihak penguatkuasa undang-undang atau pun Lembaga Displin UMNO sendiri…. Tetapi, apakah dikalangan pemimpin Pakatan Rakyat sendiri tidak ada masalah moral..??? Lihat sendiri kes bekas Setiausaha Sulit MB Selangor yang terpaksa diketepikan walaupun hanya dua bulan memegang kuasa… Begitu juga kes “sedekah seks” serta rasuah oleh beberapa Exco Kerajaan Negeri Perak…!

LOGO BN MESTI DIBUAT “RE-BRANDING”
Samada suka atau pun tidak, bendera BN sudah dimamah usia, warnanya pula sudah hilang daya tarikan… Dalam keadaan ramai rakyat sudah mula berani menolak BN seperti termaktub dalam keputusan Pilihanraya Ke 12, maka lambang BN ini juga seolah-olah sudah dibenci oleh rakyat.

BN harus berani untuk innovative dan melahirkan sebuah wajah baru. Ini merupakan suatu norm kepada mana mana keadaan sekiranya sesuatu produk itu sudah mula tidak menjadi tumpuan oleh masyrakat yang ramai. Penwajahan Semula dengan mengambil konsep Re-Branding adalah jalan terbaik untuk menarik sokongan terutamanya golongan muda serta non-partisan agar kembali kepada BN. Sedikit perubahan kepada warna serta design menghiasi lambang Dacing ini dijangka mampu untuk membuka mata rakyat melihatnya sebagai satu “nafas baru” betapa seriusnya BN mahukan satu perubahan total.


MASALAH DALAMAN LEBIH PENTING DARI KEMENANGAN PARTI
Akhir sekali sepanjang tempoh Blogmaster serta teman teman berkampung di Kuala Terengganu ini, antara faktor yang kami sedari ialah krisis masalah dalaman UMNO K Terengganu ini sendiri serta “demam” pemilihan pemimpin UMNO bulan Mac nanti turut mendominasi kegagalan dalam pilihanraya kecil ini….

Jentera UMNO Terengganu sendiri tidak kemas. Sikap mahu berkabilah hasil rentetan dari sejarah dua kem iaitu Idris Jusoh vs Ahmad Said membantutkan kelancaran kerja di peringkat akar umbi…! Siku menyiku, senggol menyenggol, bentes membentes dapat dirasai dalam “rumah” mereka ini. Ramai juga jentera jentera dari luar mengadu menjadi “pelancong” untuk makang angin dan menghabiskan lebih banyak masa berbelanja di Pasar Payang sebab tidak ada “tugas” hendak dilaksanakan….

Malah virus kabilah dari demam pemilihan pemimpin UMNO bulan Mac turut mewarnai kepincangan perjalanan kerja jentera diperingkat awal kempen, ada kumpulan pemimpin yang mendapat tempat untuk mengisi program, maka sibuklah mereka kesana kemari. Tetapi ramai yang hanya menghabiskan masa bersembang di coffee house hotel sampai ke subuh sebab termaktub dalam senarai “pelancong”.

Terdengar juga kisah kurang enak calon UMNO-BN ini dibeberapa tempat. Dalam siri ceramah oleh beberapa pemimpin UMNO, mereka berulang kali “merayu” kepada pengundi untuk memberikan undi kepada Datuk Wan Farid walaupun dikatakan Wan Farid ini bersikap “tidak memandang wajah” sewaktu bersalaman, satu ciri manusia sombong… Soalnya disini, apabila kenyataan ini sentiasa diulang-ulang oleh pemimpin UMNO dalam kempen mereka, maka tersingkap sifat sombong calon UMNO-BN ini!

Malah kisah adik ipar kepada Allahyarham Datuk Razali Ismail menjadi wakil calon kepada calon PAS, Abdul Wahid Endut juga memberikan gambaran jelas sejauh mana sokongan yang “diberikan” oleh UMNO Terengganu kepada calon mereka sendiri…..
Kemelut dalaman ini juga dikatakan turut menjurus kepada faktor kegagalan UMNO Terengganu membawa pulang pengundi pengundi yang berada di luar Terengganu untuk menyokong UMNO-BN.


