MARI SAMA SAMA KITA MEDOAKAN YANG TERBAIK

MARI SAMA SAMA KITA MEDOAKAN YANG TERBAIK

Sunday, June 28, 2009

Gurkha2 Murahan PAS Gagal Malam Tadi....


Alangkah malunya segerombolan pencacai kepada parti PAS yang tak ubah seperti Gurkha Gurkha Murahan melalak-lalak terpekik terlolong seperti manusia tidak bertamadun cuba untuk mengganggu-gugat ceramah Ezam Mohd Nor malam tadi di Dewan Taman Sri Manja, Petaling Jaya Selatan [PJS], tetapi disebaliknya mereka pula yang “cedera parah” setelah “dibelasah” oleh Ezam dengan pidato yang berjaya mengupas banyak fakta kepincangan kerajaan PKR-DAP-PAS dinegeri pemerintahan mereka serta segala tingkah laku sumbang Anwar Ibrahim.

Ibarat Sirih Pulang Ke Ganggang, malam tadi adalah kemunculan sulung Ezam Mohd Nor yang pernah menjadi Timbalan Ketua UMNO Bahagian PJS sebelum beliau dipecat dari UMNO pada tahun 1998. Ceramah yang berlangsung di Dewan Taman Sri Manja ini telah menjadi kecoh dan riuh rendah apabila muncul kelompok kelompok penyokong kuat PAS berhampiran tapak ceramah dan membuat ‘provokasi’ yang biadap mengganggu ceramah Ezam. Pihak Polis juga terpaksa turun kearah berhampiran kelompok ini sebagai langkah berjaga-jaga agar tidak berlaku sebarang insiden yang tak diingini
Bekas Ketua Pemuda Keadilan ini tetap gagah dan suaranya juga semakin lantang menghala kearah kelompok kelompok yang rela menjadi pencacai kepada PAS-DAP-PKR diluar kawasan beliau berceramah. Mereka cuba mengejek setiap perkara yang diulas oleh Ezam. Namun terbukti niat jahat mereka menemui kegagalan dimana semakin lama semakin tidak kedengaran suara suara sumbang mereka apabila Ezam berjaya menjelaskan satu per satu buruk laku pemimpin-pemimpin PKR-DAP-PAS. Akhirnya kelihatan seolah-olah mereka ini dapat mendengar penjelasan situasi sebenar dan hanya cuma tinggal beberapa kerat sahaja lagi dikalangan mereka yang masih terus dengan perangai manusia tidak bertamadun sehingga ke penghujung program.

Kelihatan Ezam bersama kepimpinan UMNO Bahagian PJS sebelum naik ke pentas ceramah

Ezam setelah selesai berceramah memberikan kata kata semangat kepada Pemuda pemuda UMNO Bahagian PJS

Saturday, June 27, 2009

Yb Kapar Kata Khir Toyo Lebih Bagus...

Semalam telah berlangsung satu Round Table Meeting dikediaman rasmi MB Selangor. Mesyuarat yang memanggil kesemua wakil wakil rakyat PKR Selangor, samada ADUN ataupun Ahli Parlimen.

Tetapi dimaklumkan bahawa Khalid Ibrahim sendiri tidak hadir, besar kemungkinan beliau tidak berupaya untuk mendepani persoalan beberapa isu daripada beberapa wakil rakyat yang telah dilabelkan “outspoken” dan jarang mahu mengangguk-angguk kepada apa sahaja arahan pimpinan atasan PKR.

Diantara ramai Yb Yb PKR ini, hanya wakil rakyat daripada Parlimen Kapar sahaja mempunyai rekod tidak pernah “sebulu” dengan MB Selangor ini. S Manikavasagam pernah beberapa kali muncul didada akhbar Sinar membidas ddan menghentam Bossnya sendiri. Yb Kapar ini yang lebih dikenali dengan panggilan “Mike” telah mencetuskan situasi tegang dalaman PKR Selangor apabila pernah mengkritik hebat Khalid Ibrahim kerana gagal menangani isu ribut taufan di Sungai Udang Klang kawasan Parlimen Kapar suatu ketika dahulu. Manakala pada penghujung tahun lepas, Mike muncul beberapa kali di telivisyen dan akhbar apabila mencabar Khalid selesaikan isu Terminal Bas Klang Sentral dipekan Meru, dimana akhirnya Yb Kapar itu telah meletakkan jawatannya sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Selangor sebagai tanda protes setelah isu ini tidak memihak kepada tuntutannya.

Pada mesyuarat yang baru berlangsung semalam, Mike sekali lagi kecewa apabila Khalid Ibrahim takut untuk berdepan dengannya! Yb Kapar itu dinasihatkan agar tidak lagi menghentam MB Selangor secara terbuka tetapi perlulah menggunakan sidang mesyuarat untuk menyelesaikan segala kekusutan dalam parti mereka.

“Saya hadir sebab mahukan jawapan dari MB bagaimanakah cara beliau mahu selesaikan isu tanah di Kampung Perepat, tetapi malam ini tidak ada jawapan yang memuaskan..” kata Mike penuh kecewa. Isu Kampung Perepat dikatakan gagal ditangani dengan baik oleh Khalid Ibrahim. Yb Kapar ini mengingatkan kepada ahli mesyuarat malam itu bahawa sewaktu mereka berkempen pada Pilihanraya ke 12 yang lalu, pihak Pembangkang telah berjanji mahu selesaikan masalah ini, maka kemenangan besar di Parlimen Kapar dengan majoriti lebih 10,000 undi turut disumbangkan oleh pengundi-pengundi Kampung Perepat. Tetapi setelah setahun memerintah negeri Selangor, masih gagal untuk berbuat apa apa…

Ahli Parlimen Kapar ini merasakan selaku wakil kepada pengundi-pengundinya di Kampung Perepat, beliau tidak mengotakan janji janji kempen Pilihanraya ke 12. Paling mengecewakan ialah apabila Khalid Ibrahim tidak langsung ada masa mahu bersua muka dengan penduduk-penduduk Kampung Perepat ini.

