Wow! Hebat sungguh Yb yang bakal disiasat ini…., kalau dalam kes Teoh Beng Hock, hanya satu atau dua nama telah dikaitkan [jika dirujuk kepada laman blog Truth for Teoh Beng Hock], tetapi dalam kes ADUN yang dikatakan songlap RM375,000 ini pula menggunakan ramai juga barua-barua sebagai proxy untuk mengisi kantung mereka……
Jika diterjemahkan daripada petikan laporan NST berbunyi begini “ ..selain dari disenaraikan tuntutan palsu, perbelanjaan yang tidak diaudit, berurusan dengan syarikat-syarikat yang meragukan, dokumen ini juga menunjukkan bahawa ada peruntukan yang telah dibelanjakan oleh empat individu selain daripada wakil rakyat tersebut..” kata Nazree.
Seronoknya menjadi barua-barua Yb tersebut…., memang berbaloi! Hanya dalam masa beberapa bulan boleh sapu RM375,000. Agak agaknya jika tidak dibongkarkan perkara perkara sebegini, apabila menjelang PRU ke 13 nanti, sudah berapa banyak agaknya yang berjaya dikumpulkan oleh mereka mereka ini…?