Sebagai penutup kepada ulasan ini, jelaslah UMNO-BN mesti reform dan lakukan re-branding secepat mungkin!

Sebaik-baiknya selepas secara rasminya nanti apabila Presiden UMNO bertukar wajah, kerusi Perdana Menteri berpindah tuan, maka ianya MESTI dan WAJIB dilakukan reform demi mengembalikan kepercayaan rakyat kepada UMNO dan kerajaan Barisan Nasional.

Kekalahan UMNO-BN di K Terengganu ini bukanlah sesuatu yang ditafsirkan sebagai suatu kegagalan besar. Pada Pilihanraya ke 12, dengan peratusan keluar mengundi yang tinggi sebanyak 82.45% undi diperolehi oleh BN-UMNO ialah 32,562. Terbukti pada 17 Januari, walaupun peratusan keluar mengundi jatuh kepada 79.2% namun undi yang dapat diperolehi oleh calon UMNO-BN tetap kekal sekitar 30,252.
Ternayatalah masih ada pengundi yang “memprotes” membuat keputusan tidak mahu keluar mengundi dan diwaktu yang sama sudah pasti tidak mahu mengundi calon PAS….

Thursday, January 15, 2009

Akhirnya Surat 8 Sept Anwar Di Bongkar!!

Malam yang dinanti-nantikan telah berlangsung dengan penuh saspens malam tadi! Seperti yang dijanjikan, Ezam Mohd Nor kembali ke K Terengganu untuk membongkar surat “rayuan” Anwar Ibrahim kepada Mahathir bertarikh 8 September 1998……

Ceramah yang penuh kemeriahan ini berlangsung di Markas BN Kampung Kubang Parit, DUN Wakaf Mempelam kubu kuat PAS Terengganu. Amat menakjubkan sekali apabila kehadiran lebih kurang 3,000 orang dalam ruang halaman yang agak sempit dan diberitakan jalan masuk ke tempat ceramah terpaksa ditutup kerana penuh sesak dengan banyak kenderaan, ramai yang pulang hampa kerana tidak berjaya masuk ke tempat ceramah…

Program malam tadi telah mula dipanaskan oleh beberapa penceramah barisan bekas pimpinan Keadilan seperti Hamidzun Khairuddin, Lokman Adam, Gani Haroon, Zahid Mat Arip dan Hamdan Taha.

Akhirnya kemunculan Ezam telah mengubati penantian ribuan hadirin yang bersesak sesak di markas BN Kubang Parit. Ezam telah membacakan surat yang cuba dikirimkan oleh Anwar kepada Mahathir pada 8 September 1998 [teks penuh surat ada di dalam posting ini].

Disini jelaslah bahawa Ezam berjaya membuktikan betapa MUNAFIKnya manusia durjana bernama Anwar Ibrahim. “ Pada hari sebelumnya, Anwar telah caci maki Mahathir, mengajak rakyat yang menyokongnya untuk menentang Mahathir, tetapi dalam senyap, dibelakang penyokong-penyokongnya, terutamanya parti PAS, Anwar telah menulis surat merayu kepada Mahathir, mahu berdamai…” tegas Ezam.

Atas dasar prinsip, Ezam turut mencabar PAS membuat pendirian sekiranya mereka benar benar sebuah parti islam, apakah mereka mahu mengangkat Anwar sebagai pemimpin nombor satu walaupun terbukti sifat munafik Anwar sememangnya beliau adalah Pembohong Nombor Satu Negara….

HUSAM AKUI PARTI PAS MAHU KUDAKAN ANWAR..!!!

“One stone, Two Birds…” begitulah istilah yang digunakan untuk menggambarkan bagaimana dalam satu satu tindakan yang dibuat berjaya mendapat hasil yang berganda…..