Mike menganggap Datuk Seri Dr Khir Toyo jauh lebih baik daripada Khalid apabila lebih prihatin dan pernah bertemu dengan penduduk-penduduk Kampung Perepat sewaktu Dr Khir menjadi MB Selangor. Difahamkan bahawa Khir Toyo telah berusaha untuk selesaikan isu tanah penduduk-penduduk ini tetapi tidak dapat dilaksanakan kerana peralihan kerajaan di Selangor.

Demikianlah cerita dalam kain PKR yang disampaikan oleh Informer kepada Blogmaster sepanjang kami sembang dan minum minum di Bintang Walk Seksyen 7 Shah Alam malam tadi. Informer tersebut turut berada dimesyuarat yang diceritakan tadi….

Friday, June 26, 2009

ANAL Cancer Punca Kematian Farrah


Pelakon terkenal tahun 1970an dalam siri Charlie’s Angel, Farrah Fawcett meninggal dunia di hospital Santa Monica hari ini. Beliau meninggal pada usia 62 tahun setelah hampir 3 tahun berperang dengan “ANAL CANCER”.

Farrah pernah digelar simbol seks sekitar tahun 70an apabila muncul di kaca tv bersama Jaclyn Smith dan Kate Jackson dalam rancangan yang popular zaman telivisi hitam putih, Charlie’s Angel. Memiliki wajah yang cantik dan bentuk tubuh badan yang seksi telah menjadikan banyak poster pin-up Farrah dari majalah hiburan ketika itu digilai oleh ramai remaja, malah fesyen rambutnya juga turut menjadi ikutan gadis- gadis dan wanita.

Mendiang pernah berkahwin dengan pelakon terkenal siri Six Million Dollar Man, Lee Majors pada tahun 1973 tetapi rumahtangga mereka tidak kekal lama dan berakhir dengan penceraian pada 1982. Selepas itu Farrah telah menjalinkan hubungan dengan actor Hollywood, Ryan O’ Neal sehingga dikurniakan seorang anak pada tahun 1985 yang diberi nama Redmond O’ Neal. Sewaktu Farrah menghembuskan nafasnya yang terakhir, Ryan turut berada disisinya.

Jarang sekali ataupun mungkin juga inilah kali pertama kita dapat mendengar bahawa ada sejenis penyakit ANAL Cancer. Perkataan ANAL itu membawa maksud dubur...


Semoga perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim keatas Saiful Bukhari Azlan pada 8 Julai nanti akan dapat dijalankan tanpa sebarang gangguan oleh mana mana pihak….

Wednesday, June 24, 2009

JEMPUT KE SHAH ALAM MALAM INI

SELAMAT DATANG BRO HAMDAN..!!

TOLONG KASI GEGAAARRRR SHAH ALAM DENGAN CERAMAH SDRA, BANYAK CERITA SUDAH PASTI DAPAT DIKONGSI BERSAMA PADA MALAM INI.

DEDAHKAN SIAPA SEBENARNYA NIZAR BINTANG 3!

JANGAN LUPA JUGA KISAH KISAH ANWAR IBRAHIM YANG MAHU KUDAKAN PAS UNTUK KEBAHAGIAAN PKR DAN DAP. CERITAKAN JUGA SIAPA DALANG GAGALNYA USAHA UNTUK ADAKAN KERAJAAN PERPADUAN...

MARILAH BERAMAI RAMAI KITA KE MAJLIS CERAMAH UMUM ANJURAN UMNO SHAH ALAM, TOLONG SEBARKAN MAKLUMAT KEPADA SAHABAT HANDAI DAN JIRAN TETANGGA

TEMPAT : DEWAN TABIKA KEMAS SEKSYEN 17
SEKSYEN 17
MASA : 8.30 MALAM
TARIKH : 24 JUN 2009 [RABU]

PENCERAMAH : HAMDAN TAHA
PEGAWAI KHAS MB PERAK

USTAZ KAMAL SAIDIN
PENASIHAT AGAMA MB TERENGGANU

Tuesday, June 23, 2009

Lakonan PAS - Drama Kerajaan Perpaduan

Hebatkah KUASA Anwar Ibrahim yang boleh membuatkan seseorang itu TUNDUK kepadanya…?

Siapakah yang tunduk kepadanya..? Seorang pemimpin parti Islam yang bertaraf Tok Guru, pemimpin nombor SATU kepada puluhan atau mungkin ratusan ribuan ahli ahlinya.

Sepanjang 50 tahun negara ini disulami dengan kancah politik tanahair, pentas yang telah dihiasi oleh penyertaan pelbagai kaum, tetapi belum pernah dapat disatukan fahaman dan idealisme Pembangkang. Hanya setelah Anwar Ibrahim “bebas” daripada tahanan penjara dan dapat bersama sama gerombolan pembangkang buat kali julung julung kalinya mengetuai mereka dalam pertarungan pilihanraya ke 12 tahun lepas, maka terciptalah gandingan pambangkang yang menyaksikan PAS dan DAP boleh makan sepinggan dan tidur sebantal untuk mimpi yang serupa…

Tetapi apabila PAS mula merasakan bahawa mereka sekadar penumpang dalam pesawat yang dipandu oleh PKR dan DAP, timbullah ilham mahu menjengok kepada kerajaan UMNO-BN sudi apalah kiranya jika dibicarakan soal perpaduan…. Cetusan minda ini lahir dari suara Presiden PAS, dalam majlis mereka sendiri, nilainya pula berupa sebuah “ucapan dasar” parti.

Inilah yang membuatkan DAP dan PKR terpanggil untuk menilai semula betapa besarnya 'value' penyertaan PAS dalam pakatan mereka sekiranya parti itu berkeputusan meninggalkan gabungan pembangkang.

