Wednesday, June 30, 2010

GEMPAR..! Malam Ini Ada Mesyuarat SULIT 5 ADUN PKR Selangor..?

Sms yang baru Blogmaster terima sebentar tadi agak menarik, very very intersting! Semakin meruncing nampaknya kemelut PKR Selangor.... Malam ini bertempat di sebuah Cafe yang terletak disebuah kawasan yang tidak begitu "famous" dan sebuah pekan yang terpencil, 5 Yb PKR Selangor akan mengadakan "secret meeting".

Di Bangi... ? Atau Rawang... ?? Ataupun Sepang...???

Memang disebutkan dalam sms tersebut, tapi... Blogmaster tak boleh siarkan kerana khuatir ada "pihak" yang akan pergi menyerbu mesyuarat mereka nanti...

Difahamkan bahawa kelima lima Yb ini adalah manusia yang paling GUMBIRA sebaik sahaja Azmin Ali diumumkan mengambil alih jawatan Khalid Lembu Gagap sebagai Boss PKR Selangor!

WOW! Apakah perancangan sulit mereka..?

Mahu buat usul undi TIDAK Percaya keatas Khalid Lembu Gagap dalam persidangan DUN Selangor yang kembali bersidang nanti pada 12 Julai 2010 nanti..?

Siapakah "kepala" kepada kelima lima Yb PKR Selangor ini...?

Tuesday, June 29, 2010

PKR Selangor Dah Hidang Lauk…, UMNO Sgor Tunggu Apa Lagi..?

Kemelut PKR Selangor sudah diketahui umum. Seluruh rakyat Selangor kini mula membuat persepsi mengenai hayat lamanya PKR mampu bertahan atau masih boleh terus mengekalkan kerajaan negeri Selangor pada PRU ke 13 nanti….

Bagi mereka yang faham politik sudah pasti mempunyai pandangan yang serupa bahawa kuasa MB Selangor kini sudah dirogol dan diliwat…. Apakah maknanya beliau menjadi seorang Ketua Kerajaan sedangkan tidak memiliki kuasa politik..? Secara sifir yang mudah, jawatan dalam struktur politik merupakan “platform” untuk seseorang itu menduduki kerusi kerajaan…

Dalam senario Khalid – Azmin, marilah kita bertanyakan kepada juak juak murahan PKR dan Pakatan satu soalan ~ “sekiranya Perdana Menteri kita bukanlah Presiden UMNO, apakah juak juak murahan PKR terutamanya barua barua Si Bangsat Anwar tidak mahu “spin”kan isu ini..? “

Demikianlah keadaannya kini dalam PKR Selangor yang terserlah caca marba..! Yang jelas dan nyata ialah, dalam kapal karam PKR Selangor ada dua nakhoda, tetapi jika diperhalusi betul betul…, sebenarnya ada TIGA Nakhoda..! Khalid Lembu Gagap sebagai MB, Azmin sebagai Pengerusi PKR Selangor, dan Si Bangsat Anwar sebagai Punaisihat Ekonomi.

Kekusutan dalam PKR Selangor belum selesai…. Si Bangsat Anwar sedang memberikan body gesture kepada Khalid Lembu Gagap agar dengan “rela hati” meletakkan jawatannya. Inilah kesitimewaan yang dimiliki oleh Si Bangsat Anwar…

Dalam PKR, barang siapa yang cuba untuk melukakan hati Azmin Ali, nescaya orang itu akan menerima “balasan” dari Si Bangsat Anwar…

Sebaik sahaja jawatan Pengerusi PKR Selangor diragut dan disentap dari MB Paling Gagap itu…, bermulalah episod Azmin Ali sedang mempersiapkan jentera melangkah masuk ke pejabat MB Selangor tak lama lagi…!

Selepas ini, Khalid Lembu Gagap pasti akan tewas dengan tekanan dan akhirnya beliau akan membuat pengumuman untuk lepaskan kerusi panas itu kepada Blue Eye Boy Si Bangsat Anwar. Cuba perhatikan salah satu kenyataan Khalid sewaktu memberikan komen kepada TV3, beliau ada menyebut mahu “handle” isu perpindahan penduduk Kampung Baru KL kerana dulunya dalam jajahan negeri Selangor. Nah! Nanti sewaktu Khalid Lembu Gagap umumkan mahu letak jawatan MB sudah pasti skrip yang akan dibaca ialah “mahu tumpukan sepenuhnya kepada tugas sebagai Ahli Parlimen”

Kini yang menjadi penghalang kepada Azmin Ali untuk menggapai cita citanya ialah sokongan kuat rakan rakan DAP kepada Khalid Lembu Gagap.. Banyak keputusan yang dibuat oleh Khalid selalunya memihak kepada DAP dan yang bukan melayu dari PKR. Itulah sebabnya Khalid Lembu Gagap sentiasa menjadi “my beLOVEd Boss” dihati Eli Bogel Wong, Ustaz Xavier Masjid Rahimiah, Ronnie Beer dan Terasa COCK.

Namun begitu, Azmin Ali hanya perlu “memperbaiki” hubungannya dengan kesemua nama nama yang disebutkan jika mahu “membentes” Khalid Lembu Gagap, and the rest is history….

Sejauh manakah Khalid Lembu Gagap mampu bertahan..?

Sama samalah kita tungguuuuu dan lihat.

Seterusnya kita perlu perhatikan pula apakah tindakan yang “mampu” dilakukan oleh UMNO Selangor..? Inilah peluang yang terbaik untuk UMNO Selangor menyerang Pakatan Selangor?

Pemimpin UMNO Selangor harus diberikan DVD Karate Kid yang terbaru untuk ditonton dan dipelajari taktik menyerang dan terus menyerang ketika pihak lawan sedang lemah dan kesakitan..!

Banyak kaedah dan mekanisme yang boleh dianjurkan oleh Ketua Penerangan UMNO Selangor, dan Ketua Pemuda UMNO Selangor.

Janganlah hanya mengharapkan tuah datang bergolek seperti yang berlaku di Perak..! Susun aturlah langkah pendekar masuk gelanggang dan terjah Pakatan Selangor yang sedang haru biru dan caca marba ini… Ayuuhhh..!!!! Kembalikan semangat juang Datuk Harun Idris…! Tidak ada maknanya kita mengangkat pemimpin UMNO sebagai Perdana Menteri sedangkan negeri Selangor ini masih enak diliwat dan disetubuhi oleh DAP, PKR dan PAS..!