Malam tadi Ezam turut membuat satu lagi pembongkaran eksklusif! Kini Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa pula terpaksa mendepani “cabaran” Ezam setelah satu pengakuan yang dibuat oleh Husam terhadap Anwar dibongkar oleh bekas Ketua Pemuda Keadilan itu.

Husam telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa Ezam menyertai UMNO kerana mahu “cari makan”. Kenyataan bodoh oleh Husam ini telah membuatkan Ezam membuka rahsia sebenar, dalam satu pertemuan sulit mereka sewaktu Ezam membuatkan keputusan mahu menyertai UMNO. Atas dasar persahabatan dalam arena politik, Ezam bertemu dengan Husam untuk menjelaskan bahawa beliau terpaksa tinggalkan Anwar kerana sebagai seorang muslim beliau akan berdosa sekiranya mengangkat Anwar sebagai pemimpin. Ada beberapa perkara yang terlalu sulit tetapi tidak disebutkan kerana Ezam tidak mahu membuka aib seseorang.

Menurut cerita Ezam, beliau agak terkejut apabila Husam menjawab bahawa dia sendiri dengan pimpinan PAS tahu semua tingkah laku sumbang Anwar, tetapi mereka cuma mahu “kudakan” Anwar dalam politik untuk mencapai matlamat parti mereka….
“Saya cabar Husam untuk turun ke K Terengganu dan menafikan kenyataan saya ini..” kata Ezam malam tadi. Ternyata Ezam agak terkilan dengan sikap Husam yang terbukti membuat kenyataan tersebut semata mata mahu menjaga hati Anwar demi hubungan parti mereka dalam Pakatan Rakyat dan di waktu yang sama Husam sanggup membelakangkan nilai persahabatannya dengan Ezam sebelum ini.
TEKS PENUH SURAT ANWAR IBRAHIM KEPADA MAHATHIR

Surat Anwar bertulis tangan kepada Dr Mahathir.
YAB Dato Seri Dr Mahathir.
Assalamualikum Warahmatullah.

Perkembangan beberapa hari ini kebelakangan ini sungguh merimaskan. Berita-berita yang mengaibkan peribadi saya secara berterusan oleh media tempatan nampaknya tidak berkesudahan.

Saya dan Azizah harus tabah. Anak-anak saya mulanya agak sugul dan gundah. Hati mereka luka dan pelajaran mungkin terjejas. Alhamdulillah, mereka kian teguh berkat sokongan keluarga besar kami, rakan-rakan rapat-khususnya Azizah yang sentiasa disamping mereka.

Saya masih kebingungan, bertanyakan punca konspirasi untuk mengaib dan menjatuhkan saya. Harapan saya, ialah agar keadaan sedikit reda bagi membolehkan saya membela diri dan mengembalikan kepercayaan rakyat.

Seperkara lainnya, ialah perihal keselamatan keluarga saya. Ibu bapa saya mengulangi pertimbangan Dato Seri agar anak angkat mereka tidak harus ditahan. Memadailah, penderaan yang kami alami sebagai keluarga dengan menghadapi tuduhan yang amat berat.

Betapa getir dan cemas kedudukan kami, saya dan Azizah tidak pernah melupakan curahan kasih sayang, bimbingan dan peluang yang Dato Seri berikan.

Meskipun perhubungan diantara kita agak renggang, saya tidak mungkin melupakan jasa baik Datuk Seri.
Semoga Allah S.W.T memberikan taufik dan hidayah, memelihara kesejateraan kita bersama.
Salam saya dan Azizah kepada Dato Seri dan kak Hasmah.

Anwar Ibrahim.
8 September 1998

* anak angkat dalam surat ini merujuk kepada Sukma Darmawan Samitaat Madja

SURAT ASAL TULISAN TANGAN ANWAR



KENYATAAN MEDIA OLEH EZAM MALAM TADI


RAKAMAN SEKITAR CERAMAH MALAM TADI






Monday, January 12, 2009

Sebelum 17hb Ezam Akan Dedahkan Surat Anwar

Akhirnya teka teki kisah Rahsia 8 September Anwar terjawab apabila Ezam mengakui bahawa memang ada surat yang ditulis oleh Anwar kepada Mahathir untuk berdamai…

Dalam ceramah kempen Pilihanraya kecil K Terengganu yang diadakan di Bukit Kecil malam tadi, Ezam membuat pengakuan tersebut.

