Wednesday, May 27, 2009

Siapa BARUA Anwar Kecut Telor Malam Tadi?

BARUA Nombor Satu Anwar Ibrahim dikalangan pemimpin PAS, Datuk Husam Musa terbukti tidak berani mendepani Ezam Mohd Nor untuk berhujah dalam soal Rasuah Politik…!!

Rancangan telivisyen “Hujjah” yang disiarkan setiap hari Selasa jam 9.30 malam di TV9 sepatutnya menyaksikan perdebatan antara Husam Musa dengan Ezam tetapi, malang sekali disaat saat akhir, Husam cabut lari kerana tidak cukup berani mendepani bekas pengasas Gerakan Rakyat Anti Korupsi Malaysia [GERAK] itu.

Husam berdolak dalih memberikan alasan beliau tidak dimaklumkan terlebih dahulu bahawa lawannya iaitu Datuk Zahid Hamidi tidak dapat hadir dan pihak TV9 telah menggantikan dengan Ezam, alasan yang tidak bolek diterima akal, sila baca sini.

Apakah yang menyebabkan Husam “kecut telor” hendak berhujah dengan Ezam? Diberitakan bahawa beberapa jam sebelum bermulanya rancangan tersebut, Husam sudah tiba di set TV9 tetapi apabila mendapat tahu Ezam yang akan berhujah dengannya, maka melintang pukang Husam mengatur langkah seribu….

Pernah suatu ketika dahulu Husam merintih hampir hampir menitiskan airmatanya menceritakan secara peribadi sebagai sahabat kepada Ezam bagaimana rakusnya pimpinan kerajaan di Kelantan menyapu bersih projek balak di negeri Cik Siti Wan Kembang. Maknanya, tidak ada apa kelebihan pimpinan parti islam itu mentadbir negeri walaupun memakai kopiah dikepala….

Adakah sebab itu Husam memilih untuk TIDAK berhujah dengan Ezam soal Rasuah Politik..??

Kalau Husam berdepan dengan Zahid Hamidi mungkin beliau boleh “barter trade” cerita rasuah politik pimpinan UMNO ketika berlaku pemilihan dan persidangan UMNO, maka apabila dikaitkan dengan cerita politik wang yang mula menular dalam pemilihan Muktamar PAS, Husam berpeluang untuk menjadikan keadaan tidak berat sebelah.

Tetapi jika Husam mahu mendepani Ezam dalam isu rasuah, sudah tentulah beliau tidak akan mampu “berhujah” memandangkan Ezam punyai tetimoni sebagai satu satu rakyat Malaysia yang merengkok dalam penjara kerana mendedahkan isu rasuah, tidak ada satupun laporan rasuah yang Ezam tarik balik biarpun sudah menyertai UMNO, dan harus diingat bahawa Ezam adalah pengasas penubuhan NGO anti korupsi, Gerakan Rakyat Anti Korupsi Malaysia [GERAK].

Sunday, May 24, 2009

Penanti: Penyundalan Anwar TAK Menjadi..

Terima kasih pihak media..! Syabas…!! Tahniah…!!!

Pilihanraya kecil DUN Penanti yang kini sudah ditiupkan wisel permulaan kempennya sebaik sahaja penamaan calon berlangsung pagi semalam.

Ternyata tidak ada kemeriahan langsung pilihanraya “buatan” Anwar Ibrahim ini…, kesian dia. Datuk Seri Najib sewaktu mengumumkan bahawa BN tidak akan meletakkan calon, kenyataan yang memedihkan hati Anwar sudah tentu bila PM berkata “tidak perlu melayan mainan politik Anwar yang mahu menggunakan pilihanraya kecil untuk menyelesaikan masalah dalaman parti itu..”

Menyahut kekecewaan itu samada sedar ataupun tidak, Anwar melatah apabila mengakui bahawa beliaulah yang mengarahkan bekas Timbalan KM Pulau Pinang, Fairus untuk meletakkan jawatannya agar dapat digantikan dengan orang lain, baca sini.