Monday, June 28, 2010

Syabas UMNO Kota Raja..! UMNO Selangor Janganlah Tidur Lagi….

Sekarang musim Mesyuarat Agung UMNO setiap Bahagian diseluruh negara. Petang semalam berlangsung Mesyuarat Agung UMNO Bahagian Kota Raja.

Kota Raja adalah sebuah kawasan Parlimen baru kelahiran daripada persempadanan semula kawasan negeri Selangor berkuat kuasa tahun 2002. Pada asalnya kawasan ini dalam pemetaan Parlimen Shah Alam. Kini Kota Raja dalam parlimennya sendiri dan diisi dengan dua kawasan Dewan Undangan Negeri [DUN] iaitu DUN Sri Muda dan Sri Andalas.

Kali pertama Parlimen Kota Raja menjadi pertaruhan Pilihanraya Umum adalah pada tahun 2004. Ketika itu pembangkang sangatlah lemah kerana Si Bangsat Anwar masih menjadi banduan merengkok dalam penjara Sungai Buloh….. Manakala DAP pula langsung tak boleh bersentuh kulit dengan PAS. Maka natijahnya, UMNO dan BN menang mudah kerana waktu itu rakyat melihat Pak Lah sebagai PM yang baru dan mesti diberikan peluang….

2004 Parlimen Kota Raja pecah daranya oleh penguasaan BN-UMNO. Parlimen dimenangi oleh Ketua Pemuda MIC, S Vigneswaran, DUN Sri Muda oleh Ketua Bahagian UMNO Kota Raja Datuk Amzah Umar dan DUN Sri Andalas pula oleh Ketua Wanita MIC Selangor, Komala Ganapathy.

Tsunami 2008 yang melanda negeri Selangor turut menyaksikan BN-UMNO tertonggeng, tertiarap dan tersungkur di Parlimen Kota Raja dan kedua dua DUN iaitu Sri Muda dan Sri Andalas….

Mesyuarat Agung UMNO Bahagian Kota Raja yang diadakan petang semalam mendapat liputan yang baik dari portal Malaysiakini apabila ada perwakilan yang berbahas secara “berani” telah mengkritik pimpinan Perhubungan UMNO Selangor yang asyik tidur lena…..

Dua sasaran utama yang menjadikan perbahasan menarik perhatian adalah kegagalan Satim Diman sebagai Setiausaha Perhubungan UMNO Selangor dan juga Shukor Idrus Ketua Penerangan UMNO Selangor yang menjadikan UMNO kian lesu dan lemah longlai…..!

Teguran lantang seperti ini benar benar menyahut seruan Presiden UMNO Datuk Sri Najib Tun Razak yang mahukan UMNO menyerang sepertimana cara permainan bolasepak Piala Dunia yang sedang berlangsung di Afrika Selatan…..

Sehari sebelum peristiwa ini berlaku pula keadaan yang serupa dan panas dalam Mesyuarat Agung Pemuda Bahagian Kota Raja. Perwakilan Pemuda mahukan Ketua Pemuda Negeri Selangor iaitu Suhaimi Ghazali ditukarkan kerana langsung tidak efektif dan gagal membawa mood dan momentum menyerang kerajaan Pakatan.

Sekalung tahniah kepada Ketua UMNO Bahagian Kota Raja Hj Ir Kamaruzaman Johari diatas ucapannya yang ofensif keatas Pakatan Kota Raja. Beliau berjaya mengkritik secara fakta dan bernas dimana memberikan kesan kepada PAS Kota Raja untuk menjawab seperti yang disiarkan dalam salah sebuah laman blog pro Pakatan, klik sini.

Sekiranya kata kata dan kenyataan seseorang itu tidak bernas sudah pasti pihak yang dikritik akan berdiam diri dan itulah tanda ianya tidak memberikan apa apa kesan langsung.

Tetapi apabila pihak PAS Kota Raja perlu menjawab seperti yang dinyatakan diatas tadi, maka Ketua UMNO Bahagian Kota Raja telah berjaya mencuit sehingga mereka melatah…, Syabas sekali lagi kepada Kamaruzaman Johari.
Acara membakar surat khabar rasmi PKR oleh UMNO Kota Raja juga dilihat suatu tindakan yang ofensif dan memperlihatkan mereka serius untuk bertarung dan merampas kembali kesemua kerusi dalam Parlimen Kota Raja dalam PRU ke 13 nanti.

Saturday, June 26, 2010

Friday, June 25, 2010

Sebenarnya Azmin Ali KECEWA Gagal Dapat Projek PKNS…?


Terhangat di pasaran..!

Kisah perang saudara diantara Khalid Lembu Gagap vs Azmin Ali mewarnai portal dan beberapa laman web mutakhir ini.

Gempar juga apabila ada laporan mengatakan ujud sebuah team penyokong Azmin dikalangan wakil rakyat PKR yang sebenarnya tidak senang dengan Khalid Lembu Gagap, mereka mahukan jawatan MB Selangor itu diberikan kepada orang lain….

Tetapi…, tahukah anda bahawa sebab musabab disebalik semua kekecohan ini bermula dari rasa kecewa Azmin Ali setelah gagal untuk “mengkayakan kroni kroninya” dalam sebuah projek PKNS yang dijalankan dikawasan parlimen Gombak..??

Projek pembangunan semula DATUM JELATEK bernilai RM1.2 bilion [Utusan Msia pernah melaporkan, klik sini] menjadi idaman Azmin Ali sebagai “investment” untuk beliau “cukup simpanan” menghadapi pemilihan parti PKR merebut jawatan Timbalan Presiden dan juga “perbelanjaan” untuk mempertahankan kerusi Parlimen Gombak pada PRU ke 13 nanti…

Azmin Ali berusaha mahu memberikan projek tersebut kepada beberapa syarikat “pilihannya” kerana komisyennya sahaja boleh mencecah RM6 juta, amaun yang cukup untuk “berkempen” jawatan Timbalan Presiden PKR dan Parlimen Gombak pada PRU ke 13!

Si Bangsat Anwar lebih memihak kepada Khalid Lembu Gagap kerana beliau yakin MB Selangor ini mampu membawa kejayaan kepada PKNS kerana sebelum ini Khalid pernah membuktikan kejayaan cemerlangnya bersama Guthrie. Tambah meyakinkan Si Bangsat Anwar ini apabila Khalid Lembu Gagap menjanjikan keuntungan besar projek DATUM JELATEK adalah untuk “kantung parti” berbanding dengan rancangan Azmin yang mahukan untuk “kantung peribadi”.

