Tuesday, April 28, 2009

Mat Sabu Akan Halang Husam Musa..?

Sebaik sahaja bertiup wisel bermulanya Mesyuarat Agung PAS setiap kawasan yang akan mengadakan pemilihan pucuk pimpinan, ianya memberikan gambaran bagaimanakah rupa dan raut wajah pimpinan atasan parti islam itu nanti…..

Kalaulah Almarhum Ustadz Fadzil Noor masih ada, apakah tetap akan berlaku berkabilahnya pimpinan parti islam negara kita ini? Kini, umum tahu bahawa dalam pucuk pimpinan PAS sendiri terbahagi kepada dua puak iaitu pro Anwar yang dilabelkan sebagai Erdogan dan pro ulamak yang pernah dikaitkan dengan team Muzakarah.

Yang menariknya disini bila muncul satu nama yang tidak langsung dilihat sebagai memihak mana mana kumpulan tersebut. Seorang “populis” PAS dimana namanya pasang surut, kadang kala menang jadi YB kadang kala tewas, Mat Sabu yang turut dicalonkan sebagai orang nombor dua parti tersebut, jawatan Timbalan Presiden.

Dalam pertembungan ini, pemerhati politik melihatkan Datuk Husam Musa yang dilabelkan sebagai penganut fahaman Anwarisme akan cuba merampas kerusi nombor parti itu daripada Ustaz Nasharudin Mat Isa.

Namun begitu, kemunculan Mat Sabu ditafsirkan sebagai strategi untuk mengganggu gugat peluang untuk Husam melaksanakan impian Anwar Ibrahim untuk “menguasai” PAS?

Mat Sabu tidak dilihat sebagai pro Anwar. Blogmaster pernah hadir ke ceramah beliau seminggu selepas Anwar dipecat, dan beliau tidak mahu mengulas tentang pemecatan Anwar ketika itu. Malah sewaktu Malaysiakini tv menemuramahnya bertanya apakah pandangan beliau diatas rancangan 16 Sept Anwar, Mat Sabu tergelak nakal sudah cukup melihatkan sejauh mana kepercayaannya terhadap Penasihat PKR yang bakal menghadapi pembicaraan kes LIWATnya tak lama lagi...

Apakah tujuan Mat Sabu membuka kisah kisah dalaman PAS Kelantan yang didedahkan oleh sebuah laman blog baru baru ini? Anda boleh baca dan nilaikan sendiri, sila klik disini.

Bukankah PAS Kelantan dikendalikan oleh Datuk Husam Musa?

Seorang Sahabat Blogger juga ada menyiarkan sebuah berita pertemuan secara eksklusif Bloggers Anti Pembangkang yang berpeluang mencungkil cerita-cerita dalam kain PAS dari beberapa pimpinan PAS itu sendiri, baca disini.


Saturday, April 25, 2009

Bank Islam Tuntut RM66 Juta Dari MB Selangor


KUALA LUMPUR: Bank Islam sedang mendapatkan penghakiman muktamad terhadap Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim atas tuduhan kegagalan membayar kembali (default) kemudahan pinjaman Islam berjumlah AS$18.5 juta (RM66.6 juta) yang dibuat pada 1998 bagi membeli saham dalam Kumpulan Guthrie Bhd (KGB).

Permohonan didengari oleh Hakim Rohana Yusof dari Mahkamah Tinggi Perdagangan Kuala Lumpur yang mana telah menetapkan 27 Mei ini sebagai tarikh mengeluarkan keputusan penghakiman berkenaan.

Jika Bank Islam berjaya mendapatkan penghakiman itu, ini bererti Khalid adalah bertanggungjawab terhadap pinjaman sejumlah AS$18.5 tersebut.

Bagaimanapun, seandainya hakim tidak bersetuju dengan tuntutan pihak bank, perkara berkenaan akan diteruskan dalam bentuk perbicaraan.

Bank Islam diwakili oleh Tommy Thomas dan Ganesan Nethi manakala Khalid diwakili oleh Malek Imtiaz dan Thomas Philip.

Dalam pernyataan tuntutannya, Bank Islam menyatakan Khalid pada April 1998 telah memeterai kemudahan pembiayaan berjumlah AS$66.3 juta untuk membeli saham KGB. Saham berkenaan merupakan sebahagian daripada opsyen pembelian 200 juta saham atau mewakli 20 peratus saham KGB yang diberikan oleh Permodalan Nasional Bhd (PNB) pada 1994 kepada Khalid yang ketika itu merupakan Pengerusi KGB. Khalid juga adalah Ketua Pegawai Ekekutif KGB antara 1995 hingga 2003.

Antara 1994 dan 1998, Khalid telah menyempurnakan 32.5% daripada opsyen berkenaan yang terdiri daripada 65 juta saham KGB. Dia telah mencagar 30 juta saham berkenaan kepada Pacific Bank (yang kini digabungkan dengan Malayan Banking Bhd) pada 1995. Pada 1998 Khalid bercadang menebus saham berkenaan dan menyempurnakan opsyen itu untuk membeli saham tambahan dalam KGB.

Untuk itu, Bank Islam bersetuju membiayai Khalid sejumlah AS$66.3 juta. Khalid sepatutnya melunaskan pembiayaan berkenaan dalam 10 peringkat tetapi gagal berbuat demikian, kata Bank Islam.
Pada Disember 1998, kemudahan kedua bernilai AS$$11.75 juta dimeterai dengan Khalid di mana Bank Islam bersetuju membeli saham KGB berkenaan dan menjualnya semula kepada Khalid.
Menurut kenyataan Bank Islam, tiada pembayaran balik dibuat dan kedua-dua kemudahan pembiayaan berkenaan telah disusun semula pada 2001. Bank itu juga mendakwa Khalid sekali lagi gagal membuat sebarang pembayaran.