Berbalik kepada tajuk posting diatas tadi, sepertimana ramalan blogmaster dalam tulisan sebelum ini, pihak media elektronik dan cetak mestilah TIDAK menjadikan “coverage” cerita Pilihanraya kecil Penanti sebagai berita utama santapan rakyat. Nah! Hari ini hampir kesemua dada dada akhbar tidak melaporkan Pilihanraya kecil DUN Penanti sebagai headlines, cukup untuk Anwar garu kepala… Mingguan Malaysia melaporkan pada mukasurat 11, tidaklah penting untuk rakyat tahu kisah di Penanti .

Rancangan Anwar yang mahu MENYUNDALKAN Pilihanraya kecil DUN Penanti tidak menjadi…. dulu blog ini pernah mengulas bagaimana Anwar menyundalkan politik tanahair, klik sini

Kini Anwar akan syok sendiri dalam kempen pilihanraya. Bukan Anwar sahaja, tetapi beberapa askar askar tempang yang sanggup jadi perkakas Anwar akan menggunakan pentas ceramah mengkritik kerajaan BN sedangkan tidak ada calon BN masuk gelanggang di Penanti….

Tuesday, May 19, 2009

Anwar - BAPA PILIHANRAYA KECIL MALAYSIA

“at any cost, BN pasti akan letak calonnya di Penanti..” itulah ramalan Anwar Ibrahim, Penipu @ Pembohong Nombor Satu Negara. Sifat Anwar yang sememangnya munafik memiliki lidah bercabang cabang acapkali mahu menghuru harakan senario politik negara…..

Akhirnya Anwar “terkena” getahnya sendiri….. Tahniah dan Syabas Datuk Seri Najib!

Keputusan BN untuk tidak mahu membazirkan wang rakyat [tax payers], tidak mahu membazir masa, tidak mahu “melayan nafsu” politik BANGANG Anwar serta pengikut-pengikutnya dari Pembangkang adalah suatu keputusan yang Bijak…., Bijak…..

Kini Anwar mengajak umat umatnya yang berbilang kaum dari PKR, yang berkopiah dan bermini telekung dari PAS dan yang menyembah berhala dari DAP untuk melabelkan UMNO dan BN sebagai penakut dan pengecut kerana tidak mahu masuk gelanggang di DUN Penanti, lihatlah segala bentuk penulisan di blog blog milik penyokong Pembangkang.

Anwar Ibrahim kali ini GAGAL dan sekaligus KECEWA kerana tidak berupaya menarik BN yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib untuk ikut beliau “menari irama Kopi Dangdut kesukaannya”.

Setelah Anwar mendapat keMALUan yang besar dalam isu ini, berikut adalah beberapa jawapan serta alasan “standard” keluar dari mulut Penipu Nombor Satu Negara kita mutakhir ini….;-

Keengganan BN sertai Pilihanraya kecil DUN Penanti dikira BN takut untuk menerima kekalahan……
Tapi pada tahun 2006, Pembangkang dibawah nasihat Anwar tidak sertai Pilihanraya kecil Batu Talam dikira membuat keputusan bijak, memudahkan proses pemilihan wakil rakyat dikubu kuat BN.

Bila tiga ADUN Pembangkang di Perak umum keluar parti dan menjadi Yb Bebas menyokong BN, itu dikira KHIANAT, dilabelkan Pembelot.
Tapi sebelum itu bila ADUN Bota umum tinggalkan BN dan sertai PKR, maka ini dikira Demokrasi..

Bila Mahkamah Tinggi putuskan Nizar Jamaluddin kekalkan sebagai MB Perak, maka Anwar pun menyambut dengan berkata keputusan itu adalah kemenangan buat rakyat dan sistem demokrasi negara ini…, mustahak untuk menghormati apa yang termaktub dalam perlembagaan.
Tetapi…, bila Mahkamah Rayuan pula membenarkan Datuk Seri Dr Zambry menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi itu, Anwar mengatakan “"It is not for the court of law to decide who should be MB, this should be decided by the people's court..”