Ceramah malam tadi dinanti-nantikan oleh pengundi pengundi disini setelah malam sebelumnya di Kg Kolam Nesan 4, Ezam berjanji akan meneruskan cerita mengenai Rahsia 8 September Anwar Ibrahim.

Kehadiran hadirin yang jauh lebih ramai daripada malam sebelumnya turut disertai juga oleh ramai wartawan media yang mahu mendengar kisah selanjutnya dari Ezam.

“ Anwar mahu saya menyerahkan suratnya kepada Dr Mahathir, sekiranya tuan tuan masih ingat, pada malam 8 September, Mahathir dijadualkan akan bertemu dengan MB MB serta Ketua Menteri untuk menjelaskan isu pemecatan Anwar Ibrahim.., maknanya Anwar mahu saya serahkan surat itu sebelum pertemuan tersebut diadakan...” jelas Ezam.

Ezam berjanji akan bertandang lagi ke K Terengganu sebelum hari pengundian untuk mendedahkan isi kandungan surat Anwar itu. Pada hari Isnin, 12 Januari Ezam akan berangkat pulang ke Kuala Lumpur untuk menyelesaikan beberapa urusan kerja beliau.

Dari perspektif prinsip, apabila Ezam sudah mendedahkannya nanti, beliau mahu PAS menjelaskan pendirian mereka samada mahu terus mengangkat Anwar sebagai pemimpin nombor satu kerana akan terserlah sifat munafik Anwar yang hanya mahu menggunakan PAS menyokongnya menentang Mahathir tetapi secara senyap senyap ingin melutut kepada bekas PM itu dengan menulis surat mohon perdamaian….


HAMDAN – JIKA PAS MENANG P036, KIT SIANG SEMAKIN HAMPIR JADI TPM

Dalam ceramah yang sama malam tadi, bekas Timbalan Ketua Pemuda Keadilan, Hamdan Taha telah mengingatkan pengundi pengundi di K Terengganu untuk membuat keputusan yang bijak pada hari pembuangan undi nanti, 17 Januari 2008.

Beliau telah mengupas semua kepincangan kerajaan Pakatan Rakyat terutamanya secara terang terangan PAS hanya menjadi budak suruhan kepada DAP –PKR , di negeri negeri pemerintahan mereka di Selangor, Perak dan Pulau Pinang

Beberapa keputusan yang dibuat oleh kerajaan Pakatan Rakyat walaupun mencabar hak keistimewaan orang melayu serta agama islam, namun PAS tidak mampu untuk mempertahankannya . Malah, budaya angguk semakin menyerap kedalam naluri pemimpin pemimpin PAS, apatah lagi mereka terpaksa tunduk dengan sutradara Anwar Ibrahim yang kini menerajui watak Ketua Pakatan Rakyat.

Menurut Hamdan, tindakan Anwar yang mahu menjadikan kerusi Timbalan Perdana Menteri untuk diisi oleh bukan melayu juga gagal disanggah oleh ramai pemimpin pemimpin parti Islam yang kini bergelar Ahli Parlimen dan Menteri Besar.

Secara teori untuk diungkap, apabila kerusi Parlimen P036 K Terengganu berjaya dirampas oleh PAS, bermakna bilangan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat akan bertambah. Seandainya kemenangan Pakatan Rakyat ini boleh mendekatkan dan seterusnya menjadikan mereka berjaya memiliki kerajaan pusat suatu hari nanti, boleh membawa maksud Anwar sebagai PM akan melaksanakan janjinya untuk menobatkan bukan melayu sebagai TPM…


Melihat kepada sambutan oleh hadirin yang merupakan pengundi pengundi Bukit Kecil kepada kupasan isu ini, jelas terbukti bahawa kepincangan serta kegagalan kerajaan PAS yang kini menjadi boneka kepada DAP-PKR memang sudah lama disedari oleh rakyat berbangsa melayu beragama islam.