Tetapi DAP sedar bahawa PAS boleh disergah. Ini bukan kali pertama untuk mereka memperkotak katikkan parti Islam itu. Sewaktu Husam Musa pernah buat kenyataan dalam satu sesi debat bersama Khairy bahawa sekiranya PAS bersama Pembangkang bentuk kerajaan pusat, HUDUD akan dilaksanakan, maka berteriaklah Lim Guan Eng dan Karpal Singh. Setelah itu kenyataan itu segera ditarik balik sebab DAP tak izinkan PAS laksanakan HUDUD…!

Begitu juga bila bersahut-sahutan pemimpin PAS membawa idea Kerajaan Perpaduan, maka DAP hanya perlu buat kenyataan yang bertentangan dengan usul tersebut!

Sudah pasti Anwar akan memainkan peranan untuk menyelesaikan kekusutan ini. Hanya beliau yang mampu untuk “mendiamkan” kedua-dua ketua parti berlainan agama itu……

Ramai yang melihat senario ini yang sebenarnya berlaku….. Tetapi kalau kita perhalusi babak babak dalam adegan ini, boleh ditafsirkan bahawa segala-galanya hanyalah “lakonan” yang dirancang oleh PAS.

PAS mahu “test market” iaitu menguji sejauh manakah 'value' yang masih ada pada parti mereka dimata Anwar dan Kit Siang. Tindak tanduk PAS seolah-olah isteri tua yang mula “buat perangai” terhadap madunya dan juga suaminya. Istilahnya disini PKR adalah suami, DAP adalah isteri muda dan PAS menjadi isteri tua. Senarionya pula, si suami sentiasa melebih-lebihkan kasih sayangnya kepada isteri yang muda…. Maka, isteri tua mula nak bersuara dan menggambarkan akan meninggalkan rumah yang mereka diami bersama. Hah! apa lagi.., panik jugalah seketika si suami dan madunya!

Oleh itu untuk menjawab persoalan yang diatas pada permulaan artikel ini, sebenarnya bukanlah hebat mana pun kuasa yang ada pada Anwar, semua ini memang telah dirancang atur oleh Haji Hadi dan Nasharuddin Mat Isa untuk memberikan “wake up call” kepada Ketua Umum PKR itu agar jangan sekali kali cuba mahu menguasai parti yang sudah berusia puluhan tahun itu.

Monday, June 22, 2009

Mesti Baca! Penjilat2 Anwar Sila Baca...

Cerita ini ditujukan KHAS kepada penjilat penjilat fahaman Anwarisme, yang hendak hapuskan DEB, yang menggila mahu meliwat HAK Melayu dengan memberikan “kesamarataan” kepada bangsa Malaysia..!

Begitu juga kepada kaum Melayu yang menganggap diri mereka pendokong, penyokong pembangkang, kisah ini cukup baik untuk direnungi, ingatlah apa bakal terjadi kepada nasib cucu-cicit generasi kita kalaulah fahaman Anwarisme memerintah negara ini…

Kisah ini merupakan sedutan daripada kisah benar yang berlaku dalam sebuah majlis perasmian kilang di Gemas, Negeri Sembilan.


Al Kisahnya….
Dalam sebuah majlis, seorang usahawan berbangsa Cina yang juga bergelar Tan Sri sedang ditemuramah oleh seorang wartawan. Duduk berdekatannya adalah 2 orang jurutera, anak beranak berketurunan India yang bekerja dengan syarikat Tan Sri tersebut. Berikut adalah perbualan mereka,

Tan Sri: Kerajaan perlu bertindak adil dalam pengagihan kek ekonomi negara. Tidak boleh ada diskriminasi terhadap kaum bukan Melayu. Kontrak antara orang Melayu dan bukan Melayu mesti diberikan sama rata demi keadilan. Lagipun bangsa kami banyak menyumbang kepada kemajuan negara walaupun kami digelar sebagai kaum pendatang. Setelah bersusah payah semenjak sebelum merdeka, maka wajarkah kami dinafikan hak sebagai warganegara. Orang Melayu perlu lebih berkompromi dengan kaum lain untuk maju. Liberalisasi perlu dilaksanakan dengan meluas dalam semua sektor demi mencapai kesamarataan antara kaum.

Wartawan: Tan Sri, boleh saya tahu sudah berapa lama 2 orang jurutera ini bekerja dengan Tan Sri?

Tan Sri: Oh... sudah lama. Praba ni dah bekerja dengan saya hampir 30 tahun sejak syarikat ni ditubuhkan lagi. Malah anaknya pun sekarang bekerja dengan saya lebih 10 tahun. Mereka ini adalah pekerja saya yang paling berdedikasi dan banyak menyumbang kepada kemajuan syarikat.

Wartawan: Kalau begitu, apa kata Tan Sri berikan sebahagian saham syarikat ni kepada mereka berdua. Lagipun mereka sudah lama bekerja dengan Tan Sri, malah banyak menyumbang kepada syarikat sepertimana kata Tan Sri tadi.

Tan Sri: Eh.. mana boleh! Ini syarikat saya. Lagipun saya dah bayar gaji yang mahal kepada mereka berdua dan saya tak pernah halang pun jika mereka nak kumpul harta. Mana boleh senang-senang saya nak bagi saham syarikat saya pada mereka.

Wartawan: Macam tu jugalah perasaan Melayu. Tanah ini asalnya milik orang Melayu. Milik raja-raja Melayu. Lepas tu orang bukan Melayu macam Tan Sri pulak nak mintak hak sama rata dengan alasan kerana telah banyak menyumbang.. Tan Sri rasa wajar atau tidak permintaan tu?

Tan Sri: …???…. !!!!! ...... kaninei…, niaammaaahhh....!!