Itulah dia tingkah laku makhluk ciptaan Allah swt yang bernama Anwar Bin Ibrahim……

Anwar mahu menggangu gugat Datuk Seri Najib daripada menumpukan tugas-tugasnya sebagai Ketua Negara yang mendepani tanggungjawab memperbaiki keadaan ekonomi serta kestabilan politik tanahair.

Setelah GAGAL dengan Projek 916 [16 September] Anwar terus terusan mahu memporak-perandakan pentas politik negara. Formula Anwar adalah untuk membeli spekulasi rakyat yang akan menilai kelemahan BN menerusi siri Pilihanraya kecil. Tsunami Mac 2008 masih belum reda gelombangnya apabila Anwar berjaya memberi tunjuk ajar sesat kepada beberapa kerajaan negeri yang dibawah telunjuknya agar membuat keputusan yang “membeli hati rakyat” biarpun perlu timbul kontrovesi terutamanya melibatkan kaum bukan melayu….. Nah! Inilah yang meneruskan arus Tsunami Mac 2008 kepada semua Pilihanraya kecil di Semenanjung tanahair, lihat sendiri sokongan undi bukan melayu kepada Pembangkang biarpun calonnya dari parti PAS.

Oleh itu Anwar mahu menggunakan Pilihanraya kecil untuk mempamerkan kelemahan BN yang akan ditewaskan satu per satu….

Ayuh, mari kita tabalkan Anwar sebagai “BAPA PILIHANRAYA KECIL MALAYSIA”

Cukuplah apa yang berlaku di Bukit Selambau, tempat yang digunakan oleh Anwar untuk “menyelesaikan masalah dalaman” parti beliau. Kini, Anwar mahu gunakan Penanti untuk sekali lagi menipu rakyat…., yang bermasalah sebenarnya adalah pucuk pimpinan PKR, tetapi Anwar sanggup mengheret rakyat di Penanti berpesta dalam Pilihanraya kecil untuk “menyalin pakaian dalam” partinya itu.

Tepat sekali keputusan BN kali ini! Tak perlu jadi perkakas mainan politik Anwar yang menggunakan pilihanraya kecil menyelesaikan masalah dalaman PKR.

Yang pasti Anwar dan barisan penceramah-penceramahnya akan jilat tapak tangan “kempunan” untuk naik pentas dan “menghentam dan membalun” pimpinan kerajaan BN….., apalah yang hendak dikritik mereka sedangkan tiada calon dari BN yang bertanding?

Yang pasti “kemeriahan” yang diharapkan oleh Anwar tidak akan terjadi apabila penyokong-penyokong, pengikut-pengikut, petugas-petugas Pembangkang tidak perlu berbondong bondong membanjiri pekan Penanti…

Yang pasti tidak akan ada liputan yang meluas dari media elektronik dan akhbar akhbar, barangkali mungkin sewaktu selesai pilihanraya itu nanti, keputusannya pun hanya akan tersiar dimuka surat tiga atau empat, tak perlu muka depan akhbar….
Begitu juga berita tv tak perlu jadikan keputusan Pilihanraya kecil Penanti sebagai tajuk berita utama….

Thursday, May 14, 2009

Ulangkaji: Kenali Spesis Lidah Bercabang


Anwar Ibrahim, Pembohong Nombor Satu Negara malam tadi telah membuat kenyataan yang bercanggah dengan kenyataan rasmi beliau terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan Nizar Jamaluddin kekal sebagai MB Perak.

Kelmarin, sebaik sahaja Datuk Abdul Aziz Abd Rahim Hakim Mahkamah Tinggi membuat keputusan memihak kepada Nizar, bukan main gegak gempitalah penganut penganut fahaman pembangkang menyambutnya, dengan muka tak malu umat Anwar Ibrahim ini “akur” dengan penghakiman Mahkamah Tinggi itu. Walhal, minggu lepas, bekas Speaker DUN Perak, Sivakumar tidak mahu mengiktiraf keputusan Mahkamah yang membenarkan MB Perak, Datuk Seri Dr Zambry bersama enam orang Exco dan tiga ADUN Bebas menyertai sidang DUN. Sivakumar dengan angkuh dan sombong bodohnya berkeras tidak mahu memulakan sidang selagi Zambry bersama sembilan ADUN yang lain tidak tinggalkan dewan. Inilah dia jenis spesis “KLUK KLEK” satu sindrom yang MESTI mengalir dalam badan sesiapa yang menganut fahaman pembangkang, maknanya jika keputusan itu memihak kepada mereka, maka ianya dilihat baik dan mesti diterima, tetapi jika sebaliknya maka dianggap tidak adil dan mesti ditolak ...