Sunday, January 11, 2009

Ezam Bongkar "Rahsia 8 September Anwar"


Dalam kepenatan baru tiba dari Kuala Lumpur terus ke K Terengganu, tak sampai pun 10 minit tiba di tempat ceramah, Ezam Mohd Nor tidak menghampakan hampir 1,000 hadirin yang datang mendengar ceramah sulungnya malam tadi…..

Kemunculan Ezam yang amat dinanti-nantikan oleh pengundi di Kuala Terengganu menyaksikan satu lagi Pembongkaran Eksklusif tentang manusia durjana bernama Anwar Ibrahim!

Ezam telah berjaya menarik perhatian semua hadirin apabila mengulas tentang Isu 6 Kotak Dokumen Rasuah. Isu ini cuba dimainkan oleh beberapa pendekar pendekar tempang Anwar yang sanggup menjadi cicak mengkarung. Ternyata permainan ini sudah memakan diri mereka sendiri.

Selain berjaya menjelaskan keadaan sebenar bahawa Anwar yang menyimpan kesemua 6 Kotak Dokumen Rasuah, diamana Ezam telah pun memberikan kenyataan ini kepada pihak polis sewaktu siasatan keatasnya sekitar tahun 1999, lahir pula sebuah kisah mendedahkan tembelang Anwar Ibrahim…..

“Sebenarnya sewaktu saya berdua bersama Anwar berbincang mengenai 6 Kotak ini selepas beliau dipecat, Anwar telah memberikan satu arahan kepada saya, dan saya masih simpan rahsia tersebut sehingga ke hari ini..” kata Ezam

“tidak ada seorang pun yang tahu apa yang Anwar arahkan untuk saya lakukan, dan saya masih ingat sampai ke hari ini, tarikh peristiwa tersebut..” tambah Ezam.

“kalau kita semua masih ingat, 7 September 1998, Anwar telah menghentam Tun Mahathir dengan pelbagai kata-kata selepas beliau dipecat dari semua jawatan… Tetapi, keesokkan harinya, pada 8 September 1998, Anwar telah mengarahkan saya untuk membantunya berdamai dengan Tun Mahathir..” begitulah cerita Ezam malam tadi.

Sudah pasti Ezam masih ingat tarikh tersebut sebab pada hari yang sama, isterinya yang dikasihi telah dimasukkan ke hospital untuk melahirkan anak bungsu mereka, itulah kali pertama Ezam tidak berada disisi isterinya disaat menyambut kelahiran anaknya kerana mahu membantu bekas bossnya, Anwar Ibrahim.

Inilah rupa manusia durjana bernama Anwar yang handal menari Kopi Dangdut memperdaya rakyat secara sembunyi, hari ini membakar semangat pengikut-pengikutnya kununnya lantang menentang Tun Mahathir tetapi keesokkan harinya mahu pergi menyembah kaki mantan Perdana Menteri itu…..

Ezam diakhir ceramah mencabar Anwar untuk turun ke K Terengganu memberikan jawapan kepada persoalan tersebut, itu pun sekiranya Anwar berani untuk berbuat demikian. Setelah selesai berceramah, sewaktu ditanya oleh wartawan media apakah Ezam masih menyimpan bukti keatas tindakan serta arahan Anwar itu, Ezam mengakui bukti itu ada padanya, tetapi enggan menjelaskan secara terperinci kerana mahu tunggu jawapan Anwar Ibrahim terlebih dahulu...