Friday, June 19, 2009

Gempar! Ada Pemimpin AMK Nak Keluar Parti?

Apa dah jadi dengan seorang pemimpin muda harapan Anwar Ibrahim ini?

Agak mengejutkan juga apabila kami dikunjungi oleh seorang pemimpin Angkatan Muda Keadilan [AMK] PKR yang menggambarkan hasratnya bakal meninggalkan perjuangannya bersama Anwar Ibrahim tak lama lagi…. Pertemuan eksklusif ini berakhir hampir jam 4 pagi.

Untuk ketika ini identitinya dirahsiakan dahulu sehinggalah nanti apabila beliau sudah bulat keputusannya dan bersedia untuk mengumumkan secara rasmi barulah kita dedahkan siapa anak muda ini.

Beliau bukanlah calang calang pemimpin muda. Dia pernah merasai azab ISA, sangat dikenali ramai reformis reformis dan street demonstrator, memegang jawatan penting dalam AMK PKR, merupakan pemimpin muda yang disenangi oleh ramai pemimpin senior diperingkat tertinggi, mempunyai ketokohan untuk mengambil alih kerusi nombor satu AMK pada masa akan datang.
Malah cara beliau berpidato dan berceramah juga dikategorikan antara yang terbaik dan sering mendapat undangan. Keberanian anak muda ini juga dilihat turun padang hampir kesemua demonstrasi anjuran Pembangkang.

Apakah yang menyebabkan anak muda ini sudah mula gusar dan semakin hilang nafsu selera untuk terus berjuang bersama PKR..?

Dalam pertemuan dengan rakan rakan Blogmaster malam tersebut, beliau telah menceritakan pelbagai masalah dalaman parti sekaligus turut mendedahkan beberapa salah laku pimpinan kanan parti bimbingan Anwar itu….. Beliau kini amat jelek dengan gelagat ramai pemimpin parti yang sudah mula bermewah-mewah dengan kesempatan yang ada setelah bergelar Yb dan Ahli Majlis. Perebutan jawatan dan kuasa disemua peringkat juga dilihatnya sebagai sesuatu yang tidak pernah beliau jangkakan akan terjadi berbanding dengan zaman parti yang beliau sertai itu sebelum bergelar kerajaan!

Anak muda ini juga secara terang terangan mempersoalkan dolak dalih Anwar dalam mendepani perbicaraan kes liwat Saiful Bukhari. Lebih memeranjatkan lagi beliau turut mempersoalkan keengganan dan ketidakberanian Bossnya itu untuk bersumpah menafikan berlakunya liwat seperti yang dikatakan oleh Saiful.
“Dulu aku tak kisah sangat soal sumpah nie bro, tapi bila aku study balik cara Saiful yang very consistent, lepas tu Saiful memang confident untuk heret Dato Seri ke Mahkamah, aku dah mula cuak dengan Dato Seri la..” katanya kepada kami.

Seterusnya pemimpin AMK ini sudah mula hilang keyakinan dengan kekuatan Pembangkang sekiranya Anwar akan sekali lagi menjadi penghuni sel penjara Sungai Buloh.

Buat masa ini segala apa keluhan dan cerita dalam kain PKR yang telah disampaikan oleh pemimpin AMK ini tidak akan disiarkan. Kita tunggu sekiranya benar beliau akan menggemparkan lagi pergolakan krisis kepimpinan pembangkang, barulah nanti blog ini akan siarkan dalam format temu bual dialog segala keburukan dalam kain PKR yang diceritakan olehnya.

Ternyata anak muda ini rindukan bekas Bossnya, Ezam Mohd Nor. Sebelum kami bersurai, beliau telah berulang kali mengingatkan supaya segera mengaturkan pertemuan sulit untuknya bertemu Ezam!

Thursday, June 18, 2009

SIAL Badan Anwar Punca Nik Aziz Merapu

Anwar Ibrahim berjaya..!! Suksesss…!!!

Itulah gambaran sebenar terhadap kemelut politik yang ditafsirkan sebagai KRISIS KEPIMPINAN dalam Parti Islam Malaysia [PAS] dimana terkini telah menyaksikan pertikaman lidah diantara Nik Aziz dengan Ustaz Nasharudin Mat Isa.

Ternyata Ustaz Nasharudin mahu menjalankan tugasnya sebagai orang nombor 2 dalam parti itu menjelaskan isi kandungan Kerajaan Perpaduan yang dibawa oleh Presidennya selepas berakhir Muktamar PAS baru baru ini. Ustaz Nasharudin telah dapat meyakinkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan keikhlasannya mahu “work out a basic formula” kearah penyatuan ummah terutamanya bangsa melayu dan mempertahankan Islam.

Sejak minggu lepas sebaik sahaja gugurnya se-ekor Pendekar Tempang Barua Anwar Ibrahim iaitu Husam Musa yang tewas ditangan Ustaz Nasharudin, terdengar cerita kurang enak bahawa berlaku pertemuan sulit ahli ahli Erdogan dalam PAS yang akan cuba menyekat visi dan misi Tuan Guru Hadi melaksanakan Kerajaan Perpaduan.

Kemudian diberitakan di Kelantan, Nik Aziz sanggup membiarkan minda politiknya diliwat oleh hasutan Husam untuk cuba menghalang perlaksaan Kerajaan Perpaduan. Cukup menarik sekali kalau menurut cerita yang disampaikan bahawa Mursyidul Am PAS itu seperti dibodohkan oleh diri sendiri apabila gagal untuk membuktikan siapakah pemimpin PAS yang kunuuunnya mahu menyertai UMNO, soalan cepu emas yang telah diajukan oleh salah seorang ADUN dari negeri Cik Siti Wan Kembang itu…..

