MARI SAMA SAMA KITA MEDOAKAN YANG TERBAIK

MARI SAMA SAMA KITA MEDOAKAN YANG TERBAIK

Sunday, February 22, 2009

Gempar! DUN Bukit Antarabangsa Pulak...!

Kecoh!
Pakatan Rakyat Selangor semakin panas…..!
Azmin Ali bakal menggantikan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor..??

Gambar sedutan kenyataan media yang dibuat oleh Pakatan Rakyat Selangor dibawah ini bakal menjadi spekulasi atau pun mungkin kenyataan….. klip video ini boleh dilusuri pada web Malaysikini TV
http://www.malaysiakini.tv/video/16728

Malam tadi, Blogmaster menerima kunjungan daripada “informer” yang selalu menyampaikan cerita cerita panas dari dalam kain PKR Selangor. Persahabatan kami yang sudah menjangkau tahun ke 10 membuatkan beliau begitu akrab dan selesa menceritakan semua kisah dalam parti berbilang kaum yang dipimpin oleh Ketua Pembangkang. Kedudukkan “informer” Blogmaster juga yang memegang jawatan agak tinggi dalam struktur PKR Selangor menjadikan tugas Blogmaster mudah untuk “korek cerita….”

Sebaik sahaja selesai RETREAT untuk semua wakil rakyat Pakatan Rakyat [PR] Selangor dua hari lepas, mereka telah mengadakan satu Sidang Media Khas berhubung dengan kenyataan rasmi membantah tindakan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia [SPRM] yang dikatakan mendahului tugas Peguam Negara dalam kes salah guna kuasa Khalid Ibrahim berhubung dengan Lexus dan Lembu [Dua L].

Tunggu sebentar! Lihat gambar klip video diatas…. , kenyataan rasmi PR Selangor itu telah dibuat oleh Azmin Ali, ADUN Bukit Antarabangsa. Dimana pula Dr Hassan Ali dan Theresa Kok…? Sekiranya ditonton klip video tersebut, Dr Hassan Ali duduk sebelah ADUN Sekinchan , Yb Ng Swee Lim. Manakala Theresa Kok pula duduk bersebelahan ADUN Meru, Yb Dr Rani Osman.

Sidang Media daripada PR Selangor untuk membela MB mereka seharusnya dibuat oleh Exco Kanan memandangkan PR Selangor tidak ada Timbalan MB. Apakah untuk menjaga hati pemimpin PAS, maka Theresa tidak ditugaskan memikul tanggungjawab tersebut? Ada yang memberi rasional bahawa Azmin adalah Ketua WHIP Pakatan Rakyat dalam Parlimen merangkap Naib Presiden PKR, memandangkan sidang media itu menyebut kenyataan rasmi oleh semua wakil rakyat PR Selangor termasuk Ahli Ahli Parlimen, maka Azmin dikira mewakili mereka semua.

Tetapi, kalau ditafsirkan ini adalah urusan rasmi kerajaan PR Selangor, sidang media dan sebarang kenyataan rasmi mestilah dibuat oleh orang yang paling kanan kepada Khalid Ibrahim! Dalam struktur pentabiran kerajaan PR Selangor, Azmin Ali hanyalah ADUN yang biasa, bukannya bertaraf EXCO pun…, jika hendak dibandingkan dengan Yb Yakob Sapari.
Malah jika dilihat dalam pentadbiran Perhubungan PKR Selangor itu pula, Azmin hanyalah seorang Ketua Bahagian dari Gombak, dimana Perhubungan PKR Selangor mempunyai dua orang Timbalan Pengerusi iaitu Yb Abdullah Sani, Ahli Parlimen Kuala Langat bersama Yb Hee Loy San, Ahli Parlimen PJ Utara setelah Ahli Parlimen Kapar Yb Manikavasagam meletakkan jawatannya sebagai protes diatas kegagalan Khalid membantu masalahnya beberapa bulan yang lalu.

Adakah desas desus bahawa Khalid Ibrahim akan pergi bercuti dan mengosongkan kerusi MB Selangor sebaik sahaja pendakwaan dimulakan akan menjadi realiti? Siapakah bakal menggantikan Khalid Ibrahim?

Dalam keadaan Khalid sedang berdepan dengan dua tuduhan rasuah, kini terpalitlah sudah rekod buruk beliau ketika menggalas tanggungjawab sebagai Ketua kerajaan PR Selangor. Ditambah pula dengan kenyataan “bercanggah” oleh Azmin Ali pada sidang media yang sama mengatakan bahawa Elizabeth Wong belum meletakkan jawatan, ternyata jelas Azmin telah membelakangkan MB Selangor yang sedang menghitung hari hari akhirnya itu…..

Apakah akan berpesta rakyat DUN Bukit Antarabangsa menyambut majlis perlantikan wakil rakyat mereka sebagai MB negeri Selangor yang baru….?

Seandainya ini benar benar terjadi, Bukit Antarabangsa akan menjadi “bukit” keempat mendapat publisiti media selepas ini…

Yang menariknya nanti, sewaktu Azmin bersama pengundi-pengundinya mengadakan sambutan itu , adakah Khalid sudah diarahkan pergi bercuti? Akan timbul pula spekulasi samada beliau akan menenangkan fikirannya di sebuah destinasi yang sama dengan Elizabeth Wong..?