Ternyata Ezam kini membuka gelanggang untuk bertarung dengan Anwar dan di waktu yang sama tidak akan melayan pendekar pendekar tempang tunggangan Anwar …. Rakyat K Terengganu bertuah kerana menjadi yang pertama mendengar rahsia selama 10 tahun disimpan oleh Ezam. Malam ini, 11 Januari, Ezam dan rakan rakannya akan sekali lagi berceramah di Perkarangan Rumah Flat Lama Blok C, Bukit Kecil yang berhampiran dengan pejabat Perhubungan PKR Terengganu.

Sifir politik Anwar mahu membenam Ezam dengan mengarahkan barua baruanya untuk membangkitkan Isu 6 Kotak kini menjadi racun untuk beliau telan apabila rahsianya yang selama ini disimpan oleh Ezam sejak 8 September 1998 terbongkar…..

Apalah nasib Anwar, selepas Pembohongan 16 September, kini muncul Rahsia 8 September…..





Para wartawan dari pelbagai media seperti Ntv7, RTM, The Star, Sinar dan lain lain telah menyerbu Ezam sebaik sahaja selesai berceramah untuk bertanyakan tentang pembongkaran terbaru Ezam keatas Anwar Ibrahim dalam kisah "Rahsia 8 September….."


CERAMAH SULUNG EZAM SUKSES..!!





Selain daripada Ezam, beberapa bekas pimpinan Keadilan turut sama berceramah malam tadi, dari kiri Hamdan Taha [Bekas Timbalan Ketua Pemuda], Lokman Adam [Bekas Setiausaha Pemuda] dan Hamidzun Khairuddin [Bekas Ketua Pemuda Sgor]

Saturday, January 10, 2009

Ezam di K Terengganu Hujung Minggu Ini


Hujung minggu ini, kempen Pilihanraya kecil Kuala Terengganu akan diserikan dengan ceramah-ceramah oleh bekas bekas pemimpin Keadilan dan PKR.

Siri ceramah bertemu dengan pengundi pengundi Parlimen Kuala Terengganu ini akan diketuai oleh EZAM MOHD NOR.

Berikut adalah jadual Ceramah Umum yang akan dihadiri oleh Ezam bersama rakan rakannya;

10 Januari 2009 [Sabtu]
Jam 8.30 malam
Kg Kolam Nesan 4 [DUN Ladang]

11 Januari 2009 [Ahad]
Jam 8.30 malam
Perkarangan Flat Blok C [Lama] Bukit Kecil


Diantara beberapa bekas pemimpin PKR yang dijadualkan akan turut bersama Ezam turun padang untuk berceramah dalam kempen pilihanraya;


Hamdan Taha [Bekas Timbalan Ketua Pemuda Keadilan]
Zahid Mat Arip [Bekas Naib Ketua Pemuda Keadilan]
Lokman Adam [Bekas Ahli MPT Keadilan/Bekas Tahanan ISA]
Hamidzun Khairuddin [Bekas Ketua Pemuda Keadilan Negeri Sgor]
Hanafiah Man [Bekas Ketua Pemuda Keadilan Negeri Perak]
Sd Johari Hj Yasin [Bekas Setiausaha AMK PKR]
Azwanddin Hamzah [Bekas Ketua AMK PKR Wilayah]

Apakah Ezam mahu melayan dan menjawab soalan isu 6 Kotak Dokumen Rahsia yang telah dibangkitkan oleh Panglima Panglima Tempang Anwar Ibrahim…..??

Thursday, January 8, 2009

Tuesday, January 6, 2009

Demam PRaya Kecil K T'ganu Bermula

INGAT...!! APA ANWAR PERNAH KATA PADA PAS


Saturday, January 3, 2009

Kenyataan Yb Kapar Penting!!

Dalam menyaksikan kemelut politik Pakatan Rakyat Selangor sebagai membuka tirai 2009 ini, kita harus mengambil secara serius dakwaan Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam.

Sewaktu kerancakan perang saudara yang tercetus dalam Pakatan Rakyat Selangor, Yb Kapar ini telah menjadi wakil rakyat paling glamour mengakhiri tahun 2008 dan membuka tirai 2009.