Tindakan menggila Nik Aziz yang cuba “mengusir” Nasharudin Mat Isa keluar dari PAS seperti meludah kelangit jatuh ke muka sendiri…. Mudah saja untuk dijelaskan, Nasharudin adalah Orang Nombor 2 parti yang dipilih oleh pemimpin pemimpin PAS dari akar umbi, tetapi Nik Aziz adalah pemimpin yang “dilantik” oleh barisan kepimpinan parti itu. PAS bukan milik Niky Aziz ataupun hak milik kepunyaan Kepala Bapak Nik Aziz…!

Biar apapun yang berlaku dan tercetusnya sebarang konflik serta hura-hara dalam pentas politik di negara ini, kita harus sedar bahawa SIAL kepada semua bala ini datangnya dari Anwar Ibrahim!

Kenapakah perlu Hj Abdul Hadi Awang melahirkan ilham Kerajaan Perpaduan?
Apakah Tuan Guru Hadi sudah jelek dengan rentak tari Kopi Dangdut Anwar yang mahu menunggang PAS untuk mencapai impiannya menjadi PM?
Bukankah mata kepala kepimpinan PAS sudah melihat sendiri bagaimana pembahagian kuasa yang tidak seimbang dalam kerajaan campuran yang berlaku di Selangor dimana DAP terbukti mendapat lebih kasih sayang dari PKR berbanding dengan PAS!
Sudah semakin parah dan rakusnya kelakuan gelagat pemimpin pemimpin PAS yang dkenal pasti sebagai Ahli Erdogan mahu menanamkan Fahaman Anwarisme, lihatlah sendiri beberapa contoh seperti Khalid Samad dan Dr Dzulkefli dalam isu Gereja, Nizar Jamaludin menjadi barua DAP Perak, Husam Musa yang mahu menguasai kepimpinan PAS, dan beberapa lagi isu isu yang jelas tidak menguntungkan PAS.
Akhirnya pemimpin utama PAS yang berhaluan Ulama sudah sedar bahawa mengangkat Anwar sebagai Imam mereka bermakna membuka ruang seluas-luasnya seperti berposisi terkangkang untuk bangsa bukan melayu yang TIDAK beragama Islam menguasai politik dan pentadbiran kerajaan!

Kesemua ini hanya berpunca daripada tangan kotor Anwar Ibrahim, maka Nasharudin dinilaikan membuat keputusan yang cukup bijak sekiranya berjaya membawa PAS tinggalkan Pakatan Pembangkang…!

Tuesday, June 16, 2009

Kes Liwat, Anwar Dah Mula Psy-War..?



Menjelang hampirnya tarikh perbicaraan Kes Liwat Anwar Ibrahim keatas Saiful Bukhari Azlan, semakin Desperado pula gelagat si Hero Tamil kebanggaan puak pembangkang negara kita…..

Lihat sendiri mutakhir ini, beberapa akhbar dan website yang cenderung menyiarkan kisah pembangkang telah memulakan tiupan seruling “Psy-war” sudah pasti atas kehendak Anwar sendiri. Nurul Izzah dah mula membuat kenyataan berhubung kes “Papa”nya itu. Akhbar rasmi PKR iaitu Suara Keadilan juga cuba memaparkan semula gambar-gambar mata lebam Anwar 1998. Maka pada hari ini, Anwar yang menulis diblognya sendiri cuba memutar-belitkan fakta dengan tajuk “Konspirasi 1998 Berulang?” anda boleh klik disini untuk baca “dongengan” Anwar itu.

Apakah yang menyebabkan penjilat penjilat Anwar terlalu yakin bahawa Kes Liwat Saiful Bukhari Azlan ini juga boleh dikaitkan dengan Konspirasi?
Siapakah yang ada kepentingan dalam kes liwat ini?
Bukankah sudah terbukti sewaktu krisis politik melayu ekoran dari pemecatan Anwar diikuti dengan kes rasuah dan liwat beliau telah menyaksikan perpecahan besar-besaran kaum melayu yang kekal sehingga ke hari ini diantara pro kerajaan dan pro pembangkang?
Sudah pasti ianya tidak akan langsung mendatangkan untung bagi mana mana pihak jika sengaja mahu diada-adakan cerita liwat ini tatkala pemimpin negara masih memikirkan formula terbaik untuk menyatu-padukan rakyat tanpa mengira kaum dan agama……

Oleh itu, kita harus melihat “meritnya” mangsa yang telah membuat pengaduan ke pihak berwajib untuk beliau diberikan pembelaan setelah mengharungi detik detik hitam dalam kehidupannya….

Ya! Kenapa penjilat penjilat Anwar terlalu mudah membiarkan minda mereka diliwat dengan rumusan [jump to the conclusion] bahawa ada konspirasi dan Anwar telah difitnah..?

Apakah mereka tidak pernah memikirkan betapa sengsaranya kehidupan anak muda bernama Saiful Bukhari Azlan yang tidak pernah diberikan ruang langsung untuk menceritakan sebenarnya apa yang berlaku, ceritakan kepada umum, kepada rakyat Malaysia, kepada penjilat penjilat Anwar, kepada pemimpin pemimpin parti Islam yang mahu mengangkat Anwar sebagai Imam mereka nombor wahid….!

Saiful hanya boleh bergantung harap kepada penceritaannya dikandang saksi, dibawah kenyataan bersumpah dalam perbicaraan itu nanti. Saiful tidak memiliki sebuah parti politik yang ada beratus ratus pemimpin yang akan berdiri teguh dibelakangnya, yang boleh menaiki pentas ceramah membela beliau dengan visi cerita mereka sendiri…..