Ke Bukit Gantang membaca talkin
Singgah Bukit Selambau tak jumpa jalan
Tidur di Bukit Lanjan diselak kain
Bukit Antarabangsa berpesta sakan

Sama samalah kita saksikan apakah kesudahan kisah MB Selangor yang diramalkan akan mengalami nasib yang serupa dengan nasib MB Perak….

Saturday, February 21, 2009

Inikah Baju MENGGATAL Si Khalid...?







Setiap manusia punyai nafsu….

Abdul Khalid Bin Ibrahim juga adalah seorang manusia biasa yang akan mendepani nafsu lapar, tamak, sedih, amarah, insaf, tawaduk dan sudah tentu Khalid juga memiliki perasaan berahi seperti lelaki yang normal.

Blog ini pernah menyiarkan tiga [3] gambar diatas pada posting posting sebelum ini. Ada beberapa respon yang mempersoalkan kesasihan gambar tersebut kerana Blogmaster hanya menyiarkan gambar Khalid dengan wanita wanita yang “dihimpit”nya. Tetapi kali ini, setelah muncul gambar “pergeseran” bahagian dada Elizabeth Wong dengan badan Khalid, maka Blogmaster siarkan semula gambar gambar sepenuhnya, lihatlah sendiri kelakuan si MB Selangor.

Yang ketara ialah, setiap kali Khalid mengenakan baju batik ini, terserlah “kenakalan” perangai si MB yang bakal berhadapan dengan kes DUA L [Lembu + Lexus]

Monday, February 16, 2009

Yb PKR TerBogel, Apa Komen Khalid..?


Sebaik sahaja kecoh dengan berita tersebarnya gambar gambar bogel seorang Exco Selangor, Elizabeth Wong yang juga wakil rakyat ADUN Bukit Lanjan, yang paling penting ialah kita kena tumpukan kepada reaksi atau pun respon Bossnya, sudah tentulah MB Selangor, Khalid Ibrahim.

Berikut adalah respon MB kepada Exco yang sedang berdepan dengan kisah gambar bogelnya tersebar luas dipetik dari
http://www.suarakeadilan.com/sk/berita-utama/2009/02/2087

Her boss, Khalid himself, said that there was no reason to sack Elizabeth, who was good at her work and popular with her constituents.
“Someone is trying to frame her,” said Khalid

Ini pula komen dari seorang lagi Exco kerajaan negeri Selangor….; Teresa Kok, also a Selangor assemblywoman and state exco, condemned the ruse as a deliberate ploy to destabilise the Pakatan Rakyat-governed states.

“Definitely each and every exco is going to be targeted and it is just a matter of who is next,” Teresa said. “Why should she resign? Our job is to serve to people.”

“It is not similar to the sex scandal involving former Health Minister Chua Soi Lek because he was a married man and he was engaged in something that was morally wrong. Wong is still single and this incident happened in her private life and in her private home. She did not steal another person’s husband or anything of that sort.”

Begitulah kesinambungan kisah politik tanahair yang semakin panas…!!!

Memang sudah dijangkakan alasan serta jawapan yang akan diberikan oleh pemimpin dari Pakatan Rakyat. Lihat sendiri sewaktu tiga Yb dari Perak mahu meninggalkan Pakatan, berkokok semua pemimpin mereka mahukan pilihanraya kecil, tetapi sewaktu Nasaruddin melompat ke PKR, tindakan itu dikatakan berdemokrasi dan bijak…..

Secara peribadi, saya merasakan serangan terhadap Elizabeth adalah berbentuk terlalu peribadi, its too personal..!! Sekadar gambar-gambarnya sedang tidur dalam keadaan berbogel tidak seharusnya dilihat sebagai tidak bermoral sebab ianya adalah “private life” beliau sebagai manusia biasa.

Tetapi sekiranya gambar-gambar yang diedarkan adalah rakaman aksi seks bersama teman lelakinya yang sengaja dibuat, maka disini beliau seharusnya menerima hukuman sebagai seorang pemimpin bertaraf Exco kerajaan negeri yang tidak bermoral, apatah lagi statusnya yang masih belum berkahwin…..

Ada desas desus dari dalam pimpinan PKR sampai ke telinga Blogmaster bahawa, teman lelaki Elizabeth yang merakam gambar-gambar tersebut sudah memutuskan hubungan mereka, dan hilang entah ke mana.

Khalid Ibrahim dinasihatkan supaya berehat dan pastikan kesihatannya ditahap yang baik memandangkan kebelakangan ini negeri Selangor sudah mula diserang dengan kemelut politik yang akan menguji kekuatan Pakatan Rakyat.

Apakah nanti ada lagi berita gempar yang akan melanda Pakatan Rakyat Selangor selepas ini..???

Friday, February 13, 2009

Anwar SUNDAL Politik Pakatan Rakyat


Nizar akhirnya akur dengan kenyataan dan hakikat bahawa beliau bukanlah lagi MB negeri Perak, sekaligus membuat keputusan akan mengosongkan kediaman rasmi MB negeri itu dalam waktu terdekat. Beliau juga bersama-sama bekas Exco-Exconya turut akan menyerahkan semula kenderaan rasmi kerajaan negeri itu. Demikianlah berakhirnya watak dan peranan pelakon-pelakon upahan Anwar Ibrahim yang menjadi pengarah kepada drama politik tanahair kita…..