Ini membuatkan Azmin Ali fed up kerana sebagai Pengarah PKNS dan Naib Presiden PKR beliau gagal untuk mencapai hasratnya untuk “persiapan” menghadapi pemilihan parti PKR dan PRU ke 13.

Walaupun ADUN Bukit Antarabangsa ini sentiasa mendapat first hand information mengenai peluang projek mega PKNS memandangkan Acting General Manager dan beberapa management staff di PKNS Engeineering adalah “budak budak Azmin”, namun kuasa mutlak seorang MB yang dimiliki oleh Khalid Lembu Gagap tak mampu digugat oleh Azmin….

Sekian ulasan yang dibuat daripada penulisan sahabat blogger kita, klik sini.

Yb Sri Muda Mahu Khalid Lembu Gagap Ditukarkan….?

Kalau tak ada angin masakan pohon bergoyang…., hari ini beberapa Ahli Parlimen menafikan laporan M Star Online semalam bahawa sudah ada “gerombolan” dikalangan wakil rakyat PKR yang sedang melancarkan strategi untuk jatuhkan Khalid Lembu Gagap dan disingkirkan dari jawatan Menteri Besar Selangor.

Tetapi belainan pula dengan wakil rakyat ADUN Sri Muda…..

Yb Shuhaimi Shafie apabila diajukan soalan berkaitan isu ini oleh wartawan, beliau menjawab “ ….tak salah jika mahu menukar Menteri Besar. Perdana Menteri pun sudah bertukar, jadi kenapa tidak…?

Untuk bacaan kenyataan tersebut, sila klik sini.

Thursday, June 24, 2010

AZMIN vs KHALID – Inilah Wajah2 Penyokong Azmin Mahukan Khalid OUT..!!!

AHLI PARLIMEN PKR MENYOKONG AZMIN
Teluk Kemang ~ Datuk Kamarul Baharin Abas, Kuala Langat ~ Abdullah Sani

Ampang ~ Zuraidah Kamaruddin, Sg Petani ~ Johari Abdul, Kuantan ~ Fuziah Salleh, Balik Pulau ~ Yusmadi Yusoff

Kapar ~ S Manikavasagam, Subang ~ R Sivarasa, Indera Mahkota ~ Azan Ismail, Merbok ~ Dato Abdul Rashid Din

Tanah Merah ~ Amran Ghani, Kuala Kedah ~ Ahmad Bin Kassim, Ketereh ~ Aziz Ab Kadir, Kelana Jaya ~ Gwo-Burne Loh


ADUN SELANGOR MENYOKONG AZMIN
Sri Muda ~ Shuhaimi Shafie, Batu Caves ~ Amiruddin Shaari

Kajang ~ Lee Kim Sin, Seri Setia ~ Nik Nazmi Nik Ahmad, Taman Medan ~ Hanizah Talha


Hari ini M-Star Online melaporkan bahawa sudah “ditubuhkan” team yang menyokong penuh Azmin Ali untuk “bergusti” dengan Khalid Lembu Gagap…. Klik sini.

Sudah semakin parah dan krisis kepimpinan PKR Selangor!

Sungguh bertuah nasib UMNO Selangor…., walaupun mereka sedang asyik tidur dan bila terjaga sibuk pula hendak menonton World Cup, tiba tiba bulan jatuh ke riba! PKR Selangor semakin goyah…., menunggu untuk rebah!

Wednesday, June 23, 2010

Dato Nalla & MIUP Akan Bawa SINAR Kepada Kaum India

Lambaian Seorang Pemimpin…. Aksi Dato Nalla Selepas Diumumkan Kekal Sebagai PRESIDEN MIUP, Beliau Menang Tanpa Bertanding.


Pada hari Ahad 20 Jun 2010 bertempat di Johor Bahru, Parti India Bersatu Malaysia ~ Malaysian Indian United Party [MIUP] telah berjaya menjayakan Mesyuarat Agung Kali Pertama mereka.

Yb Datuk Seri Tengku Adnan Bin Tengku Mansur, Setiausaha Agung Barisan Nasional telah melaksanakan upacara perasmian Mesyuarat Agung tersebut.

Turut hadir sebagai tetamu kehormat adalah Yb Datuk Hamzah Zainudin, Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia, Yb Senator Ezam Mohd Nor Ahli Dewan Undangan Negara dan beberapa pimpinan komponen BN dari negeri Johor.

Presiden MIUP, Dato S Nallakaruppan memilih Johor sebagai simbolik kepada perjuangan parti UMNO yang juga memulakan langkah mereka di negeri yang sama sewaktu era Onn Jaafar.

“ Bermula di Johor pagi ini dan seterusnya MIUP akan berusaha menjelajah keseluruh negara bagi menggerakkan jentera di kalangan rakyat terutamanya masyarakat kaum India agar bersatu dibawah naungan kerajaan Barisan Nasional…” demikianlah kata Dato Nalla sewaktu membuka ucapannya.

Manakala dalam ucapan perasmian Yb Datuk Seri Tengku Adnan pula beliau menyatakan akan membawa dan menyampaikan hasrat MIUP kepada YAB Perdana Menteri Datuk Sri Najib untuk secara rasminya MIUP berada didalam gabungan komponen Barisan Nasional.

Sebelum upacara perasmian, para hadirin yang terdiri dari tetamu VIP dan perwakilan seluruh negara MIUP telah disajikan dengan persembahan video perjuangan Dato Nalla dalam politik, dimana terbukti beliau sudah lama menabur bakti membantu BN dalam pe;bagai program rakyat dan kemasyarakatan.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Ajk dan Sekreteriat MIUP yang berjaya menghimpunkan hampir 1,000 perwakilan dan pemerhati parti mereka dari seluruh negara.

Dalam ketika ini apabila sebuah parti “usang” yang mewakili kaum India iaitu MIC sedang bermasalah setelah baru baru ini Samy Vellu ditentang hebat oleh bekas pimpinan parti itu dengan melancarkarkan GAS [Gerakan Anti Samy], kini dilihat ada sebuah lagi parti seperti MIUP seharusnya menjadi “vehicle” untuk mengembalikan sokongan kaum India memperkukuhkan BN…

Rakaman Majlis Perasmian Mesyuarat Agung MIUP 2010
Majlis dimulakan dengan menyanyikan lagu kebangsaan Negaraku.