Pada 2005, Bank Islam membuat perisytiharan kegagalan pembayaran balik dan kemudiannya menjual semua saham KGB yang dipegangnya sebagai cagaran pinjaman berkenaan. Ia berkata selepas itu, sejumlah AS$18.5 juta masih belum dijelaskan sehingga 31 Disember 2006.

Khalid, dalam kenyataannya, mendakwa bahawa akaun berkenaan telah diketagorikan sebagai “performing” dan “up to date” oleh Bank Islam sehingga Disember 2004.
Katanya lagi atas sebab ianya adalah kontrak bercagaran, pihak defenden tidak terikat untuk membuat sebarang bayaran secara tunai kepada plaintif.
Khalid juga menegaskan dia tidak perlu membuat bayaran sehingga sekurang-kurangnya sepuluh [10] tahun dari tarikh pinjaman ataupun pada persetujuan penjualan saham KGB apabila ada penambahan nilai saham tersebut untuk dijual di pasaran terbuka.

Menurut beliau, Bank Islam tidak ada hak secara legal menjual saham saham KGB itu dan beliau tidak pernah dimaklumkan diatas penjualan saham saham tersebut. Katanya lagi, penjualan saham saham KGB itu dibuat tanpa bijaksana kerana berlaku pada jangkamasa nilainya terlalu rendah berbanding nilai sepatutnya.

Seterusnya beliau mendakwa syarat syarat didalam kemudahan pinjaman Islamik itu berat sebelah dan prejudis kepadanya, oleh itu ianya tidak berlaku adil sepertimana yang diperuntukan dalam undang undang islam.

Dialih bahasa daripada artikel asal yang disiarkan oleh The Edge Financial Daily, 23 April, untuk bacaan, sila klik sini.

Friday, April 24, 2009

Happy Birthday Ezam....

Hari ini 24 April 2009, genaplah usia Mohamad Ezam Mohd Nor 42 tahun.

Bekas panglima barisan hadapan Keadilan suatu ketika dahulu sekarang ini semakin banyak menghabiskan waktunya dinegara jiran Indonesia. Beliau menggalas tanggungjawab selaku Pengerusi yang mengetuai Yayasan Generasi Baru Nusantara berpengkalan di kota Jakarta. Sebuah Yayasan bertujuan melahirkan “Masyarakat Serumpun” yang maju, terbuka, demokratis, dan sejahtera. Ianya berperanan memuatkan kaji selidik dalam bidang ekonomi, politik dan budaya dikawasan Asia Tenggara merangkumi pengisian program diskusi, seminar dan international conference, seperti “cross-nation forum” melibatkan pemimpin-pemimpin islam muda dari nusantara. Blog ini pernah menyiarkan berita penuh pelancarannya pada 28 Julai 2008,
klik sini.

Ramai yang menanti akan kembalinya Ezam untuk aktif berpolitik bersama UMNO dibawah kepimpinan Perdana Menteri yang baru, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Sehingga kini kemunculan Ezam hanya dilihat pulang membantu UMNO sekiranya ada kempen pilihanraya kecil dan juga baru baru ini beliau telah diberikan penghormatan untuk menyampaikan ulasan selari secara langsung dari studio TV3 PWTC sewaktu hari penutup Persidangan Agung UMNO.

Semoga Ezam dipelihara Allah swt, dimurahkan rezeki dan akan kembali menggegarkan persada politik tanahair.

Wednesday, April 22, 2009

Sgor Tak Mau DEB..? Hati Hati Perangkap….

Ingat! Jangan cepat melatah….

Apakah kita mahu terperangkap lagi dengan political game Khalid Ibrahim bagi pihak si Anwar Ibrahim..??

Sewaktu sedang berlangsung Pilihanraya kecil Permatang Pauh bulan Ogos tahun lalu, tiba tiba Khalid buat pengumuman mahu menaikkan kuota peratusan pengambilan kemasukan pelajar-pelajar BUKAN Melayu di UiTM. Maka ramailah anak anak melayu yang ‘naik berang’ lalu berbondong bondong berarak dan berhimpun di pejabat SUK Selangor membantah keras “tawaran gila” MB Selangor itu.

Dalam hal ini, UMNO muncul mendominasi bantahan dimana kesannya seluruh masyarakat bukan melayu melihat betapa sensitifnya parti melayu yang tidak mahu digugat keistimewaannya yang sentiasa terpelihara dan termaktub sejak DEB dilaksanakan. Natijahnya, BN telah gagal “mengurat dan menawan” hati pengundi bukan melayu, kaum cina khususnya di Permatang Pauh, kemudian berlarutan virus itu ke Kuala Trengganu, terus menular ke Bukit Selambau dan Bukit Gantang….

Kini, sebaik sahaja angin Pilihanraya kecil DUN Penanti mahu bertiup kencang, kadam Anwar yang bernama Khalid Ibrahim ini mula mencuit pinggang pemimpin UMNO agar melatah dan akan ikut menari alunan irama Kopi Dangdut kegemaran Ketua Umum PKRnya itu….

Ini dibuktikan dengan kenyataan rasmi semalam oleh Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim bahawa “rakyat negeri Selangor tidak memerlukan Dasar Ekonomi Baru”. Apa yang nak kita herankan sebab sememangnya mahzab Anwarisme ini tidak ada kepedulian langsung kepada sensitiviti orang melayu, asalkan dapat menjadi Champion bangsa bukan melayu, itu dah memadai buat mereka….