Rakyat Malaysia yang bukan tergolong didalam mahzab Anwarisme, tidak pernah sekelumit pun percaya dengan manusia durjana ini, malah sudah lama tersenyum sinis apabila Perak kembali ke tangan UMNO-BN. Bahkan, dalam akal fikiran yang waras dengan tepat sekali mengatakan Anwar Ibrahim adalah punca kepada semua kekalutan dan kemelut politik, sehingga tumbang dan tersungkurnya ke bumi kerajaan boneka DAP di Perak… Malang sekali, hanya Pengerusi DAP, Karpal Singh sahaja dikalangan pemimpin Pakatan Rakyat sedar akan perkara ini!

Disini, marilah kita kupas kronologi langkah-langkah sumbang Anwar yang menyebabkan kerajaan DAP di Perak tumbang.

Anwar terbukti gelojoh seperti watak Pak Ma'un dalam filem Do Re Mi! Belum pun reda menyambut kemenangan Pakatan Rakyat di pilihanraya kecil K Terengganu, Anwar cuba menjolok sarang tebuan dan tetap berdegil mahu menggapai cita-citanya melaksanakan formula “Lompat Parti” apabila membawa masuk ADUN Bota, Datuk Nasaruddin menyertai PKR pada 25 Januari, seminggu selepas PAS merampas kerusi Parlimen K Terengganu.

Sebaik sahaja selesai upacara sidang akhbar Datuk Nasaruddin, sumber info dari seorang pimpinan tertinggi PKR Selangor membisik kepada Blogmaster bahawa, Anwar terdesak mahu laksanakan acara “Lompat Parti” kerana ingin membalas dendam kepada kumpulan Anti Erdogan dalam PAS! Pilihanraya kecil K Terengganu membuktikan Tok Guru Hj Hadi bersama Nasaruddin Mat Isa telah berjaya mematahkan impian Kamaruddin Jaafar [kadam Anwar No 1 dalam PAS], daripada menambah bilangan Ahli Erdogan untuk menyertai parlimen apabila Dr Syed Azman, calon pilihan Anwar tidak terpilih. Lebih memedihkan mata dan hati Anwar apabila calon pilihan kumpulan Anti Erdogan iaitu Abd Wahid Endut telah berjaya menewaskan calon BN…. Blogmaster teringat sewaktu kempen pilihanraya kecil di K Terengganu, tersebar juga cerita bahawa Ahli2 Erdogan PAS kelihatan tidak bersungguh-sungguh berkempen membantu Wahid Endut.

Anwar tetap mahu melayari impiannya menubuhkan kerajaan pusat melalui cara “back door”, hanya orang-orang yang tertentu sahaja tahu kenapa Anwar tersangat menggemari “pintu belakang”. Pembohongan Anwar dalam kisah dongeng 16 September telah menghakiskan kepercayaan ramai pimpinan Pakatan Rakyat terhadapnya.

Maka, ADUN Bota mahu dijadikan umpan! Secara logiknya, penyertaan Datuk Nasaruddin ketika itu tidak akan membawa apa-apa kesan kepada kerajaan DAP di Perak. Tetapi, acara ini sangat-sangat diperlukan oleh Anwar untuk membuka mata ramai pihak terutamanya pimpinan Pakatan Rakyat yang sudah mula meragui kehebatannya…. Dengan terjadinya peristiwa sulung ini, Anwar sudah tentu mahu memberikan signal kepada mana mana wakil rakyat UMNO/BN untuk terjun kedalam kapal beliau. Difahamkan bahawa “target market” ataupun kumpulan sasaran Anwar adalah Ketua-ketua Bahagian UMNO yang tewas dalam Mesyuarat Agung bahagian dan masih bergelar Yb! Malah, dalam episod awal kisah lompat parti di Perak, Nizar juga dilihat tergoda dan fikirannya telah berjaya diliwat oleh Anwar apabila bekas MB Perak ini turut membuat kenyataan angkuh bahawa ada lagi beberapa Yb UMNO di Perak akan sertai Pakatan Rakyat…..

Malangnya tindakan Anwar ini telah memakan dirinya sendiri. Dua Yb dari PKR yang selama ini menahan sabar melihat sendiri bagaimana Nizar dicucuk hidung oleh gandingan Ngeh + Nga dalam mentadbir kerajaan DAP di Perak telah bertekad mahu menyelamatkan bangsa melayu dan agama islam di negeri mereka sendiri. Agak manis sekali apabila seorang lagi Yb dari DAP turut sama mahu keluar setelah hilang kepercayaan kepada pakatan yang rapuh ini. Yb bukan melayu ini dikatakan sudah lama makan hati terhadap kerakusan Ngeh + Nga yang menjadikan pentadbiran kerajaan negeri Perak ini seolah-olah mak bapak mereka yang punya! Akhirnya ketiga-tiga mereka yang meletakkan kepentingan keharmonian serta kestabilan politik sebagai tanggungjawab asas memberikan sokongan untuk BN kembali menubuhkan kerajaan negeri Perak.
Nasaruddin yang seketika terlena dengan lengguk tarian Kopi Dangdut Anwar mujurlah tersedar dari lamunan dan bertaubat meninggalkan manusia durjana perosak bangsa….

Anwar masih belum mahu disalahkan oleh penjilat-penjilatnya..!!
BN juga yang dikatakan jahat!!