Apa nak diherankan…, semua ini diajar dan dididik oleh Boss mereka, yang sudah dua kali mendepani tuduhan liwat dimana perbicaraannya kali ini bakal beraksi di bulan Julai.

Anwar Ibrahim membuat kenyataan rasmi dalam keadaan “gumbira” apabila Nizar diumumkan sebagai MB Perak yang sah. Berikut adalah petikan kenyataan rasmi beliau yang disiarkan di blognya sendiri
http://anwaribrahimblog.com/2009/05/11/nizar-menteri-besar-perak-yang-sah/
“Alhamdulillah saya menyambut baik keputusan mahkamah tinggi hari ini yang mengistiharkan YAB Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin selaku Menteri Besar Perak yang sah. Keputusan tersebut merupakan satu kemenangan buat rakyat dan juga sistem demokrasi di negara ini. Kami menyeru agar YAB Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dengan segera dikembalikan jawatan beliau sebagai Menteri Besar Perak.

Keputusan hari ini membuktikan bahawa Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi di negara ini. Makanya adalah mustahak bagi semua institusi kerajaan untuk menghormati semangat yang termaktub dalam perlembagaan…”

Tetapi apabila Mahkamah Rayuan pula membenarkan Datuk Seri Dr Zambry menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi, nada dan irama kata kata yang keluar dari mulut busuk si Anwar Ibrahim pun dah berubah…

Sewaktu berlangsungnya Public Forum “From May 13 To 1 Malaysia” di Dewan Sivik Petaling Jaya malam tadi, Anwar didalam ucapannya berkata "It is not for the court of law to decide who should be MB, this should be decided by the people's court," he said to resounding cheers….
http://www.malaysiakini.com/news/104270

Inilah dia sifat sifat mahluk yang lidahnya bercabang! Apabila keputusan memihak kepada Nizar, maka Anwar seperti petikan kenyataan diatas menyebut “Keputusan tersebut merupakan satu kemenangan buat rakyat dan juga sistem demokrasi di negara ini..” Malah Anwar menyambut baik keputusan oleh Mahkamah yang MENGISYTIHARKAN Nizar sebagai MBPerak yang sah. Akan tetapi bila Mahkamah Rayuan memihak kepada Dr Zambry, maka Anwar pun berkata “..It is not for the court of law to decide who should be MB...”

Friday, May 8, 2009

Sebenarnya, Nizar Kena SOUND..!

Inilah apa yang diperkatakan oleh Raja Muda Negeri Perak, Raja Dr Nazrin Shah kepada dua ekor kerbau balau yang menjadi dalang kepada semua hura hara didalam Dewan Undangan Negeri Perak semalam……

“Beta tak mahu terlibat didalam semua ini. Beta cuma mahu sampaikan ucapan perasmian Beta, jadi tolong hormati Titah Ucapan Beta…, kamu faham..??

“Sekiaranya kamu mahu kerjasama dengan Beta, kamu hendaklah hormati Titah ucapan Beta, FAHAM..??”

“Sekarang pergi sampaikan!” [maksudnya Nizar dan Ngeh kena maklumkan kepada beberapa ekor lagi kerbau balau yang sedang berkumpul berdiri depan pentas diraja untuk mengambil tempat masing masing…]

Demikianlah kata kata Raja Muda Perak yang disampaikan ketelinga dua ekor kerbau balau yang bernama Nizar dan Ngeh……

Petikan akhbar The New Straits Times bertarikh 8 Mei mukasurat 5, boleh dibaca laporan tersebut.

