MARI SAMA SAMA KITA MEDOAKAN YANG TERBAIK

MARI SAMA SAMA KITA MEDOAKAN YANG TERBAIK

Sunday, September 27, 2009

Rombakan PKR Sgor Pastikan Tiada Yb Lompat..

Kunjungan berhari raya seorang sahabat yang masih berjawatan Ketuan Bahagian PKR kerumah beberapa hari yang lepas membolehkan blog ini mendapat maklumat terkini dari dalam kain PKR…

Mengikut cerita sahabat Blogmaster, baru baru ini PKR Selangor telah membuat rombakan jawatan dalam Perhubungan PKR Negeri Selangor.

Senarai Ajk menyaksikan beberapa nama yang tewas dalam mencuba nasib pada PRU ke 11 diangkat menggalas tanggungjawab sebagai “orang kanan” pucuk pimpinan negeri yang menjadi kerajaan pertama mereka.

Beberapa nama nama Yb yang pernah “digosipkan” dengan “cerita” wakil rakyat berpontensi tinggi untuk lompat juga telah diberikan jawatan dalam struktur pentadbiran PKR Selangor.

Tuan Syed Shahir Syed Mohamud Ketua PKR Bahagian Kelana Jaya telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Selangor. Syed Shahir, Pengerusi MTUC pernah menjadi calon PKR pada PRU ke 11 bagi kerusi Parlimen Pandan namun tumpas ditangan Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Kiat.

Bekas calon Parlimen Sabak Bernam dan DUN Kuang, Ustaz Badrul Amin pula diberikan jawatan Naib Pengerusi 1, manakala Yb M Muthiah “diangkat” menjadi Naib Pengerusi 2 membuatkan Xavier Jeyakumar kurang senang dengan keputusan tersebut disebabkan Yb Bukit Melawati itu tidak ada jawatan penting dalam mana mana Bahagian PKR Selangor, malah M Muthiah adalah “orang buangan” kapal MIC…

ADUN Kajang, Yb Lee Kim Sin @ Cikgu Lee yang pernah dikaitkan dengan M Muthiah sebagai wakil rakyat potensi untuk lompat telah diberikan tanggungjawab mengetuai Biro Keahlian, dijangkakan peranan ini boleh membuatkan Cikgu Lee “sibuk” mengelolakan rekod kemaskini memandangkan bilangan keahlian baru menyertai parti Anwar ini semakin bertambah selepas menjadi kerajaan Selangor! Mengikut rekod, perlantikan jawatan tersebut lebih disifatkan sebagai kaedah “turun pangkat” memandangkan Cikgu Lee pernah diberikan tanggungjawab sebagai Timbalan Pengerusi PKR Selangor sebelum PKR menang besar..

Dua lagi wakil rakyat muda yang pernah menjadi anak didik Ezam juga telah dilantik menjadi Ajk Tambahan MPN [Majlis Pimpinan Negeri].

Yb Amiruddin Shaari ADUN Batu Caves dan Yb Shuhaimi Shafie ADUN Seri Muda telah diberikan kepercayaan dan diserapkan didalam skuad yang diketuai oleh Khalid Ibrahim ini.


“Desas desus” mengenai kedua dua mereka bakal menyertai kumpulan wakil rakyat lompat parti sekaligus mengakibatkan keraajaan negeri Selangor kembali ketangan UMNO-BN telah menyaksikan Kenyataan Rasmi Penafian dibuat beberapa hari yang lalu…..

Klik sini untuk baca penafian Yb Amiruddin
Klik sini untuk baca penafian Yb Shuhaimi
Satu lagi “kejutan” apabila seorang pimpinan muda PKR yang mendapat asuhan air tangan Ezam juga telah dilantik sebagai Ajk Tambahan MPN Selangor!

Cheah Sang Soon, Naib Ketua AMK PKR Shah Alam yang kini sedang menggalas kerja sebagai Ahli Majlis MPSJ adalah rakan karib Ezam.

Adakah tindakan melantik ramai anak anak muda yang pernah memanggil Ezam dengan panggilan Boss merupakan usaha memastikan tidak akan berlaku mana mana kumpulan yang akan membuat pengumuman keluar parti sedikit masa lagi…?

Namun setelah ditelaah dan diamati senarai lantikan, masih ada seorang Yb yang diura-urakan berpotensi tinggi untuk lompat parti telah tidak disenaraikan…., hmmm…, adakah akan berlaku satu PRK yang pertama di Selangor?

Berikut adalah Senarai Penuh Ajk Baru Majlis Pimpinan Negeri PKR Selangor

Tuan Syed Shahir – Timbalan Pengerusi MPN Perhubungan PKR Selangor

Badrul Amin, Yb Hee Loy San, Yb M Muthiah – 3 Naib Pengerusi MPN Perhubungan PKR Selangor

Hamidi Hassan- Ketua PKR Bahagian Serdang [Setiausaha Perhubungan] / Abdul Rahim Wahab – Ketua PKR Bahagian Selayang [Pengarah Strategik]

Tengku Maraziyah – Naib Ketua PKR Bahagian Selayang [Bendahari] / Datin Paduka Tan Yee Kew [Ketua Penerangan]

Empat Lantikan Ajk Tambahan MPN Perhubungan PKR Selangor;-
Azizan Jamaluddin [Ketua Wanita PKR Kelana Jaya]
Cheah Sang Soon [Naib Ketua AMK PKR Shah Alam]
Yb Amiruddin Shaari ADUN Batu Caves [Naib Ketua AMK PKR Malaysia]
Yb Shuhaimi Shafie ADUN Seri Muda [Timbalan Ketua PKR Bahagian Kota Raja]

Friday, September 25, 2009

Khalid LEMBU Akan Merasmikan Restoran Kroni Dari Penang..?