Bila Anwar berjaya bawa Nasaruddin melompat, tindakan ini penjilat-penjilatnya tafsirkan sebagai demokrasi…, tak perlu pilihanraya kecil
Tapi apabila wakil rakyat Pakatan mahu meninggalkan Anwar, tiba-tiba pula muncul surat perletakan jawatan sebagai ADUN, penjilat-penjilat Anwar mula melabelkan mereka sebagai Pembelot, terpacul seorang “pembaca akuan bersumpah” kunuuunnya pemimpin BN mahu “membeli” wakil rakyat dari Pakatan Rakyat…!

Kenyataan daripada Anwar bahawa wakil PAS tetap MB Perak telah menghasilkan kedegilan Nizar sanggup DERHAKA dengan titah tuanku baginda Sultan yang telah yakin dengan penubuhan kerajaan baru Perak oleh UMNO-BN.
Watak watak rakyat jelata menjadi PENDERHAKA terhadap Sultan Perak terus dikerah apabila peristiwa demonstrasi petang Jumaat lepas di Masjid Ubudiah Kuala Kangsar menyaksikan insiden menyerang kenderaan rasmi Raja Muda, memecah cermin kenderaan iringan keluarga raja, aksi berani mati berbaring atas jalanraya dihadapan kenderaan dan bermacam macam lagi gelagat rakyat melayu beragama islam yang tidak mahu kehilangan kerajaan DAP di Perak..!! Diberitakan sewaktu rakyat dikerah berdemonstrasi di Masjid Ubudiah sebagai bantahan keatas upacara angkat sumpah MB Perak yang baru, Anwar berada di Petaling Jaya….

Apakah penjilat-penjliat Anwar lupa bahawa segala apa yang berlaku di Perak pada 6 Februari adalah sama seperti yang dijanjikan oleh Anwar dalam Pembohongan 16 September….?? Bermakna, apa yang terjadi di Perak seharusnya berlaku di Putrajaya pada 17 September….

Penjilat-penjilat Anwar janganlah lupa bahawa apa yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib merupakan acara yang dijanjikan oleh Anwar dalam kisah 16 September.

- Najib terima kunjungan wakil rakyat wakil rakyat daripada Pakatan yang hilang kepercayaan dan mahu menyokong BN.
- Seterusnya Najib umumkan dalam sidang media bahawa, bilangan wakil rakyat yang menyertai serta menyokong BN lebih ramai dari Pakatan, layak untuk tubuh kerajaan negeri Perak.
- Keesokkannya Najib mengadap kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan untuk memaklumkan perkara tersebut bagi mendapat perkenan baginda Sultan.

- Sultan Perak titah kesemua wakil rakyat yang menyokong BN datang mengadap.
- Apabila Sultan Perak berpuas hati maka baginda menyerahkan pemerintahan negerinya kepada kerajaan yang baru.


Begitulah juga skrip yang pernah didongengkan oleh Anwar sewaktu berbohong mengenai 16 September suatu ketika dahulu, bukankah Anwar pernah berkata;-

- Apabila cukup bilangan 31 wakil rakyat parlimen menyatakan sokongan kepada Pakatan Rakyat, Anwar akan mengadakan sidang media.
- Dalam sidang media itu nanti Anwar akan memaklumkan bahawa beliau akan mohon mengadap Yang Dipertuan Agong untuk mempersembahkan senarai wakil rakyat bersama Pakatan yang dikira layak menubuh kerajaan yang baru.
- Setelah diperkenankan oleh Yang Dipertuan Agong, maka Anwar akan bersiap sedia mengangkat sumpah dalam Istana Negara sebagai Perdana Menteri yang ke 6.

Bezanya disini ialah, Anwar hanya berbohong dan gagal melaksanakan mimpinya itu. Berbanding dengan Datuk Seri Najib pula, beliau berjaya melaksanakan acara ini setelah menerima tiga wakil rakyat yang hilang kepercayaan kepada Pakatan Rakyat.

Semua huru hara, hingar bingar dan kekecohan yang berlaku ini jelaslah berpunca daripada seorang manusia durjana bernama Anwar Ibrahim!

Perkara ini telah secara terang dan jelas disebut oleh Pengerusi DAP yang mengatakan Anwar adalah dalang membuat kacau dalam negara ini.

Karpal terus mendesak Anwar supaya BERTAUBAT! Nik Aziz sendiri pun tak berani nak suruh Anwar bertaubat…..

Ekoran daripada tumbangnya kerajaan DAP di Perak, Karpal berkeras mahu Anwar tidak lagi menjadi Ketua Pakatan Rakyat dan mahu tempat itu diisi oleh pemimpin yang lain.

Apakah tindakan DERHAKA Karpal mahu menyaman Sultan Perak merupakan gambaran bahawa bahang kemarahannya terhadap Anwar menyerupai lahar gunung berapi, bererti Karpal sanggup hilang sokongan rakyat melayu setelah partinya kehilangan sebuah kerajaan negeri akibat percaturan politik yang salah oleh Anwar Ibrahim?

Kini Anwar tak ubah seperti Sundal Politik yang membawa bala serta sial kepada Pakatan yang semakin rebah…

Anwar, now you have to drink your own medicine!!!!!

Monday, February 9, 2009

Pakatan Ada Senjata SULIT di Perak..??

GEMPAR!!

Pakatan Rakyat Perak diberitakan akan mengganggu gugat persidangan Dewan Undangan Negeri apabila mula bersidang nanti.