… While Raja Nazrin took care to speak to them away from the microphone, his advice, which sounded more like an admonishment, was audible over the public address system.

The Raja Muda told the duo: “ I don’t want to get involved in this. I just want to give my speech, so respect my speech, when I am giving it. You understand that? If you want to work with me in future, you have to respect my speech, Understand?

“ So, go and tell that [to the Pakatan Rakyat state assemblymen who had stood together in front of the royal dais to take their seats] “.


Jelaslah tingkah laku sumbang wakil rakyat wakil rakyat pembangkang di DUN Perak membuatkan Raja Muda terpaksa menegur ketua mereka.

Lazimnya, jika mahu ditafsirkan sebagai perbalahan dan kedua dua pihak hendak disalahkan, sudah tentulah Raja Nazrin akan memanggil Dr Zambry bersama dengan Nizar untuk mendengar kata kata yang disebutkan tadi…., tetapi dalam insiden ini hanya Nizar dan Ngeh yang ditegur, untuk ditambah sambal kepada ulam cerita ini, cuba perhatikan betul betul bait bait kata Raja Nazrin itu, sebanyak DUA kali beliau agak tegas bertanyakan kepada Nizar “You UNDERSTAND?”.

disini rakyat perlulah menilai jenis apakah makhluk bernama Nizar Jamaluddin ini….?


KURANG AJAR PUNYA BANGSAT..!!!!!
Lihatlah betapa biadapnya wakil rakyat pembangkang, Loke Chee Yan berdiri atas meja dalam Dewan Undangan Negeri, tidak pernah terjadi dalam sejarah negara kita….

Wednesday, May 6, 2009

Kecoh! Huru Hara AMK PKR Selangor...?


Gambar diatas ini adalah sebagai hiasan sahaja, tidak ada kena mengena dengan tulisan ini, ataupun sesiapa yang masih hidup ataupun yang telah mati…..


Sudah menjadi resam manusia didunia, bila kuasa dah genggam ditangan, maka akan lahirlah sifat tamak dan haloba….

Ketika pemerintahan PKR Selangor melepasi usia setahun jagung, dikhabarkan bahawa sayap penting parti berbilang kaum milik Anwar Ibrahim yang mengkudakan Khalid Ibrahim sebagai pilot dinegeri itu, iaitu Angkatan Muda Keadilan [AMK] Selangor kini sedang bergelora, berkocak dan mendepani masalah dalaman yang serius.

Ketua AMK Selangor, Khairul Anuar Zainuddin yang lebih dikenali dengan panggilan Jonah dikalangan kenalan dalam parti itu diKECAM hebat oleh salah seorang Exco lantikan beliau sendiri.

Minggu lepas, Blogmaster menerima sms dari salah seorang pimpinan PKR Selangor meminta agar disemak email sebab beliau baru sahaja mengirimkan “sesuatu”. Setelah dibuka Inbox email, Blogmaster dapati ada surat perletakan jawatan oleh Ketua Penerangan AMK Selangor yang memakan hampir lima mukasurat, tetapi yang menariknya surat tersebut lebih fokus kepada menghambat Saudara Jonah dengan terlalu banyak “pendedahan kepincangan” Ketua AMK Selangor itu….. Apa sudah jadi? Seharusnya Ketua Penerangan adalah jawatan pengurusan lantikan Ketua AMK, gandingan mereka untuk memperkasakan sayap itu dan sekiranya ada sebarang persengketaan haruslah selesai dimeja rundingan secara tertutup dikalangan mereka.

Mengenali Jonah sebagai sahabat, Blogmaster terus menghubungi beliau untuk bertanyakan perkara yang sebenar.

“Its ok bro, u boleh publish surat dia at your blog, biar orang tahu jenis apa dia nie..! ” kata Jonah memulakan perbualan.

“Actually aku decide nak reshuffle barisan Exco AMK Selangor, dah one year pun line up yang lama…” sambung Jonah.