Siapakah pemilik Restoran dari Pulau Pinang yang akan mula beroperasi di Shah Alam tidak lama lagi..?

Bilangan restoran kaum cina tidaklah banyak dibumi Shah Alam. Malah Restoran Penang ini dikira “sangat bertuah” kerana berjaya mencuri masa Menteri Besar Selangor yang semestinya sentiasa dalam kesibukan untuk hadir melancarkan upacara Grand Opening..!

Adakah pemiliknya mempunyai kaitan dengan mana mana pemimpin politik Pakatan…?

Thursday, September 24, 2009

Anwar Adalah PELIWAT Kelas BANGSAT...?

Sewaktu musim kempen PRK Permatang Pasir baru baru ini, salah seorang sahabat yang turun padang untuk membantu calon UMNO-BN telah mengadu bahawa rakyat di Permatang Pauh sudah buta dan tuli untuk memahami perkara sebenar kes liwat Anwar terhadap bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan…..

Istilah buta dan tuli membawa maksud mereka TIDAK akan sekelumit pun percaya dan akan buka ruang mendengar kisah liwat ini MELAINKAN kalau “cerita serta penjelasan” datang dari pihak PKR dan Anwar Ibrahim! Malah amat memeranjatkan juga ada seorang Ajk Wanita UMNO dari sebuah cawangan bersama rakan rakannya mengungkapkan kata kata berikut “… kalau Anwar benar benar bersalah kenapa kerajaan takut nak dakwa dia..? Kenapa pihak pendakwa dok tangguh tangguh..? Tak cukup bukti ka nak fitnah Anwar..??..”

Tepuk dahi juga dibuatnya sahabat sahabat yang mendepani kumpulan manusia yang boleh membiarkan pemikiran mereka diliwat oleh “penipuan” tuan punya badan yang bakal menghadapi perbicaraan kes liwat ini… Keadaan ini disahkan setelah mereka yang disebutkan tadi mengakui “mendengar” ceramah oleh pemimpin PKR yang menjadi “penglipur lara upahan” Anwar di sekitar Permatang Pauh sewaktu kempen PRK Permatang Pasir berlangsung.

Nah! Lihat sendiri betapa hebatnya Anwar membuat “turn over” kepada cerita sebenar… Padahal beliau sendiri yang kecut telor untuk masuk gelanggang perbicaraan di mahkamah, bertungkus lumus mahu menangguhkan kes dan berusaha keras mengelak masuk kandang yang dituduh…

Tetapi apabila beliau berkokok dipentas ceramah, segala penipuan pula menjadi cerita kunuuunnya pihak pendakwa yang tangguhkan kes kerana “tak cukup bukti”, malah dikatakan pula Anwar sememangnya bersedia mahu menegakkan kebenaran dalam mahkamah sambil melaungkan slogan retorik palsunya “Lawan Tetap Lawan..”
Begitulah hebatnya penjilat penjilat Anwar ditipu kerana sentiasa terpukau ternganga mulut setiap kali mendengar ceramahnya…

Usaha sulung Anwar untuk “side deal” kes liwat Saiful bermula dengan usahanya “meng-ayat-kan” kata kata pujuk rayu kepada mantan PM, Tun Abdullah Badawi. Pak Lah ketika itu dikatakan telah “terperangkap” dalam satu majlis makan tengahari disebuah madrasah sahabat baik Anwar bertempat di Hulu Langat, sebelum mereka bersurai, diberitakan ada pertemuan sulit secara tertutup Anwar – Pak Lah hampir setengah jam, sila klik sini untuk membaca semula kisahnya.

Baru baru ini juga pernah tersiar khabar berita bahawa Anwar telah berjaya “menyelinap” dan membuat perjumpaan sulit dengan Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Tun Razak. Pertemuan empat mata itu digunakan oleh Anwar untuk berunding secara “barter trade” – dimana Anwar merayu agar PM gugurkan kes liwat Saiful dan sebagai galang gantinya pula Anwar akan mengarahkan semua barua baruanya tidak lagi menyebut cerita Altantuya dan Ketua Umum PKR itu juga berjanji akan bermastautin diluar negara dengan tujuan tidak lagi mencampuri hal ehwal politik tanahair… Cerita yang pernah disiarkan dalam sebuah laman blog bertajuk “ Gempar! Pertemuan Sulit Anwar – Najib Diatur Oleh Lim Kok Wing “
Sila klik sini.

Hari ini kita dikejutkan pula dengan kisah Anwar Sanggup Bayar RM20 juta untuk Saiful Bukhari Azlan menggugurkan tuduhannya dalam kes liwat ini…!!