Menurut maklumat sulit yang kami terima dari pimpinan PKR Selangor, ada perancangan untuk Pakatan Rakyat meneruskan usaha membubar DUN Negeri Perak sebaik sahaja sidang Dewan bermula.

Berikut adalah diantara langkah langkah yang akan wakil rakyat Pakatan Rakyat lakukan demi mencapai cita cita mereka untuk mengadakan Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri Perak;

  1. Apabila semua Ahli Dewan Undangan Negeri mengambil tempat, Speaker Dewan yang masih lagi wakil DAP akan menggunakan kuasanya sebagai Speaker untuk MENGHALANG tiga ADUN iaitu, Yb Behrang, Yb Changkat Jering dan Yb Jelapang daripada masuk ke dalam dewan. Walaupun SPR mengesahkan ketiga tiga mereka masih lagi ADUN, tetapi Speaker akan memberikan alasan keputusan mahkamah belum diputuskan dan sebagai Speaker Dewan beliau akan pastikan ketiga-tiga Yb yang menjadi Bebas ini tidak dapat masuk dewan.

  2. Ini akan menjadikan kedudukan bilangan dalam dewan sama rata iaitu 28 ADUN BN begitu juga 28 ADUN Pakatan Rakyat.

  3. Disini salah seorang ADUN Pakatan Rakyat akan membawa usul untuk membubarkan Dewan untuk menghalang kerajaan negeri Perak daripada diterajui oleh Barisan Nasional.

  4. Speaker Dewan akan mengarahkan agar keputusan dicapai melalui pengundian, sudah tentu nanti kedudukan bilangan undi akan menjadi 28 sama.

  5. Dalam keadaan ini, Speaker Dewan tidak ada pilihan selain daripada merujuk kepada beberapa peruntukan yang termaktub dalam Perundangan tubuh kerajaan negeri.

  6. Difahamkan bahawa Speaker boleh melakukan “toss coin” atau lambungan syiling sebagai pilihan terakhir untuk menentukan keputusan yang akan dicapai.

  7. Tidak mustahil sekiranya Pakatan Rakyat sanggup bergantung kepada nasib semata-mata, dan mengizinkan lambungan syiling dilaksanakan. Ini bukanlah sesuatu yang merugikan pihak mereka, malah boleh dikira menguntungkan. Masakan tidak? Bukankah pada hakikatnya Pakatan Rakyat sudah hilang kuasa memerintah…? Jadi dengan hanya mempertaruhkan lambungan syiling besar kemungkinan Nizar, Ngeh dan Nga akan mencapai cita cita mereka untuk bertarung dengan BN dalam Pilihanraya DUN Perak.., dimana selama seminggu ini mereka terlalu inginkan ianya berlaku, yakin dengan kemenangan bakal menjelma!

Apakah Dr Zambry akan mengalami nasib yang serupa dengan Nizar seandainya kemenangan sekali lagi memihak kepada Pakatan Rakyat?

Demikianlah antara langkah langkah sumbang yang bakal diatur oleh barisan ADUN Pakatan Rakyat yang ternyata jelas mahu membelakangkan rang undang undang yang semestinya mereka junjung sebagai rakyat memahami Rukun Negara!

Bermula dengan tindakan Nizar mohon MENDERHAKA kemudian diikuti dengan insiden biadap penyokong mereka menyerang kenderaan Raja Muda, berbaring pula ditengah jalan menghalang kenderaan Sultan dan memecah cermin kereta sewaktu demonstrasi di Masjid Ubaidiah minggu lepas, Pakatan Rakyat terus meroyan apabila Pengerusi DAP, Karpal Singh mahu menyaman Sultan Perak!

Kini giliran ADUN Pakatan Rakyat diberitakan mahu menghuru-harakan pula sidang Dewan Undangan Negeri Perak!

Siapakah dalang dibelakang semua tindakan rakus mereka ini? Siapakah yang menjadi penasihat keatas apa yang telah dan akan berlaku ini…??

Berbanyak terima kasih diucapkan kepada informer dari dalam PKR Selangor yang memberikan maklumat penting ini, samada akan berlaku atau pun tidak, sama-samalah kita tunggu…. Semoga penyokong penyokong dan ahli BN tidak terlalu gembira dengan keadaan di Perak sekarang ini.

Friday, February 6, 2009

PENDERHAKA Wajib DiHukum

Setelah mencipta rekod yang pertama sebagai MB paling singkat tempoh khidmatnya, apakah Nizar Jamaluddin akan mencipta rekod kedua berturut turut apabila akan dijatuhi hukuman oleh pembesar negerinya yang bergelar Sultan???

Nizar hilang pertimbangan…, beliau jelas kelihatan GILA KUASA, meracau dan meroyan sehingga lupa diri sendiri, dari mana asal usulnya….

Sebagai seorang yang pernah menjadi ketua sebuah negeri, Nizar tiba tiba lupa bahawa rakyat Malaysia mestilah patuh kepada Rukun Negara. Perkara kedua dalam Rukun Negara ada menyebutkan, Kesetiaan Kepada Raja dan Negara.

