Datuk Seri Utama Rais Yatim berjaya menjelaskan dengan baik sejarah penubuhan FELDA..Bertempat di Felda Cempelak Barat, Rais Yatim menghadiri program Kenduri Bersama Rakyat. Walaupun hujan turun dengan lebat, namun ianya tidak mematahkan semangat warga Felda Cempelak untuk hadir menemui pemimpin UMNO.
Amanat Rais yang mahu rakyat hargai "nilai sejarah" dan tidak sesekali mengkhianati jasa jasa negarawan yang telah mencurah bakti kepada pembangunan negara kita..
Menangkis isu harga barang naik yang cuba "dihasut" oleh pemimpin Pakatan, Dr Rais bijak mempersoalkan tindakan Pembangkan yang tidak menghebahkan mengenai kenaikan harga sawit yang dapat dimanfaatkan oleh warga Felda..??



Hadirin terpaksa berdiri setelah kesemua khemah khemah yang disediakan penuh sesak dan ruang tempat duduk dipenuhi...
Calon BN, Azahar Ibrahim yang lebih dikenali dengan panggilan Tok Ai juga hadir menyertai majlis dan berkesempatan bersua wajah dengan pengundi Felda Cempelak Barat. Turut kelihatan Pengarah JASA, Datuk Fuad Hassan
0 comments:
Post a Comment