Marilah kita jenguk untuk cerita penuh yang dikupas oleh sahabat bloggers kita GAP,
klik sini.

Memanglah BANGSAT tahap si Anwar ini…., di depan penjilat-penjilatnya tak kiralah samada bergelar pimpinan tertinggi PKR, PAS, DAP, pimpinan semua peringkat, ataupun yang sudah bergelar Yb, malah rakyat biasa, Anwar berlagak HERO seolah olah pihak pendakwaan dilabelkan sebagai pasukan pemfitnah upahan kerajaan.

Natijahnya Anwar sendiri yang TAKUT dan terketaQ ketaQ untuk mendepani kes liwat Saiful ini!

Wednesday, September 23, 2009

Iklan Raya Rodziah 375k, Khalid Gereja & Khalid LEMBU



tanya Rodziah 375k, tanya Khalid Gereja & tanya Khalid LEMBU, iklan macam nie tak menghina atau mempersendakan haiwan suci kaum hindu ker..???

Monday, September 21, 2009

Eid Mubarak! Minal Aidil Wal Faizin


Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Dzahir Bathin kepada semua sahabat sahabat Bloggers dan juga pengikut pengikut Blog Info Corner.

Sepanjang sebulan Ramadhan Al Mubarak yang berlalu pergi telah memberikan kesempatan untuk kita menghiasinya dengan ibadah berpuasa, bertadarus, Qiamulail sebagai muslimin menyertai Madrasah Ruhiyah…. Semoga segala amalan kita diberkati Allah swt.

Kepada rakan rakan Bloggers yang sama haluan, teruskan perjuangan! Pastikan kemenangan kita untuk kembalikan kuasa melayu di tanahair kita. Iya, kuasa melayu sebenar! Bukan kuasa melayu yang bertopengkan kepada “kuasa bukan melayu” kini menjadi keputusan penentu…!!

Sekiranya ada sebarang terkasar bahasa ataupun mana mana penulisan atau kupasan pada posting di blog Info Corner telah menyinggung perasaan mana mana pihak, maaf dipinta.. Inilah dunia penulisan, sepertimana tagline seorang sahabat kita – RBF “berkata benar biarpun pahit”

Kepada “beberapa” sahabat sahabat saya yang berada didalam “pasukan Pakatan”, terima kasih diucapkan kerana kesudian mengirimkan sms ucapan Aidil Fitri dan kad Hari Raya. Sememangnya kita mestilah memahami prinsip “persahabatan kekal abadi”, “friendship remains” !

Rasa penghargaan saya diatas ingatan mereka walaupun sudah bergelar Yb Parlimen, Yb Adun, Ahli Majlis dan memegang jawatan tertinggi parti, ,masih menghargai nilai persahabatan walaupun kini kita sudah berbeza wadah fahaman politik….

Thursday, September 17, 2009

Khalid LEMBU “Tangguh” PRK N46 Pelabuhan Klang


MB Selangor, Khalid Lembu masih belum menjawab teka teki samada kerajaan Pakatan DAP-PKR-PAS akan memulakan Pilihanraya Kecil [PRK] yang sulung dinegeri pemerintahan mereka.

Isu mengenai kehilangan Yb Badrul Hisham ADUN Pelabuhan Klang melahirkan spekulasi beliau mungkin akan didesak oleh Khalid Lembu atas arahan Anwar Ibrahim untuk melepaskan jawatannya sebagai wakil rakyat bagi membolehkan siaran ulangan yang berlaku di DUN Bukit Selambau dan Penanti menjadikan Yb Pelabuhan Klang sebagai kambing hitam yang terbaru!.

Anwar Ibrahim dikatakan begitu ‘berang’ kerana Yb Badrul yang masih menghilangkan diri itu telah ENGGAN menghadiri program ceramah Ketua Umum PKR di Dewan Orangramai Pandamaran dalam kawasan N46 pada hujung minggu yang lalu. Program tersebut juga dilaporkan agak lesu dengan kehadiran hadirin sekitar hanya 200 orang sahaja…. Itulah yang menjadikan Anwar dan Khalid Lembu bertambah “geram..” Tetapi pihak pejabat MB Selangor tidak boleh bertindak keatas Yb Badrul yang sudah pun memberikan jawapan kepada surat tunjuk sebab sepertimana yang disiarkan akhbar Sinar Harian hari ini.

Namun begitu, diramalkan usaha Khalid Lembu untuk “menjejaki” dan seterusnya “memujuk” Yb Badrul meletakkan jawatan akan disambung semula selepas sambutan perayaan Hari Raya hujung minggu ini….

Tuesday, September 15, 2009

N31 - Benarkah Sahabat Anwar Pengamal Bi-Sexual..?


Ada satu pendedahan dibuat oleh sahabat Blogger kita, The Unspinners…….

Apakah benar Ahli Parlimen Teluk Kemang, Yb Datuk Kamarul Baharin Abas yang juga merupakan Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Sembilan adalah pengamal bi-sexual..?

