MARI SAMA SAMA KITA MEDOAKAN YANG TERBAIK

MARI SAMA SAMA KITA MEDOAKAN YANG TERBAIK

Wednesday, March 31, 2010

Mesyuarat Biro Politik PKR Panaasss…??

Jam sekarang 11.45 malam, difahamkan Mesyuarat Biro Politik PKR sedang “panaaasss…” walaupun ada aircond ditempat bersidang Anwar dan barua baruanya!

Hangat untuk menentukan siapa bakal menjadi calon bagi PRK Hulu Selangor??

Pada awalnya tempat mesyuarat seharusnya diadakan di Pejabat Pusat PKR Tropicana tetapi pada saat-saat akhir dipindahkan ke kediaman rasmi Anwar….

Menurut maklumat dari dalam kain PKR, sememangnya sudah ada pergeseran dingin sebelum mesyuarat dimulakan oleh kerana pilihan calon yang tidak sinonim atau pun dalam bahasa pasar yang lebih sopan disebut “tak sebulu”

Anwar Ibrahim mahukan Zaid Ibrahim.
Azmin Ali pula tak setuju, beliau menggunakan Sivarasa dan Manikavasagam untuk melobi sekuat-kuatnya calon berbangsa India iaitu seorang peguam bernama Surentheran.

Diwaktu yang sama Ketua AMK yang kontot dan buncit pernah dikaitkan dengan cerita lucu terkencing didalam seluar..., beliau juga cuba dilobi oleh sayap parti yang sedang diliwat oleh Anwar….

Perhubungan PKR Selangor mahukan Ketua Cabang PKR Kelana Jaya, Tuan Syed Shahir yang dipercayai mampu menarik undi bukan melayu memandangkan beliau merupakan orang nombor satu kesatuan pekerja-pekerja berbilang kaum dinegara ini – MTUC.

Kita tunggu apakah keputusannya….

Friday, March 26, 2010

Calon PKR Untuk Parlimen Hulu Selangor


Syed Shahrir Syed Mahamod, Ketua PKR Cabang Kelana Jaya. Beliau juga merupakan Presiden MTUC, apakah benar inilah calon yang bakal bertanding pada Pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor?
Berikut adalah kupasan dan ulasan setelah Blogmaster bertemu dengan salah seorang pimpinan PKR negeri Selangor sebentar tadi;


Al fatehah buat Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah swt dan ditempatkan bersama golongan yang soleh…, amin.


Semalam berakhirnya teka teki samada akan berlaku Pilihanraya kecil [PRK] Parlimen Hulu Selangor atau tidak?. Buat julung julung kalinya pesta demokrasi akan diadakan di negeri Selangor Darul Ehsan tak lama lagi. Pasti panaaasss…. Sebuah negeri yang penuh dengan kehangatan bahang politik!

Bermula dengan isu Setiausaha Sulit Khalid Lembu Gagap letak jawatan, diikuti dengan kisah penternakan babi besar-besaran secara moden, perlantikan bukan melayu sebagai orang kuat PKNS, sekatan jualan arak, gambar bogel Elizabeth Wong, kematian Teoh Beng Hock di bangunan terletaknya pejabat SPRM, isu kuil penduduk Seksyen 18, bantahan penggunaan nama Allah yang mendapat “restu” MAIS, isu tanah tapak pembinaan UiTM di Serendah kontrovesi MB dan YBK, dan ada beberapa lagi isu panas telah berlaku di negeri yang terkaya kini jajahan pemerintahan PKR yang mengikut telunjuk DAP dan PAS pula menjadi barua angguk…

Siapakah yang paling layak diberikan peluang untuk duduk bersama sama Anwar dan kuncu kuncunya didalam Dewan Rakyat menggantikan Allahyarham Datuk Dr Zainal..?

Ramai menjangkakan Dato Zaid Ibrahim akan menjadi calon yang sesuai untuk pertaruhan PKR mahu pun Pakatan Rakyat. Apatah lagi dimata beberapa pemimpin Pakatan, Zaid dilihat berani membuat keputusan drastik meletakkan jawatannya sebagai Menteri kerana TAK setuju dengan penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri [ISA]. Tindak tanduk bekas pemimpin “terbuang” UMNO Kota Bharu ini disambut sebagai wira oleh pemimpin Pakatan seperti Lim Kit Siang dan kuncu kuncunya yang sememangnya tak mahukan penggunan ISA …!