“Come on la, rombakan ker, atau lantikan jawatan2 nie hak Ketua AMK negeri, sebenarnya USIA Ketua Penerangan aku nie dah terbabas bro, dia dah lebih umur, he is 40 plus…” jelas Jonah lagi dalam perbualan kami.

Oh…, begitu kisahnya, rupa rupanya Ketua Penerangan AMK yang tulis surat panjang berjela jela ni dah terlajak usia 40, dah tua dah dan perlu digantikan dengan orang lain…!!!

“ Ye lah, dia nak cover line, kononnya dia letak jawatan sebab hilang kepercayaan pada kepimpinan Jonah, tapi sebenarnya dia dah tak diperlukan lagi, umur dah senja nak masuk maghrib, macam gila talak jugak la mamat nie” kata sahabat yang menghantar email kepada Blogmaster setelah diceritakan kepadanya apa yang telah dijelaskan oleh Jonah.

Kalau kita amati daripada surat beliau, boleh ditafsirkan agak tercabar juga Saudar Jonah dengan kritikan kritkan yang telah dilemparkan kepadanya. Berikut adalah petikan petikan daripada surat tersebut ;-

Ketua AMK Selangor adalah punca beberapa Ketua AMK Bahagian menjadi MISKIN kerana GAGAL untuk menunaikan janji beliau mendapatkan gaji bulanan RM5,000 kepada setiap mereka.

Hanya ada satu sahaja biro diujudkan dan GAGAL untuk menubuhkan biro-biro menggambarkan organisasi yang tidak tersusun serta mantap bagi sesebuah AMK negeri.

Daripada 22 Bahagian dalam Selangor, hanya ada satu AMK Bahagian yang berjaya menubuhkan pejabat mereka sendiri walaupun negeri ini dibawah pemerintahan kerajaan PKR.

Ketua AMK Selangor juga terbukti GAGAL menangani senario berkabilah dikalangan Ketua Ketua AMK Bahagian, yang terbahagi kepada team Halimey [bekas Ketua] dan team Jonah sendiri.

Dana AMK Selangor juga GAGAL menunjukkan sebarang peningkatan langsung dan menjadi beban kepada keseluruhan ahli ahli sayap itu untuk menjalankan sebarang aktiviti.

Tidak banyak latihan dilaksanakan bagi memantapkan AMK negeri itu maka GAGAL untuk melahirkan kepimpinan dikalangan mereka.

Yang paling penting ialah GAGALnya Ketua AMK Selangor ini untuk memiliki hubungan yang baik dengan Ketua Perhubungan PKR Selangor itu sendiri iaitu MB mereka dilihat sesuatu yang tidak wajar berlaku dalam pentadbiran sesebuah parti politik……

Menurut penjelasan Jonah, beliau mahu memantapkan lagi barisan Exco AMK Selangor dibawah kepimpinannya. Untuk mengisi jawatan Ketua Penerangan AMK Selangor yang baru itu, beliau telah melantik Mohd Ezli Mashut, anak jati Ijok iaitu kawasan MB Selangor. Ezli berusia 31 tahun, lulusan Undang Undang UIA, seorang aktivis mahasiswa bersama dengan Jonah zaman mereka di universiti. Ezli juga adalah penulis muda yang banyak menyumbang nukilannya disiarkan di Harakah, Seruan Keadilan dan beberapa website.

Semoga pilihan Ketua AMK Selangor kali ini pilhan yang tepat….

Dibawah ini, disertakan sesalinan surat yang dimaksudkan itu, silalah klik pada image untuk mendapat bacaan yang lebih jelas.



Saturday, May 2, 2009

GEMPAR! Mangsa "LIWAT" Terbaru Anwar


Anwar Ibrahim kini tidur lena, mimpinya semua yang indah indah belaka….