Istilah bi-sexual ini membawa maksud, boleh membenarkan dirinya diliwat dan dia juga meliwat…

Kamarul Baharin ini sememangnya orang kepercayaan Anwar Ibrahim dimana beliau pernah memegang beberapa jawatan penting dalam PKR seperti Bendahari Agung dan juga Setiausaha Agung.

Untuk bacaan selanjutnya pada tajuk “Pengerusi PKR N9 Jambu di MCKK” sila klik disini.

Monday, September 14, 2009

Sidang Media Ezam Tengahari Ini..!



Pengerusi Yayasan Generasi Baru Nusantara yang berpusat di Jakarta Indonesia, Ezam Mohd Nor akan mengadakan satu Sidang Akhbar bersama dengan pemimpim pemimpin NGO dari Indonesia pada tengahari ini jam 12.00.

Tempat : Saujana Resort Hotel Subang

Ezam bersama pemimpim NGO akan melancarkan penubuhan Indo-Malaysia Center dan turut akan menjelaskan serta mengupas isu yang sedang hangat diperkatakan berkaitan hubungan kedua dua negara ini.

Semua Dijemput Hadir…

Sunday, September 13, 2009

Friday, September 11, 2009

N31 Bagan Pinang - Undi Bukan Melayu Milik Siapa..?


Tak lama lagi jentera pilihanraya UMNO-BN akan sekali lagi memasuki gelanggang pesta demokrasi negara kita, Pilihanraya Kecil di N31 DUN Bagan Pinang.

Sebagai penulisan yang sulung ini saya ingin membawa pembaca serta pengikut blog rasmi ini agar menumpukan fokus kepada undi bukan melayu….. Oh ya terlupa untuk meramkan setinggi tinggi ucapan terima kasih kepada pengendali Blog, Roshatika yang sudi menjemput saya sebagai co-author DUN 31 Bagan Pinang -
http://dun31baganpinang.blogspot.com

Sudah pun berlangsung beberapa PRK di tanahair semenanjung ini bermula dengan Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Selambau, Bukit Gantang, Penanti, Manek Urai dan Permatang Pasir dimana UMNO-BN kalah teruk, malah kalah kesemuanya. Daripada kesemua tujuh PRK yang disebutkan tadi, hanya Kuala Terengganu merupakan kerusi UMNO yang dirampas oleh Pembangkang dan selebihnya memang status quo, milik Pembangkang.

Pada kesemua kekalahan UMNO-BN, faktor undi bukan melayu dilihat agak besar peranannya. Oleh itu dalam senario PRK Bagan Pinang, apakah UMNO-BN akan diancam dengan kekalahan mengejut dimana nanti setelah semakan dibuat, DUN Bagan Pinang menjadi mangsa terbaru penangan pengundi bukan melayu..?

Di Negeri Sembilan sendiri pengaruh Pembangkang sudah mula menyemai benih…. Lihat sendiri secara keseluruhan daripada 36 kerusi DUN, BN hanya menang 21 sahaja iaitu 58% mandat rakyat Negeri Sembilan! Pembangkang pula berjaya membariskan seramai 15 orang wakil rakyat dalam sidang DUN di negeri adat pepatih ini. BN mentadbir kerajaan negeri dengan “simple majority” dan berpeluang menerima nasib yang sama seperti di Kedah, Pulau Pinang dan Selangor pada PRU ke 13 nanti…..

Parlimen Teluk Kemang merupakan diantara kawasan yang besar merangkumi lima [5] Dewan Undangan Negeri [DUN]. Daripada 5 DUN, BN hanya menguasai 2 DUN iaitu N31 Bagan Pinang [Allahyarham Azman Mohd Noor] dan N32 Linggi [Ismail Taib].

Manakala Pembangkang pula berjaya merampas 3 kerusi DUN iaitu N29 Chuah [PKR – Chai Tong Chai], N30 Lukut [DAP – Ean Yong Tin Sin] dan N33 Port Dickson [PKR – Ravi Munusamy].

Jangan lupa bahawa Parlimen Telok Kemang juga dimenangi oleh wakil PKR Datuk Kamarul Bahrin Abas. Ini menjadikan kedudukan di Teluk Kemang memihak kepada Pembangkang dengan kedudukan 4 ; 2.

Apakah tidak mustahil untuk bahang kemenangan Pembangkang dikesemua PRK sebelum ini mampu untuk mengibarkan lagi bendera parti mereka di Bagan Pinang..?

Dengan peratusan pengundi bukan melayu melebihi 30%, kita harus berhati-hati dan mesti mula mencongak apakah sebenarnya STRATEGI yang sudah ada didalam benak fikiran Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Lim Guat Eng, Tien Chua, Sivarasa, S Manikavasagam, Kulasegaran dan bakal dibantu oleh Chua Jui Meng dan Tan Yee Kew….

DUN Bagan Pinang memiliki beberapa kawasan estet yang didiami secara majoriti oleh kaum India seperti di Ladang Antherthon 81% pengundi, Pekan Siliau 76% pengundi, Ladang Bradwall 66% pengundi dan Sua Betong 67% pengundi. Disinilah nanti wakil rakyat Port Dickson Yb Ravi dijangka akan mengetuai pemimpin Pembangkang berbangsa India seperti Manikavasagam, Sivarasa, Gobala Krishna dan lain lain lagi untuk berkampung, berkempen dan menghasut pengundi India dengan pelbagai dakyah mereka apatah lagi dengan cerita panas terbaru krisis Kepala Lembu dan isu perpindahan kuil di Selangor..! Apakah pemimpin MIC yang sedang sibuk berebut kerusi dalam parti mereka ketika ini akan mampu untuk membawa modal kempen yang lebik baik..??