“Jangan ingat semudah itu Zaid boleh dapat tiket nak bertanding…, dia masih baru dalam parti. Masih ada lagi otai otai yang mesti diberikan peluang untuk jadi Ahli Parlimen…” kata seorang sahabat yang berada didalam pimpinan PKR Selangor.

“ Apa pun keputusan mesti dapat green light dari Azmin…. For your info, Zaid nie dah jadi “ancaman” dalam kedudukan politik Azmin. Ada group yang nak lobby Zaid contest jawatan Timbalan Presiden masa pemilihan PKR nanti…” sambungnya lagi

Disini jelaslah bahawa mainan politik dalaman kain PKR yang dikuasai oleh Azmin semestinya tidak mahu memberikan ruang kepada Zaid Ibrahim dilihat menjadi semakin prominent dalam barisan kepimpinan parti yang sudah diliwat oleh Anwar Ibrahim.

Dikalangan ramai bekas pimpinan PKR yang sudah meninggalkan kapal yang sedang karam dinakhodakan oleh Anwar, hampir kesemuanya tahu bahawa Azmin punyai suatu “magical power” untuk Anwar menuruti segala kehendaknya. “Azmin is a good schemer” kata Ezam yang pernah disiarkan oleh akhbar The Star sewaktu berita bekas Ketua Pemuda itu tinggalkan PKR.

Apabila Blogmaster dimaklumkan bahawa calon pilihan Azmin ialah Ketua PKR Cabang Kelana Jaya, maka persoalannya “kenapa Tuan Syed Shahir jadi pilihan..?”

“ Calon mesti calon import la bro.., cabang Hulu Selangor mana ada tokoh. Arwah Dato Zainal pun bukannya Ketua Cabang Hulu Selangor, dia tu Ketua Cabang Hulu Langat. Untuk PRK kali ni, no issue la kita bawak another calon import…” jelas sahabat Blogger itu.

Menurutnya lagi hampir kesemua Ketua ketua cabang di Selangor yang bertanding pada PRU 12 sudah mendapat gelaran Yb ADUN atau pun Ahli Parlimen seperti Khalid [Ketua Cabang K Sgor], Azmin Ali [Ketua Cabang Gombak], Yaakop Sapari [Ketua Cabang Puchong], Sivarasa [Ketua cabang PJS], Hee Loy San [Ketua Cabang PJU], Xavier Jeyakumar [Ketua Cabang Kota Raja] dab beberapa lagi pemimpin PKR.

“ Ada dua lagi ketua cabang yang ada tokoh tapi tak dapat jadi wakil rakyat, Tuan Syed Kelana Jaya dan Dr Badrol Amin Sabak Bernam..” sambung sahabat Blogger sambil menghabiskan minumannya. Kami bersembang sambil minum petang.


“ dah tentulah Tuan Syed jadi pilihan Azmin. Jangan lupa bahawa PKR Cabang Kelana Jaya menjadi cabang yang pertama memberikan pencalonan kepada Azmin untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden lawan Dr Syed Husin Ali pada Mesyuarat Agong tahun 2007….” berakhir penjelasan sahabat Bloggers itu tadi. Beliau terpaksa beredar awal kerana mahu menghadiri perbincangan dengan pimpinan PKR Perhubungan Negeri Selangor.

Mengikut rekod, Syed Shahir tewas ditangan Ong Tee Keat sewaktu bertanding Parlimen Pandan pada PRU ke 12. Manakala Badrul Amin pula ditumpaskan oleh Abdul Rahman Bakri di Parlimen Sabak Bernam.

Jika dibuat perbandingan keatas kedua-dua nama ini, memang jelaslah Syed Shahir lebih layak kerana Badrul Amin yang “bertopengkan” watak Islamic leader ini bukanlah calon sesuai untuk kawasan yang mempunyai 45% pengundi bukan melayu….

Tetapi yang menariknya disini ialah untuk kita saksikan “power play” bakal digunakan oleh Azmin Ali…. Apakah beliau akan pastikan Zaid Ibrahim tidak berpeluang untuk mencapai status seorang Ahli Parlimen PKR sekaligus menjadi “ancaman” kepadanya untuk selesa memenangi jawatan Timbalan Presiden bila tiba waktu pemilihan parti nanti..?