Dato Nalla menyampaikan kata kata aluannya

Presiden MIUP menyampaikan cenderahati kepada Yb Datuk Seri Tengku Adnan setelah dikalungkan Bunga Malai dan Ponnadai

Ucapan Perasmian Oleh Yb Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansur, Setiausaha Agung Barisan Nasional

Tetamu tetamu VIP memberikan sepenuh perhatian kepada isi kandungan ucapan Yb Datuk Seri Tengku Adnan….

Yb Datuk Hamzah Zainuddin membantu Yb Tengku Adnan untuk menyalakan Kuttu Vilaku sebagai salah satu upacara tradisi majlis perasmian kaum India, turut bersama disebelah Dato Nalla adalah isteri beliau Datin Viji dan Senator Ezam.

Dato Nalla bagi pihak MIUP menyerahkan Memorandum kepada Setiausaha Agung Barisan Nasional
Berakhir sudah majlis perasmian Mesyuarat Agung MIUP, inilah dia semangat SATU Malaysia….
Sidang Media Dato Nalla bersama wartawan media cetak dan tv yang hadir pagi itu…

Persidangan MIUP bermula, Pengerusi Tetap mempengerusikan mesyuarat

Pembentangan Laporan Aktiviti Tahunan Oleh Setiausaha Agung MIUP
Presiden MIUP, Dato Nalla bersama sama dengan pimpinan MIUP yang dipilih oleh perwakilan

Penghargaan kalungan Bunga Malai dan Ponnadai kepada N Selva, Pengarah Persembahan Video Khas Dato Nalla.
Cenderahati daripada Presiden MIUP, Dato Nalla kepada Kordinator Majlis Perasmian Mesyuarat Agung MIUP 2010

Ucapan Penggulungan dan Penangguhan Dato Nalla Presiden MIUP

Khalid Lembu Gagap Pilih Wanita Masih SOLO Gantikan Nik Nazmi Yang Dipecat Kerana TAK Hensem….

Sedang kita memperkatakan bahawa ada berlaku leadership crisis dalam Pakatan Pembangkang, MB Selangor membuat rombakannya mendahului rombakan PKR yang bakal diumumkan oleh Setiausaha Agung, Yb Saifuddin Nasution hujung minggu ini nanti.

Khalid Lembu Gagap menambah koleksi wanita dalam senarai pasukannya setelah bermanja mesra dengan Eli Bogel Wong, Terasa COCK, Roziah 375k dan Dr Halimah. Empat wanita dalam Exco kerajaan negeri tidak mencukupi buat Khalid Lembu Gagap ini, maka ditambah seorang lagi wanita yang masih SOLO berusia 45 tahun anak jati Sijangkang negeri Selangor….
Faekah Husin adalah Setiausaha Politik kepada Presiden PKR, Dr Wan Azizah. Faekah adalah seorang peguam yang memiliki syarikat guamannya sendiri di bandar Klang atas nama Faekah & Chong.
Wanita bertubuh kecil dan genit yang berjaya dalam kariernya ini masih belum berumahtangga dan menjadi orang paling dipercayai oleh Wan Azizah sejak tahun 1998.

Atas dasar apa Khalid Lembu Gagap sanggup berkongsi Setpol dengan Wan Azizah..? Sedangkan masih ramai lagi pimpinan yang ada dalam Perhubungan PKR Selangor, bahkan Ketua AMK Selangor dilihat semenjak dari dulu lagi mengadu “tak ada peluang” untuk berkhidmat dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor…! Setiap kali Blogmaster bertemu dengan Ketua AMK Selangor beliau akan terus bersungut masih belum dalam apa apa lantikan dalam mana mana GLC kerajaan Khalid Lembu Gagap.

Apakah pemecatan Nik Nazmi ini setelah Khalid Lembu Gagap berang apabila kertas dokumen kecurian pasir “hilang” dari pejabat MB..?

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Azmin Ali adalah orang yang membawa masuk Nik Nazmi untuk bekerja di pejabat Anwar sebelum Selangor dirampas oleh kerajaan Pakatan Pembangkang… Oleh itu apabila Nik Nazmi diberikan jawatan sebagai Setpol kepada MB maka anak muda ini sebenarnya adalah mata dan telinga kepada Azmin Ali. Mungkin itulah sebabnya Khalid Lembu Gagap sudah tak tahan lagi maka terpaksa “get rid off this guy”, lalu Nik Nazmi pun dipecat secara terhormat….

Maksud dipecat secara terhormat kerana Nik Nazmi akan mengambil alih jawatan Pengarah Corporate Affairs di Ibupejabat pusat PKR, menggantikan Johnson Chong. Semenjak pembongkaran Datuk Seri Zaharin menceritakan bahawa Si Bangsat Anwar “gatal mulut” memberitahu bahawa beliau sendiri pernah menonton video lucah aksi ice cream Eli Wong, hubungan Khalid – Anwar diberitakan semakin renggang!

Inilah kali kedua Faekah Husin dilibatkan dengan PKR Selangor. Kali pertama dahulu pada 27 Februari 2007 apabila beliau dilantik sebagai Setiausaha kedua membantu Setiausaha Perhubungan Negeri Selangor PKR ketika itu Mohd Nazmi Rosli yang sekarang ini sudah bersama dengan UMNO.

Tuesday, June 22, 2010

UMNO Selangor Sibuk Menonton World Cup…., Tak Ada Masa Hendak Serang Kerajaan Pakatan!

Owhh..! Sungguh kesiannya melihat nasib YAB Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak. Beliau sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor terpaksa pergi ke Bagan Datoh untuk berpesan kepada pemimpin UMNO Selangor untuk lebih “offensive” keatas Pembangkang…..

Walaupun Perak sudah dirampas semula oleh BN tetapi melihatkan trend dan porla undi kaum Cina lebih lebih lagi apa yang berlaku di Hulu Selangor dan Sibu, maka kebarangkalian untuk DAP merampas semula kerajaan Perak tidaklah mustahil…..

Dalam ucapan perasmian Presiden UMNO ketika merasmikan Mesyuarat Agung UMNO Bahagian Bagan Datoh, Najib cuba memupuk semangat menyerang agar Pembangkang tidak berpeluang untuk merampas kembali tahta MB negeri seladang itu….

Tetapi diwaktu yang sama pesanan PM itu seharusnya diambil serius oleh Perhubungan UMNO Selangor yang terus tiduuurrr……, sekarang sambil berbaring baringan menonton World Cup!

Sehinggakan terlupa untuk menyerang walaupun pelbagai bola tanggung diberikan dan lauk pauk yang disajikan untuk UMNO meratah ratah Si Bangsat Anwar, Khalid Lembu Gagap dan rakan rakan mereka…..