Peratusan tinggi pengundi cina dalam DUN Bagan Pinang pula berada di Teluk Kemang 33% pengundi dan Sua Betong 24% pengundi. Angin peralihan undi kaum cina yang BERANI mengundi calon PAS sudah bermula di PRK Kuala Terengganu dan yang paling dahsyat di Kuala Sepetang sewaktu PRK Bukit Gantang..!

Dijangkakan celebrity celebrity pemimpin cina Pembangkang seperti Lim Guan Eng, Theresa Kok, Ronnie Beer Liu, Elizabeth Bogel Wong, Tien Chua, Chua Jui Meng, Tan Yee Kew akan menguasai pikiran pengundi cina dengan berbekalkan modal Anwar Ibrahim yang bakal menghapuskan DEB dan melantik TPM dari kaum mereka….

Isu sensasi kematian Teoh Beng Hock juga bakal jadi HITS ceramah dalam mana mana program kempen Pembangkang bersama pengundi pengundi cina. Apakah MCA dan Gerakan mampu menyaingi kehebatan pidato Pembangkang…? Krisis sensasi PKFZ yang membabitkan pimpinan MCA juga dilihat akan menjadi beban dan “liability” kepada BN..!

Malah dengan bilangan 10 wakil rakyat DAP ditambah dua wakil rakyat PKR bukan melayu dalam DUN Negeri Sembilan, kempen dikawasan majoriti cina dan India menjadikan tugas MIC, MCA dan Gerakan bakal menemui kegagalan..!!
Kesan daripada protes undi kaum cina yang kini semakin MENOLAK kepimpinan BN pernah saya ulas sebelum ini ;-

27 Ogos 2009 Untungnya Nasib Kaum Cina Sekarang… [
klik sini]

16 April 2009 Kalau Ada Pilihanraya Bukit Lanjan, BN Tak Menang….[
klik sini]

Oleh itu UMNO-BN harus melipatgandakan usaha dan gerak kerja untuk menguasai 65% pengundi melayu dalam kempen PRK Bagan Pinang…. Bilangan majoriti sekitar 2,000 undi yang berjaya dicapai oleh Allahyarham Azman Mohd Noor bukanlah satu kedudukan yang selesa.
Semoga ulasan sulung ini sebagai peringatan buat kita semua tidak leka dan menambah usaha untuk bekerja kearah kemenangan… Kita sayangkan melayu dan cintakan islam, hanya UMNO yang mampu membawa wadah ini.

Wednesday, September 9, 2009

WOW! Ada Juga Lelaki TERANSANG Seks Pada Rodziah 375k..?

Aduh.., geli ketiak aku..!

Ada juga lelaki yang TERANGSANG Seks melihat Kak Ogy 375? Apakah daya tarikan seks yang ada pada Kak Ogy 375k sehinggakan beliau boleh diugut akan diROGOL…??

Dimatanya kah..?

Ditelinganya kah..?

Dibibirnya kah..?

Dipinggang saiz 40 kah..?

Masih Steady..! We Missed You Tun M


Masih segak, masih nampak steady walaupun sudah berusia menjangkau 80an..

Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamed hadir sebagai tetamu khas dimajlis Berbuka Puasa Bersama Timbalan Perdana Menteri , Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dewan Merdeka PWTC semalam.

Melihat kelibat bekas PM yang pernah mencurahkan khidmat selama 22 tahun, terasa ketika ini negara kita kehilangan seorang tokoh memimpin negara…. Cuba kita renung keadaan politik semasa!

Setujukah anda sekiranya dinyatakan bahawa ketika zaman pemerintahan Tun Mahathir, tidak ada mana mana kumpulan yang berani biadap mempersoalkan hak keistimewaan orang melayu..? Siapa berani pijak agama islam dan kritik secara terbuka seperti sebuah forum yang pernah dianjurkan oleh Bar Council satu masa dulu..?

Sekiranya ada mana mana pemimpin komponen BN bukan melayu mengeluarkan kata kata sumbang menyentuh sensitiviti orang melayu, mereka akan segera tutup mulut sebaik sahaja Tun Mahathir mengarahkan semua pihak untuk DIAM...!

Sedarkah anda bahawa sudah ada rakyat Malaysia yang berani biadap kepada institusi raja sehingga ada yang tergamak membuat sembah derhaka..! Buat pertama kalinya kita menyaksikan adegan rakyat sanggup menyerang kenderaan Raja Muda dan berbaring ditengah jalan tanpa sedikit pun ada rasa hormat kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan.