Atau pun seandainya Azmin bijak, beliau seharusnya membuat penilaian untuk “calculate the winning chances”. Bermakna setelah dihitung, bahagi, darab dan campur maka keputusannya kelihatan seperti peluang untuk Pakatan menang dan pertahankan kerusi Parlimen Hulu Selangor terlalu tipis…, inilah peluang terbaik buat Azmin mengkuburkan Zaid Ibrahim..!
Kekalahan itu nanti bakal menjadi modal buat kesemua “kempen manager” Azmin memburukkan lagi kredibiliti Zaid sekiranya benar bekas pemimpin UMNO Kelantan itu mahu mencabar anak emas kesayangan Anwar ini dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden PKR nanti….

Sangat Menarik! PRK Hulu Selangor boleh menjadi ruang untuk Azmin membunuh karier politik seorang “potential opponent” untuk jawatan Timbalan Presiden PKR…..

Wednesday, March 24, 2010

Anugerah Selempang Darjah Tertinggi Kepada Ezam

Hebat….!

Dalam kesibukan Ezam memenuhi undangan berceramah keseluruh negara, beliau juga berkesempatan untuk menjadi tetamu istimewa Mahaguru Dato Hj Omar Din, Mahaguru Persatuan Seni Silat Lincah Malaysia.

Bertempat di ibukota Kuala Lumpur, Majlis Perhimpunan Dan Penyampaian Ijazah Peringkat Kebangsaan Persatuan Seni Silat Lincah Malaysia telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato Muhyiddin Yassin.

Majlis ini turut dihadiri oleh beberapa kenamaan seperti Datuk Zulhasnan, Datuk Paduka Ibrahim Ali, Dato Aziz Mohamed Sri Gading dan juga Tan Sri Koh Tsu Koon. Diberitakan wakil seniman tanahair juga hadir seperti Tan Sri Jins Shamsuddin dan Seniwati Sarimah.

Ezam mendapat penghormatan dari Persatuan Seni Silat Lincah Malaysia apabila dianugerahkan Selempang Darjah Tertinggi.

Semoga dengan pengiktirafan ini, Ezam akan terus menggagahi langkah perjuangannya memartabatkan bangsa melayu yang mengangkat islam sebagai teraju utama nadi perjuangan asas bangsa…!

Sekitar rakaman majlis yang berlangsung hujung minggu lepas;


Monday, March 22, 2010

Tahniah Ezam…! Berjaya TAWAN Kubu Kuat PAS Di Kelantan

Siri road-show ceramah dan pidato Ezam Mohd Nor minggu lepas menjelajah pula ke negeri Cik Siti Wan Kembang. Selama dua hari dua malam Ezam ”terjah” negeri yang ditadbir oleh kerajaan seorang Ulama Terompah Kayu [gelaran yang dinobatkan oleh Anwar terhadap Nik Aziz….]

Acara kemuncak sepanjang jadual Ezam adalah ceramah umum yang berlangsung di Kampung Galok, Chetok, yang berada dibawah parlimen Pasir Mas.

Chetok merupakan kubu kuat penjilat penjilat Ulama Terompah Kayu [gelaran Anwar beri Nik Aziz]. Kawasan ini memegang rekod bersih kemenangan PAS sekaligus bermakna UMNO tidak pernah menang peti undi disini.

Untuk rekod juga, pada malam tersebut 19hb Mac merupakan KALI PERTAMA dapat diadakan ceramah oleh UMNO. Kejayaan sulung UMNO ini besar ertinya apabila mengumpulkan hadirin yang memenuhi setiap ruang tapak ceramah di perkarangan Rumah Abe’ Zin dan telah memaksa limpahan orang datang yang selebihnya berdiri di bahu bahu jalan.


EZAM DEDAHKAN KERJA JAHAT ANWAR TERHADAP RAKYAT KELANTAN

Berpeluang berucap dinegeri jajahan PAS ini, Ezam telah membongkar tembelang Anwar yang pernah MENGKHIANATI nasib dan masa depan rakyat Kelantan sewaktu Ketua Umum PKR itu menjadi Menteri Kewangan.

Ketika itu Nik Aziz telah memohon kepada kerajaan pusat untuk meluluskan peruntukan kos rawatan air bersih memandangkan perbelanjaannya terlalu tinggi dan kerajaan Kelantan tidak mampu menanggungnya. Hanya negeri Kelantan sahaja yang masih belum menjalani rawatan air bersih berbanding dengan negeri negeri lain diseluruh negara.