Kenyataan beliau yang sanggup melacurkan DEB adalah satu propaganda murahan supaya bukan melayu terus mendokong Pakatan Pembangkang. Inilah kick off yang diperlukan untuk mengekalkan sokongan bukan melayu setelah keputusan Pilihanraya kecil Bukit Gantang menyaksikan ada peningkatan yang baik daripada pengundi pengundi melayu kini mahu kembali mendakap UMNO-BN.

Maka dengan itu, UMNO seharusnya lebih bijak untuk “divert the pressure” dengan memberikan tekanan kepada PAS Selangor untuk menyatakan apakah formula meyakinkan yang mampu MENJAMIN hak hak melayu akan dipelihara sekiranya DEB dimansuhkan di negeri pemerintahan PKR ini. Walaupun kita boleh menduga PAS tidak akan termampu setelah gagal dalam beberapa hal sebelum ini menyanggah keputusan mengikut selera nafsu PKR & DAP seperti terbukti dalam isu pengawalan jualan alkohol dan terbaru ini menawarkan Yb Elizabeth kembali menjawat jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri dan EXCO Selangor……

Tuesday, April 21, 2009

Apa Halnya Nik Aziz....?

Sejenak menjenguk beberapa posting sahabat sahabat Bloggers, agak kaget juga mendapat berita dan tingkah laku seorang Tok Guru tersohor muthakhir ini.

Mula mula kisahnya wakil rakyat Bukit terLANJANg yang pergi mengadap Mursyidul Am PAS, Nik Aziz di Kelantan. Sudah tentulah mengundang pelbagai spekulasi dan tersingkaplah mainan politik Pakatan Pembangkang.

Kalau dilihat dari sudut positif maka tidak ada apa yang hendak diherankan dengan lawatan Elizabeth memandangkan ianya boleh dikira sebagai kunjungan hormat diantara dua wakil rakyat DUN berlainan negeri yang tunduk dibawah telunjuk Anwar Ibrahim. Namun begitu, perlu diambil kira situasi politik semasa dimana Yb Eli sedang mendepani isu moral dimana beberapa gambar gambar “terowongnya” telah tersebar dan kerja gila ini menurut pihak berkuasa dikaitkan dengan seorang pemuda melayu bekas teman Eli yang kini lesap entah kemana….

Terdengar desas desus bahawa beberapa pimpinan PAS di Selangor tidak bersetuju dengan keputusan EXCO dan MB mereka menawarkan YB Bukit Lanjan kembali bertugas sekaligus membatalkan kesemua perletakan jawatannya. Kalau dikira dengan sifir mudah, hanya ada 3 orang sahaja EXCO dari parti PAS berbanding dengan selebihnya dari PKR dan DAP, mana mungkin keputusan tidak mampu memihak kepada ‘selera’ Khalid Ibrahim…?

Oleh itu spekulasi dan persepsinya disini ialah, kunjungan hormat Elizabeth Wong kepada Nik Aziz seolah olah mendapat restu dan selepas ini jangan seorang pun dari pimpinan PAS Selangor mahu persoalkan kedudukannya dalam pentadbiran kerajaan Khalid + Theresa Kok! Dalam kes gambar bogel Elizabeth ini, Tok Guru ada berkata “tak salah kalau dia nak tidur bogel…”

Manakala malam kelmarin, sekali lagi Nik Aziz bertindak seperti Dewa mencuci dosa apabila wakil rakyat DAP Perak Nga Kor Ming tanpa rasa bersalah telah mengulangi perbuatan membaca dan mentafsirkan ayat ayat suci Al Quran didepan beliau.

Kali ini wakil rakyat DAP yang masih belum memeluk agama islam ini lebih hebat sebab melakukannya didepan ratusan umat islam PAS yang hampir kesemuanya memakai kopiah, serban dan mini telekung!

Sama samalah kita jenguk dan baca posting di blog Kita Mesti Selamatkan Melayu,
http://lydiausm72.blogspot.com/2009/04/nga-buat-hal-lagi-tapi-depan-tok-guru.html

Monday, April 20, 2009

Ini Dia Team SATU Malaysia


Friday, April 17, 2009

Syabas Kak Midah...!!

Sekalung tahniah diucapkan kepada Yb Hamidah Osman kerana diberikan kepercayaan oleh Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Jalil untuk memegang jawatan Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia.

Yb Hamidah adalah ADUN Sg Rapat yang juga salah seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak yang membawa gelaran EXCO dan diperingkat bahagian pula beliau menggalas tugas sebagai Ketua Wanita UMNO Bahagian Gopeng.

Diwaktu yang sama dilafazkan syukur alhamdulillah kehadrat Allah swt setelah Mahkamah Persekutuan membatalkan penggantungan terhadap Menteri Besar Perak, Datuk Zambry Abd Kadir dan enam ahli EXCO daripada menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri [DUN], dengan itu kesemua EXCO dan MB Perak boleh menghadiri sidang dewan tak lama lagi……

Peranan yang perlu dimainkan oleh portfolio Penerangan ini amat penting untuk kembalikan kasih sayang orang melayu kepada UMNO. Semoga Yb Hamidah akan terus cemerlang memikul amanah yang diberikan kepadanya.

Ketua Penerangan Wanita UMNO yang baru dilantik ini adalah seorang yang memiliki fikiran yang tajam dalam melihat sesuatu masalah dan begitu “precise” dalam memberikan pandangan. Pidatonya juga ada kelas tersendiri dan beliau pernah membuat kejutan menerima cabaran untuk menghadiri dialog yang dianjurkan oleh PAS ditempat lawan. Beliau yang Blogmaster kenali adalah seorang yang sangat rendah diri dan peramah, malah dalam pertuturannya pun beliau membahasakan dirinya “Kak Midah”

Blogmaster yakin Yb Hamidah akan mampu melaksanakan tugas tugasnya dengan cemerlang kerana pernah bekerjasama dengannya, dan dikesempatan ini turut mendoakan kejayaan buat dirinya.