Kaum bukan melayu terutamanya bangsa cina sudah secara terang terang tidak lagi mahu memberikan mandat kepercayaan kepada kerajaan Barisan Nasional, lihat sahaja keputusan disetiap PRK. Ahli ahli perniagaan khususnya kaum cina tidak akan lupa jasa Tun Mahathir yang pernah menyelamatkan ekonomi negara setelah BERANI membuat keputusan menetapkan nilai kadar tukaran wang asing RM3.80 keatas dollar Amerika sekaligus menolak idea Anwar menggadai negara melalui IMF sebuah "vehicle driven by the Jews"...!

Pihak pembangkang semakin bermaharajalela menganjurkan demonstrasi bantahan terhadap kerajaan BN seolah olah mereka sedikit pun tak rasa gentar dengan pihak Polis, SB dan FRU berbanding zaman Tun Mahathir...!

Malah ada banyak lagi kelonggaran dan kelemahan dari segi ketegasan pihak pentadbiran kerajaan semenjak peninggalan Tun Mahathir dilihat tidak lagi GAH dan digeruni….

Sehubungan dengan itu, rakan rakan yang berada dimajlis tersebut malam tadi berbisik setuju bahawa “kalaulah Tun M masih PM kita…, dah tentu keadaan sekarang tak akan jadi macam nie …”

Bersesuaian dengan tajuk posting yang disebut diatas, rakyat Malaysia amat memerlukan karisma seorang tokoh replika Mahathir untuk tangani situasi yang sedang berlaku ketika ini ....!

Sedikit rakaman majlis malam tadi…




Tuesday, September 8, 2009

Kenapa Kerajaan Pakatan Selangor Harus GELABAH..?


Angin yang bertiup kencang sehari dua ini membawa udara berita bahawa kerajaan Pakatan Selangor dibawah kepimpinan Khalid Lembu bakal tumbang yang secara rancaknya dilaporkan oleh rakan rakan bloggers seperti GAP, DET dan RBF. Siri laporan demi laporan sejak pagi semalam nampaknya memberikan kesan kepada pimpinan kanan PKR Selangor..!

Blogmaster sendiri menerima beberapa panggilan telefon terutamanya daripada rakan rakan yang masih menganuti fahaman Anwarisme di peringkat bahagian dan negeri. Bermula dengan bertanyakan khabar, persiapan menyambut lebaran, dan perbualan kami berakhir dengan soalan soalan panas menjurus kepada “betulkah korang dah cukup numbers nak defect state government nie..?”.

Agak memeranjatkan juga bila difahamkan ramai rakan rakan PKR yang mempunyai “kepentingan” seperti jawatan dalam syarikat syarikat GLC kerajaan Selangor ataupun menjadi Ahli Majlis dimana mana PBT telah mula menumpukan rujukan mereka kepada blog-blog yang menjadi rangkaian Selangor Bangkit dan Bloggers Patriot bagi menyemak maklumat..!

Salah seorang Yb selepas bercakap dengan Blogmaster melalui telefon seterusnya telah forwardkan sms yang beliau dan ramai Yb Yb Pakatan di Selangor terima lewat petang semalam, sms berbunyi “ Yb tolong sahkan. ** Selangor Pkr members – TRAGEDI PERAK AKAN BERULANG DI SELANGOR! pejabat DSAI mengatakan 11 Adun PR akan keluar parti dan akan jadi Adun Bebas. 5 pas, 3 pkr, 3 dap. Ini semua kerja jahat BN. Jika tiada pilihan TS Khalid akan mengadap Sultan hari Selasa ini untuk mohon bubarkan dun. Semua cabang dan ranting diminta bersedia utk gerakan jentera p/raya ** <<>>

Bila bercerita tentang sms, lewat petang semalam juga Blogmaster agak kaget apabila menerima sms daripada salah seorang pimpinan kanan PKR yang “dah lama” tidak “mahu” berhubung dengan Blogmaster. Kaget kerana dah masuk puasa ke 17 secara tiba tiba beliau menghantar ucapan Ramadhan ..” Jazakallah. Semoga sdra sekeluarga beroleh keutamaan ramadhan - ******** ***** & famili..”

Hari ini di akhbar Sinar Harian, Theresa Kok juga terpaksa membuat penafian dan memaklumkan bahawa tiada Yb dari DAP Selangor bakal mengikuti jejak langkah Yb Jelapang [Perak] yang menyumbang kepada tersungkurnya kerajaan DAP Perak suatu ketika dahulu. Dalam kisah lompat parti ini, agak sukar untuk diterima akal sekiranya ada Yb dari DAP yang sanggup melakukan “aksi berani mati “

Begitulah kisahnya…, baru timbul ura-ura kerajaan Pakatan Selangor bakal tertonggeng dapat dilihat betapa gundah gelananya mereka yang berjawatan dan memegang kuasa…

Kalau disorot kembali beberapa minggu yang lalu sebaik sahaja mereka menang PRK Permatang Pasir, dengan sombong, bongkak dan angkuhnya menjadi tajuk muka depan akhbar Harakah bertulis “ Menang 7 – 0 “. Mendabik dada seolah olah mereka terlalu kuat.., TETAPI kenapa apabila timbul cerita akan tumbang kerajaan Pakatan Selangor, secara tiba tiba mereka mula menggelabah
..?

Monday, September 7, 2009

Sunday, September 6, 2009

Khalid Lembu Panik! Khalid Gereja Kecut.., Rozdiah 375k Bisu.., Xavier Cabut..!!!!