Menurut Ezam…, Anwar bukan sahaja menolak [reject] dan tidak mahu meluluskan peruntukan tersebut, tetapi dengan rasa penuh bongkak Anwar menyebut “No Way” dan ini menggambarkan sifat seorang pendendam yang tidak mempunyai hati bersih…. Hanya disebabkan perbezaan fahaman politik Anwar sanggup meletakkan tahap kesihatan rakyat Kelantan diperingkat yang tidak boleh dijamin apatah lagi sekiranya tidak boleh meminum air yang bersih..!!

Paling menyedihkan apabila seorang menteri kanan yang bukan islam, Datuk Amar Leo Moggie ketika itu Menteri Kerja Raya cuba memujuk Anwar untuk meluluskan dan jangan dibawa sentimen perbezaan politik memandangkan rakyat Kelantan juga rakyat negara ini perlu menikmati penggunaan air bersih, namun Anwar tetap berdegil dan tak mahu meluluskannya…

Sebaik sahaja Anwar dipecat pada 1998, Leo Moggie segera berjumpa dengan Tun Daim dan tanpa melengah-lengahkan masa Tun Daim memberi kelulusan dan sehingga ke hari ini rakyat Kelantan walaupun Menteri Besarnya Mursyidul Am PAS sudah dapat menikmati penggunaan air bersih sepertimana negeri negeri lain diseluruh tanahair kita.

Oleh itu, Ezam berpesan agar rakyat Kelantan janganlah menjilat jilat dan mengagung-agungkan manusia sepert Anwar Ibrahim. Mereka seharusnya sedar siapa sebenarnya Anwar. Jelas kini Anwar terlalu memerlukan sokongan PAS untuk dijadikan sebagai kuda tunggangan bagi mencapai cita cita peribadi politik dan memenuhi hasrat impiannya menjadi Perdana Menteri.

"rakyat Kelantan seharusnya HARAMkan Anwar pijak bumi Kelantan ini kerana beliau pernah menghalang rakyat negeri ini daripada minum dan menikmati air yang bersih..! " tegas Ezam

Isu ini pernah dikupas oleh Ezam sewaktu berceramah di Kuala Selangor, liputan blog ini boleh dibaca, tajuk : Ezam Dedahkan Anwar Pernah Menzalimi Nik Aziz & PAS Kelantan.. klik sini

Syabas diucapkan kepada UMNO Pasir Mas dibawah kepimpinan Dato Hj Hanapi Mamat selaku Ketua Bahagian yang berjaya memecah tembok PAS disana…. Semoga kehadiran lebih ramai akan diperolehi dimasa akan datang


DIALOG BERSAMA ANGKATAN GENERASI MELAYU MUDA [AGENDA]
Pada sebelah siangnya sebelum berceramah di Chetok, Ezam telah mengadakan dialog bersama sebuah NGO anak anak tempatan Kelantan. Angkatan Generasi Melayu Muda – AGENDA. Majlis telah diadakan di Bangunan UMNO Kelantan, Kota Bharu. “ sudah lebih 10 tahun saya tidak masuk ke bangunan ini…” kata Ezam sewaktu melangkah masuk ke dewan forum.

Ezam mengkagumi semangat anak anak muda yang mahu memartabatkan agenda agama, bangsa melayu dan negara sebagai landasan perjuangan mereka. Menggunakan slogan “Suara Orang Muda” mencerminkan perjuangan AGENDA sebagai NGO yang boleh melahirkan “2nd line leadership” mengisi ruang tampuk kepimpinan negeri dan negara suatu masa nanti.

Di forum ini juga Ezam menyatakan keyakinan beliau dengan tindakan beberapa Ahli Parlimen PKR yang baru baru ini membuat keputusan meninggalkan kapal yang sedang karam milik Anwar-Azmin-Azizah….

Ezam mahu pimpinan AGENDA tidak meragui dan sangsi tindakan oleh Dato Seri Zaharin, Dato Salahuddin dan Zulkifli Nordin. Kini terbukti yang membongkar segala keburukan tingkah laku Anwar datangnya daripada mereka yang dikira rapat dengan orang nombor satu PKR itu… maka kesempatan yang ada harus digunakan untuk dibawa penjelasan ini kepada rakyat agar sedar siapa sebenarnya Anwar….


Ezam telah berpeluang bertemu semula dengan Sdra Nawawi, sahabat lamanya sewaktu mereka bersama sama di UIA suatu ketika dahulu.

Sebagai rakaman tanda kenangan, Pengerusi AGENDA Sdra Zaidan telah menyampaikan MOMENTO Cenderahati kepada Ezam.


