Sebaik sahaja PAS menjatuhkan hukuman keatas Khalid Gereja petang semalam, maka terlerai sudah segala agenda peribadi politik Anwar Ibrahim yang menggunakan kuasa diktatornya memaksa ramai burung kakak tua dalam pimpinan PKR agar menurut segala kehendaknya.
Ahli Parlimen Shah Alam itu digantung 6 bulan dariapada semua jawatannya dalam PAS.
Sebelum ini, PKR memutuskan bahawa tindakan Zulkifli Nordin yang “berperang” dengan Khalid Gereja sebagai sesuatu yang menjelekkan… Bodohnya penjilat penjilat Anwar yang berbangsa melayu beragama islam..!
Maka bersahut sahutanlah penjilat penjilat Anwar sehingga sanggup menjadi puppet yang membacakan skrip hukuman keatas Zul Nordin. Sekilas pandang ternyata bahawa ianya tak ubah seperti mahu menjaga hati dan perasaan pemimpin yang memilki nama seperti Xavier, Theresa, Ronnie, Elizabeth, Tony, Ean, Jeffry, Hanna dan bermacam macam lagi….
Namun begitu, hakikat sebenarnya adalah tindakan Anwar itu lebih kepada mahu menyundalkan sokongan daripada ahli ahli PAS yang sudah diliwat pemikiran mereka oleh fahaman Anwarisme. Mereka ini dikenali sebagai Kumpulan Erdogan.
Ciri ciri Kumpulan Erdogan PAS ini merelakan Matlamat Menghalalkan Cara. Mereka tidak lagi meletakkan perjuangan asas menegakkan islam sebagai perkara nombor WAHID….
Kumpulan ini memiliki sikap Moral Obligation yang teramat dahsyat sekali, sanggup membiarkan tindak tanduk pimpinan DAP dan juga yang bukan islam dari PKR memperkotak-katikkan mereka begitu sahaja…, tiada nilai! Tak ubah seperti pelacur murahan!
Kalau diamat amati segala kepincangan ini, ada beberapa contoh pemimpin PAS yang sanggup menjadi perkakas kepada telunjuk pimpinan bukan melayu Pakatan Pembangkang ;
Nizar Jamaluddin akhirnya akui bahawa sokongan melayu kepada PAS di Perak sudah semakin pudar kerana beliau dilihat menjadi barua DAP!
Khalid Gereja terpaksa melacurkan sokongannya daripada bangsa bukan melayu semata mata mahu “membayar” undi undi yang beliau terima sehingga berjaya menjadi wakil rakyat, sesuatu yang beliau sendiri akui tak pernah termimpi untuk menang pada PRU 12.
Padahal dalam isu penggunana nama Allah oleh gereja katolik, Khalid Gereja sudah disanggah oleh sahabat PAS sendiri iaitu bekas Imam Besar Masjid Negara, Yb Taib Azamuddin didalam Dewan Rakyat pada sesi tahun lepas….
Husam Musa pula terpaksa menjilat semula ludahnya apabila terketar ketar persis jantan yang tak ada telor, insiden beliau menarik balik kata kata mahu menubuhkan negara islam setelah Lim Guan Eng, Lim Kit Siang tidak membenarkannya..!
Hah! PAS hanya boleh laksanakan hudud sekiranya DAP benarkan…
Oleh itu jelaslah bahawa HEROIC Action oleh Yb Zul Nordin dengan sengaja tidak mahu diangkat sebagai Champion oleh Anwar Ibrahim. Wakil Rakyat dari Kulim Bandar Bahru ini jauh lebih islam dan melayu daripada Anwar Ibrahim. Malah Yb Zul kini dilihat menjadi Jebat dikalangan kelompok Pakatan Pembangkang dalam isu Kalimah Allah.
Anwar lebih mementingkan agenda peribadi! Beliau semakin risau setelah kempen dan roadshow yang cuba dianjurkan oleh AMK PKR dalam kes liwat kedua ini gagal dan paling memedihkan hati Anwar apabila mengetahui ianya tidak mendapat sambutan dan respon yang baik dari Pemuda PAS.
Teringat kisah lucu dan komedi petikan filem arahan Tan Sri P Ramlee apabila sebuah keluarga menjadi huru hara, haru biru yang dpertontonkan oleh Keluarga 69.
Begitulah tunggang langgangnya kini apabila PKR menghukum Yb Zul Nordin kerana Anwar mahu membela Khalid Gereja.
Tetapi Khalid Gereja pula dihukum oleh PAS…, apakah value yang ada pada Yb Shah Alam itu dimata Anwar..?
Tindakan Anwar kerana mahu menjaga hati Xavier, Theresa, Ronnie, Elizabeth dan kawasan kawasan yang sewaktu dengannya..??
Ataupun Anwar kemaruk mahu mendapat sokongan PAS sempena perbicaraan kes liwatnya semakin hampir…???