Thursday, April 16, 2009

Kalau Ada PRaya Bkt Lanjan, BN Tak Menang....


Memang kita terkilan dengan permainan politik PKR yang secara terang terang membawa dua darjat antara kes Elizabeth Wong dan Fairus TKM Pulau Pinang.

Tetapi harus juga dilihat dari sudut keupayaan Barisan Nasional sekiranya diadakan pilihanraya kecil DUN Bukit Lanjan, apakah mampu BN merampas kerusi tersebut..??

Sebaik sahaja Timbalan Perdana Menteri , Tan Sri Muhyidin Yasin membuat kenyataan mengenai sikap pengundi pengundi bukan melayu mutakhir ini, maka melompat-lompatlah mereka hendak menafikan hakikat yang tersingkap disebalik keputusan pilihanraya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau……

Jika diulas pada bahasa pasar yang senang untuk difahami, “ibarat kata, bila anak yang mengingkari pesan ayahnya supaya jangan bercakap dengan orang tak dikenali tetapi terserampak ketika melakukan tegahan itu, maka tersipu sipulah anak tersebut mencari pelbagai alasan…”

Ungkapan Muhyidin yang menganggap pengundi bukan melayu “seolah olah tak menghargai [they seemed to be unappreciative]” telah cuba diputarbelitkan oleh beberapa akhbar cina.

Syabas diucapkan kepada TPM yang baru kerana memberikan satu “serious wake up call” kepada rakan rakan kolisi BN:- Ong Tee Kiat, Koh Tsu Koon, Samy Vellu dan M Kayveas. Kini menjadi tanggungjawab dan tugasan amat besar bagi MCA, Gerakan, MIC dan PPP untuk membawa bangsa cina dan india kembali mendakap Barisan Nasional.


Lihat sendiri kedua-dua gambar yang disiarkan diatas, bagaimana meriahnya tindakan kaum india dan cina ini menyokong pembangkang, satu senario yang belum pernah berlaku sepanjang berpuluh puluh tahun sejarah politik tanahair kita. Jelas gambar yang menunjukkan banner bertulisan cina menyokong parti islam dan sebuah lagi gambar melihatkan penglibatan kaum india dalam demonstrasi semakin bercambah. Masihkah anda ingat sewaktu zaman awal pergerakan massa, era reformasi 1998 hanya dimonopoli oleh bangsa melayu…..

Pengundi di Kuala Sepetang Bukit Gantang yang terdiri daripada 97% pengundi cina telah menunjukkan kepada BN bahawa mereka akan terus menyokong pembangkang walaupun calon dari Parti ISLAM [PAS], padahal pengerusi DAP masih kekal dengan taglinenya “Langkah Mayat Aku Dulu Kalau PAS Nak Tubuhkan Negara Islam”. Sepertimana dalam wawancara Muhyidin dalam Mingguan Malaysia, berikanlah apa saja untuk memikat hati pengundi bukan melayu, belum ada jaminan mereka akan memangkah lambang BN sebelum membuang kertas undi pada hari pilihanraya.

Manakala bagi kaum india pula, hanyalah satu faktor yang dilihat membuatkan mereka sudah benci kesumat terhadap Barisan Nasional, tak lain tak bukan pemimpin MIC itu sendiri. Selama beberapa dekad pengundi india terus memberikan kepercayaan untuk mendapat hak asas seperti pendidikan, perubatan, penempatan dan lain lain. Tetapi yang mereka saksikan adalah kekayaan yang dikaut oleh pemimpin politik parti MIC yang diimamkan oleh Samy Vellu.

Kalau kita benar benar perhalusi masalah punca peralihan kepercayaan, sokongan serta kesetiaan pengundi pengundi cina dan india sebenarnya adalah kerana kebolehan serta skill Putar Belit seorang Politikus Populis bernama Anwar Ibrahim.

Lihatlah sendiri bagaimana seni Kuntau Anwar menabur janji-janji, seni Kung Funya meyakinkan mereka membenci Dasar Ekonomi Melayu, seni Dangdutnya pula akan melantik Timbalan Perdana Menteri bukan melayu dan seni Kalari Payatnya akan bebaskan dan hapuskan ISA dimana itulah isu pokok kemarahan penganut kumpulan Hindraf pada Kementerian Dalam Negeri kerana menahan pemimpin mereka….
Anwar memang memiliki kebolehan bersalin kulit. Bila berceramah depan kaum india, beliau akan menggelarkan dirinya Sivaji The Boss dan mulalah mencerca sistem pendidikan, penempatan perumahan, peluang pekerjaan dimana kesemua itu beliau sendiri tidak pernah ambil peduli selama 17 tahun bersama UMNO dan BN sedangkan ketika itu beliau pernah menjadi Menteri Pelajaran dan Menteri Kewangan.

Bila berdepan dengan masyarakat cina, Anwar melacurkan dirinya dengan janji akan menghapuskan Dasar Ekonomi Baru satu satunya dasar bagi golongan peniaga cina rasakan keperitan dengan kuota yang memihak orang melayu….