Yb Kapar yang terkenal dengan panggilan Mike telah secara terbuka melahirkan rasa kekecewaan ditahap paling maksima apabila gagal mempertahankan serta membela nasib pemandu teksi, pengguna pengangkutan awam dan peniaga peniaga yang membantah perpindahan terminal bas ke Klang Sentral di Meru baru baru ini.

Perang saudara diantara beliau dengan Yb Teng yang dikatakan menjadi dalang kepada perpindahan terminal bas ini telah mendorong Yb Kapar memberi kata dua untuk keluar parti PKR dan mahu menjadi Ahli Parlimen Bebas.

Sewaktu menjadi buruan para wartawan serta pihak media, kenyataan demi kenyataan telah dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Kapar ini. Diantara kenyataan beliau yang kita mesti melihat secara serius adalah petikan dibawah ini….;

Manikavasagam refused to back the state government’s and Klang Municipal Council's (MPK) decision on the relocation and backed the over 1,000 business owners there as well as thousands of public transportation users.
The MP alleged that he was offered housing units by the developer of the new bus station - Klang Sentral - but had refused the bribe. Teng has given him two weeks to prove the allegation.
"The developer actually said to me that he has managed to get all the others (MPs and councillors) to support him except me," he exclaimed
.

Petikan ini daripada http://www.malaysiakini.com/news/95645


Jelaslah disini, bahawa Mike telah cuba digula-gulakan dengan beberapa unit rumah oleh pihak pemaju, tetapi beliau yang memang dikenali sebagai “working MP for the people” telah menolak RASUAH yang cuba disuapkan kepadanya.

Yang menarik disini ialah, kenyataan Mike bahawa pemaju maklumkan kepadanya bahawa semua yang terlibat telah “diuruskan” oleh pihak pemaju untuk menyokong keputusan memindahkan terminal bas, cuma Yb Kapar sahaja yang belum “selesai”.

Melihat daripada senario betapa “bersungguh-sungguhnya” Yb Teng untuk mengikut kehendak serta telunjuk pemaju dimana beliau sanggup membelakangkan rintihan rakyat terutamanya golongan peniaga yang akan menerima kesan negatif daripada tindakan ini, maka disini jelas kelihatan ada asas untuk pihak BPR siasat semua
Yb Yb serta Ahli ahli Majlis MPK yang terlibat!

Blogmaster syorkan kepada Sdra Nazree Yunus, Pengerusi GERAK untuk melihat dimanakah ruang yang ada bagi membantu membongkar sekiranya ada unsur unsur rasuah dikalangan beberapa Yb Yb Pakatan Rakyat serta Ahli Ahli Majlis dari Majlis Perbandaran Klang dalam isu ini. Kenyataan daripada Ahli Parlimen Kapar ini amat serius!

Yb Kapar TERJAH Khalid Ibrahim

Yb Kapar, Mike [ditengah] kini sudah berpatah arang, berkerat rotan dengan MB beliau…


Blog ini pernah melaporkan krisis dalaman yang bergolak diantara Yb Kapar dengan Khalid Ibrahim. Ada dua isu yang membabitkan pertelingkahan diantara mereka berdua bermula dengan kenyataan bodoh Khalid Ibrahim setelah peristiwa bencana ribut yang berlaku didalam kawasan parlimen Kapar. Kemudian isu perobohan kuil oleh pihak MPAJ.
Terkini, kesan daripada perbezaan pendapat diantara Yb Kapar atau lebih dikenali sebagai Mike, dengan Yb Teng Chang Khim mengenai isu perpindahan terminal bas dari bandar Klang ke Klang Sentral yang terletak di Meru. Dalam pergolakan ini, Mike telah beberapa kali bertegang leher dengan Teng dalam mesyuarat Majlis Perbandaran Klang. Ahli Parlimen Kapar ini menjunjung masalah rakyat dengan cuba untuk menghalang perpindahan terminal bas yang sudah berpuluh puluh tahun bertapak di bandar Klang.
Sebagai bukti, Mike sendiri telah turun berdemonstrasi bersama sama pemandu teksi serta peniaga peniaga yang membantah keputusan ini. Pelik! Sebab ianya tak pernah berlaku sebelum ini, seorang Ahli Parlimen dalam kerajaan negeri yang sama turut sama berdemonstrasi membantah tindakan kerajaan negeri yang diketuai oleh MB dari partinya sendiri…..