Apabila Si Bangsat Anwar naik berang lalu biadap terhadap seorang wartawan ketika sidang media, UMNO diam…, tidurr…! Padahal inilah peluang terbaik untuk terus serang Penasihat Ekonomi Selangor itu kerana beliau berbohong mengatakan ada bukti wakil rakyat PKR dibayar RM 2 juta untuk tinggalkan kapal PKR yang sedang karam…

Apabila Elizabeth Bogel Wong tidak menafikan beliau terlibat dengan video ice cream sepertimana yang didedahkan oleh Datuk Seri Zaharin, UMNO Selangor diam…, tiduuurrr…. hhmmm enaakkknya! Maka terpaksalah seorang sahabat Blogger GAP pula mencabar ADUN Bukit Lanjan untuk saman Si Bangsat Anwar sekiranya video tersebut tidak ujud! Klik sini.

Seorang lagi sahabat Blogger pula iaitu Rbf bertindak “membela” Datuk Seri Najib untuk menamakan kucingnya sebagai “Eli Pussy” [klik sini] setelah PM diserang oleh ADUN Teratai yang mencadangkan nama orang yang sudah mati secara “kontrovesi” seperti Altantuya, Teoh Beng Hock, Kugan dan Aminulrasyid untuk diberikan kepada kucing milik Najib. Suatu penghinaan secara terbuka kepada pemimpin nombor satu kita, sayang sekali UMNO Selangor hanya tahu diam…, dan tidduuurrrr…..!!! Oopss lupa, UMNO Selangor sibuk nak menonton World Cup lah, ssyyyyhhh jangan gangguu…. Mereka tak punya masa menyerang Pembangkang!

Beginilah nasib rakyat Selangor yang sudah tidak boleh menerima cara pemerintahan Khalid Lembu Gagap yang mentadbir kerajaan DAP di Selangor…., nampak gayanya ramalan Tun Daim tak akan berjaya sebab UMNO Selangor hanya tahu berpeluk tubuh!

Thursday, June 17, 2010

GEMPAR! Si Bangsat Anwar Kata Pernah Tonton Video Seks Elizabeth Wong..

Bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang yang juga Ahli Parlimen Bayan Baru, Yb Datuk Seri Zaharin Hashim, sekali lagi membuka tembelang Si Bangsat Anwar dalam sidang parlimen semalam...

Kali ini, Datuk Seri Zaharin menceritakan bagaimana Si Bangsat Anwar pernah memberitahu beberapa Ahli Parlimen PKR bahawa Exco Kerajaan Negeri Selangor Elizabeth Wong mesti meletakkan jawatannya kerana berdepan dengan masalah moral.

"Shes morally unfit to be an exco and state assemblyperson, she must resign.." kata Si Bangsat Anwar apabila kecoh isu gambar gambar bogel Elizabeth bermain dalam alam siber tak lama dulu.

Apabila ditanya oleh beberapa rakan Ahli Parlimen PKR apakah Si Bangsat Anwar yakin bahawa Elizabeth tidak difitnah kerana besar kemungkinan gambar gambar yang sedang berlegar itu palsu dan hanyalah super imposed..?

Alangkah terkejutnya kesemua Ahli Parlimen PKR yang berada bersama Anwar ketika itu apabila Si Bangsat Anwar "mengaku" bahawa beliau 'sudah pun' menonton video klip adegan jijik Elizabeth bersama pasangannya..!!!

Tambah memeranjatkan lagi apabila Si Bangsat Anwar dengan selamba menyatakan beliau dah menonton aksi Elizabeth Wong "ice cream", mmmmmhhhh..!!!!!!

Demikianlah kisahnya yang diceritakan oleh Yb Datuk Seri Zaharin yang sudah pun meninggalkan kapal karam PKR....

" Masa Anwar cerita tu bukan I sorang dengar, ada lagi Yb Yb lain, Zul Nordin pun ada, Datuk Kamarul Baharin sama Johari Abdul pun ada sekali..." tambah Datuk Seri Zaharin.


Patutlah Khalid Lembu Gagap bukan main sayang terhadap Eli Bogel..., sehinggakan tak mahu mengizinkan Yb Bukit Lanjan itu letak jawatan..! Agak agaknya Si Bangsat Anwar dah maklumkan kepada Khalid Lembu Gagap bahawa Eli pandai ice cream.., mmmmhhhh...!!!!

Si Bangsat Anwar BAPAK Kepada Lesen Judi


Berita Astro Awani menyiarkan sidang media bekas Pengarah Syarikat Magnum Corporation, Dato Nallakaruppan tengahari semalam.

Dalam sidang media tersebut, Dato Nalla menyatakan bahawa Si Bangsat Anwar TAK layak untuk memberikan sebarang komen negatif terhadap keputusan kerajaan meluluskan lesen Sports Betting kepada rakayat yang bukan beragama islam.

Sewaktu Si Bangsat Anwar menjadi Menteri Kewangan dan juga Timbalan Perdana Menteri, beliau "menghalalkan" dirinya untuk mengguna dan menikmati segala kemudahan yang boleh diperolehi dari Magnum Corporation.

Untuk menonton klip video berita Astro Awani, klik sini.

Ulasan sidang media oleh Utusan Malaysia, klik sini.

Sahabat blogger, Dr Novandri juga membuat ulasan beliau, klik sini.

Friday, June 11, 2010

Kenapa UMNO Sgor TAK Berminat Rampas Semula Selangor…?

Istilah dan makna perkataan “mati pucuk” lebih mentafsirkan ketidakupayaan tenaga dalaman atau tenaga bathin untuk menzahirkan kekuatannya…

Muqadimah yang sinis tetapi memiliki makna yang tersirat disebalik apa yang tersurat. Bukanlah suatu ‘genre’ yang tidak bersesuaian dengan posting diblog Medan Info Kita kali ini, hanya sebagai pembuka bicara untuk sebuah penulisan yang kritis.

Pada salah satu konsert Akedemi Fantasia Musim ke 3, sebaik sahaja Mawi selesai membuat persembahan, seperti biasa tiba giliran tiga orang yang terlibat dalam industri berkarya untuk memberikan komen persembahan. Bila tiba giliran penyanyi Syafinas memberikan kritikan, beliau akan diejek oleh gelombang Tsumawi yang kuat menyokong anak jawa dari negeri Johor ketika itu… Sesuatu yang terpahat dalam ingatan apabila Syafinas bertanya kepada Mawi “ nak dengar komen yang jujur atau pun nak dengar komen yang menyedapkan hati..?”.