Maka dengan angka pengundi cina seramai 52% di DUN Bukit Lanjan, janganlah kita harapkan kemenangan akan berpihak kepada Barisan Nasional jika diadakan pilihanraya kecil di kawasan tersebut. Lihat sendiri taburan penduduk yang layak mengundi di Bukit Lanjan, hampir semuanya dimiliki oleh golongan elit bukan berpendapatan rendah yang menetap dirumah sederhana mewah sehinggalah banglo banglo mewah sekitar Damansara. Inilah golongan yang mendekatkan diri mereka dengan maklumat siber dan telah tutup telinga dan mata kepada berita kerajaan menerusi telivisyen dan akhbar tempatan.

Cukuplah sekadar apa yang telah ditunjukkan oleh pengundi cina Kuala Sepetang untuk BN lebih muhasabah diri……


Ong Tee Kiat, Koh Tsu Koon dan Samy Vellu kenalah buktikan bahawa mereka ada magical touch untuk kembalikan pengundi bukan melayu kepangkuan BN. Janganlah hanya pandai meminta minta jawatan kabinet sedangkan punca ambang kelemahan BN ini bukannya dari pengundi melayu.

Datuk Seri Najib dan Tan Sri Muhyidin tak perlu layan permintaan dari rakan rakan pemimpin kolisi BN, sebaliknya perlu bersikap tegas kepada mereka dengan arahan “please go and do your work first” dan ingatkan pada mereka bahawa wakil rakyat UMNO lebih ramai dari MCA, MIC, Gerakan dan PPP.

Terimalah dengan berlapang dada kekalahan BN di dua bukit, asalkan BN menang di satu batang. Walaupun dengan hanya satu batang itu pun masih mampu untuk BN meneruskan permainan memimpin pentadbiran negara, buat ketika ini….., iya buat seketika ini!

Wednesday, April 15, 2009

Beza Kes Fairus & Elizabeth Di Mata Anwar



Akhirnya terjawab sudah…. Maka si Khalid pun bergembiralah kerana anak buah kesayangannya Elizabeth Wong akan meneruskan tugas sebagai ADUN dan juga Exco kerajaan negeri Selangor.

Keputusan ini sudah boleh diduga dan dibaca semenjak isu gambar bogel Eli mula tersebar beberapa bulan yang lalu. Sekiranya pihak kerajaan Selangor dan juga PKR mahu mengambil tindakan mengenepikan ADUN Bukit Lanjan sudah tentulah keputusan tersebut dibuat sebaik sahaja tuan punya diri menawarkan untuk meletakkan semua jawatannya….. Apabila MB Selangor menangguhkan keputusan, maka ramai sudah menjangka bahawa tersemat dihati Khalid tidak akan mahu melepaskan Eli pergi dari dakapannya.

Apakah istimewanya Yb Elizabeth Wong berbanding dengan Mohamad Fairus Khairuddin Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang?

Yb Eli menyatakan kesnya bukanlah satu skandal seperti ada tangkapan, tetapi beliau lupa bahawa timbul persoalan bagaimana gambar gambarnya sedang tidur itu boleh diambil dalam keadaan cukup selesa, bukannya orang yang melakukan perbuatan itu perlu pecah masuk ke kamarnya…

Apakah tidak terserlah masalah moral seorang pemimpin seperti Yb Eli bila dirinya bersekedudukan dengan seorang lelaki melayu? Dalam kes ini fokus pihak berkuasa untuk memburu suspek ialah seorang pemuda melayu bernama Hilmi Razak

Siapakah yang akan berupaya mengambil gambar curi alat sulit seseorang itu dengan hanya menyelak kain ketika tuan punya sedang tidur lena…? Hanya mereka yang berstatus teman sebilik atau mungkin teman tidur sahaja boleh berbuat demikian, setuju..?

Sebagai seorang pemimpin parti politik, seorang wakil rakyat bergelar Exco yang mengangkat sumpah dihadapan Sultan perlulah memelihara moral sebagai junjungan menghiasi keterampilannya untuk menjadi pemimpin. Apakah yang membuatkan Anwar menasihati Khalid supaya tidak melihat masalah moral dalam kes yang membabitkan ADUN Bukit Lanjan ini…??

Masalah moral juga sedang diharungi oleh Anwar sendiri bila kes liwat Saiful Bukhari Azlan masuk perbicaraan tiga bulan lagi, maka itulah sebabnya dalam pentadbiran PKR masalah moral tidak perlu diangkat sebagai prioriti?

Dalam kes Mohamed Fairus yang diberitakan terpaksa melepaskan jawatan kerana ingin melanjutkan pelajarannya walaupun sewaktu mula mula dimumkan sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang didada akhbar menyiarkan biodatanya tertera beberapa pencapaian kelulusan akedemiknya yang bertaraf Ijazah dari beberapa Institusi Pengajian Tinggi, sebenarnya bakal mengharungi tuduhan rasuah.

Nah! Bezanya disini Fairus bakal menghadapi tuduhan rasuah kerana agak sibuk mengumpul kekayaan sehingga tidak ada masa untuk menjenguk kawasannya.

Bulan Julai nanti Anwar tidak akan mendepani dengan sebarang perbicaraan tuduhan rasuah, maka dari sifir mudah, kes Eli ada sedikit iras iras kes Anwar. Kemungkinan itulah asasnya agar tiada tindakan yang dikenakan terhadap Elizabeth Wong berbanding dengan Mohamad Fairus….. sebab BAPAK kepada segala masalah MORAL sedang dijunjung oleh KEPALA BAPAK parti berbilang kaum dan agama!

Thursday, April 9, 2009

Inilah Barisan Najib, Ada Komen..?

