Bodoh macam Lembu…Malas macam Keldai….
Diantara dua darjat si Lembu dengan si Keldai ini terdapat seekor lagi haiwan yang memiliki kedua-dua sifat yang disebutkan tadi. Haiwan ini dipanggil BAGHAL..!
Tatkala ada kumpulan Bloggers yang terlalu peka dan sayangkan nasib sedang dan bakal menimpa UMNO-BN Selangor, namun agak menyedihkan apabila muncul pula seorang anak muda yang memikul tanggungjawab sebagai ketua salah satu sayap kepada parti lambang keris ini untuk membuat kenyataan yang lebih lesu…!!
Artikel yang disiarkan di akhbar Sinar Harian bertajuk “Bukan Senang Mahu Rampas Selangor”.
Kenyataan yang nampak lesu, letih, lemah longlai ini TIDAK sepatutnya lahir dari seorang anak muda yang diharapkan mempunyai nada yang lantang, vokal, ofensif apatah lagi beliau sebagai Ketua kepada benteng parti melayu terunggul dinegara ini..!!
Seperti dijangkakan, setelah Bloggers menyiarkan artikel artikel yang kritis keatas UMNO-BN Selangor, sudah pasti respon yang akan diberikan bersifat “stereo-type”. Maka, Suhaimi pun turut sama “menjiwai watak” tersebut apabila menyatakan bahawa beliau “percaya” UMNO-BN Selangor sedang bergiat aktif dengan program di Bahagian dan kawasan masing masing dan tidak perlu dihebohkan… Inilah dia yang Bloggers maksudkan Program SYOK Sendiri…, yang hadir hanya ahli ahli UMNO untuk duduk diatas kerusi dalam dewan berhawa dingin, menjamu selera “bihun UMNO”, "karipap UMNO", ada yang juga yang berharap dapat “salam isi” daripada ketua cawangan mereka agar boleh cover duit minyak setelah hadir ke program tersebut…!
Kenapa Suhaimi tidak jawab tindakan mereka keatas beberapa Bola Tanggung yang disajikan oleh artikel artikel mengkritik UMNO-BN Selangor..?
Amat malang sekali nasib rakyat Selangor yang mahu melihat UMNO-BN kembali berkuasa apabila semua isu isu Bola Tanggung hanya dibiarkan begitu sahaja tanpa sebarang usaha daripada pemimpin UMNO-BN gunakan sebaik mungkin untuk mengkuburkan kerajaan Pakatan PKR-DAP-PAS..!
Secara logik akal, adalah sesuatu yang bodoh untuk mengatakan kepada musuh bahawa kita tidak akan dapat menewaskan mereka. Adat pendekar bertarung semestinya yakin dengan kemenangan dan melaungkan semangat untuk lawan membawa pulang kejayaan..!
Sekiranya ada pun sebarang kelemahan, kita seharusnya memikirkan dan mengaturkan strategi untuk mengatasinya. Janganlah kita menyatakan kepada musuh apatah lagi menyerah kalah sebelum masuk gelanggang pertarungan..!! Inikah semangat yang lahir daripada seorang Ketua Pemuda yang seharusnya menjaga benteng parti UMNO..??
Sepanjang tempoh sebelum Pakatan Pembangkang mencipta kemenangan, sewaktu berceramah, pemimpin mereka akan melaungkan slogan untuk MENANG dan TAWAN sesebuah negeri walaupun mereka sendiri tidak pasti samada kejayaan itu akan muncul atau pun tidak. Maka tiupan semboyan semangat itulah yang kini terus menerus membawa rakyat berbondong-bondong menyertai mereka…!
Disebaliknya jikalau Pemuda UMNO Selangor hanya mampu menyerah kalah sebelum berjuang, jangan hendak diharapkan sokongan rakyat akan bertambah, malah yang tinggal masih menyokong pun tidak mustahil akan berpaling tadah..!!
Saksikan disini beberapa rakaman membuktikan UMNO-BN Selangor masih tidur atau dalam bahasa yang lebih sopan MEMBUTA..!!
Penerangan UMNO Selangor tak teringin buat kempen atau road show untuk rampas Selangor..??
Adakah sebarang kemungkinan Ketua Penerangan UMNO Selangor bersetuju dengan Ketua Pemuda UMNO Selangor bahawa “Bukan Senang Mahu Rampas Selangor"..??



