Ini membawa erti saat pertarungan secara sihat untuk menawarkan diri sebagai calon Ketua setiap sayap parti tunjang melayu kita ini akan bermula esok.
Blogmaster tidak mahu menumpukan kepada keputusan dan outcome Puteri yang tidak memberikan “ransangan politik tanahair” buat ketika ini. Puteri sudah hilang serinya semenjak diambil alih oleh Datuk Noraini Ahmad.
Tumpuan media malam esok sudah tentulah kepada keputusan pemilihan Ketua Pemuda yang dilihat sama berat dan setiap calon memiliki peluang yang sama untuk muncul sebagai pemenang. Khairy Jamaluddin, Dato Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Khir Toyo akan mendepani saat saat mendebarkan mulai petang esok. Siapakah pilihan pembaca dan pengikut blog ini..? Nyatakan undian pada komen anda…..
Khir Toyo pernah dilabelkan sebagai libiliti parti setelah Selangor hilang kuasa, oleh itu kemampuannya mahu memimpin sayap itu jadi persoalan. Namun approach kempen beliau ditafsirkan agak berjaya apabila bijak mengaitkan sejarah kekalahan Pak Lah dalam perebutan jawatan Naib Presiden serta pernah terkeluar dari senarai kabinet suatu ketika dahulu terbukti tidak menutup ruang pernafasan politik seseorang pemimpin. Begitu juga dengan kisah silam Tun Mahathir yang pernah menggunakan pentas parti PAS untuk berceramah membuktikan seseorang pemimpin mampu bangkit dari kekalahan untuk berada di puncak kepimpinan tertinggi. Jelas bahawa penjelasan tersebut dihubung-kaitkan dengan dua calon yang bersaing dengannya, Khairy dan Mukhriz.
Khairy pula diramalkan bakal membuat kejutan sebagai pemenang jawatan Ketua Pemuda. Faktor usianya yang “muda” sinonim untuk memimpin golongan anak anak muda. Rekod cemerlangnya dalam kempen pilihanraya kecil mendampingi pemuda sehingga ke lapisan peringkat bahagian dan cawangan unit peti undi dengan turut sama membanting tulang kerja menampal poster, menggantung bendera dsbnya amat disenangi oleh lapisan grass root leadership. Kepetahan Khairy berpidato, berceramah dilihat antara faktor yang boleh menarik minat pemuda untuk menyertai sayap ini semula….
Mukhriz lebih dilihat sebagai pembawa wadah Tun Mahathir. Dikalangan segelintir perwakilan pula merasakan personaliti dan perwatakan Mukhriz agak formal dan berimej korporat…..
Tan Sri Rafidah Aziz pula dijangka akan menggunakan ucapan dasarnya sebagai “last call” untuk meraih semula mana mana undi yang sudah kelihatan beralih arah kepada Datuk Seri Shahrizat….. Ketua Wanita yang dilabelkan “mulut becok” ini juga akan mengharapkan sokongan daripada perwakilan yang seusia dengannya untuk kekal bagi penggal akan datang dibawah Presiden yang baru.
Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil diramalkan akan mengulangi sejarah yang pernah dicipta oleh Datuk Dr Siti Zaharah suatu ketika dahulu. Namun, kemenangan yang bakal diraih Sharizat nanti adalah pada kiraan very very slim majoriti. Diberitakan ramai perwakilan mahu generasi baru, memandangkan UMNO akan berwajah baru setelah selesai Persidangannya minggu ini. Presiden baru, sudah tentulah Ketua Wanita pun yang baru, kalau masih kekal dengan Rafidah…, itu injin dan model lama.
Sama samalah kita nantikan keputusannya malam esok, kepada perwakilan semua Selamat Bersidang & Mengundi….