Terlalu mudah penjilat penjilat Anwar yakin bahawa pemimpin yang mereka sanjung itu adalah MAKSUM. Mereka seharusnya belajar untuk “read between the lines” penghakiman oleh Mahkamah Persekutuan pada 2 September 2004, bahawasanya Anwar dibebaskan dari segi teknikal diatas cara pendakwaan perbicaraan kes liwatnya itu. Tetapi jika diperhalusi penghakiman itu, jelas bahawa hakim hakim tidak menolak bahawa ada asas berlakunya liwat dalam kes itu……

Agak pelik juga untuk ditelan dan dihadamkan makanan fahaman Anwarisme ini bila mereka TIDAK ambil peduli langsung Sumpah Laknat yang telah dilafazkan oleh Saiful Bukhari Azlan, siapa yang waras fikiran akan sanggup mempertaruhkan nasib dan masa depan untuk dimamah oleh LAKNAT sekiranya terbukti sumpah itu palsu dan bohong semata-mata…??

Kalaulah seseorang itu berbohong, tetapi masih ada waras fikiran, maka tidak masuk akal untuknya melakukan Sumpah Laknat, mohon LAKNAT oleh Allah sekiranya terbukti beliau tidak berkata benar dalam sumpahnya!

Disini jelas betapa BACULnya Anwar apabila beliau sendiri berdolak dalih dan kecut telor untuk melakukan Sumpah Laknat yang serupa menafikan bahawa beliau pernah meliwat Saiful Bukhari Azlan.

Sebenarnya Anwar sedar betapa besar musibah yang boleh melanda jika melafazkan Sumpah Laknat, apatah lagi dibuat dalam masjid, bersaksikan Al Quran pada petang Jumaat…….

Maka sudah hampir setahun Sumpah Laknat itu dilafazkan oleh Saiful dan pernah suatu ketika dahulu seorang penjilat Anwar telah menaburkan fitnah kononnya Saiful telah dimakan Sumpah dan sedang sengsara menanggung azab kesakitan. Penjilat Anwar yang menabur fitnah dilaman blognya itu menjadi kaget apabila Saiful Bukhari muncul penuh gaya dan masih sihat wal-afiat untuk menyaman beliau kerana menyebarkan berita palsu….

Difahamkan Saiful Bukhari masih berada dalam keadaan sihat, semoga beliau akan terus tabah dan diberikan kekuatan untuk mendepani perbicaraan kes liwat ini.

Doa dikirimkan kepada beliau agar dapat mengharungi perbicaraan itu nanti dan berjaya menceritakan segala apa yang pernah dilakukan oleh Anwar terhadapnya.

Semoga Allah menunjukkan kebenaran untuk manfaat semua ummah….

Kita juga mendoakan agar Anwar Ibrahim akan diberikan “keberanian” untuk hadir ke Mahkamah tanpa sebarang alasan untuk menangguhkanya lagi.

Desas desus bahawa Anwar akan berangkat ke Washington pada 25 Jun memungkin beliau tidak dapat pulang tepat pada tarikh perbicaraan. Jangan lupa bahawa Anwar pernah beri alasan yang sama sewaktu beliau TIDAK muncul pada perasmian Sidang Dewan Rakyat penggal ke-dua tahun lepas, iaitu setelah terbukti beliau gagal untuk membentuk Kerajaan Langit 16 September..! Pemerhati politik mentafsirkan bahawa Anwar sengaja TIDAK hadir sewaktu perasmian oleh Yang Dipertuan Agong kerana beliau malu untuk terus duduk dikerusi tempat Ketua Pembangkang…., janganlah kita lupa bahawa Anwar berikan alasan “terlepas pesawat” dari Turki maka itulah sebabnya beliau tak dapat hadir pada hari itu.

Apakah nanti Anwar akan memberikan alasan yang sama pada 1 Julai 2009..?

Sunday, June 14, 2009

Anwar Presiden PKR, Chin Peng Jadi Penasihat?



SIAL punya Anwar Ibrahim..!!!!

Apakah sudah kekeringan modal untuk menawan hati rakyat Malaysia yang bukan pro-kerajaan sehinggakan sanggup MELIWAT bangsa sendiri..?

Hari ini, laporan media sana sini menceritakan betapa DESPERADOnya politik Anwar Ibrahim apabila mahu “membeli” hati rakyat bukan melayu. Opss.. maaf, maksudnya disini ialah terus- terusan [continuously] membeli hati rakyat bukan melayu dan terus-terusan mahu menggadai maruah rakyat melayu. Melayu disini ditakrifkan sebagai yang ada “kesedaran” bahawa maruah bangsa ini mesti terus dipelihara…., bukan melayu yang ada sifat TAKSUB kepada pemimpinnya!

Anwar mahu kerajaan Malaysia mengizinkan kepulangan KEPALA BAPAK KOMUNIS yang telah lama berusaha mahu “masuk” semula ke tanahair kita, siapa tak ingat akan nama CHIN PENG?

Sifirnya agak mudah juga kalau kita cuba buat perkiraan. Chin Peng adalah anak kelahiran Sitiawan,Perak. Tatkala ini gelombang kaum bukan melayu yang TIDAK pro-kerajaan sememangnya kental dan gagah di Perak. Lihatlah sendiri betapa hura haranya sidang Dewan Undangan Negeri Perak baru baru ini, siapa yang bawa makanan tanpa sopan menjamu selera dalam dewan..?, siapa yang mencipta rekod berdiri diatas meja DUN…?, siapa yang mempamerkan tingkahlaku Gangsterisme seperti merampas microphone ketika sidang mahu dijalankan…? Melayu ke..?

Kita jangan mudah lupa bahawa sewaktu Mahkamah Rayuan menolak permohonan Chin Peng beberapa tahun yang lalu, ketika itu KEPALA BAPAK KOMUNIS itu telah diwakili oleh salah seorang perguambela kes Anwar iaitu, Raja Aziz Adruse. Apakah semenjak dari awal sudah terserlah “link” antara Anwar dengan Chin Peng…?