HUJAN TAK MENGHALANG 3,000 ORANG HADIR CERAMAH EZAM DI TANAH MERAH
Menurut laporan akhbar Sinar Harian edisi Kelantan, seramai 3,000 orang telah hadir ke ceramah Ezam di Tanah Merah pada 18hb Mac 2010.

Ceramah “Selamatkan Negara Dari Pengkhianat” telah berlangsung di Gual Ipoh dalam parlimen Tanah Merah yang mana wakil rakyatnya Yb Amran merupakan bekas anak didik Ezam sendiri dalam Exco Angkatan Muda PKR.

Turut sama berceramah bersama Ezam adalah Ketua Pembangkang DUN Kelantan, Datuk Alwi Che Ahmad.

Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz mengucapkan tahniah dan syabas atas kesabaran masyarakat sekitar yang hadir pada malam itu walaupun cuaca pada mulanya hujan lebat.

“saya ingat nak batalkan saja, namun oleh kerana kehadiran diluar jangkaan dan dan hujan reda, lalu saya teruskan juga kerana semangat mereka yang hadir..” ujar Datuk Ikmal.

Semoga rakyat Kelantan akan terus bangkit dan sedar bahawa parti PAS kini sudah menjadi boneka DAP dan kuda tunggangan Anwar Ibrahim…..

Wednesday, March 17, 2010

Khalid Lembu Gagap Tak Tahu Malu! Kenapa Tak Letak Jawatan..?



Hidung tak mancung pipi tersorong sorong.

Muka tebal…! Barangkali setebal kulit khinzir..?

Begitulah pembuka kata untuk menceritakan bagaimana sikap angkuhnya seorang manusia bebal, sombong dan bodoh bernama Abdul Khalid Bin Ibrahim…..

Sehari dua ini media melaporkan bagaimana huru-haranya keadaan PKR Cabang Kuala Selangor yang berKETUAkan Menteri Besar Selangor ini.

Insiden bantahan perwakilan dalam Mesyuarat Agung dan akhirnya seramai 50 orang melangkah keluar dewan memulaukan mesyuarat tersebut merupakan satu tamparan hebat buat Khalid sebagai orang nombor satu PKR Selangor dan juga Ketua Kerajaan Negeri.

Kalau mahu diambil kira, kedudukan PKR Kuala Selangor itu sendiri sepatutnya sudah diisytiharkan bubar setelah “acara” meletakkan jawatan beramai ramai malah hampir 95% pimpinan cabang tersebut pada 20 Januari yang lalu. Blog ini ada membuat liputan dan ulasan, klik sini.

Mengikut perlembagaan parti yang kini ditunggang oleh Anwar Ibrahim, PKR Kuala Selangor tidak mempunyai Ajk yang sah setelah 11 orang Ajk daripada 15 yang dipilih perwakilan Mesyuarat Agung 2007 letak jawatan dan dua orang telah meninggal dunia. Ada seorang Ajk pula sudah umum keluar parti.

Ketua AMK, Wanita dan seorang Naib Ketua juga turut serta dalam majlis perletakkan jawatan beramai ramai itu.

Dengan itu di cabang PKR Kuala Selangor hanya tinggal Khalid Lembu Gagap, Timbalannya dan seorang Ajk yang tidak boleh letak jawatan kerana beliau merupakan Ahli Majlis Kuala Selangor…

Terbukti jelas bahawa kepimpinan Khalid Lembu Gagap ini tidak dihormati dan tidak boleh diterima oleh akar umbi!

Sepertimana yang disiarkan diakhbar Utusan Malaysia semalam [gambar atas], dimana pendedahan yang dibuat bekas Setiausaha PKR Selangor memaklumkan bahawa selama ini pimpinan PKR Kuala Selangor “terpaksa” menerima Khalid sebagai Calon Payung Terjun semata mata beliau adalah sahabat baik kepada Anwar Ibrahim.

Mengikut cerita daripada mereka yang keluar dewan pada 14 Mac sewaktu berlangsungnya mesyuarat tersebut, Khalid Lembu Gagap dilihat seperti mahu menjalankan mesyuarat tanpa kehadiran mereka iaitu Ajk Ajk yang sudah meletakkan jawatan.

“Tak ada notis mesyuarat kami terima. Ada sms yang sebut datang bawa 10 orang sahaja…, tak sebut ada mesyuarat agung, cuma sebut ada perjumpaan dengan MB di dewan…” jelas seorang perwakilan yang tidak mahu namanya disiarkan.

“ cara macam nie, seperti tak mahu kami hadir…” tambahnya lagi.