Nah! Kali ini Medan Info Kita sekali lagi mahu memberikan wake up call kepada UMNO Selangor bahawa tugas dan tanggungjawab untuk merampas kerajaan negeri Selangor dari tangan Theresa Ketuk Ketampi Kok, Ronnie Beer Liu, Elizabeth Bogel Wong dan Xavier Masjid Ar Rahimiah bukanlah kerja enteng jika political environment di negeri ini masih ditakuk lama..! Belum ada sinar cahaya yang menampakkan bibit bibit kemenangan yang diharap harapkan.

Blog ini juga pernah “menghentam” UMNO Selangor suatu masa dahulu atas tajuk “BN-UMNO Selangor Lenaaa…” boleh klik sini dan juga klik sini. Natijahnya Blogmaster menerima beberapa sms dan juga panggilan telefon, ada yang menyokong dan tidak kurang juga yang “memohon” agar tidak mengkritik pimpinan UMNO Selangor yang lesu dan tidak bermaya….

Harus diingat dan kita perlu hadamkan sebaik baiknya bahawa kemenangan Pakatan Pembangkang yang akhirnya mendokong Khalid Lembu Gagap sebagai ketua kerajaan negeri Selangor bukanlah berpunca daripada kekuatan mereka. Tsunami PRU 2008 sebenarnya adalah hasil “kemarahan rakyat” kepada kerajaan Tun Abdullah Badawi yang dilihat membiarkan anak dan menantunya menjadi pentadbir kerajaan dibelakang tabir rasmi Barisan Nasional. Terlalu banyak wrong decision ketika itu mendorong rakyat menghukum BN sewaktu peluang terhidang dalam proses pembuangan undi 8 Mac 2008, tidak dinafikan juga bahawa ada pemimpin BN sendiri tidak mengundi calon BN kerana “mahu mengajar” Pak Lah and The Family!

“ Kita ingat nak tangkap tikus, tapi dapat bunuh gajah…, ha ha haa rezeki nak mai sapa nak jangka…” itulah kata kata Mahfuz Omar memberikan respon dalam perbualan telefon sewaktu Blogmaster menghubunginya mengucapkan tahniah diatas kejayaan memenangi kerusi Parlimen Pokok Sena.

Hari ini di Selangor, juak juak murahan Pakatan Pembangkang semakin enak “enjoy” dan berseronok tanpa menghiraukan kemungkinan atau kebarangkalian bagi mereka menyerahkan semula tahta kerajaan negeri kepada UMNO-BN.

Lihatlah dibawah ini petikan tajuk berita dari beberapa pimpinan UMNO Selangor yang pernah disiarkan sewaktu mereka secara bangang dan bahalol memberikan respon apabila sudah ada penulis penulis blog yang “masih sayangkan” UMNO-BN menyatakan bahawa tidak ada hawa nafsu daripada anak buah Datuk Seri Najib mahu menumpaskan kerajaan Khalid Lembu Gagap….

Apakah pimpinan UMNO-BN di Selangor ini mudah leka dibuai mimpi apabila mula meraih kejayaan walaupun sekecil zarah…? Maksudnya disini ialah sebaik sahaja UMNO menang di pilihanraya kecil Bagan Pinang, sudah kelihatan beberapa kerat pemimpin UMNO jalan mendongak ke langit….

Kemudian “menang nasib” pula di pilihanraya kecil Hulu Selangor sudah juga dikhabarkan mereka semakin bongkak dan tiba tiba yakin bahawa Selangor dah dalam genggaman… Padahal jika diperhalusi keputusan tersebut, undi kaum cina bukan lagi milik BN. Ini sangatlah merbahaya kerana di Selangor taburan komposisi penduduk lebih memihak kepada “mixed races occupant” dikebanyakkan tempat….

Strategi UMNO Selangor yang mahu “tumpukan sepenuhnya” kepada 30 kerusi DUN yang bakal ditandingi oleh calon UMNO pada PRU ke 13 nanti bagi memenangi kerajaan Selangor sebenarnya adalah sesuatu yang disifatkan sebagai misi “either or” dimana jika ianya berjaya, maka Khalid Lembu Gagap akan menyerahkan semula negeri terkaya ini kepada UMNO-BN.

Tetapi….! Sekiranya ada beberapa kerusi yang ditandingi oleh PAS ataupun calon melayu PKR gagal disondol oleh calon calon UMNO, natijahnya Khalid Lembu Gagap akan kekal sekali lagi menjadi MB Selangor dan harga yang perlu dibayar oleh UMNO Selangor adalah “tidak mustahil MCA, MIC, Gerakan dan PPP Selangor akan membawa usul untuk tinggalkan BN dan menyertai Pakatan Anwar – Kit Siang – Haji Hadi..”

Nik Aziz dalam ucaptama Muktamar PAS semalam ada berpesan kepada “pengikut pengikutnya” supaya jangan terlalu leka dengan kelemahan UMNO…. Hah! Begitu entengnya UMNO sudah dilabelkan lemah..!

Lemah bukan bererti ganas…! PRK Hulu Selangor sememangnya tak dinafikan jentera UMNO benar benar kerja kuat seolah olah yang bertanding ketika itu bukannya calon MIC, ini jelas terserlah apabila jentera MIC sendiri gagal berfungsi dengan baik tak terdaya menyaingi kehebatan petugas petugas UMNO. Lemah boleh membawa maksud kegagalan UMNO untuk menguasai keseluruhan undi undi dan sokongan semua kaum terutamanya kaum cina yang semakin tak berselera mahu mengundi lambang BN….

Walaupun keputusan survey oleh Merdeka Review beberapa hari lepas menyatakan bahawa sokongan terhadap Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib semakin improved tetapi peratusan dari kaum cina masih belum boleh memberikan jaminan kemenangan BN jika masuk ke gelanggang yang bukan majoriti besar pengundi melayu… begitu juga harus diingat bahawa survey tersebut “milik sepenuhnya Najib secara individu” bukannya untuk UMNO secara keseluruhan.., sudah pastinya juga bukan untuk UMNO Selangor!

Apabila sangkakala PRU ke 13 sudah ditiupkan, parlimen sudah dibubarkan, setiap pemimpin UMNO-BN perlu menjadi independent ditempat pertarungan masing masing dan kemunculan Datuk Seri Najib untuk bertemu pengundi TIDAK ADA dalam jadual berkempen setiap calon dari UMNO-BN di Selangor…

Ini amat berbeza pula dengan nasib calon calon PKR kerana tidak mustahil Si Bangsat Anwar punyai waktu memandangkan beliau hanya tumpukan untuk membantu beberapa calonnya di Selangor dan Pulau Pinang… Sudah pasti Si Bangsat Anwar tidak perlu ambil pusing peluang dibeberapa negeri yang tidak berpotensi seperti Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang.