Negeri Perak adalah sebuah negeri tertakluk dibawah pemerintahan seorang Sultan yang mewarisi tahta dari zaman dahulu dan berketurunan Raja. Nizar dengan tiba tiba seolah-olah hilang ingatan, lupa kesemuanya itu. Pada Nizar titah Sultan bukanlah sesuatu yang perlu beliau patuh, tetapi “titah” daripada Yb Ngeh adalah sesuatu yang WAJIB untuk Nizar junjung setinggi-tingginya!

Sungguh BIADAP sekali kesanggupan Nizar mahu menjadi PENDERHAKA kepada ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak apabila beliau enggan meletakkan jawatan. Malah dengan angkuhnya Nizar berkata “saya dengan rendah hati mohon derhaka dengan berkata kepada baginda ‘patik sebagai MB dan pemimpin kerajaan, mohon tidak letak jawatan’[Utusan Online]

Tindakan bodoh Nizar yang mahu ingkar dengan titah perintah Sultan jelas membuktikan beliau telah menderhaka pembesar negerinya itu.

Kengganan mahu menyerahkan kerajaan sebenarnya adalah satu mimpi teramat buruk buat Yb Ngeh serta kesemua Exco Exco bukan melayu di Perak, maka sudah tentulah Nizar diminta menjadi kuda tunggangan mereka untuk menderhaka kepada Sultan.

Nizar seharusnya lebih berhati-hati dengan memberikan kenyataan sebegini “ patik akur dengan titah Tuanku untuk tidak memilih patik sebagai MB, patik sedia berundur tetapi dengan rendah hati mohon perkenan Tuanku untuk memilih wakil rakyat dari Pakatan Rakyat sebagai MB dan juga perkenanlah Pakatan Rakyat untuk terus membentuk kerajaan sehingga keputusan Mahkamah keatas tiga wakil rakyat Changkat Jering, Behrang dan Jelapang diputuskan…”

Jika Nizar tidak gelojoh dan panik, nescaya Sultan akan ada ruang untuk pertimbangkan permintaan terakhirnya yang jelas lebih merendah diri dan tidak angkuh, apatah lagi tidak langsung menggambarkan sifat DERHAKA kepada tuanku Sultan.

Besar kemungkinan Nizar bukan sahaja gelojoh dan panik, tetapi beliau ditekan oleh Exco Exco mata sepet yang sudah menggigil dan menggeletar ketakutan akan hilang kuasa, akan hilang kemewahan, malah akan timbul pelbagai pembongkaran nanti keatas apa harta kerajaan negeri yang sudah dilahap oleh mereka…..

Disini ada beberapa usul untuk pihak Istana Sultan Perak ambil tindakan keatas seorang PENDERHAKA bernama Muhammad Nizar Jamaluddin;-
  1. Tarik balik darjah kebesaran Sultan yang telah diberikan kepada Nizar yang selama ini membawa gelaran Datuk Seri, sudah tentulah PENDERHAKA tak layak mendapat darjah kebesaran Sultan
  2. Perintahkan “Buang Daerah” keatas Nizar supaya dia tidak lagi menumpang didalam negeri yang dia telah DERHAKA terhadap Sultannya
  3. Batalkan segera semua jenis pemilikan sebarang harta seperti bangunan, hartanah yang perlu beralamatkan di negeri Perak, sekiranya beliau sudah ada memilikinya secara rasmi, maka perlulah Nizar menukarkan nama pemilik kepada nama warisnya.

Inilah iktibar yang perlu rakan rakan Nizar dalam Pakatan Rakyat pelajari agar tidak mengalami nasib yang sama. Sesungguhnya setiap apa yang kita lakukan akan berpatah balik, “what goes around, comes around….”

Masihkah kita ingat sewaktu BN hilang kuasa di Perak? Bagaimana Tajol Rosli telah diusir dari kediaman rasmi oleh puak puak “jakun” Pakatan Rakyat ! Nah, sekarang nasib ini terpaksa ditelan sepahit-pahitnya oleh Nizar apabila beliau enggan kosongkan kediaman rasmi MB.

Sekelip mata nasib Exco-Exco dan ramai Yb Pakatan Rakyat di Perak akan berubah. Maka, mereka akan kembali menjalani hidup mereka seperti zaman dahulu kala…ada yang terpaksa menguruskan semula perniagaan kecil-kecilan, ada yang menjual ikan, ada yang terpaksa bertani dan sebagainya….

Thursday, February 5, 2009

Nizar Tersungkur! Dr Zambry MB Yang Baru

Akhirnya kerajaan DAP Perak sah tumbang!!!

Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak, Sultan Azlan Shah memperkenankan kerajaan baru Perak yang akan kembali diterajui oleh Barisan Nasional.

Rakyat Perak akan mendapat Menteri Besar yang baru, iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri [ADUN] Pangkor, Yb Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sekaligus melengkap sejarah politik Perak menyaksikan Nizar Jamaluddin sebagai MB paling singkat tempoh perkhidmatannya…., tak sampai pun setahun!

Petang tadi Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi telah memaklumkan bahawa baginda Sultan Azlan Shah turut memperkenankan perlantikan Yb Dr Zambry sebagai MB Perak ke sebelas.
Yb Dr Zambry yang juga Ketua Umno Bahagian Lumut itu memang disebut-sebut bakal dipilih sebagai pengganti Nizar kerana ketokohannya serta taraf pendidikan tinggi yang dimilikinya.
Pada Pilihanraya ke 12, Dr Zambry telah berjaya menawan DUN Pangkor dengan kemenangan majoriti 5,875 undi menewaskan calon PKR
Berkelulusan PhD dalam bidang politik, beliau sebelum ini pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).
Dr Zambry - yang pernah ditahan bawah Akta Keselamatan Negeri (ISA) dalam krisis politik susulan pemecatan Anwar Ibrahim pada 1998, dijadualkan mengangkat sumpah di Istana Iskandariah Kuala Kangsar jam 3.30 petang, Jumaat ini. Manakala barisan Exco kerajaan negeri pula akan mengangkat sumpah pada Selasa depan bersamaan 10 Februari 2009.