Difahamkan bahawa kehadiran seramai 200 orang pada hari itu tidak boleh disahkan keahlian kerana menurut perwakilan tersebut, beliau dan bekas Ajk Ajk yang lain tidak mengenali mereka yang hadir.

Terbukti sudah si Khalid Lembu Gagap ini tidak boleh diangkat sebagai pemimpin!

Sekiranya hendak mentadbir akar umbi sendiri pun beliau GAGAL, bagaimana mungkin mampu untuk mentadbir sebuah kerajaan negeri dengan baik.

Disini juga jelas bahawa parti PKR tidak mengamalkan prinsip kepimpinan yang baik. Jika Khalid sudah terbukti GAGAL Kuala Selangor dengan baik, ini bermakna beliau tidak setanding dengan 21 Ketua Cabang yang lain di Selangor….!

Oleh itu Khalid Lembu Gagap ini TAK layak langsung dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan PKR Selangor.

Khalid MESTI Letak Jawatan Segera Sebagai Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Selangor dan juga MB Selangor!

Tuesday, March 16, 2010

Aasil Kazi Ahmad & Datuk Nazri Abdullah Boleh Bantu Cari Raja Petra, Jelas Anuar Shaari


Pada jam 10 pagi tadi, bertempat di Hotel Vistana Kuala Lumpur telah berlangsungnya Sidang Media Khas oleh Anuar Shaari bekas Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim.

Sidang Media ini adalah tindakan susulan setelah beberapa minggu yang lalu Anuar membuat pendedahan bahawa ada seorang warganegara Amerika berbangsa Pakistan, Aasil Kazi Ahmad merupakan dalang yang menyimpan maklumat dimana persembunyian Raja Petra Kamaruddin [RPK].

Menurut Anuar Shaari, pihak Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia perlu segera memaklumkan status terkini Aasil Kazi Ahmad.

“… saya juga mempunyai bukti menunjukkan nama Aasil Kazi Ahmad berada di senarai no 1 dalam Chatting Box RPK. Saya juga menggesa Datuk Ahmad Nazri Abdullah memujuk Aasil agar segera tampil memberi penjelasan. Ini penting kerana masyarakat Malaysia perlu tahu siapakah Driving Force di belakang sebuah Portal berita internet iaitu Malaysia Today…” tambah Anuar lagi.

Malaysia Today dimiliki oleh RPK.

Klik sini untuk laporan Sidang Media.

Monday, March 15, 2010

Pengumuman Penting

Anwar Ibrahim Mahu Merakyatkan Ekonomi…? Anwar PENIPU..! Kata Ezam

Hujan lebat malam tadi tidak sedikit pun mematahkan semangat juang Ezam! Beliau tak berganjak dan terus berceramah untuk menjelaskan segala kepincangan Anwar dan kuncu-kuncunya…..


Demi untuk menagih undi dari pengundi pengundi bukan melayu, Anwar Ibrahim terus-terusan menjaja omongan kosongnya menjanjikan sistem ekonomi yang sama rata kunuunnya itulah asas keadilan yang beliau dokong dalam wadah politik baru bersama Pakatan Pembangkang!

Setiap kali Anwar berceramah didepan masyarakat bukan melayu, Ketua Umum PKR ini tak ubah seperti Raja Lelong yang tidak siuman di pasar malam. Modal yang beliau “lacurkan dan sundalkan” ialah mahu membantu peniaga-peniaga dan usahawan bukan melayu.

Malam tadi Ezam meneruskan siri Road Shownya jelajah Selangor. Kali ini gelanggang ceramah ialah di Jalan Kebun, Klang. Walaupun hujan turun diawal ucapan Ezam, namun ianya bukanlah penghalang buat beliau mengupas isu semasa politik tanahair.

“ Pembohong..! Waktu Anwar jadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan beliau hanya selamatkan kroni-kroninya sahaja…” tegas Ezam.

Dizaman Anwar mentadbir ekonomi negara sebagai Menteri Kewangan, beliau telah melaksanakan SKIM KONTRAKTOR BERWIBAWA. Kerajaan Malaysia telah memperuntukan sebanyak RM15 Bilion membantu kontraktor-kontraktor bumiputera yang berdaftar dibawah Kementerian Kewangan ketika itu.

Menurut Ezam, daripada 2,000 syarikat kontraktor bumiptera yang berdaftar, hanya 15 [lima belas] sahaja yang “terpilih” untuk menikmati bantuan Kementerian Kewangan. Anwar sendiri yang “memilih” syarikat syarikat tersebut!