Semalam telah berlangsung Kongres Khas PKR yang meluluskan beberapa perkara asas dalam perlembangaan parti mereka, diantaranya ialah gambaran akan bertukar tangan jawatan Presiden parti itu. Nah, disini dijangkakan bahawa Anwar Ibrahim akan secara rasminya nanti menduduki kerusi Presiden PKR. Apakah Chin Peng akan dilantik sebagai Penasihat PKR..??

Friday, June 12, 2009

Anwar Bad Mood, Satu Lagi BARUAnya Terkucil

Satu lagi Tamparan buat Anwar Ibrahim..!!!!

Minggu lepas ramai pro-ulama dalam PAS yang sayangkan perjuangan asal parti Islam itu menarik nafas lega apabila “master plan” Anwar mahu menguasai PAS melalui BARUAnya, Husam Musa gagal setelah tewas ditangan Ustaz Nasharudin Mat Isa dalam merebut jawatan Timbalan Presiden.

Kali ini seekor lagi BARUA Anwar Ibrahim telah selamat di”cuci” dan tidak lagi akan dapat mengotorkan saf kepimpinan PAS. Datuk Kamaruddin Jaafar, jutawan yang dilahirkan oleh Anwar TIDAK dilantik semula memegang jawatan penting sesebuah parti politik, iaitu peranan sebagai Setiausaha Agung…!

Ternayata tindakan Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang memang mahu “membersihkan” saf kepimpinan PAS daripada tangan tangan Ahli Erdogan serta membuang jauh fahaman Anwarisme.

Anwar Ibrahim yang semakin resah menjelang perbicaraan kes liwatnya pada 1hb Julai ini akan bertambah gundah gelana. Barua barua harapannya untuk menguasai PAS sebelum beliau kembali bermastautin di penjara Sungau Buloh hanya tinggal beberapa kerat sahaja yang boleh menduduki saf pimpinan atasan, ada dua Naib Presiden yang masih boleh beliau tunggang - Salahudin Ayub dan Mahfuz Omar, manakala seekor lagi Barua yang berjaya terlepas ialah Hatta Ramli apabila dikekalkan jawatannya sebagai Bendahari. Husam tewas, dan sekarang Kamaruddin Jaafar pula hanya ‘bertaraf’ Ajk PAS Pusat.

Haji Hadi telah membuat keputusan tepat apabila melantik Datuk Mustafa Ali menggantikan Kamaruddin Jaafar. Mustafa Ali sememangnya tidak pernah terdorong boleh terpedaya dengan fahaman Anwarisme.

Sudah pasti Anwar akan ‘tekedu’ seketika memikirkan strategi selanjutnya, membuatkan Blogmaster teringat sebuah adegan dalam cerita TIGA ABDUL apabila Ahmad Nisfu dan Salleh Kamil tengah termenung setelah P Ramlee menjemput ramai anak anak yatim menggondolkan isi pejabatnya…… Kesian Anwar!

Wednesday, June 10, 2009

1 Julai Kes Liwat, 25 Jun Anwar Lari ke Washington?

Tanggal 1hb Julai 2009, hari bermulanya perbicaraan Kes Liwat Anwar Ibrahim terhadap Saiful Bukhari Azlan semakin hampir…!!

Pelbagai karenah Anwar pernah dibuat untuk mengalihkan tumpuan kita [Divert Focus] rakyat Malaysia agar tidak mengikuti butiran bukti bukti bakal diceritaka dalam Mahkamah nanti.

Masihkah kita ingat kali pertama Anwar berjaya Divert Focus kita bila secara tiba tiba beliau mengumumkan bersedia untuk menjadi wakil rakyat, maka Wan Azizah menjadi mangsa pertama diliwat oleh taktik Anwar ini, Pilihanraya kecil Permatang Pauh membawa rakyat “Lupa” bahawa Anwar sebenarnya harus dibicarakan di Mahkamah untuk kes liwat.

Taktik Kotor Diverting Focus ini Anwar lanjutkan lagi bila membawa Dongeng 16 September, hampir seluruh rakyat Malaysia terpedaya, tambah menyedihkan bilamana ada kalangan pemimpin BN, malah yang bertaraf Pak Menteri turut “percaya” dengan Pembohongan 916 Anwar ini. Apa tidaknya? BN terpaksa membawa lari beberapa Ahli Parlimennya “bercuti” di Taiwan ketika itu……

Baru baru ini sebelum Pak Lah mengundurkan diri untuk mengosongkan kerusi nombor satu negara, GEMPAR seketika bila Anwar berjaya “check-mate” Pak Lah untuk hadir ke suatu majlis disebuah madrasah ajaran sesat penyokong kuat Anwar, malah dirakamkan Anwar telah makan tengahari bersama Pak Lah ditemani Tok Guru ajaran sesat tersebut….., ada desas desus mengatakan bahawa Anwar cuba “Deal” dengan Pak Lah untuk gugurkan kes liwatnya sebelum bekas PM itu meninggalkan jawatannya secara rasmi.

Beberapa minggu yang sudah sekali Anwar cuba mengajak BN bertarung di gelanggang Pilihanraya kecil di DUN Penanti, kesempatan yang cuba ditangguk oleh Anwar bukan sahaja untuk selesaikan masalah dalaman parti beliau, tetapi lebih dilihat mahu menumpaskan calon BN, kemenangan itu akan digunakan sebagai modal Anwar untuk menarik simpati rakyat apabila berlangsungnya perbicaraan kes liwatnya nanti.

Nah! Terkini…, dikhabarkan Anwar sedang bersiap sedia mahu berangkat ke Washington pada 25 Jun nanti, lima hari sebelum kesnya masuk Mahkamah.

Sila baca
blog ini, milik seorang insan yang perlukan pembelaan sebenar, keadilan untuk dirinya dalam membicarakan kes liwat Anwar Ibrahim……

Apakah Anwar akan mengambil kesempatan untuk bersembunyi sekali lagi sepertimana yang beliau pernah lakukan suatu ketika dahulu di Kedutaan Turki sewaktu bermulanya tuduhan bahawa beliau pernah meliwat seorang anak muda bernama Saiful Bukhari Azlan…??