Kuasa politik tanahair mutakhir ini dimonopoli oleh Penasihat PKR. Masakan tidak? Bila bergolak sahaja politik Pulau Pinang, kuasa mutlak Anwar yang mempunyai “air tangan” telah menguasai keputusan orang nombor satu kerajaan pulau mutiara itu.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng akur dan angguk kepada lengguk politik Anwar bilamana beliau sendiri tidak upaya menamakan siapa Timbalannya setelah Fairus terlebih dahulu menjadi kambing hitam Ahli Parlimen Permatang Pauh itu. Guan Eng serahkan segala-galanya kepada Anwar. Keputusan PKR memilih bekas Setiausaha Politik Anwar, Mansor Othman bertanding kerusi DUN Penanti sudah dijangka kerana Mansor memiliki ciri ciri “Yes Boss”, elemen penting kategori seorang budak suruhan atau dalam bahasa yang lebih sopan, seorang KHADAM……

Nah! Mukadimah ringkas diulas sekaligus memperlihatkan penguasaan Anwar keatas DAP dan PKR parti miliknya.

TERKINI, sebuah parti yang berusia lebih 50 tahun memperjuangkan Islam sebagai tunjang politik mereka, PAS sedang bergelora mendepani Muktamar tahunannya kali ini. PAS berjaya dijinakkan oleh Anwar menjelang Pilihanraya Umum ke 12 lalu untuk tidur sebantal, makan sepinggan bersama DAP dibawah kelolaan PKR. DAP yang mahu PAS tidak “sebut” Negara Islam sebagai asas perjuangan telah dikompromi untuk menghasilkan pakatan bertanding satu lawan dengan Barisan Nasional. Natijahnya, ketiga tiga parti pembangkang ini mencipta sejarah tanahair apabila berjaya membawa masuk lebih 80 wakil rakyat mereka ke Dewan Rakyat Parlimen manakala BN pula hilang kuasa majoriti 2/3. Kejayaan pembangkang juga dibuktikan dengan merampas empat kerajaan negeri.

Muktamar PAS untuk kesekian kalinya di"LIWAT"
oleh fahaman Anwarisme apabila pemilihan pemimpin tertinggi parti ini terbahagi kepada dua team, iaitu golongan Ulama dan satu lagi kumpulan yang dilabelkan sebagai Erdogan, iaitu penganut fahaman Anwarisme yang disebutkan tadi.

Agak membimbangkan juga apabila tersiar berita disebuah akhbar minggu lalu melaporkan Muktamar PAS di salah sebuah kawasan utara tanahair menyaksikan insiden perwakilan keluar dewan memboikot ekoran tidak puas hati dalam proses pemilihan YDP yang baru. What Goes Around Comes Around, dulu pembangkang kata Mesyuarat Agung UMNO Bahagian boleh kita dengar kisah sebegini tapi, sekarang ini boleh pula terjadi kepada sebuah parti islam yang hadir berkopiah dan bermini telekung! Ada kemungkinankah selepas ini berlaku insiden baling kerusi dan tumbuk menumbuk dikalangan mereka..?

Iman dikalangan ahli ahli PAS dan pemimpin mereka bukanlah ditahap rasul dan nabi, mereka pun manusia biasa. Bila sudah terhidang didepan mata KUASA politik, gelaran Datuk Seri, Dato, Menteri Besar, EXCO kerajaan negeri, Yang Berhormat Ahli Dewan Undangan Negeri, Yang Berhormat Ahli Parlimen, pemilikan jawatan besar GLC negeri pemerintahan mereka, maka sifat riak takbur tidak mustahil menguasai diri…..

Perpecahan dikalangan pemimpin dan ahli ahli PAS kini ditahap serius. Singgul menyinggul, bentes membentes sudah menular dalam Muktamar parti ini. Lihat sahaja senarai pencalonan jawatan jawatan tertinggi parti peninggalan Allahyarham Ust Fadzil Noor ini. Blog ini pernah menceritakan kisah perebutan jawatan dalam posting yang lalu.