PERDANA MENTERI : Datuk Seri Najib Tun Razak
TIMBALAN PERDANA MENTERI: Tan Sri Muhyiddin Yassin
JABATAN PERDANA MENTERI:
Menteri:
1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)
2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)
3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)
4. Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)
Timbalan Menteri:
1. Datuk Liew Vui Keong
2. Datuk Dr. Mashitah Ibrahim
3. Datuk S.K. Devamany
4. Ahmad Maslan
5. T. Murugiah
KEMENTERIAN KEWANGAN:
Menteri: Datuk Seri Najib Tun Razak
Menteri II: Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Timbalan Menteri:
1. Datuk Chor Chee Heung
2. Datuk Dr. Awang Adek Hussin
KEMENTERIAN PELAJARAN:
Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan Menteri:
1. Datuk Dr Wee Ka Siong
2. Dr. Mohd Puad Zarkashi
KEMENTERIAN PENGANGKUTAN:
Menteri: Datuk Ong Tee Keat
Timbalan Menteri:
1. Datuk Abdul Rahim Bakri
2. Datuk Robert Lau Hoi Chew
KEMENTERIAN PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI:
Menteri: Tan Sri Bernard Dompok
Timbalan Menteri: Datuk Hamzah Zainudin
KEMENTERIAN DALAM NEGERI:
Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan Menteri:
1. Datuk Wira Abu Seman Yusop
2. Jelaing anak Mersat
KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:
Menteri: Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim
Timbalan Menteri:
1. Datuk Joseph Salang Gandum
2. Senator Heng Seai Kie
KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
Menteri: Datuk Peter Chin Fah Kui
Timbalan Menteri: Noriah Kasnon
KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
Menteri: Datuk Seri Shafie Apdal
Timbalan Menteri:
1. Datuk Hassan Malek
2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI:
Menteri: Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
Timbalan Menteri:
1. Datuk Dr. Hou Kok Chung
2. Datuk Saifuddin Abdullah
KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:
Menteri: Datuk Mustapa Mohamed
Timbalan Menteri:
1. Datuk Mukhriz Mahathir
2. Datuk Jacob Dungau Sagan
KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI:
Menteri: Datuk Dr. Maximus Ongkili
Timbalan Menteri: Fadillah Yusof
KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
Menteri: Datuk Douglas Uggah Embas
Timbalan Menteri: Tan Sri Joseph Kurup
KEMENTERIAN PELANCONGAN:
Menteri: Datuk Ng Yen Yen
Timbalan Menteri: Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib
KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
Menteri: Datuk Noh Omar
Timbalan Menteri:
1. Datuk Johari Baharum
2. Datuk Rohani Abdul Karim
KEMENTERIAN PERTAHANAN:
Menteri: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Menteri: Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad
KEMENTERIAN KERJA RAYA:
Menteri: Datuk Shaziman Abu Mansor
Timbalan Menteri: Datuk Yong Khoon Seng
KEMENTERIAN KESIHATAN:
Menteri: Datuk Liow Tiong Lai
Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Rashid Shirlin
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN:
Menteri: Datuk Ahmad Shabery Cheek
Timbalan Menteri:
1. Datuk Razali Ibrahim
2. Wee Jeck Seng
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA:
Menteri: Datuk Dr S.Subramaniam
Timbalan: Datuk Maznah Mazlan
KEMENTEIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:
Menteri: Datuk Ismail Sabri Yaakob
Timbalan Menteri: Datuk Tan Lian Hoe
KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:
Menteri: Datuk Kong Cho Ha
Timbalan Menteri: Datuk Lajim Ukin
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:
Menteri: Datuk Seri Sharizat Jalil
Timbalan Menteri: Datin Paduka Chew Mei Fun
KEMENTERIAN LUAR:
Menteri: Datuk Anifah Aman
Timbalan Menteri:
1. A. Kohilan Pillay
2. Datuk Lee Chee Leong
KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN:
Menteri: Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Timbalan Menteri: Datuk M. Saravanan

Wednesday, April 8, 2009

Rezeki Beliau Semakin Mencurah Curah Selepas Tinggalkan Perjuangan Sia Sia Anwar Ibrahim

Zamil Bin Ibrahim seorang ahli perniagaan yang berjaya berdiri didepan banglo mewahnya RZ Villa yang terletak di Kelab Golf Cinta Sayang Sungai Petani…..


Sewaktu Ezam meluangkan masa turun membantu jentera BN di Bukit Selambau, beliau berkesempatan menziarah sahabat lamanya di Sungai Petani.

Kebetulan pula, Bilik Gerakan utama Penerangan UMNO-BN dan tempat penginapan petugas-petugas yang terletak di Sungai Petani terlalu berhampiran dengan kediaman sahabat lama Ezam, yang dimaksudkan adalah Zamil Bin Ibrahim, bekas Ketua Pemuda Keadilan Negeri Kedah dan jawatannya yang terakhir sebelum meninggalkan PKR, beliau merupakan Pengarah Strategik Pilihanraya 2008 PKR Bahagian Merbok.

Ezam bersama rombongannya telah diundang makan tengahari sebelum mereka berangkat menuju ke Bukit Gantang meneruskan tugas membantu kempen pilihanraya disana pula.
Zamil Bin Ibrahim mengambil keputusan untuk tinggalkan parti yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim kerana beliau yakin bahawa Anwar adalah PEMBOHONG Nombor Satu Negara Malaysia. Upacara khas meninggalkan PKR pernah diadakan oleh Zamil bersama sama ratusan ahli ahli parti itu di Kelab Golf Cinta Sayang Sungai Petani pada 24 Ogos 2008.