Tuesday, June 9, 2009

Muktamar PAS, Kerajaan Perpaduan & Anwar

Berlalu sudah Muktamar PAS 2009, berakhirlah juga perebutan jawatan dalam pucuk pimpinan parti Islam itu, terjawablah sudah siapa yang dipilih dan siapa yang disingkirkan……

Anwar Ibrahim terpaksa gigit jari…, seekor kuda tunggangannya yang tempang, yang merupakan BARUA Nombor Satunya, Datuk Husam Musa terpaksa menelan pahit kekalahannya ditangan Ustaz Nasharuddin Mat Isa dalam merebut jawatan nombor dua parti itu.

Anwar ternyata kecewa dan diberitakan sudah mula merancang pelbagai strategi untuk menghuru-harakan PAS dan akan terus berusaha menobatkan Husam sebagai wira harapannya menguasai parti Islam ini. Silalah baca pendedahan perancangan JAHAT Anwar-Husam di sini.

Namun begitu, masih ada juga BARUA BARUA Murahan hakmilik Anwar, ahli ahli Kumpulan ERDOGAN yang berjaya melepasi rintangan dan menang dalam pertandingan Ajk PAS Pusat. Kesemua BARUA ini sudah pasti akan membawa fahaman Anwarisme dalam PAS dimana misi awal mereka mahu menyekat usaha murni Tuan Guru Hadi melaksanakan “Kerajaan Perpaduan”. Berikut adalah senarai ahli ahli Erdogan yang berjaya berada dalam pimpinan PAS ;-

Salahudin Ayub
Mahfuz Omar
Kamaruddin Jaafar
Nizar Jamaluddin
Hatta Ramli
Dr Syed Azman
Dr Lo’Lo’ Ghazali
Dr Dzulkefli Ahmad
Hanipa Maideen
Dr Mujahid Yusuf Rawa

Dua daripada Naib Presiden ternyata ahli ahli kumpulan Erdogan, manakala Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man sudah pasti akan menyokong usul Presiden parti mereka.

Lapan [8] daripada 20 Ajk PAS Pusat, sepertimana yang dinyatakan diatas tadi, dikenal pasti ahli ahli kumpulan Erdogan, yang selebihnya dipercayai akan bersama kumpulan Pro-Ulama.

Semoga PAS akan lebih bijak memikirkan masa depan politik mereka dan serius kearah membincangkan “Kerajaan Perpaduan”. Seharusnya Tok Guru Hadi dan Ustaz Nasharudin akan bersiap sedia menghadapi kemungkinan kehilangan Anwar yang bakal mendepani perbicaraan kes liwatnya. Oleh itu PAS akan bermasalah bekerjasama dengan pakatan pembangkang tanpa Anwar, maksudnya akan berulang lagi perbalahan sesama DAP seperti tahun 2004 sewaktu Anwar merengkok dalam penjara.

Maka dengan itu, tindakan untuk duduk berbincang “Kerajaan Perpaduan” adalah langkah terbaik untuk keharmonian bangsa melayu dan agama islam sesama kita, apatah lagi bila sudah terhidang didepan mata bagaimana rakusnya bangsa bukan melayu menjalankan pentadbiran kerajaan dibawah DAP dan PKR……

Tuesday, June 2, 2009

Sepi Di Penanti, Anwar Salahkan AMK..?

Ku Sangkakan Panas Sampai Ke Petang…
Rupanya Hujan Di Tengahari……

Anwar berangan nak meriahkan Pilihanraya kecil Penanti dengan membelasah UMNO-BN agar dapat menutupi kehadiran perbicaraan kes liwatnya, tetapi sayang seribu kali sayang…., Penanti sunyi dan sepi….

Dari dalam kain PKR diberitakan Anwar mengamuk sakan apabila “jeratnya tak menjadi” kali ini untuk mengajak rakyat menyaksikan kekalahan BN ditangan PKR dan Pembangkang. Orang Nombor Satu parti berbilang kaum itu kecewa apabila terbukti bahawa Pilihanraya kecil DUN Penanti mencipta sejarah setelah hanya 46% sahaja pengundi yang “berminat” untuk melayan rentak tarian Kopi Dangdut bekas banduan penjara Sungai Buloh itu……
Kemorosotan pembuangan undi paling TERUK dalam sejarah pilihanraya tanahair kita. Inilah dia bukti bahawa bukan sahaja BN tak selera melayan kehendak Anwar, tetapi pengundi pengundi dalam Parlimen Permatang Pauh sendiri tak ingin menuruti karenah pembangkang yang tergamak MELIWAT sistem pilihanraya untuk menyelesaikan masalah peribadi mereka.

Cerita dari dalam kain PKR yang sampai ketelinga kami rangkaian Bloggers memaklumkan bahawa Anwar telah menyalahkan Angkatan Muda Keadilan AMK yang diketuai oleh Ketua mereka yang pernah dikatakan “terkencing dalam seluar” di Melaka suatu masa dahulu sebagai punca kepada kegagalan memeriahkan pesta demokrasi di Penanti. Anwar menegur AMK yang kunuuuunnya terlalu agresif menyerang Datuk Seri Najib sehingga membuatkan Perdana Menteri kita ini malas hendak melayan politik murahan pembangkang.

Inilah dia rupa pemimpin yang mereka sanjungi, apabila langkahnya tersilap atur, maka segeralah dia menuding jari menyalahkan orang lain. Sedangkan dalam kain PKR sendiri pun sudah terdengar suara suara merungut tidak puas hati dengan tindakan mahu mengadakan pilihanraya kecil sebagai proses Anwar menukar wakil wakil rakyat pilihannya….., dan mengenepikan mereka yang bukan dalam senarai pilihannya!