Sehingga ke hari ini, tidak kesemua 22 Bahagian UMNO dalam Selangor berjaya melahirkan momentum kebangkitan rakyat untuk menolak kerajaan Pakatan Pembangkang.

Walaupun sudah menjadi kerajaan di Selangor, namun program ceramah umum untuk mendekati rakyat lebih dikuasai oleh PAS, PKR dan DAP. UMNO pula menganjurkan program bersama ahli ahlinya yang sudah gerenti taat setia serta tawaduk kepada lambang BN…., aktiviti syok sendiri kerana tidak ada pengundi yang bukan ahli UMNO-BN hadir dan berminat untuk menghadiri program sebegini!

Di Selangor, UMNO tidak pernah dililihat bekerja sebagai pembangkang dan masih mengelamun mengamalkan sikap “tidak apa attitude”.

Demonstrasi di Masjid Shah Alam untuk membantah kenyataan Zaid Ibrahim yang biadap terhadap perintah Sultan Selangor gagal…., tidak lebih dari 20 orang yang hadir!

Isu UMNO-APCO tidak pernah dijawab oleh UMNO Selangor. Mungkin ada yang membuat kenyataan balas diakhbar, tetapi tidak ada sesi penerangan seperti ceramah umum menjelajah kesetiap bahagian dianjurkan oleh UMNO Selangor. Berbeza dengan PAS, PKR dan DAP yang “berpesta” dengan ceramah mendekati pengundi seluruh Selangor, akhirnyaaaa…. UMNO kekal dilabelkan UMNO-APCO.

UMNO Selangor juga gagal menjelaskan isu lesen judi bola yang sedang digunakan oleh Pakatan dan sudah semakin rancak beberapa siri ceramah mereka menguasai negeri Selangor ini…. Gambar Datuk Seri Najib dipersendakan sebagai bapak kepada aktiviti judi yang menjadi hiasan blog pro Pakatan tidak mendapat pembelaan langsung dari pemimpin UMNO Selangor..! Mereka lebih sibuk untuk minum di coffee house, memilih waktu tee off yang sesuai untuk beriadah, membawa keluarga bercuti menaiki pesawat kerana destinasi peranginan yang agak jauh…., dan pelbagai lagi rutin hidup kelas atasan budaya UMNO!

Sudah semakin banyak kain rentang banner dari juak juak Pakatan menyatakan protes terhadap kelulusan judi bola. UMNO Selangor buat apa….??
Alangkah girangnya dan seronoknya hati Datuk Seri Najib sekiranya UMNO Selangor pun turut sama berpesta disetiap 22 Bahagian menaikkan banner berbunyi begini…;

“ RAKYAT SELANGOR MEMBANTAH RUMAH RUMAH URUT SEMAKIN BANYAK..”
‘RAKYAT SELANGOR MAHU SINDIKET CURI PASIR DIHENTIKAN..!’

“MB SELANGOR MUNGKIR JANJI KEBAWAH DULI TUANKU SULTAN, PENDAPATAN HASIL JUALAN PASIR NEGERI SELANGOR GAGAL..”

“ TITAH SULTAN RAKYAT SELANGOR JUNJUNG, MASJID BUKAN TEMPAT BERPOLITIK, DAULAT TUANKU..”

“ RAKYAT SELANGOR MAHU SEKATAN JUALAN ARAK DIKUATKUASAKAN ..”



Kesemua tindakan seperti ini sebenarnya adalah mekanisme untuk memberikan public awareness bahawa kerajaan Pakatan dipimpin oleh DAP yang menggunakan Khalid Lembu Gagap sebagai MB dan mereka dengan penuh berahi menunggang PAS sebagai barua bukanlah satu kerajaan yang benar benar telus dan selama ini menipu rakyat Selangor.

Alangkah bertuahnya nasib Khalid Lembu Gagap, Theresa Ketuk Ketampi Kok, Ronnie Beer Liu, Elizabeth Bogel Wong dan lain lain apabila hampir kesemua pemimpin UMNO-BN Selangor seperti tidak ada gigi untuk menggigit dan hanya memiliki suara halus itik serati untuk mengaum, langsung tak menggerunkan musibat musibat lahanat pemimpin Pakatan..!

Kekuatan UMNO Selangor seharusnya dimainkan dengan berkesan oleh dua watak yang menjadi tunjang dan nadi mereka. Kedua duanya adalah Ketua Penerangan dan Ketua Pergerakan Pemuda. Malang sekali…! Oh sayang seribu kali sayang…! Kedua duanya bukan sahaja gagal tetapi boleh tergolong dalam kategori hancusss..!

Dalam peperangan politik, sebaran maklumat merupakan perkara yang teramat penting. Rakyat perlu diberitahu dan mendapat maklumat secara live. Pakatan Pembangkang boleh dikira berjaya memburukkan imej beberapa media seperti TV3, RTM, Utusan Malaysia dan Berita Harian. Oleh itu pengundi yang bebas dari lingkaran kepartian atau lebih dikenali sebagai pengundi atas pagar tidak pernah bergantung harap dengan media yang disebutkan diatas tadi bagi mendapatkan info ‘current political situation ‘.

Itulah sebabnya di Selangor, pihak PAS, PKR dan DAP masih lagi menggunakan ceramah umum sebagai satu mekanisme mendekati rakyat. Mereka jauh lebih memahami konsep Rakyat Didahulukan yang diilhamkan oleh PM kita, dan kelihatan pemimpin UMNO Selangor masih tidak faham konsep tersebut!
Iya, mungkin apa yang pemimpin UMNO Selangor faham ialah mengadakan program yang perlukan belanja besar untuk rakyat tetapi pada hakikatnya yang hadir hanyalah ahli ahli UMNO sahaja dan beberapa kerat diantara mereka pula berpeluang “buat duit” dan kaut untung kerana “tolong menganjurkan” program tersebut, dalam erti kata yang lebih sinis, “ada mahsyuuks..”

Walaupun sudah semakin membukit isu isu panas yang mampu merobek keutuhan kerajaan Pakatan di Selangor, namun disebabkan UMNO Selangor tidak bernafsu untuk merangka serangan merampas kembali negeri terkaya ini maka segala galanya terbiar begitu sahaja…. Yang untungnya adalah Khalid Lembu Gagap dan kawan kawannya.