Adakah Khalid Samad YDP PAS Shah Alam berperanan sebagai Agen TEGAR Erdogan Selangor apabila dalam Muktamar PAS Shah Alam tidak langsung menamakan Pesuruhjaya PAS Selangor Dato Dr Hassan Ali untuk sebarang jawatan tertinggi? Apakah Khalid membalas dendam keatas penyingkiran beliau dari jawatan Timbalan Pengerusi PAS Selangor oleh Hassan Ali

Puak Erdogan [PAS PKR] kini sedang menyusun strategi untuk menobatkan ahli ahli mereka ,menduduki kerusi Timbalan dan Naib Naib Presiden. Husam Musa dilihat sebagai percaturan Puak Erdogan untuk merampas jawatan Timbalan Presiden. Strategi yang dilihat sebagai “placing” melangkah ke kerusi nombor satu parti itu pada masa akan datang.

Manakala untuk jawatan Naib Naib Presiden pula Puak Erdogan ini mahu mempertaruhkan Nizar Jamaluddin, Mahfuz Omar, Kamaruddin Jaafar, Dr Dzulkefli, Salahudin Ayub, Dr Syed Azman dan Dr Hatta Ramli.

Dipihak Ulama, Ustaz Nasharuddin Mat Isa disandarkan harapan untuk kekal sebagai orang nombor dua parti agar maruah PAS tidak boleh digadaikan dengan mengangguk angguk kepada arahan PKR dan DAP. Seterusnya tokoh tokoh seperti Dr Hassan Ali, Azizan Abd Razak, Ustaz Idris Ahmad, Mat Sabu turut menjadi harapan Puak Ulama untuk mengisi jawatan jawatan tertinggi parti itu agar dapat menangkis penguasaan ahli ahli Puak Erdogan.

Pemimpin pemimpin PAS yang “khayal” dengan fahaman Anwarisme menyertai Puak Erdogan memasang cita cita mahu menjadi anggota kabinet kerajaan Angan Angan 916 Anwar. Mereka juga telah ditarbiyahkan agar menerima DAP sebagai madu dalam perkahwinan tiga segi PKR, PAS DAP ini. Lihat sahaja bagaimana mereka menghalalkan semua tindak tanduk “al kafirun” ini dalam kes bersekedudukan Yb Eli dengan seorang pemuda beragama islam dan bacaan serta tafsir ayat suci Al Quran oleh Ustaz David Nga Kor Ming.

Haru biru gelora politik PAS sudah mendapat signal dari anak kandung Mursyidul Am mereka sendiri apabila Nik Abduh membongkar tentang ada “pembantu sesat” ayahnya. Pendedahan ini seperti suatu wake up call oleh Puak Ulama mahu mengingatkan Puak Erdogan bahawa langkah sumbang mereka sedang dipantau. Antara sasaran yang dikaitkan sebagai “pembantu sesat” tersebut ialah Setiausaha Politik MB Kelantan, Anuar Bakri Haron. Anuar adalah anak didik Husam, sekiranya dibaca pada artikel disiarkan oleh blog AIDC [klik sini], memang ada hubung kait Anuar Bakri sebagai aktivis UM dengan Anwar Ibrahim. Ada juga bertiup angin menceritakan lawatan Yb Eli mengadap Tok Guru Nik Aziz untuk membasuh dosa sebenarnya diaturkan oleh Anwar dan Husam melalui Anuar Bakri….

Puak Ulama kini sedar bagaimana PAS mahu dikudakan oleh Anwar dan DAP untuk menggapai cita cita politik mereka. Apabila ada ura ura PAS di Penanti mahu meletakkan calon mereka bertanding, ini terbukti bahawa Puak Ulama semakin susut keyakinan mereka terhadap fahaman Anwarisme yang didukung oleh barua barua Anwar.

Semoga saki baki Muktamar PAS di peringkat kawasan akan lebih beristiqamah dengan mengekalkan perjuangan asal mereka tanpa mengizinkan fahaman Anwarisme me"LIWAT" fahaman Ulama. Bila tiba waktunya nanti, sudah tentulah Muktamar di peringkat pusat menjadi tumpuan dimana Anwar Ibrahim menanti dengan penuh debaran, apakah beliau akan berjaya menguasai parti PAS ini melalui pimpinan tertinggi mereka yang diatur untuk menjadi kuda tunggangan bertaraf BARUA…