Memang sial dan badi dah melekat dibadan Menteri Besar Selangor….! Pernah suatu ketika kecoh bila gambar GUA HUTAN TEBAL seorang Exco, Elizabeth Wong disebarkan sehingga kini bila sebut nama Yb tersebut, maka dia lebih dikenali sebagai Yb Eli Bogel ADUN Bukit terLANJANg…..Pada hari Ahad yang lepas, sewaktu berlangsungnya Mesyuarat Agung Pemilihan Cabang PKR Kota Raja, berlaku insiden pergaduhan sehingga ada peristiwa tumbuk menumbuk, tendang menendang, sepak terajang menggunakan besi, kayu dan topi keledar….. Perlu diingat ini adalah pergaduhan sesama sendiri ahli ahli jumud bangang PKR, bukan pergaduhan diantara puak PKR dengan penyokong BN… klik sini.
Dalam kejadian tersebut, satu laporan polis sudah dibuat oleh mangsa bernama S Kottapan. Beliau mencabar dan bertanding jawatan Ketua Cabang Kota Raja menentang Exco Selangor, Xavier Jeyakumar.
Dalam laporan polis tersebut cukup jelas menceritakan bagaimana Xavier hilang kawalan sebagai manusia normal telah berlari menuju kearah Kottapan dan menumbuk, menendangnya berkali kali… Turut dilaporkan juga, anak anak Kottapan telah cedera sehingga ada yang patah tangan. Untuk baca laporan polis tersebut, klik sini.
Liputan meluas sudah diberikan dalam kes ini. Malam tadi Berita TV3, Buletin Utama telah menyiarkan temuramah dengan Kottapan. Beliau secara terbuka menceritakan tingkah laku seorang Exco yang tergamak berkelakuan seperti seorang gangster….
Apakah pihak PDRM hanya akan menerima laporan yang dibuat sahaja..? Apakah sebagai seorang Exco kerajaan negeri Selangor, Xavier kebal disisi undang undang dan tidak boleh ditahan kerana mencederakan orang awam ditempat awam dan menyebabkan berlakunya pergaduhan sehingga ada kanak kanak yang patah tangan…??
Bagi pihak kerajaan negeri pula apakah mereka hanya akan membisu dan tidak bertindak apa apa seperti yang pernah berlaku dalam kes moral Yb Eli Bogel Wong…? Khalid Gagap mesti segera nyatakan pendiriannya dan respon kepada segala peristiwa yang telah diceritakan oleh Kotappan sepertimana yang disiarkan di akhbar Utusan Malaysia hari ini, untuk baca online klik sini.
Sebagai seorang Exco, perlantikan Xavier perlu perkenan DYMM Sultan Selangor dimana ada upacara mengangkat sumpah didepan tuanku….
Inikah tingkah laku seorang Ahli Majlis Kerajaan Negeri…? Boleh berkelakuan seperti samseng dan mempamerkan budaya gangsterisme..???