Dalam hal ini, Khalid Ibrahim langsung tak pedulikan bantahan oleh Mike yang duduk sama dalam struktur organisasi PKR Selangor bersama dengannya.
Pada awalnya Mike telah menyatakan mahu tinggalkan PKR dan menjadi Ahli Parlimen Bebas, namun akhirnya pada 31 Disember 2008, beliau cuma umumkan meletakkan jawatannya sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Selangor.
Menurut Yb Kapar ini, beliau hanya akan membuat keputusan samada akan meninggalkan PKR atau tidak setelah bertemu dengan Anwar Ibrahim sekembalinya dari India. Mike akan menghadiri seminar di Chennai dan akan bertemu dengan pemimpin Hindraf, P Waythamoorthy.

Sama samalah kita nantikan episod seterusnya, apakah Khalid Ibrahim akan menjadi punca kepada berkurangannya bilangan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat….??

Blogmaster dah boleh teka jawapannya, tapi eloklah kita tunggguuuuu……

Friday, January 2, 2009

Salam Dari Blogmaster - Belum Terlambat


Masih Belum Terlambat……,
Biar lambat asalkan selamat……

Salam Maal Hijrah Kepada Semua Muslimin, Ahli2 Berhormat BPN, “Followers” dan juga Penyokong Blog Medan Info Kita. Ok lah, ucapan ini ditujukan juga kepada yang “membenci” blog ini, especially kepada mereka yang TAKSUB dengan Anwar Ibrahim…..

Semoga tahun 1430H dan juga tahun 2009 akan terus diperhangatkan dengan berita berita politik tanahair yang akan diulas oleh Medan Info Kita.

Tahun 2008 politik tanahair dikejutkan dengan TSUNAMI Pilihanraya ke 12 apabila BN hilang 5 kerajaan negeri dan Parlimen dibanjiri dengan lebih 80 wakil rakyat Pembangkang, sekali gus BN hilang majority 2/3…..

Rakyat seterusnya “digemparkan” pula dengan momokan cerita hantu oleh Anwar Ibrahim bahawa 16 September akan tercipta Malaysia Baru dimana beliau akan dinobatkan sebagai Perdana Menteri yang baru, tapi, terbukti itu semua PENIPUAN dan PEMBOHONGAN semata mata…..

Nah! Tahun 2008 terbukti Anwar tidak jadi Perdana Menteri.
Bagaimana pula nasib Anwar tahun 2009….?

Apakah beliau akan berjaya membawa beberapa Ahli Parlimen BN lompat mengikutnya untuk mengangkat beliau menjadi PM…?

Atau, akan berlaku sebaliknya pula, iaitu ada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang akan meninggalkan Anwar..?? Tak mustahil….

Adakah tahun 2009 akan terpalit sekali lagi sejarah hitam buat keluarga Anwar Ibrahim seperti tahun 1999, dimana Anwar akan disumbatkan ke dalam penjara sekiranya terbukti bersalah dalam kes meliwat Saiful Bukhari Azlan…?

Blogmaster telah menghilang seketika sebab berada diluar negara untuk menguruskan beberapa urusan penting dan mengakhiri akhir 2008 bersama keluarga tersayang, namun begitu tetap berkomunikasi dengan “sources” serta sumber sumber untuk kemaskini berita berita terkini politik tanahair.

Blog ini sepi seketika, berehat sekejap……[take a break]

Tetapi, selepas ini, ada banyak cerita cerita panas yang akan menjadi santapan “followers” serta penyokong penyokong Blog ini….

Terima kasih.
Blogmaster