“ setelah saya tinggalkan perjuangan sia sia Anwar Ibrahim, lebih banyak masa dapat difokuskan kepada perniagaan saya, dan alhamdulillah dengan izin Allah swt, rezeki semakin mencurah curah hasil kerja kuat saya sekeluarga…” jelas Zamil yang memulakan cerita.

“ waktu dulu selama 10 tahun, terlalu banyak masa saya dan rakan rakan habiskan untuk parti, sehinggakan pernaigaan saya terabai dan tidak dapat diuruskan dengan baik..” kata Zamil sambil menunjukkan beberapa album foto simpanannya bersama Keadilan.

Tambah beliau lagi “ akhirnya apabila Anwar sihat wal-afiat, dia kembali kepada perangai buruk lamanya, mengamalkan kronisme dan nepostime, padahal dia yang suruh kita serang kerajaan kata dasar pentadbiran kerajaan kununnya tak betul…”

Menurut Zamil, ramai ahli ahli dan pemimpin Keadilan yang menjadi mangsa dan malah ada yang merengkuk kesusahan seperti hilang mata pencarian, tergadai harta benda, terputus hubungan keluarga sepanjang tempoh memperjuangkan pembebasan Anwar suatu ketika dahulu, namun apabila keadaan parti PKR semakin kuat, Anwar hanya membantu beberapa kerat orang orang yang “terpilih” sahaja.

“ Anwar ni pembohong! Kalau dia kata dia nak tolong golongan bawahan yang susah seperti nelayan, petani dan sebagainya…, jangan nak temberang lah! Suruh Anwar pergi jengok nasib ramai pejuang pejuang reformasi yang sekarang hidup susah sebab terlibat dengan pejuangan nak membebaskan dia dulu…” tegas Zamil.

Kini kehidupan Zamil lebih banyak menghabiskan waktu dengan urusan perniagaannya yang berkembang begitu pesat sekali sehingga beliau kerap juga berada dibeberapa negara rantau Asean seperti Thailand, Myanmar dan Indonesia.

Namun begitu sikapnya yang merendah diri dan tidak pernah lupa zaman kesusahan membuatkan beliau amat disenangi dikalangan teman teman terutamanya yang seangakatan dengan era reformasi bersama Pemuda Keadilan.

Diakhir perbualan dengan Blogmaster, Zamil berpesan “ kalau kita nak berjaya dalam hidup ini perlulah amalkan tiga [3] perkara iaitu; Sembahyang jangan sesekali kita tinggal, Kenalah rajin membaca agar luas ilmu pengetahuan kita, Kepada anak anak kita haruslah kita pastikan jangan sesekali ponteng sekolah…., insya allah boleh berjaya macam saya…”

Bekas Ketua Pemuda Keadilan Wilayah, Azwanddin Hamzah bersama bekas Naib Ketua Pemuda Keadilan, Zahid Mat Arip sedang berposing bersama kereta Rolls Royce kesayangan Zamil

Ezam diiringi oleh Zamil berjalan meninggalkan kediamannya setelah selesai makan tengahari bersama teman teman yang lain


Motosikal berkuasa tinggi Gold Wing Honda milik Zamil ini telah mencuri perhatian Ezam dan teman teman, nombor pendaftaran 56 membawa maksud rukun islam dan rukun iman, jelas pemiliknya.....


Zamil bersalaman dengan tetamu tetamu sebelum mereka meninggalkan perkarangan banglo mewahnya dan meneruskan perjalanan ke Bukit Gantang…

Monday, April 6, 2009

Terbukti Anwar Cuba Berbohong....

Sah! 6 kotak dokumen rahsia kerajaan memang ada dalam simpanan Anwar Ibrahim.
Sewaktu Ezam Mohd Nor berceramah di Flat Paya Nahu Bukit Selambau malam tadi, beliau membuktikan bahawa 6 kotak dokumen rahsia berada didalam simpanan Anwar. Pada dua pilihanraya kecil sebelum ini di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, Ezam telah berulang kali menyatakan bahawa beliau tidak pernah menyimpan 6 kotak sepertimana yang didakwa oleh beberapa pendekar tempang budak budak bahlol suruhan Anwar yang mencabar Ezam terus membuat pendedahan….

Malam tadi dalam kempen pilihanraya kecil Bukit Selambau, Ezam menunjukkan bukti apabila mempamerkan sebuah buku yang ditulis oleh Abdul Aziz Bari, Profesor Kuliah Undang Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa bertajuk “POLITIK PERLEMBAGAAN”. Buku yang diterbitkan oleh Institut Kajian Dasar [IKD],turut tertera dibuku tersebut salah seorang penyuntingnya adalah Amir Shari wakil rakyat PKR, ADUN Batu Caves.

Pada mukasurat 224 jelas dinyatakan disitu bahawa 6 kotak dokumen rasmi kerajaan yang mengandungi kesalahan rasuah pemimpin negara berada didalam simpanan Anwar Ibrahim.

Semoga selepas ini, tidak ada lagi budak budak suruhan Anwar mahu menjilat boss mereka dan menyalak-nyalak mencabar Ezam membuat pendedahan dokumen rasuah……

Friday, April 3, 2009

Ezam Turun Padang Bantu Dua Bukit

Walaupun Ezam Mohd Nor kini sedang sibuk mempengerusikan Yayasan Generasi Baru Nusantara yang berpengkalan di Jakarta Indonesia, namun beliau tetap luangkan masa pada hujung minggu yang lepas membantu kempen pilihanraya kecil di dua bukit, iaitu Bukit Gantang dan Bukit Selambau.

Sudah tentulah kemunculan Ezam di pentas pentas ceramah yang menyaksikan pidatonya serta penjelasan terhadap dakyah politik dimainkan oleh Pakatan Pembangkang.