“.. bayangkanlah tuan tuan dan puan puan, dana RM15 bilion untuk 15 syarikat..! Ini bermakna setiap syarikat mendapat RM1 bilion..” jelas Ezam

“ dan setiap syarikat ini mendapat secara DIRECT NEGO, tanpa tender. Diberikan terus kepada mereka…” tambahnya lagi.

Oleh itu Ezam mahu rakyat dan pengundi bukan melayu tidak terpedaya dengan janji janji kosong Ketua Umum PKR itu. , Ezam terus menjelaskan “ tak ada satu pun syarikat cina atau india yang Anwar bantu cara sebegini waktu itu..”

Difahamkan salah satu syarikat yang “menikmati” durian runtuh dari Anwar ketika Skim Kontraktor Berwibawa itu dilancarkan adalah LANKHORST BERHAD [sekarang dikenali sebagai ARK Resources Berhad].
Waktu itu boss syarikat tersebut ialah Datuk Hj Kamaruddin Jaafar, bekas Setiausaha Agung ABIM ketika mana Anwar menjadi Presiden NGO tersebut. Malah Kamaruddin Jaafar pernah sekian lama menjadi Setiausaha Agung PAS.

Kamaruddin Jaafar adalah diantara pimpinan PAS yang menjadi Ahli Erdogan iaitu “barua barua murahan” tunggangan Anwar!



EZAM BUKTIKAN YB DR XAVIER SEORANG ANTI ISLAM
Malam tadi di kawasan kubu PAS ini juga Ezam berpesan kepada pendokong pendokong Pembangkang yang beragama islam agar jangan terlalu menyanjungi Dr Xavier. Mereka tak kenal siapa sebenarnya ADUN beragama kristian ini.

Program terakhir Ezam bersama PKR adalah sewaktu menghadiri Konvensyen Barisan Alternatif di Corrus Hotel Ampang awal tahun 2007. Pada program tersebut, Ezam duduk disebelah Dr Xavier, dan apabila tiba giliran pemimpin PAS masuk untuk membuat ucapan, Dr Xavier berbisik kepada Ezam tak ubah seperti seseorang yang teramat membenci PAS “ What is this nonsense…? Wasting my time this blady nonsense…, blady party…..”

Ezam jelaskan perkataan blady party bermaksudkan “banjingan” PAS. Begitulah bencinya Dr Xavier terhadap parti Islam ini…. Malang sekali penyokong serta pengikut PAS seperti dicucuk hidung kini menjulang dan menjilat jilat Yb kafir ini sehingga sanggup membawanya ke mimbar masjid dan mengangguk-angguk, ternganga-nganga mendengarnya berucap..!

Liputan berita Ceramah Umum ini juga ada disediakan oleh rakan rakan bloggers lain yang turut hadir malam tadi.
Klik sini laporan dari GAP, dan klik sini laporan dari Papa GOMO.
Majlis Ceramah Umum anjuran UMNO Bahagian Kota Raja ini dimulai dengan bacaan doa memohon keberkatan Allah swt

Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, Ir Hj Kamaruzaman Johari memberikan ucapan kata kata aluan dan sempat juga beliau menggariskan beberapa kelemahan dan kegagalan ADUN Sri Muda sepanjang tempoh dua tahun Pakatan memerintah Selangor.

Mantan MB Selangor dan kini sebagai Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Selangor, Yb Datuk Seri Dr Khir Toyo sebagai penceramah pertama. Datuk Seri Khir berjaya mengupas dan memperjelaskan dengan baik beberapa “silap mata” yang dibuat oleh Khalid LEMBU.
Isu isu seperti sumbangan air percuma KDEB yang sebenarnya menggunakan duit kerajaan negeri, pembelian hutang Talam Corporation yang memberikan keuntungan berjuta ringgit melalui yuran guaman, dolak dalih Khalid LEMBU dalam isu tanah YBK dan lain lain lagi onar yang sedang dibuat oleh kerajaan Pakatan di negeri Selangor ini.

Kemunculan secara bidan terjun Zahid Mat Arip bekas Naib Ketua Pemuda Keadilan Malaysia telah menghangatkan pentas ceramah malam tadi. Zahid dengan nada yang lantang telah “membogelkan” semua kelemahan Anwar dan Nik Aziz.

“ sewaktu Nik Aziz terlantar diserang sakit jantung, PM kita Datuk Seri Najib bersama Datin Seri Rosmah terbang dari Kuala Lumpur ke Kelantan ziarah beliau…” kata Zahid.