MB Perak yang bakal mengangkat sumpah ini dalam reaksinya menjanjikan akan melaksanakan amanah serta tanggungjawab dengan baik dengan mendukung konsep Politik Musyawarah sebagai menangani masalah pelbagai kaum. Beliau melahirkan harapan untuk laksanakan Agenda Rakyat iaitu kembali kepada rakyat.
Semoga kesengsaraan rakyat negeri Perak yang tersilap memberikan mandat kepada Pakatan Rakyat akan berakhir…

Tuesday, February 3, 2009

Praya Kecil di Perak, Anwar Yang Untung..?


Melihat dari foto diatas, perhatikan wajah kelat Nurul Izzah! Bila ‘close up’ dibuat, jelas wajah kelatnya seperti “hangin”, tapi persoalannya, adakah beliau geram pada Saiful atau pun sebenarnya kecewa dengan Papanya sendiri kerana tak pernah lekang dengan ‘kisah lama’, kes meliwat. Kelihatan aksi Anwar cuba bergurau dengan Azizah depan khalayak ramai dan wartawan seolah-olah keluarganya menyokong beliau, tetapi kisah sebenar hanya tuhan saja yang tahu…… [gambar dipetik sewaktu sidang media Anwar apabila keluar dari persembunyian setelah kecoh kes meliwat Saiful Bukhari Azlan tahun lepas]


Kemelut politik tanahair kini benar benar hangat malah semakin panas dan berjaya menarik semua tumpuan kepada negeri Perak Darul Ridzuan.

Dalam konteks ini, jelas bahawa seluruh rakyat Malaysia termasuk pemimpin negara telah berjaya digula-gulakan oleh manusia durjana, sejenis makhluk spesis perosak iaitu Anwar Ibrahim..!

Apa tidaknya? Tajuk yang dipilih oleh Blogmaster menyatakan bahawa, semua yang sedang berlaku ini memberikan keuntungan yang amat besar kepada Anwar kerana ramai diantara kita semua boleh menjadi alpa dan akhirnya tidak akan memberikan tumpuan langsung kepada perbicaraan kes liwat Saiful Bukhari Azlan.

Anwar memulakan rentak tarian Kopi Dangdutnya dengan membawa masuk Datuk Nasaruddin ADUN Bota dua minggu lepas. Kemudian timbul pula cerita beberapa Yb UMNO di Perak sedang berdepan dengan “tawar menawar” untuk ikut sama “melompat” meninggalkan parti yang paling lama memperjuangkan bangsa melayu ini dan menyertai kumpulan penari Kopi Dangdut bersama Anwar Ibrahim. Malah, perkara ini telah diulas dengan begitu baik sekali oleh rakan Bloggers kita GAP, dalam artikelnya
http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2009/01/isu-perak-sekali-lagi-divertanwar.html

Manakala minggu lepas pula kecoh tentang kehilangan dua Yb Perak bertaraf Exco iaitu Jamaluddin Mohd Radzi ADUN Behrang dan Mohd Osman Jailu ADUN Changkat Jering. Dalam drama ini kita disajikan dengan satu adegan dimana MB Perak mahu buat laporan polis atas kehilangan mereka tetapi kenyataannya menjadi pelik sebab pada hari yang sama Speaker Dewan Undangan Negeri Perak pula menyatakan beliau terima surat perletakan jawatan sebagai ADUN. Ini membuatkan kedua-dua Yb itu tampil melalui wakil masing masing untuk menyatakan mereka tidak pernah meletak jawatan sebagai ADUN dan mencabar kesasihan surat surat tersebut. Menurut kedua dua Yb itu lagi, surat tersebut tidak bertarikh dan mereka telah dipaksa tandatangan sebaik sahaja Pakatan Rakyat mahu memulakan pemerintahan dan pentadbiran negeri Perak setelah menang PRU ke 12 tahun lepas.

Kini seluruh rakyat Malaysia sedang menantikan apakah keputusan yang bakal dibuat oleh Suruhanjaya Pilihanraya. Apakah akan ada pilihanraya kecil dia dua DUN Perak iaitu Behrang dan Changkat Jering?

Sekiranya SPR memutuskan bahawa kedua-dua surat perletakan jawatan itu sah dan membuat keputusan untuk mengadakan pilihanraya kecil di Behrang dan Changkat Jering, maka sudah pasti ia akan menjadi “siaran ulangan” kepada pilihanraya kecil Permatang Pauh. Inilah golden opportunity untuk Anwar mendapat sokongan rakyat supaya melihat perbicaraan kes liwatnya keatas Saiful sebagai agenda BN mahu menjatuhkannya……

Barisan anjing anjing suruhan Anwar yang memikul tugas sebagai peguambelanya nanti akan meminta agar mahkamah menangguhkankan perbicaraan kerana yang dituduh, iaitu Ketua Umum PKR ini ada tanggungjawab besar untuk berkempen di dua daerah yang berlainan dalam kempen pilihanraya kecil DUN Behrang dan Changkat Jering.