Sekembalinya bekas Ketua Pemuda PKR merangkap Setiausaha Politik mantan Timbalan Perdana Menteri ini ke Kuala Lumpur, beliau mengisi waktu yang ada bergegas ke utara tanahair menyumbangkan keringat berkempen untuk calon calon Barisan Nasional.

Dalam ceramah ceramahnya kali ini, Ezam menjelaskan kepada pengundi untuk lebih yakin kepada UMNO yang kini sudah berwajah baru dengan barisan pimpinannya yang dianggap “pasukan terbaik” mengiringi kepimpinan presiden baru dan bakal Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Manakala buat pengundi di Bukit Gantang pula, Ezam turut berpesan agar mereka tahu menilai keperibadian pemimpin sekiranya tergamak mahu menderhaka terhadap institusi raja berpelembagaan dan terbukti tindakan pembangkang yang mendahulukan kepentingan peribadi dimana langsung tidak mengendahkan asas negarawan seperti amalan pemimpin negara kita dizaman lampau.

Ezam dijadualkan akan sekali lagi kembali semula ke utara tanahair hujung ini untuk terus menjalankan tanggungjawabnya membantu kempen di kedua dua bukit agar calon calon BN beroleh kejayaan merampas kerusi dari Pakatan Pembangkang.

Siri ceramah Ezam turut dibantu oleh bekas bekas pemimpin Keadilan yang kini sudah bersama UMNO seperti Hamdan Taha, Zahid Mat Arip, Lokman Noor Adam, Hanafiah Man dan Hamidzun Khairuddin disamping beberapa wakil rakyat wakil rakyat tempatan.

Berikut adalah rakaman ceramah ceramah tersebut di Bukit Gantang dan Bukit Selambau…;

Ezam berbual bersama sama dengan pimpinan UMNO Bahagian Bukit Gantang sementara menunggu gilirannya berceramah

Sdra Abdul Muhaimin Abdul Rahman, bekas ADUN Semanggol mempengerusikan majlis


Sdra Hamdan Taha bekas Timbalan Ketua Pemuda Keadilan yang kini bergelar Pegawai KHAS kepada MB Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir

Sdra Muhamad Zahid Mat Arip bekas Naib Ketua Pemuda Keadilan yang telah kembali kepangkuan UMNO pada tahun 2004

Yb Datuk Rosli Hussein ADUN Changkat Jering merangkap Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang menceritakan kisah dalam persidangan DUN di Perak

Sdra Lokman Noor Adam bekas Setiausaha Pemuda Keadilan yang berjaya memenangi pertandingan EXCO Pemuda UMNO Malaysia pada Persidangan yang baru berakhir minggu lepas.

Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir bersama sama tetamu tetamu di majlis PIDATO Rakyat Kempen Pilihanraya Bukit Gantang yang bertempat di Dataran Bukit Gantang

Datuk Dr Zambry menyampaikan amanatnya kepada pengundi pengundi di Bukit Gantang

Ceramah Ezam yang agak panas membidas cara dakyah politik putar belit pihak Pakatan Pembangkang agar pengundi di Bukit Gantang tidak terkeliru...
Yb Ku Abdul Rahman ADUN Guar Cempedak menyampaikan ceramahnya buat pengundi di Bukit Selambau

Ezam turut berceramah di Bukit Selambau membantu calon BN untuk merampas kerusi milik Pakatan Pembangkang

Thursday, April 2, 2009

Ezam Diberi Penghormatan Oleh TV3

Pada hari penutup Persidangan Agong UMNO di PWTC, hari Sabtu 28 Mac yang lalu, Pengerusi Yayasan Generasi Baru Nusantara, Ezam Mohd Nor telah diberikan penghormatan oleh TV3 sebagai panel mengulas perjalanan pemilihan dan persidangan parti tunjang melayu dalam negara ini.

Ezam telah digandingkan dengan seorang penganalisa politik iaitu Dr Muhamad Mustafa, Pensyarah Sains Politik Universiti Utara Malaysia [UUM] dan moderator sesi bicara ini pula ialah Datuk Johan Jaafar.

Temu bual ini disiarkan secara langsung ke kaca tv dari jam 10 pagi sehinggalah selesai acara penutup oleh Pengerusi Tetap Persidangan UMNO dan telah diselang-selikan dengan ucapan penggulungan oleh Ketua Puteri, Ketua Pemuda, Ketua Wanita, Naib2 Presiden, Timbalan dan Presiden UMNO yang baru.

Rakaman siaran langsung ini diadakan di aras 3 PWTC pada waktu yang sama acara penggulungan sedang berlangsung di Dewan Merdeka.

Ezam memberikan keyakinannya bahawa barisan pemimpin baru UMNO yang telah dipilih oleh perwakilan kali ini adalah yang terbaik dan dijangka akan mampu membawa satu transformasi untuk kembalikan zaman kegemilangan UMNO dan Barisan Nasional.

Malah jika di perhalusi senarai yang terpilih, barisan ini adalah sebenarnya “impian” Anwar Ibrahim suatu ketika dahulu sewaktu beliau pernah memimpin UMNO. Pada penghujung tahun 90an, Anwar pernah berusaha melahirkan Dream Teamnya yang bergelar Team Wawasan dan hari ini “players” yang mahu dimasukkan dalam team tersebut telah terpilih oleh perwakilan seperti;
Datuk Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Muhyidin Yassin, Datuk Dr Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, Datuk Shafie Afdal.

Pada hemat Blogmaster, Anwar pastinya berada didalam mood yang kurang baik sekarang ini…..

Aksi-aksi rakaman siarann langsung sesi bual bicara TV3;