Isu terkini yang dibawa oleh Ahli Parlimen Kapar tidak berjaya menaikkan nafsu syahwat pemimpin UMNO Selangor!

Pengakuan ikhlas dari seorang sahabat pimpinan PKR “kalaulah isu pasir ini isu BN.., dapat pulak kat kami dari PKR, lunyai kami kerjakan …” katanya sambil disambut hilai ketawa.

Ada pula sahabat dalam UMNO mengatakan bahawa isu panas ini tidak dapat dimainkan dengan baik kerana ramai pemimpin UMNO pun dua kali lima..! Mana berani hendak bicara mengenai rasuah?

“tengoklah live style mereka. Dah jadi pembangkang tapi masih mewah, boleh drive Alphard, Mercz, Harrier, BMW, Murano…” tegur sahabat tadi.

Kini masuk bab Pemuda. Memang sah, nyata dan jelas bahawa Pemuda UMNO Selangor langsung tidak digeruni. Apakah Khairy Jamaluddin membuat satu kesilapan yang besar melantik Suhaimi Ghazali sebagai benteng paling kanan parti melayu negeri Selangor ini..?

Suhaimi Ghazali dikatakan gagal untuk mendapat sokongan kesemua 22 Ketua Pemuda Bahagian. Diberitakan sewaktu mesyuarat pemuda negeri sedang dijalankan, ada beberapa Ketua Pemuda Bahagian yang bercakap sesama sendiri dan ada yang lebih fokus bermain sms atau game dihandphone mereka tanpa memperdulikan Ketua Pemuda Negeri mempengerusikan sesuatu perbincangan.

“ Masalah besar Suhaimi dia nie dikuasai sepenuhnya oleh Haji Leman. Suhaimi lantik Haji Leman sebagai Setiausaha Kerja tapi usia Leman dah expired! Dah lebih 40 tahun… Dalam meeting Haji Leman yang banyak bercakap bukannya Suhaimi..” jelas salah seorang Pemuda Bahagian kepada Blogmaster baru baru ini.

Inilah masalah kronik yang melanda UMNO Selangor. Mereka masih lagi belum mampu menyelesaikan masalah dalaman sendiri. Bagaimana mungkin mahu berperang dan merampas Selangor dari Pakatan yang dipimpin oleh DAP dan PKR yang menunggang PAS sebagai barua murahan mereka..??

Ternyata bahawa pemimpin Pemuda UMNO Selangor ini hanya gilakan jawatan apabila membuat kenyataan paling bangang baru baru ini. Suhaimi bukan sahaja disifatkan sebagai Ketua Pemuda Negeri yang gagal dan hancuss…, namun tindakannya mahu menegur PM kerana tidak melantik Khairy jawatan Menteri atau Timbalan Menteri merupakan suatu tindakan yang BIADAP..! Sehingga ke hari ini belum kelihatan pemuda berjaya menggerunkan pihak Pakatan tetapi sudah mahu bicara mengenai jawatan..! Ada artikel yang menghentam Suhaimi baru baru ini, klik sini.

Sahabat Blogger kita Rbf ada mengulas senario politik di negeri Selangor. Artikel bertajuk “ Perlukah UMNO Selangor Dirombak.?” klik sini.

Masalah kelemahan UMNO Selangor ini turut juga dikongsi oleh Blogger GAP yang menulis “ Pimpinan UMNO Selangor Bankrap Idea..”, klik sini.

Semoga UMNO Selangor akan membawa perubahan dan seterusnya menampakkan bunga bunga kemenangan untuk merampas kembali kerajaan dinegeri yang terkaya dalam negara kita ini….

Bangunlah….! Jangan Tidur Lagi…

Tuesday, June 8, 2010

Bangsat Anwar..! Ada Orang Kuat PAS Boleh "Jelas"kan Isu Judi Bola….

Memang licik sungguh Si Bangsat Anwar memanupulasikan isu sensasi tanahair…, bijak bijaaaakk!

Menjelang PRK Parlimen Hulu Selangor Anwar mengarahkan barua barua murahannya berkokok UMNO-APCO dalam Parlimen dan cuba pula sedaya upaya membawa modal itu untuk meliwat fikiran pengundi melayu Hulu Selangor tetapi gagal apabila rakyat lebih “jijik” untuk mengangkat “kaki botol” Zaid Ibrahim sebagai pilihan mereka….

Apabila perbicaraan kes liwat Saiful kembali, barua barua Anwar segera berusaha mensensasikan kisah Judi Bola, mahu melabelkan kerajaan Datuk Seri Najib “halalkan” lesen judi…

Wah bukan main seronoknya barua barua murahan Si Bangsat Anwar terutamanya dari PAS. Berahinya mereka bukan kepalang mahu mainkan isu ini dimata rakyat, pelbagai usaha seperti demonstrasi mahu dianjurkan oleh mereka. Malah di Lembah Klang sudah timbul beberapa banner dan kain rentang membantah sekeras kerasnya Judi Bola.

Sayang seribu kali sayang…, rupa rupanya ramai barua barua murahan Si Bangsat Anwar dalam PAS tidak tahu siapakah yang sebenarnya dikalangan pemimpin PAS sendiri pernah “menikmati” hasil judi yang semestinya “diaturkan” oleh makhluk paling bangsat dalam dunia bernama Anwar Ibrahim…

Datuk Kamaruddin Jaafar boleh jelaskan dari mana “datang”nya dana untuk membolehkan Institut Kajian Dasar membeli bangunannya sendiri..? Siapakah disebalik tabir sebuah syarikat bernama MAWAR Cempaka Sdn Bhd yang menguruskan pembelian bangunan IKD kini masih tersergam indah dalam bandar elit Kuala Lumpur…?

Bukankah Vincent Tan merupakan “business partner” kepada Datuk Kamaruddin Jaafar semasa Si Bangsat Anwar menguasai Kementerian Kewangan sekitar tahun 1994 – 1998…?

Siapakah yang meluluskan lesen judi “slot machine” untuk Vincent Tan beroperasi di Tropicana Golf Club kalau bukan Anwar sewaktu beliau menjadi Menteri Kewangan…?

Kesian barua barua Anwar dalam PAS, tertipu..! Rupa rupanya Si Bangsat Anwar adalah BAPAK kepada semua perlesenan judi yang sudah bermaharajalela dalam negara ini…

Sahabat blogger GAP juga melaporkan, klik sini.