Sekiranya perbicaraan tetap dijalankan sekali pun, maka sebarang bukti yang dikemukakan oleh pendakwaraya, atau mana mana saksi yang dibawa datang akan dilihat sebagai “konspirasi” mahu menjatuhkan Anwar dan dikatakan sebagai usaha mahu memburuk-burukan calon2 yang mewakili parti Anwar Ibrahim ini. Keadaan ini merbahaya dan boleh “back fired” peluang BN untuk menang kerana rakyat akan bersimpati kepada Anwar dan akan terus mengecam serta membenci Saiful yang sedang menuntut keadilan keatas dirinya…. Golongan manusia yang taksub menyokong Anwar akan melaung-laungkan bahawa BN menggunakan modal yang sudah lapuk iaitu ‘character assassination ‘ keatas Anwar, maka nanti dimata mereka BN tetap buruk dan Anwar adalah hero, kempen ini boleh mendorong pengundi-pengundi atas pagar semakin membenci BN.

Anwar memang licik mencatur politik kotornya! Beliau sudah melihat sendiri formula ini berjaya di Permatang Pauh. Apabila lahir isu liwat Saiful ini sekitar bulan Jun tahun lepas, tak semena-mena Anwar menyatakan bahawa beliau sudah bersedia mahu masuk parlimen menggantikan isterinya Wan Azizah. Nah! Disini rakyat diperdaya untuk melihat kes liwat Saiful ini sebagai konspirasi BN mahu menghalang cita cita Anwar….

Setelah menang pilihanraya kecil Permatang Pauh, Anwar terpaksa mencipta satu Pembohongan Yang Terbesar dalam sejarah politik tanahair apabila menggembar gemburkan kisah 16 September…. Penipuan ini berjaya membawa rakyat tidak langsung memandang kes liwat Saiful!

Kini, muncul bulan Februari dimana kes liwat Saiful dijangka akan dibicarakan. Anwar menjadi ketar lutut, maka beliau tidak ada pilihan melainkan untuk “spin”satu isu besar, dan kekalutan politik negeri Perak ini sudah cukup membuatkan Anwar tersenyum lebar….. Jerat sudah mengena! Idea untuk tandatangan surat perletakan jawatan tanpa tarikh adalah hasil dari buah fikiran Anwar sendiri.
Tetapi seandainya, SPR tidak menerima surat perletakan jawatan Yb Jamaluddin dan Yb Osman Jailu, dan keputusan kedua-dua wakil rakyat itu meninggalkan PKR diterima pakai, maka Anwar terpaksa put on hold his celeberation dan mendepani kes liwat Saiful dengan wajah yang sepertimana anda lihat sendiri pada gambar diatas tadi……

Sunday, February 1, 2009

Apa Akan Terjadi Di Perak..?


Apakah Dewan Undangan Negeri Perak ini akan menyaksikan sekali lagi majlis angkat sumpah Menteri Besar yang baru berserta lantikan Exco Exco yang baru…??


Seminggu yang lalu Medan Info Kita menyiarkan posting bertajuk “Khalid Mula Menghitung Hari..”, rupa rupanya nasib lebih parah kini dialami oleh MB PAS yang selama ini menjadi kuda tunggangan kerajaan DAP Perak Darul Ridzuan…!

Hujung minggu ini muka depan media, malah di alam siber website dan blogs kini tertumpu kepada desas desus cerita ada dua Yb PKR bergelar Exco kerajaan Perak akan meninggalkan parti Anwar Ibrahim itu…

Rancak sungguh pertembungan politik tanahair dalam tempoh sebulan ini. Setelah BN tewas di pantai timur negeri yang dahulunya terkenal dengan telur penyu, selang seminggu selepas itu Anwar Ibrahim dengan senyuman seorang “peliwat” telah “berjaya” membawa keluar seorang ADUN Bota Perak, Datuk Nasaruddin untuk menyertai PKR. Dan minggu ini Anwar bakal kehilangan dua orang Ybnya pula…..

Nampak gayanya, Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin mempunyai potensi mencipta sejarah sebagai MB yang paling singkat tempoh hayatnya dalam sejarah tanahair. Tengahari tadi sewaktu menonton Buletin 1.30 TV3, kelihatan Nizar agak berang apabila memberikan feedback terhadap “kehilangan” dua orang EXCO PKR yang kini diura-urakan akan meninggalkan PKR serta kerajaan Pakatan Rakyat. MB Perak itu cuba mengaitkan tindakan dua EXCO Perak, Jamaluddin dan Osman Jailu dengan BN sekaligus menyelar kununnya agenda BN ini tidak wajar dan memang sengaja mahu menjatuhkan kerajaan DAP Perak….
Jika disingkap apa yang diucapkan oleh MB Perak itu minggu lepas sewaktu ADUN Bota, Datuk Nasaruddin “melompat” menyertai PKR, Nizar pandai pula berkokok bahawa tindakan ADUN Bota itu ‘beriman dan berdemokrasi’…., kini ternyata beliau terpaksa menelan semua kata katanya itu, “eat his own words”. Inilah dia reaksi sejenis makhluk yang sudah gelabah, akan hilang kuasa, akan hilang kemewahan, dan akan hilang tahta…