“apabila Datuk Seri Najib dimaklumkan oleh pihak hospital bahawa peralatan tidak cukup maka Perdana Menteri telah mengarahkan satu penerbangan ihsan untuk segara bawa Nik Aziz ke IJN Kuala Lumpur dan setibanya di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, seramai 9 [sembilan] out-rider polis mengiringi MB Kelantan yang masih tenat itu untuk pastikan tiada gangguan lalu-lintas dan cepat sampai ke IJN…” tambah Zahid lagi

“tetapi…, apabila sudah pulih, Nik Aziz membalas jasa Najib dengan memberikan “Doa BALA” mendoakan Perdana Menteri kita sakit dan pecah perut…, apakah ini yang kita namakan ulama’..?” tanya Zahid kepada hadirin.



Sunday, March 14, 2010

Ezam Tegaskan “Anwar Dua Alam..! Dia Sembunyikan Kelakuan Sumbang Disebalik Hubungan Baik Dengan Yusuf Qardawi..”

Bertempat di Bandar Pontian Johor, Ezam Mohd Nor telah meneruskan siri Road Show ceramahnya apabila memenuhi undangan UMNO Bahagian Tanjung Piai.

Lokasi ceramah yang diadakan dikediaman Pak Kamal, Kampung Rimba Terjun terletak di jalan besar telah memaksa pihak RELA bertungkus lumus mengendali kesesakan lalulintas. Hadirin yang memenuhi kesemua khemah yang disediakan telah menyebabkan selebihnya terpaksa berdiri dibahu jalan.

Turut kelihatan juga kehadiran beberapa pimpinan Parti Bersatu India Malaysia – Malaysian Indian United Party [MIUP] negeri Johor. Parti MIUP yang menyokong Barisan Nasional ini dipimpin oleh Dato Nallakaruppan sebagai Presiden.

Sepertimana biasa dalam setiap ceramah Ezam berjaya mengupas dan menjelaskan situasi politik tanahair dengan baik. Tumpuan hadirin sudah tentunya mahu mendengar semua tembelang dan sandiwara politik Anwar.

Malam tadi Ezam telah menjelaskan bagaimana selama ini Anwar menipu rakyat terutamanya penyokong-penyokong yang terlalu taksub dengannya.

Ramai penjilat penjilat Anwar “terpedaya” dengan “wayang kulit” dibuat oleh Anwar yang berjaya menjual cerita hubungan baik puluhan tahun beliau dengan tokoh ulama yang tersohor, Yusuf Qardawi….

Itulah sifat seseorang penipu yang memang berniat mahu memperdayakan orang ramai! Ketika waktu Anwar menjalin hubungan yang baik dengan tokoh ulama seperti Yusuf Qardawi tetapi diwaktu yang sama beliau tetap terlibat dengan pelbagai aktiviti yang tidak bermoral… jelas Ezam.

Ezam seterusnya mahu penjilat penjilat Anwar membuka mata mereka dan sedar bahawa jika Anwar mendakwa beliau sudah berkawan dengan Yusuf Qardawi selama hampir 30 tahun, ini bermakna sandiwara Anwar semakin jelas untuk dipandang! Sepanjang tempoh yang sama, Anwar telah menggunakan ‘rakan tenisnya’ Dato Nalla untuk beliau menjalankan semua hobi negatifnya. Sebagai bukti, dalam setiap perjumpaan Anwar-Nalla, mantan TPM itu tidak mahu ADCnya menemani beliau!

Oleh itu, memanglah terlalu sukar untuk penjilat penjilat Anwar samada yang berada dalam parti atau pun diluar parti untuk mempercayai Anwar terlibat dengan aktiviti aktiviti yang tidak bermoral.

Dengan penjelasan itu, Ezam menyifatkan Anwar sebagai Manusia Dua Alam…., berkawan dengan seorang ulama tersohor membicarakan soal agama tetapi dalam waktu yang sama Anwar juga berpoya sakan memuaskan nafsu serakahnya disebalik wajah seorang pemimpin islam!


Bendera parti MIUP turut memeriahkan lagi tapak ceramah malam tadi…



Hadirin yang berada diluar khemah khemah yang disediakan dan melimpah sehingga ke bahu jalan…
Ezam bergambar kenang-kenangan bersama dengan pimpinan MIUP negeri Johor, turut kelihatan ialah Yb Osman Hj Yusuf ADUN Kukup.