Islamkah seseorang itu hanya dengan memakai kopiah dan berjubah..???Apa pandangan masyarakat terhadap seseorang yang meletakkan kopiah dikepala dan menyalutkan badannya dengan jubah TETAPI tidak ada langsung adab susila sewaktu bercakap dikhalayak ramai..??
Bagaimana pula tafsirannya jika seseorang yang berpakaian sedemikian iaitu lengkap berkopiah dan berjubah tetapi telah MEMAKI HAMUN dengan meninggi ninggikan suara seperti diserang histeria seolah olah mahu menjatuhkan maruah sesama islam yang lain ditempat awam terbuka ..???
Bolehkah seseorang yang berkopiah dan berjubah itu menuduh kesalahan orang lain tanpa sebarang bukti dan melakukannya secara terbuka dikhalayak ramai..??? Tidakkah nanti tuduhan tanpa bukti itu sudah dikira suatu FITNAH..???
Jika seseorang yang diamanahkan untuk menjadi pentadbir sesebuah 'rumah ibadah Allah' dan diwaktu yang sama juga memikul tanggungjawab sebagai seorang 'pendidik' di pusat pengajian telah BERKELAKUAN sumbang seperti apa yang dinyatakan diatas tadi, apakah akan ada nilai nilai dan sifat mulia seorang mukimin yang dituntut dalam ajaran islam….??????
Sedangkan Rasulullah s.a.w pun bercakap dengan baik kepada musuhnya….
Sesungguhnya Yang Baik Itu Datangnya Dari Allah swt