Terbukti Khalid Lembu tak layak jadi pemimpin nombor satu negeri Selangor!

Sebaik sahaja MB Selangor itu mengumumkan majlis bersuarai dan tidak mahu meneruskan perbincangan dengan penduduk Sekseyn 23 Shah Alam, sah dan sahih bahawa anak kelahiran Ijok ini GAGAL mengawal suasana tegang dan TAK LAYAK menjadi orang nombor satu pentadbiran kerajaan negeri Selangor…..

Sessi dialog dan perbincangan yang dianjurkan oleh MBSA bagi mencari jalan penyelesaian isu bantahan pembinaan kuil Hindu di Seksyen 23 Shah Alam telah bertukar menjadi hura hara.

Hampir kesemua penduduk Seksyen 23 Shah Alam yang hadir sememangnya “memendam rasa marah” seperti api didalam sekam hanya menunggu waktu dan ketika yang sesuai sahaja untuk diluahkan. Sessi dialog yang dianjurkan oleh MBSA merupakan platform yang terbaik seolah olah menjadi pucuk dicita, ulam mendatang…!

Suasana hangat dalam dewan yang berhawa dingin ini MEMBUKTIKAN tuduhan PAS dan PKR bahawa demonstrasi bantahan pada Jumaat lepas didalangi oleh UMNO terbukti TIDAK BENAR!

Suara bantahan yang datang dari penduduk Seksyen 23 itu sendiri petang semalam menunjukkan bahawa kepercayaan mereka keatas wakil rakyat di Shah Alam dan Selangor sudah mula berkubur, malah maruah Khalid Lembu, Khalid Gereja dan Rodziah 375k dikira semakin TERCEMAR apabila mereka diejek, di”boo” dan diganggu setiap kali mahu memberikan penjelasan.

Dipetik oleh laporan Malaysiakini pada tajuk - Vocal Discontent, Dissent And Despair At Temple Talks.

“… Also heard above the din were “you should be ashamed of being a Malay” and “don’t be like a cow led by a ring through the nose….”

“…. Even when order was restored, the shouting continued from the floor as Selangor state leaders, including Shah Alam parliamentarian Khalid Samad, attempted to speak to the residents…..”

“… The interruptions, boos and profanities continued throughout the dialogue while the Indian residents sitting on the other side of the hall, remained mostly quiet….”

“…. resident Jamil Isa said that Section 23 folk, Malays and Indians alike have been living "peacefully" before their neighbourhood was being forced to accommodate the temple….”

"(But) this proposal suggested by these two ‘ekor' (pointing at both Abdul Khalid and Khalid Samad) has caused some tension among us," he said angrily, while suggesting that the temple should be located to a non-Malay majority area such as Section 18 or Section 22”.“…. Meanwhile, a resident named Mastura alleged that the state government, in particular state exco and Batu Tiga state rep Rodziah, had "refused" to meet the residents to discuss the matter….”

Sepanjang tempoh UMNO-BN memerintah dinegeri Selangor, belum pernah ada sebarang insiden yang menyaksikan mana mana MB UMNO-BN diejek, dicemuh, di “boo” dalam sebarang majlis rasmi…

Khalid Lembu kini terpaksa membuat muhasabah diri kerana apa yang berlaku didepan mata kepalanya secara live adalah KENYATAAN bukannya berbentuk penulisan dari blog atau pun website..!!

Friday, September 4, 2009

Badrul Amin Bakal Ganti Yb Badrul Hisham ADUN Pelabuhan Klang..?


Baru baru ini apabila tersiar berita muka depan akhbar Sinar Harian “Surat Tunjuk Sebab Kepada Badrul”, maklumat yang diterima dari dalam kain PKR, tidak lama lagi akan berlaku siaran ulangan Pilihanraya Kecil seperti yang pernah kita saksikan di DUN Selambau dan DUN Penanti. Kali ini rakyat di Selangor pula akan berpeluang menikmati pesta demokrasi – PRK DUN Pelabuhan Klang..! Dalam mesyuarat AMK PKR Selangor baru baru ini juga ada membincangkan persiapan besar kemungkinan akan berlakunya PRK sulung di negeri pemerintahan Khalid Lembu & Ronnie Beer…

Setelah pihak pembangkang terus menerus mengekalkan kemenangan dan kecemerlangan “siri perlawanan” Pilihanraya Kecil semenjak wiselnya ditiup oleh Anwar yang membuka gelanggang di Permatang Pauh, maka tidak hairanlah jika formula ini akan digunapakai oleh Ketua Pembangkang merangkap BAPAK kepada PKR untuk meniup semboyan semangat rakyat agar mengalihkan sokongan mereka untuk menukar kerajaan pusat menjelang PRU ke 13 nanti.

Pemerhati politik merumuskan bahawa Anwar akan terus melakukan PRK satu demi satu sehinggalah ke tahun depan bagi mengekalkan MOMENTUM Kemenangan pembangkang dan akhirnya rakyat tidak sedikitpun merasa “janggal” untuk melihat BN tumbang dipersada Pilihanraya Umum, “alah biasa tegal biasa….”

Setelah Anwar gagal untuk memaksa ADUN Lunas melepaskan jawatan, dijangkakan mangsa seterusnya untuk dijadikan kambing hitam adalah ADUN Pelabuhan Klang.

Bagi DUN Pelabuhan Klang, calon yang bakal mewakili bendera PKR akan diamanahkan kepada Ustaz Badrul Amin Bahron, beliau merupakan Ahli MPT dan juga Ketua PKR Bahagian Sabak Bernam. Ustaz Badrul Amin pernah ditahan ISA menghabiskan masa dua tahun di kem Kamunting bersama Ezam, Tien Chua, Lokman Adam, Hishamuddin Rais dan Sa’ari Sungip pada tahun 2001.

Pada Pilihanraya Umum ke 12, 2008, Badrul Amin telah mencuba nasib untuk kedua-dua kerusi Parlimen dan DUN di Selangor. Bagi kerusi Parlimen Sabak Bernam beliau tewas ditangan Abdul Rahman Bakri dengan majoriti 1,335 undi manakala di kerusi DUN Kuang pula Ustaz Badul Amin kecundang ditangan Abdul Shukor Idrus dengan majoriti 517 undi.

KENAPA BADRUL AMIN MENJADI PILIHAN..?

Apakah atas sebab beliau memilki nama yang serupa dengan wakil rakyat Pelabuhan Klang sekarang ini..?

Mengikut cerita dari dalam kain PKR, sekiranya Ustaz Badrul Amin berjaya mengekalkan kerusi Pelabuhan Klang untuk PKR, beliau akan mengambil alih portfolio HAL EHWAL ISLAM secara tidak langsung.
Kenapa pula secara “tidak langsung”..?

Sudah tentulah secara tidak langsung kerana beliau nanti bukanlah Yb bertaraf Exco. Tetapi apabila selesai rombakan Exco tidak lama lagi, portfolio HAL EHWAL ISLAM akan diberikan kepada MB Selangor dan seterusnya Badrul Amin akan dilantik sebagai Timbalan Penyelaras portfolio HAL EHWAL ISLAM.

Keputusan untuk mengambil portfolio ini dari tangan Dr Hassan Ali dilihat sebagai usaha mengurangkan lagi suara suara sumbang dan teguran lantang keatas mana mana isu yang membabitkan wakil rakyat bukan melayu khususnya dari DAP. Inilah peluang terbaik Khalid Ibrahim untuk “sideline” Dr Hassan Ali agar tidak lagi menyinggung perasaan Xavier Jeyakumar, Elizabeth Wong, Theresa Kok, dan Ronnie Beer

Ustaz Badrul Amin dilihat lebih liberal dan telah teruji beliau lebih TAWADUK kepada fahaman islam ala Anwarisme. Malah difahamkan bahawa Badrul Amin telah mengiktirafkan Anwar sama taraf dengan Tok Guru Nik Aziz, ini dijelaskan oleh seorang sahabat yang menceritakan pernah menerima sms dari Barul Amin sendiri suatu masa dahulu… Ketika itu Badrul Amin memaklumkan kepada sahabat tersebut sesiapa yang menentang Anwar adalah musuhnya kerana “… menentang Anwar samalah seperti menentang Tok Guru Nik Aziz..”
Pada awalnya diberitakan PKR bersungguh sungguh mahu mencalonkan seorang tokoh politik yang pernah menjadi wakil rakyat di Klang, bekas orang kuat MCA, Dr Tan Yee Kew. Tetapi rancangan ini terpaksa dibekukan memandangkan DUN Pelabuhan Klang mempunyai peratusan pengundi melayu yang agak tinggi dan ketika ini di Selangor sokongan pengundi melayu dikhuatiri semakin merosot kepada kerajaan PKR-DAP-PAS dan inilah peluang untuk Anwar mahu mengembalikan sokongan mereka.

Keengganan Khalid mahu meneruskan khidmat Badrul Hisham sebagai wakil rakyat Pelabuhan Klang semakin ketara semenjak minggu lepas apabila kenyataan MB yang disiarkan di akhbar Utusan Malaysia jelas menunjukkan Yb Pelabuhan Klang itu seperti tidak dihargai.

Pada PRU ke 12 Mac 2008, Badrul berjaya merampas kerusi panas “warisan” Datuk Zakaria Md Deros setelah menewaskan Ketua Puteri UMNO Klang Roselinda Abd Jamil yang juga menantu kepada allahyarham Datuk Zakaria, dengan majoriti 4,407 undi. Satu majoriti yang dianggap besar jika hendak dibandingkan dengan majoriti yang diperolehi oleh Khalid Ibrahim iaitu sebanyak 1,920 undi sahaja di DUN Ijok…..

Apakah ADUN Pelabuhan Klang ini akan menerima nasib yang sama seperti ADUN Bukit Selambau dan ADUN Penanti…?

Berjayakah MB dan kuncu-kuncunya berusaha memastikan Yb Badrul Hisham melepaskan jawatannya sebagai wakil rakyat..? Bilakah waktu yang sesuai..? Adakah selepas Hari Raya..?


Sama samalah kita tunggu dan lihat